Saturday, May 30, 2009

AKHLAK MULIA

Maksud Akhlak

Akhlak dari segi bahasa bermaksud tabiat dan pembawaan.Manakala dari segi istilah ialah konsep dan sifat yang mantap dalam jiwa.Sifat yang mantap dalam jiwa membolehkan seseorang itu membezakan yang mana baik dan yang mana yang buruk.

Akhlak Menurut Islam

Akhlak merupakan himpunan prinsip dan nilai yang mengatur hidup manusia dalam wahyu.

Akhlak Menurut Imam Al-Ghazali

Akhlak ialah situasi yang mantap dalam jiwa.Melaluinya perbuatan dan perkataan terbit dengan mudah tanpa perlu berfikir dan merenung terlebih dahulu.Akhlak bukan sekadar mengetahui sesuatu yang mulia tetapi juga merangkumi amalan hasil daripada pengetahuan tadi.Hal ini memerlukan persiapan jiwa yang mantap,mempunyai ilmu dan berkemampuan.

Rukun Akhlak Mulia

  • Pemantapan Ilmu
--> Jangan melampau-lampau menggunakan ilmu.
--> Jangan kedekut ilmu.
--> Kena bersederhana.
  • Keberanian
--> Kekuatan marah mampu dikendalikan akal apabila marah itu muncul.Keberaniaan
menyebabkan seseorang itu bermaruah dan bersikap lemah-lembut.

  • Kesucian
--> Kemampuan untuk mendidik kekuatan nafsu.
--> Melahirkan seseorang meninggalkan perbuatan keji dan membawa kepada sifat malu.

  • Adil (Paling Penting)
--> Kekuatan jiwa yang mampu menguasai nafsu dan marah pada sesuatu tempat yang
betul.
--> Kena bersifat adil pada nafsu dan akal.

Kesimpulan

Kita hendaklah bersifat sederhana.Islam menekankan bersederhana dalam semua perkara.

p/s: Ayuh teman-temanku sekalian.Bersama-samalah kita mengamalkannya.
Akhlak mulia,masyarakat jaya,mari bersama,kita amalkannya...





























































































































































































































































































Pengalaman itu amat bermakna


Ni sepupu saya..kak Ila.Erm..saya sangat-sangatlah terharu bila dia meng'edit' gambar ni..huhu..tentu dia rindukan saya.Maka terhasillah gambar ni.hehe..Kami ni kalau jumpa face to face,bukannya banyak cakap pun.Tapi bila mesej ke YM ke,hah banyak la pulak perkara yang dibualkan.Ada-ada je topik yang nak dibualkan.Ada satu kali tu saya skype dengan kak Ila sampai subuh..huhu..macam orang bercinta la pulak kan?hihi..rasanya orang bercinta pun takde la macam tu.Eh,betul ke?Entah-entah pagi petang siang malam call.Dah lah hari-hari jumpa.Amboi-amboi...apa ni?Mana kamu tahu?Kamu bukannya pernah bercinta.Ya tak ya jugakkan?Saya mana ada pengalaman bab-bab cintan-cintun ni..hihi..

Tapi kalau anda nak minta pendapat atau nak berkongsi idea dengan saya boleh je.Insya-ALLAH..Alamak,macam pakar je kamu tu!heheh..Saya banyak pengalaman membaca.So,saya boleh nilai apa itu bercinta dalam pembacaan saya la.Tapi bagi saya cerita dalam novel tu walaupun diadaptasi daripada kehidupan yang sebenar,tak berapa elok untuk dicontohi.Bukan semua ya.Perkara-perkara yang tak elok tu janganlah ambil.Yang bagus tu ambil dan amalkanlah.Penulis sesebuah novel itu mesti ada motif yang nak disampaikan kepada pembaca.Sebab tu la dia menulis kisah baik dan buruk.Bak kata pepatah,"Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan".

Pengalaman ni banyak.Ada pengalaman yang kita boleh rasai sendiri.Ada pengalaman yang kita dengar daripada orang lain.Ada pengalaman yang kita tengok dan perhati.Dan ada juga pengalaman yang kita dapat daripada pembacaan.

Bukan semua perkara kita dapat lalui kan?Jadi di sinilah pentingnya kita mengambil pengalaman yang bersumberkan pengalaman orang lain,pemerhatian kita dan pembacaan kita.Akan sampai satu masa pengalaman-pengalaman ini amat berguna untuk kita.Masa ni la apa-apa yang kita baca,dengar dan lihat ni membantu kita untuk membuat keputusan yang bagus,mantap dan cemerlang.

