Friday, July 31, 2009

Saya Sayang Ibu Saya

Jom sama-sama kita renung-renungkannya....


Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak?Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Fikir-fikirkanlah wahai teman-temanku sekalian.Betapa tanpa jasa dan pengorbanan seorang ibu,siapalah kita semua..

Seribu Satu Rasa............

Assalamu'alaikum semua....
Alhamdulillah akhirnya korean exam berakhir jugak hari ini..Walaupun saya tak berapa boleh jawab soalan exam kali ni..tapi saya bersyukur sangat pada ALLAH SWT.Mungkin ALLAH nak suruh saya berusaha dengan lebih tekun lagi di masa akan datang.Namun,sekarang ni saya memang risaukan result exam..huhu...Minggu depan hari Isnin dan Selasa saya akan exam Math A.Math B,Physics and Chemistry pulak..Insya-ALLAH saya akan cuba buat yang terbaik...

Hari ni lepas je habis exam tadi,saya pergi beli baju kemeja untuk We (ayah) dan beli mainan kereta api siap dengan landasan dia lagi for my one and only brother..adik Zakwan...dan tadi saya dah poskan semua tu ke Malaysia...Alhamdulillah...Untuk Ummi,adik Ema dan adik Eya saya dah belikan brooch..So,kira semua dah dah dapat bahagian masing-masing..

Walaupun exam hari ni agak teruk..huhu...tapi saya happy bila dah dapat beli dan poskan semua barang-barang tu kepada family..

Baru sekejap tadi saya menangis...huhu..terharu bila baca blog ni - http://aisyahumaira-hasnisyakila.blogspot.com/
blog Wan Hasni Syakila aka Kak Ila..yang saya dah anggap dia macam kakak saya sendiri..rasa dihargai..thanks a lot kak ila..ana aidhan..uhibbuki fillah abadan abada...

Sebenarnya saya dah tekad tak nak call Ummi malam ni..ingat nak call lepas exam minggu depan..tapi bila baca blog kak ila,saya ubah fikiran saya tu..Cikgu Wan Omar,ayah kak ila masuk hospital..Saya nak call Ummi tanya pasal hal ni..

Entahlah..sekarang saya diselubungi seribu satu rasa..macam-macam perasaan ada..sedih,kecewa,gembira........macam-macam lagilah..Tak tahulah kenapa.

Semoga esok lebih baik daripada hari ini.Insya-ALLAH...Doakan saya ye..Semoga doa kalian membantu saya untuk terus bangkit dan bergerak maju ke hadapan.Insya-ALLAH...

Sunday, July 19, 2009

Jom Kita Belajar Tafsir Surah Al-Kafirun....

Assalamu'alaikum semua...

Hari ini saya nak kita bersama-sama tafsir Surah Al-Kafirun.Surah ke-109 yang mempunyai 6 ayat..

Jom kita sama-sama tengok maksuk Surah Al-Kafirun.

"Katakanlah (Muhammad),"Wahai orang-orang kafir!"(1).Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,(2) dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, (3) dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. (5) Untukmu agamamu,dan untukku agamaku. (6)

Ok,apa yang dapat kita lihat dalam surah ni?Kalau kita lihat macam sama je kan?Apa beza dia?Boleh dikatakan semua ayat ada perkataan 'menyembah','sembah'dan'penyembah'kan?Erm..apa maksud dia ni ye?

Sebenarnya Surah Al-Kafirun ni merupakan antara surah yang terpenting bagi orang-orang yang nak berdakwah.Ok,jom kita lihat satu-persatu ye..

Tema surah:
Tiada persamaan antara Islam dan kafir.

Kalau kita lihat pada ayat 1 tu."Katakanlah (Muhammad),"Wahai orang-orang kafir!""
Siapa 'orang-orang kafir' yang dimaksudkan kat situ ye?Ha,orang-orang kafir Quraisy.Masa tu orang-orang kafir Quraisy ni telah tertipu dengan diri mereka sendiri sebenarnya.Mereka mengganggap bahawa apa yang mereka lakukan tu merupakan ajaran Nabi Ibrahim dulu.Mereka ingat yang mereka sembah berhala tu dah macam menyebah ALLAH.Sebenarnya mereka telah mengubah ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim.Jadi,bila Nabi Muhammad saw membawa agama Islam mereka ni tertanya-tanya la apa beza agama yang mereka anuti tu dengan agama yang Nabi Muhammad saw bawa..