Akhir kata,kutiplah sebanyak mana pengalaman yang terbentang di hadapan anda.Kemudian nilaikan setiap apa yang berlaku.Ambillah yang baik dan tinggalkanlah yang buruk.

Kacau................

Sekarang sudah hampir pukul 3 pagi waktu Korea.Tapi saya masih tidak dapat tidur.Sudahnya saya menulis di sini.Banyak perkara yang difikirkan.Homework terbengkalai begitu sahaja.Rancangnya nak siapkan homework malam ni,tapi lain pula jadinya.Huhu..

Apa yang saya fikirkan pun saya tak tahu.Nak kata banyak masalah,saya bukannya seorang bapa atau seorang ibu yang sibuk memikirkan tentang masalah rumah tangga.Bukan juga seorang pekerja yang sedang mengejar date-line untuk menghantar projek.Saya hanya seorang pelajar yang tugasnya hanyalah belajar.Tiada perkara-perkara rumit yang harus difikirkan.Hanya memikirkan tentang pelajaran,peperiksaan dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya.

Erm...entahlah.Mungkin kebelakangan ini banyak sangat benda yang hendak dibuat.Asyik belajar pun stress jugak kan?Huhu..Mungkin saya perlu muhasabah diri sebentar.Mengimbas balik apa yang berlaku semenjak dua menjak ni.

Kadang-kadang kita perlu muhasabah diri kita.Kemudian barulah kita perasan apa yang telah berlaku dalam hidup kita selama ini.Mungkin kita tidak sedar bahawa kita dah menyakiti hati kawan kita secara tidak langsung bila berborak-borak dengannya.Mungkin kita terlampau mengikut emosi..mungkin...mungkin....dan mungkin...

Kalau tak silap saya,HM Tuah Iskandar ada menyatakan dalam bukunya,"Muhasabahlah diri anda sebelum tidur.Imbas kembali apa yang berlaku sepanjang hari itu.Jangan ulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan."

Buat teman-temanku,tak kira di mana anda semua berada.Saya menyusun sepuluh jai memohon maaf andai selama ini saya ada menyakiti hati kalian semua,menyebabkan kalian terasa dengan perkataan atau perbuatan saya.Maafkanlah segala khilaf rakanmu ini.

Ya ALLAH,KAU ampunilah segala dosa hamba-MU yang lemah ini.Ya ALLAH,KAU ampunilah doasa kedua ibu bapaku,adik-beradikku,guru-guruku,sahabat-sahabatku dan juga seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meniggal dunia.Jauhkanlah kami dari azab neraka-MU,Ya ALLAH.Tempatkanlah kami di antara orang-orang yang beriman dan bertakwa,Ya ALLAH.Ya Rahman,Ya Rahim,hamba-MU yang hina ini memohon pada-MU,Ya ALLAH,KAU makbulkanlah doa hamba-MU ini,Ya ALLAH.
Amin,amin,ya rabbal alamin...

Friday, May 29, 2009

Azira sedang asyik termenung di birai katilnya.Dia masih mencari-cari apakah kesalahan yang telah dia lakukan.Puas difikirkannya,namun dia masih belum menjumpai punca yang menyebabkan kawan-kawannya seakan-akan memulaukannya.

"Apa yang aku dah buat kat diaorang?Kenapa diaorang tak hiraukan aku?"

Semakin lama difikirkan semakin buntu fikirannyaSemua rasa berbaur menjadi satu.Akhirnya dia menangis teresak-esak.

Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini?Jika pernah,apakah perasaan anda? Bagaimanakah rasanya bila diri disisihkan oleh orang sekeliling?Tentu sedih bukan?Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi itu.Tiada seorang pun kawan yang datang untuk membimbing ,memberitahu dan membetulkan balik kesalahan yang anda dah lakukan.Tentu perit sekali diperlakukan sebegini rupa.

Jika kawan kita melakukan kesalahan,kita tidak boleh bertindak memulaukannya terus.Perbuatan itu akan menyebabkan dia terus hanyut dengan kesalahan yang telah dia lakukan.Selain itu juga,secara tidak langsung akan membantutkan keinginannya untuk berubah.Cuba bayangkan dia sudah berkobar-kobar untuk berubah,tapi tindakan orang sekeliling yang menyisihkannya akan terus mematahkan semangatnya untuk berubah.

Saya percaya sebagai seorang muslim,semua orang dah tahu kalau buat benda ni berdosa,kalau buat benda tu dapat pahala.Ini perkara baik,itu perkara buruk.Walaupun demikian,ramai juga yang melakukannya kan?Kenapa mereka tetap melakukan perbuatan itu jika mereka dah tahu dan dapat nilai baik buruknya?Ha,di sini la kita kena faham dan tahu bahawa ada masanya manusia ni lemah.Dia dah tahu apa yang dia buat tu salah tapi disebabkan tiada teman yang bersungguh-sungguh mahu membawanya kembali ke pangkal jalan dan menyedarkannya,dia terus-menerus melakukan kesalahan itu.

Malah,kawan-kawan di sekeliling tidak mahu bercakap dan meninggalkan dirinya keseorangan.Keadaan ini akan membuatkan dia tertekan.Lantas,bagaimana dia nak ada kekuatan untuk pulang?

Siapa yang nak tarik tangan dia dah berkata,"Jangan Azira,ini semua tak betul"? Siapa yang mahu masuk ke biliknya dan bersembang dengannya bila dia melakukan kesalahan dan berkata,"Azira,aku rasa kau tak boleh buat macam tu..."?

Siapa??

ANDA!!!

Sebagai seorang sahabat,kita memainkan peranan penting dalam membetulkan kesilapan yang sahabat kita lakukan.Apatah lagi jika perkara ini terjadi kepada pelajar-pelajar yang belajar di luar negara.Sukar bukan?

Sudah la berjauhan dengan keluarga,sanak-saudara dan sahabat-handaiyang tahu hati budi kita.Yang ada sekarang cuma kawan-kawan yang usia perkenalannya hanyalah setahun jagung.Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka yang diharapkan meminggirkan kita.Apakah perasaan anda diperlakukan sedemikian?Kawan-kawan yang diharap untuk bersama ketika susah dan senang meninggalkan diri kita terkapai-kapai kelemasan.

Saya tak nafikan kesalahan yang dilakukan tetap menjadi kesalahan.Tetapi sebagai seorang kawan,kita seharusnya menyelamatkan kawan kita itu daripada terus hanyut mengulangi kesalahan yang dilakukan.Apa yang saya nak tekankan di sini ialah bagaimana reaksi orang sekelilingnya bertindak.Perkara ini yang perlu diperbetulkan.

Ramai yang kata,"Kami ialah orang yang membawa dakwah,orang yang membawa ISLAM".Tetapi bila ada saudara sesama ISLAMnya yang gugur,dia telah membiarkan saudaranya itu terkapai-kapai keseorangan.Beginikah cara seseorang yang mengaku membawa dakwah bertindak?

Mereka sebaliknya berkata,"Ala..dia kan dah tahu dosa pahala.Dah dia yang pilih jalan tu,nak buat macam mana?"

Seharusnya kita kena sedar bahawa hidup ini ibarat roda.Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah.Walaupun dia dah tahu dosa dan pahala,tetapi dia masih perlukan nasihat dan teguran yang sentiasa memperingatinya tentang dosa dan pahala itu.

Adakah seseorang itu boleh dipanggil da'ie apabila dia hanya membiarkan sahaja da'ie yang lain gugur tanpa menghulurkan bantuan?Tentu tidak bukan?

Di sini kita perlu bersikap adil.Jangan sesekali meninggalkan kawan kita itu keseorangan.Kita kena ingat yang ALLAH tetap menerima taubat hamba-hamba-NYA selagi hamba-NYA itu tidak mensyirikkan-NYA,buatlah dosa banyak mana sekali pun ALLAH tetap Maha Pengampun bagi hamba-hamba-NYA yang bertaubat.

Nampak tak wahai sahabatku sekalian?Sesungguhnya ALLAH tidak pernah menyisihkan hamba-hambanya walau sedikit pun.Layakkah kita sebagai manusia biasa menyisihkan manusia lain hanya disebabkan kesalahan kecil yang dilakukan?Sedangkan kita tidak mengetahui bilakah akan tiba giliran kita diuji oleh ALLAH.Mungkin hari ini kita tengok teman kita diuji.Mana tahu,esok-esok kita pula yang diuji.

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian.Namun,siapalah manusia tanpa ujian dan dugaaan?


Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan anda semua,jadilah sahabat yang bersama-sama ketika susah dan senang.Bimbing dan tegurlah sahabat anda ke arah kebaikan.Jangan terus menghukum sahabat anda kerana kesalahan yang dilakukannya.Bantulah dia untuk kembali dan tidak mengulangi kesalahannya.