Di sinilah Nabi Muhammad mengadakan Al-Musawwah (negotiation) iaitu satu perundingan untuk bertolak ansur antara agama.

Mereka cakap lebih kurang macam ni la..Tahun ni aku akan sembah agama kau,tahun depan kau sembah agama aku pulak.Lepas tu,kalau agama kau benar,aku masuk agama kau.Tapi kalau agama aku benar,kau kena masuk agama aku.

Disebabkan kejadian inilah maka ALLAH menurunkan Surah Al-Kafirun bagi mematahkan hujah-hujah orang-orang kafir Quraisy ni.Nabi Muhammad terus je menunjukkan ayat ni pada orang-orang kafir Quraisy.Selepas ayat ini diturunkan maka bermulalah penentangan keras orang-orang kafir Quraisy terhadap orang-orang Islam.Orang-orang Islam dihina,dicaci.diseksa dan sebagainya.

Apa yang ALLAH nak bagitau melalui surah ni sebenarnya?ALLAH nak ajar kita bahawa ada pemisahan yang besar antara agama Islam dengan orang-orang kafir.Orang-orang kafir ni tak kira la apa agama sekali pun,sama ada Kristian,Hindu,Budha,dan lain-lain lagilah.Senang cerita agama yang dianuti selain daripada agama Islam.

Dah tahu serba sedikit kan?Sekarang jom kita sama-sama jawab soalan pulak.Ada beberapa soalan ni.Macam cikgu la pulak saya ni kan?Hehe..takpe la ek.Jadi cikgu tak bertauliah kejap.Jangan marah cikgu-cikgu dan bakal-bakal cikgu.

Apa beza Islam dengan kafir?
Sebenarnya banyak sangat perbezaan antara Islam dengan kafir ni.Contoh yang paling jelas dan nyata ialah dari segi ibadah.Ibadah ni merangkumi semua la sama ada solat,puasa,zakat dan banyak lagi la kan.Lagi apa lagi ye?Hmmm...

Kalau kita tengok cara orang Islam makan dengan cara orang kafir makan pun berbeza bukan?Macam mana cara orang Islam makan?Sebelum makan kita basuh tangan,baca doa,makan dengan tangan kanan,lepas makan baca doa lagi.Kan cantik tu.Orang kafir pulak makan macam mana ye?Kat sini saya bagi contoh cara orang Korea makan ek.Mereka ni suka makan laju-laju,makan orang kebuluran pun ada jugak kalau sekali tengok.huhu..Takke nanti akan tercekik?Nanti akan mudaratkan diri sendiri kan?Dah la tak baca doa.Ha...nampak bezanya bukan?

Lagi-lagi?Apa lagi ye?Aha...cara tidur...Apa agaknya beza cara tidur orang Islam dengan cara tidur orang kafir?Kalau orang Islam tidur setiap posisi tidur tu ada maksud dia kan?Tidur mengiring ke kanan,mengiring ke kiri,melentang,meniarap..Tapi orang kafir tidur dalam keadaan macam mana pun kita tak tahu kan?Kalau orang Islam tidur,sebelum tidur tu ada doa tidur dan bila bangun tidur pun ada doa bangun tidur.Bukankah cantik tu?

Cara orang Islam berdakwah pun berbeza dengan cara orang kafir berdakwah.Orang Islam amat mengalu-alukan apabila ada orang nak memeluk agama Islam.Mereka menerima dengan rela hati dan tidak memaksa orang itu untuk memeluk agama Islam.Tapi kalau kita tengok orang kafir.Mereka bagai memaksa orang lain mengambil risalah yang diedarkan dan macam-macam lagi la ye.