Wednesday, May 27, 2009

Sekadar untuk renungan bersama

Perkara Yang Menghairankan Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya~ Uthman Ibn Affan......

Fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabaku sekalian..Muhasabah diri anda sejenak.Moga-moga kita mendapat manfaat darinya.

Tuesday, May 26, 2009

Surah An-Nas & Al-Falaq

Surah Al-Falaq melibatkan 3 golongan,iaitu manusia,jin dan syaitan.Tema surah ini ialah KEJAHATAN.

KISAH RASULULLAH DISIHIR
Rasulullah S.A.W. pernah disihir.Ahli sihir telah mengambil 11 helai rambut Rasulullah S.A.W. dan dimasukkan ke dalam perigi.Apabila mengetahui diri baginda telah disihir,baginda telah menyuruh Saidina Ali r.a pergi ke perigi tersebut dan membaca surah An-Nas dan surah Al-Falaq.Surah An-Nas mempunyai 6 ayat dan surah Al-Falaq mempunyai 5 ayat.Mencukupkannya menjadi 11 ayat kesemuanya.Apabila Saidina Ali r.a membaca Muawwaizatain (surah pelindung) ini maka dengan takdir ALLAH SWT 11 helai rambut yang bergumpal tadi terhurai.Setiap satu ayat menghuraikan sehelai rambut.

Tahukah ANDA??
Sihir boleh sampai melalui hembusan.Air juga berinteraksi melalui hembusan.Oleh itu,untuk mengelakkan sihir atau untuk mengubati sihir,bacalah basmallah,minta doa supaya dihindari dan disembuhkan daripada perbuatan sihir,hembus pada air dan minum air tersebut.Insya-ALLAH sihir dapat dihindari.


Molekul boleh mencerdaskan otak atau minda.Molekul yang terbaik ialah air dan kurma.

Elemen-eleman Dengki
  • Dengki di hatiHendak memiliki sesuatu
  • Hendak menghilangkan harta orang lain
  • Tidak mendapat sesuatu yang diinginkan dan tidak mahu orang lain mendapatkannya

Perkara yang dibolehkan mempunyai rasa dengki

  • Ilmu- Apabila ada orang lain menyebarkan ilmu,kita rasa cemburu dengannya
Harta- Berasa cemburu dengan harta yang diinfakkan oleh orang lain ke jalan ALLAH

Beza Hasutan & Was-was
  • Nafsu- godaan yang akan berhenti
Kehendak- perkara yang tidak boleh ditukar ganti

APA ITU SYAITAN DAN JIN?

Syaitan ialah makhluk TUHAN yang paling bijak.Syaitan boleh menukarkan kehendak kepada tujuan yang boleh melalaikan manusia.

Jin merupakan makhluk yang sangat jahat.Huruf 'jim' dan 'nun' bermaksud 'TERSEMBUNYI'.Antaranya ialah janin,syurga-nikmat yang tersembunyi,majnun-akal yang tersembunyi.Junainah merupakan jin perempuan (selalu menyerupai perempuan lain).Jin berasal daripada api dan makanannya ialah asap dan tulang.


Apabila masuk ke rumah yang tiada orang,bagi salam begini:
"Assalamualaina wa'alaibadillah hissolihin"

Surah Al-Falaq juga digelar surah Al-Subh (Subuh).Subuh merupakan simbolik kepadanya berakhirnya kejahatan (banyak kejahatan),permulaan kepada hari (apabila manusia mendengar azan Subuh berkumandang Insya-ALLAH akan selamat),siang datangnya cahaya dan menghindari daripada halangan luar seperti hujan,salji dan manusia.

Kesimpulan Surah Al-Falaq
  • Menunjukkan hakikat sihir
  • Mengubati penyakit dan sihir
  • Larangan hasad dengki
Wajib meminta perlindungan daripada ALLAH SWT (isti'azah-ibadah untuk meminta pertolongan ALLAH SWT.)

Surah Al-Falaq & An-Nas (muawwaizatain-pelindung) hendaklah dibaca setiap pagi dan petang dan sebelum dan selepas tidur.

Yoiedo Park


Ni gambar masa gi rehlah di Yoeido Park bersama Kak Amrah dan Kak Safura.

Menyepi...



Assalamualaikum semua..
Maaf dah lebih seminggu kan saya tak menulis di sini?huhu..Maaf,agak sibuk kebelakangan ni..

Hari Jumaat malam Sabtu baru ni kami ada mengadakan sedikit jamuan di rumah.BBQ la kononnya.Tapi BBQ dalam rumah je.Maklumlah rumah kami ni mana ada ruang yang luang untuk ber'BBQ'.Nanti kang buat kat depan tu kena kejar dengan 주인 (Juin:Tuan Rumah) pulak..Kang tak pasal-pasal kena pindah.Tak ke naya tu?huhu...Sebenarnya kami buat BBQ tu sebab ada daging dan ayam yang lebih masa BBQ bersama Dato' Duta tu.Jadi nak la buat jugak untuk penduduk Boramae.Cewah..Bunyi macam semua orang yang tinggal kat sini dijemput je kan?Macam besar-besaran la pulak.Ahaks!Takdelah..Untuk kami-kami je.

Punya la kalut kami satu rumah hari tu.Semua ni bermula dari Facebook.Ada gambar kami semasa pembahagian daging tu.Gambar Huda la yang terlebih excited sebenarnya.Sebab masa gambar tu diambil dia sedang pegang nasi dan daging.Penuh la tangan jawabnya.Lepas berderet-deret la komen di bawah gambar tu.Maaf,saya takde gambar tu.Tak boleh tunjuk kat sini.Huhu..

Walau apa pun,jamuan tu best la.Menyeronokkan walaupun agak meletihkan.Tapi puas hati la.Punya la sibuk dok layan tetamu sampai saya tak call ummi saya malam tu.Biasanya saya akan telefon ummi saya setiap malam Sabtu.Tapi malam tu saya tak sempat nak telefon.Takkan la tengah-tengah orang ramai datang rumah kita nak call mak cakap-cakap kan?Tak elok rasanya.Jadi saya telefon ummi saya keesokan paginya.

Terkejut la jugak ummi saya bila saya call pagi-pagi buta tu..hehe..Takdela pagi-pagi buta pun..Pukul 8.00 pagi waktu Malaysia.Kira ok la tu kan?huhu..Ummi saya pun dok tunggu jugak saya call malam tu sebenarnya.Dia ingat saya ada apa-apa aktiviti ke malam tu.Tu yang tak telefon tu.Saya selalu telefon malam Sabtu sebab kalau adik-adik saya balik dari asrama bolehlah bercakap dengan diaorang.

Kalau masa dekat INTEC dulu adik-adik yang call saya.Wah-wah...hikhik..ye la..macam mana saya nak call diaorang kan?Dah nama dok asrama.So,diaorang la yang call saya,kalau tak seminggu sekali,dua minggu sekali diaorang pasti call kakak kesayangan diaorang ni.

Ya ALLAH,apa la yang saya dah melalut ni kan?Tadi cerita pasal BBQ..tup tup keluar pasal adik-adik pulak.Nampak sangat dah rindu kat diaorang.

Ok,ok kita sambung balik.Hari Sabtu tu pulak kami satu batch dijemput ke rumah Encik Hanisan.Encik Hanisan ni pegawai dari JPA yang menguruskan kebajikan kami pelajar tajaan JPA di Korea ni.Jamuan tu bermula pada pukul 2.30 petang.Tapi atas nasihat Abang Hisham- super duper punya senior,kami pergi la awal.Lagi satu masa pergi solat Jumaat tu Saufi dan Amir ada jumpa dengan Encik Hanisan.Diaorang cakap Encik Hanisan suruh datang awal sikit.Tolong isteri dia apa-apa yang patut.

Jadi saya,Fatehah dan Huda pun pergi la awal.Orang lain pun pergi awal jugak.화가 나지 마 여러분..(Jangan marah ye korang).Saya cakap ni sebab kami pergi bertiga pergi sekali.Dalam pukul 11.30 pagi kami sampai di rumah Encik Hanisan.Rupa-rupanya kami orang yang terawal sampai.Masa kami dok potong buah tembikai tu baru la kawan-kawan yang lain sampai.Sempat la kami tolong potong tembikai dan goreng ayam.

Lepas tu dalam pukul 3.00 petang sesi makan-makan bermula.Rasa macam kat Malaysia pun ada.Sebab nasi lemak yang isteri Encik Hanisan buat tu lebih kurang dengan nasi lemak yang selalu kami makan di Malaysia dulu.Sambal ikan bilis dia..yum yum..sedap.....Teringat kat masakan ummi tersayang.