Apakah salah faham bila orang baca surah ni?

Kalau kita tengok pada ayat 6 yang bermaksud,"Untukmu agamamu,dan untukku agamaku"Ramai orang yang telah salah faham dengan ayat ini.Mereka mengatakan bahawa apa-apa yang orang Islam buat yang diambil dari Barat itu salah.Contohnya,Jeans.Salah ke kalau orang Islam pakai seluar Jeans?Seluar Jeans kan dicipta oleh orang Barat.Tak salah nak pakai seluar Jeans.Asalkan ia tidak ketat.Pakai seluar Jeans pun menutup aurat bukan?Malah apabila musim sejuk ia dapat menebat haba.Jadi takde la kita terketar-ketar kesejukan.

Contoh lain,TV.Orang cakap TV tu melaghakan,melalaikan..Habis la dibuang dan dimarahnya orang nak menonton TV..huhu...Sebenarnya TV tu kalau diguna untuk kebaikan tak salah.Yang salahnya bila disalahgunakan penggunaan TV tu.Yang tu lah yang akan menyebabkan lagha.Kalau takde TV,macam mana kita nak tahu tentang isu-isu semasa kan?Apakah yang telah berlaku di dunia luar?Kan susah kalau kita tak tahu pasal benda-benda macam tu?Jadilah seperti katak di bawah tempurung (우물 안의 개구리),yang sentiasa berpuas hati dengan dunianya sendiri dan merasakan itulah segala-galanya.

Dalam dunia ni,apa yang kita nampak itu cara hidup orang kafir yang sebenarnya itu cara hidup orang Islam?Tapi orang Islam sendiri dah lupa yang itu cara hidup orang Islam.

Contoh yang paling jelas,menepati janji,menepati waktu.Kalau dilihat pada prinsip orang Korea,mereka mengamalkan prinsip 빨리 빨리 yang bermaksud cepat-cepat.Maknanya masa bagi mereka walau 1 saat pun amat berharga.Tapi kita sebagai seorang Islam selalu tidak menepati waktu kan?Saya bercakap untuk diri saya jugak sebenarnya.Harapnya selepas ini kita sama-samalah membaiki diri kita ke arah yang lebih baik.

Kebersihan.Kita selalu je dengar kan 'kebersihan itu sebahagian daripada iman'.Tapi kita masih lagi belum mampu mencapai tahap kebersihan yang sebenarnya.Contohnya,kita tengok dah takde habuk dan kira bersih la kan.Tapi kalau tengok pada orang Korea,selagi nampak tak berkilat,selagi tu la dia bersihkan.Ha..sampai macam tu sekali..

Budaya membaca.Hmm..dalam seminggu berapa buah buku yang kita baca?Ada senior saya bagitau,ada orang Kanada ni dah membaca hampir beribu-ribu buku dalam masa 10 tahun.Kita macam mana?

Berniaga.Kalau kita tengok zaman nabi dulu nabi buat apa?Nabi berniaga bukan.Tapi sekarang ni perniagaan telah dimonopoli oleh orang Cina dan orang Barat.

Masa graduation.Semua orang akan pakai jubah bukan?Selalunya orang mana yang pakai jubah ni?Bukan orang Arab ke yang pakai jubah?Daripada zaman nabi-nabi dulu sampailah sekarang ni kan?Eh,alih-alih bila grade ke semua orang pakai jubah.Itulah menunjukkan bahawa amalan pakai jubah masa grade tu diambil dari orang Arab.Tapi sebab Barat yang mulakan dah jadi macam orang Barat yang cipta..

Sebenarnya orang Islam dah semakin melupakan budaya mereka.Kita perlu bangkit dan mengamalkan balik budaya-budaya ini.

Kesimpulannya,Islam dengan kafir tiada persamaan tetapi ada perbezaan yang sangat besar.Apa yang kita tengok mereka buat tu sebenarnya budaya dan amalan orang Islam.Cuma diaplikasikan dan dianggap budaya mereka.Adakah kita nak biarkan perkara sebegini terus begitu?Renung-renungkanlah...