Ha,hari Ahad pulak ada usrah..Pagi tu kami pergi Yoeido Park-rehlah dengan Kak Amrah dan Kak Safura.Petang pulak kami ke Kodae.Ada usrah dengan Kak Dalila.Kami makan-makan di Kodae dan lepas tu sesi usrah dimulakan.Best.Siap ambil gambar lagi.

Kemudian kami pergi ke bilik Malaysia,Kodae untuk solat asar.Kak Dalila belikan kek di Baskin Robbin untuk menyambut hari lahir ahli usrah yang dah lepas.Hari lahir Mus -26 Jan,Nisaa 6 Mac dan Kak Dalila sendiri 15 Mei.Selepas solat maghrib kami makan kek bersama-sama.


Aha..sebelum sesi makan-makan bermula,Abang Ammar- Presiden PPMK datang.Memang langkah kanan la Abang Ammar pada hari tu.Dapat la Abang Ammar makan kek hari lahir kami tu.

Nampaknya hujung minggu lepas memang sangat padat.Setiap hari diisi dengan pelbagai aktiviti.Jadi,kesimpulannya saya agak sibuk la sepanjang hujung minggu lepas.Sampaikan nak buka blog pun tak sempat.huhu..


Monday, May 18, 2009

Kelas menonton wayang..


Erm..tadi cerita pasal aktiviti yang lepa.Sekarang kita cerita pasal aktiviti hari ni pulak ye.Minggu lepas kami baru je habis mid -term korean exam.Jadi,hari ni Seonsengnim (SSN) @ Lecturer kami bawa kami pergi tengok wayang kat Podo Mall,Sillim.

Malangnya cerita yang kami tonton tu takde subtitle..huhu..Layan je la..Rupa-rupanya drama Korea ni agak tak senonoh jugak ek.Hurm...Takde la terover sangat macam movie English tu,tapi bagi kita orang Melayu yang mempunyai adat sopan ni,kita akan rasa tak berapa elok la kan.

Pada permulaan cerita tu saya ok lagi..Bila sampai di pertengahan cerita,saya dah rasa mengantuk.Nasib baik tak tertidur kat situ.huhu..Memang dah nak tersengguk-sengguk dah.Tak nak la cerita pasal movie ni lagi.Boring kan?Apa la saya ni kan?

Lepas tengok wayang tu SSN bawa kami pergi makan.Saya makan 생선구이(sengseongui)@ ikan bakar.Sedap..Nanti lain kali tak payah la pergi Dongdaemon semata-mata nak makan ikan bakar.hehe..

Yang tak bestnya petang tadi pukul 2 petang kami kena pergi Seoul National University (SNU) pulak..Ada 오후 수업 (Ohu suob)@ kelas petang.Mengada-ngada saya ni kan?Nak tulis jugak kot bahasa Korea.Bukannya semua pembaca boleh faham.Tapi kalau sapa-sapa yang berminat nak belajar bahasa Korea boleh la belajar sikit-sikit ye.Tapi saya ni bukannya pandai sangat pun.Boleh la sikit-sikit tu..

Ni gambar 생선구이 tu....sedap tak?

BBQ Bersama Dato' Duta

Oh ya,saya dah janji nak masukkan gambarkan?Ok,hari ini saya akan tunaikan janji saya tu.Gambar-gambar ni diambil ketika hari BBQ Bersama Dato' Duta.
Gadis-gadis cater..heheh..
Konon-kononnya dai main gitar la ni..
Suasana ketika sedang membakar ayam..

Pasal smart group..

Dah 2 hari hari kan saya tak menulis kat blog ni?Sehari dua agak sibuk sikit.Semalam jadual saya dipenuhi dengan meeting.Cewah macam ahli korporat la pulak.

Pagi semalam saya ada usrah.Dalam pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari di kisuksa.Pukul 2 petang hingga 4.30 petang pulak ada perjumpaan dengan sidang redaksi Cetusan.Lepas tu malam tadi dari pukul 10 malam hingga 11.30 malam ada usrah online dengan Ustaz Ridha.Begitulah serba sedikit jadual saya semalam.

Sebenarnya usrah dengan Ustaz Ridha takde la lama sangat pun..Tapi disebabkan line tidak clear dan talian asyik terputus je,terpaksa mengambil masa yang agak lama.Rindu nak dengar nasihat daripada ustaz.Dah lama saya dan kawan-kawan tak mendengar celoteh ustaz.Kalau dekat INTEC kami akan mengadakan smart group ni pada setiap malam rabu di surau Cemara.Huhu..rindunya suasana itu.Tapi takpelah,at least kerinduan kami terubat semalam-dpaat dengar pengisian yang amat berguna daripada ustaz.

Semalam kami tafsir surah Al-Ikhlas.
(1)Katakanlah (Muhammad),"DIAlah ALLAH,Yang Maha Esa.(2)ALLAH tempat meminta segala sesuatu.(3)(ALLAH) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.(4)Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan DIA".

"Entaorang dok di Korea tu,ambillah hikmah di sana bawak balik.Niatkan apa yang aku buat ni adalah suruhan ALLAH",begitulah kata-kata ustaz.Di akhir tazkirahnya ustaz ada menyatakan, "Jadi engineer yang ingin bersama dengan nabi-berbeza,cara pembelajarannya berbeza,kehidupan akhlaknya juga berbeza".

Apa yang dapat saya simpulkan dengan pengisian ustaz malam tadi ialah:
  • Walau di mana kita berada,kita kena amalkan Islam dengan cara yang sebenarnya
  • Kita kena mengambil peluang yang ada untuk mempelajari dan mendalami lagi ilmu terutamanya ilmu agama
  • Kita kena niatkan apa-apa sahaja yang kita lakukan ini adalah semata-mata kerana ALLAH
  • Kita perlu meletakkan ALLAH sebagai matlamat sebuah kehidupan.
Sesungguhnya perjumpaan malam tadi memang amat berguna bagi saya dan rakan-rakan.Lebih-lebih lagi bagi kami yang berada di negara yang sedikit penganut agama Islam.


Saturday, May 16, 2009

Seharian di Embassy...

Hari ini saya dan kawan-kawan akan berada hampir seharian di Keduataan Malaysia untuk menyambut kedatangan Duta Malaysia yang baru-Tuan Yang Terutama Dato' Roslan Bin Ibrahim.Majlis BBQ je actually.Bertemakan hitam dan putih.Majlis ni bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 2 petang.Tapi kami dikehendaki berada di sana tepat pada pukul 7.30 pagi.Huh~

Tentu boringkan bila baca blog yang tak bergambar?Nantilah saya cuba masukkan gambar ye.

Friday, May 15, 2009

luahan perasaan...

Hurm..
Tadi baru post pasal bersyukur kan?
Tapi sekarang ni saya nak meluahkan perasaan tidak puas hati pulak.huhu..
Entahlah..
Mungkin saya yang terlebih emosional kot..Tapi saya tetap nak luahkan perasaan jugak..huhu..
Mungkin dengan menulis saya dapat mengurangkan dan menghilangkan rasa yang terbuku di hati ni.Saya ni jenis yang tak suka marah-marah orang.Dan saya tak reti nak marah-marah orang.Jadi mungkin orang ingat saya ok je kot.Buat macam-macam mana pun saya tak marah.So,diaorang boleh buat sesuka-suka hati.Erm...entahlah..

Saya berusaha pujuk diri saya untuk cuba adapt dengan suasana hidup serumah dengan kawan-kawan ni.Sebab saya tak pernah duduk asrama.Saya bukan budak MRSM ataupun SMS.Belajar kat sekolah harian biasa je.Mana la pernah tinggal kat asrama ni..Eh,pernah..seminggu..huhu..masuk seminggu asrama balik rumah..huhu..Alamak!Kantoi...Mesti kamu semua akan cakap saya ni manja kan?Erm..nak kata manja pun,saya bukannya anak bongsu.Anak sulung you!Mana boleh manja-manja.Adik-adik ada 3 lagi kat belakang ni.Tapi mungkin tak nak berenggang dengan ummi kot.hehe..Sekali ingat kelakar pun ada.La..saya nak cerita apa sebenarnya ni?huhu..Ok,ok..balik pada cerita asal.

Masa kat INTEC baru start berjauhan dengan keluarga.Tapi suasana di Korea dengan suasana di INTEC memang jauh bezanya.Kat INTEC tak rasa sangat benda-benda ni.Tapi kat sini kita sendiri yang kena menguruskan pasal bil,makan,minum..pendek kata semuanyalah.Macam parents kita menguruskan rumah tangga begitulah keadaannya kat sini.Lebih kurang macam tu la.Cuma suami,isteri dan anak takde la..huhu..Dekat sini memang kita sendiri yang kena badget segala jenis perbelanjaan,barang-barang keperluaan dan macam-macam lagilah.Maknanya kat sini kita tak boleh tumpu pada study semata-mata.Walaupun kita dihantar belajar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran tapi dalam masa yang sama kita jugak perlu belajar untuk hidup berdikari dalam erti kata yang sebenar.Walaupun bagi mereka yang bersekolah asrama penuh,mereka dah hidup berdikari tapi still tak sama dengan keadaan sekarang.Ini pendapat sayalah.Macam yang saya cakap tadi,saya tak pernah tinggal di asrama.Tak tahu la pendapat mereka yang dah pernah merasa hidup di asrama kan..Mungkin ada jugak hikmah belajar di luar negara ni.Memang banyak hikmahnya.

Jadi,memang tak boleh la nak mengelak untuk tinggal bersama teman-teman seperjuangan di sini.Ha..kat sini lah kita boleh tengok macam-macam ragam dan gelagat kawan-kawan kita ni.Kena la bersiap sedia untuk menyesuaikan diri dengan semua ni.Jangan cepat melatah dan kena saling memahami antara satu sama lain.Tak boleh terlampau mementingkan diri dan berkira dengan kawan terutamanya kawan serumah.Apa yang paling penting kena bertolak ansur dalam segala perkara.Jangan cepat terasa.Sebab nanti diri sendiri yang akan merana.Dan mungkin akan menyebabkan berlakunya perselisihfahaman antara kawan serumah.Tak elok macam tu.Sebab kita bukan nak hidup sehari dua dengan mereka tapi nak hidup dalam jangka masa 4 atau 5 tahun.Selama mana kita berada di luar negara selama itu juga lah kita akan hidup dan bersama kawan-kawan kita ni.Kalau dah bergaduh dan bermasam muka tu,susah la kan?Nanti keadaan akan jadi lain.Kita akan rasa kekok,awkward bila bercakap dengan kawan kita tu.Tak ke susah jadinya?So,tolak ansur tu teramat sangatlah penting.

Lagi satu,kena jaga percakapan.Jangan main cakap lepas je.Kena fikir jugak perasaan kawan.Kalau nak nasihat pun kena cakap elok-elok.Gunakan cara yang berdiplomasi,berhikmah.Tegur secara halus.

Banyak la pulak saya membebel kat sini kan?huhu..Luahan perasaan yang akhirnya bertukar menjadi tips-tips belajar di luar negara.Apa yang saya bagitahu ni berdasarkan pengalaman saya kat Korea ni.Walaupun baru nak masuk 3 bulan saya kat sini tapi dah tahu la sedikit sebanyak selok-belok kehidupan di sini.

~Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri.~

Disebalik ucapan 'alhamdulillah'

Sebenarnya saya baru je habis exam korea semalam.Alhamdulillah bersyukur pada ALLAH walaupun exam tu agak susah.Bila kita ucap 'alhamdulillah' ni mesti orang akan cakap kita boleh jawab exam dengan cemerlang kan?Betul tak?Tapi sebenarnya 'alhamdulillah' ni kita boleh ucap bila-bila masa je.Walaupun tak semestinya semua soalan exam tu kita betul semua,tapi sekurang-kurangnya kita dah mencuba untuk menjawabnya sebaik mungkin.

Tiba-tiba saya teringat lirik lagu nasyid Raihan."Ucapkanlah alhamdulillah syukur kita kepada ALLAH.."Tengok kita mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda kita bersyukur kepada Yang Maha Esa.DIA telah mempermudahkan segala urusan kita.

Ada seorang ustazah pernah menyatakan bahawa kita perlu bersyukur kepada segala nikmat yang ALLAH berikan pada kita.Salah satu cara untuk kita menunjukkan yang kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh ALLAH ialah dengan mengucapkan alhamdulillah.

Sebenarnya ada 3 cara bersyukur iaitu mengiktiraf nikmat yang diterima,mengucapkan alhamdulillah dan menggunakan nikmat dengan sebaiknya.

Hadis Rasulullah: "Syukur ialah akhlak yang sangat-sangat penting terhadap ALLAH"

Mulai hari ini marilah kita sama-sama mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda syukur kita kepada ALLAH.Ayuh kita laksanakannya.
Assalamu'alaikum..
salam perkenalan buat semua..
baru belajar nak menulis blog..huhu..
sekadar untuk mengisi masa lapang..
Insya-ALLAH saya akan kongsikan serba sedikit tentang macam mana kehidupan di Korea..
sambil-sambil mencoretkan diari kehidupan di sini..
harap sudi-sudikanlah melawat blog yang tak seberapa ini..