Friday, December 31, 2010

~Last Entry For 2010~


Assalamu'alaikum wbt.

Sedar tak sedar tahun 2010 dah nak berlalu dah pun. Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2011. Rasa macam baru je semalam masuk tahun 2010.Alih-alih esok dah nak masuk tahun 2011.Setahun dah berlalu rupanya.

Kiranya ni last entry for 2010. Tahun depan saya post entry lagi ek.heheh..Cik writer...tahun depan tu esok...
Saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.Semoga hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari ini dan semalam.Insya-ALLAH...

Jika masih ada azam tahun 2010 yang masih tidak dapat dicapai tu,takpe...Tahun 2011 pastikan azam tu terlaksana ye. Bukan ke awal Muharam baru ni dah ada azam baru? Nak berubah menjadi baik dan lebih baik kan?So,teruskan azam anda tu ye. Azam banyak-banyak tak apa,tapi jangan lupa untuk buat apa yang diazamkan tu.Saya pun sedang berusaha laksanakan apa yang saya dah azamkan.

Azam sudah. Buat sudah. Tapi buat tu sekali tu je ke?Tak jadi macam tu. Dia kena la konsisten. Orang Arab kata 'Istiqamah'. Ha...Tang istiqamah ni la yang tak ramai orang yang berjaya lepas.

Azam?Check.
Buat?Check.
Istiqamah? Fail.

Tak boleh la macam tu. Azam semua orang boleh berazam. Asal masuk tahun baru je azam itu,azam ini. Lepas tu buat la azam tu.Hari ni buat.Esok buat.Lusa?Erk?Tak larat la nak buat hari ni. Minggu depan?Dah tak buat dah...Itu bukan azam namanya.

Azam itu perlu dilaksanakan secara konsisten. Ececeh..dah macam jawab soalan exam je...hihi..Nak konsisten ni macam mana? Kena la buat hari-hari.Dan kena rajin-rajinkan diri. Apa orang kata,kalau buat sesuatu benda tu 40 hari berturut-turut, Insya-ALLAH hari ke-41 tu dah tak perlu paksa-paksa dah.Kita akan dengan sendiri buat benda tu. Sebab dah terbiasa.Ha..try la buat macam tu..Jangan missed even 1 hari pun..Insya-ALLAH lekat....Jom kita try usaha untuk konsisten dengan azam yang kita buat ek.

Kepada semua yang mengenali saya, saya minta maaf atas segala salah dan silap,terkasar bahasa, terasa hati dan segala perbuatan yang mungkin tidak disenangi dalam saya sedar atau tidak. Maafkan saya ye.

Buat semua yang ambil winter class, selamat berwinter class.Jom kita sama-sama usaha untuk result yang gempak winter class ni.Buat semua yang bercuti tak kira la balik cuti kat Malaysia or pergi travel ke mana-mana.Selamat mengembara.Ambillah apa yang baik di sana dan kongsi-kongsi la dengan kami kat sini. Buat semua yang walau apa pun yang anda lakukan, manfaatkanlah masa anda sebaik-baiknya. Hidup kita hanya sekali.Dan tujuan hidup kita bukan untuk berseronok semata-mata. Matlamat kita ialah di sana;kehidupan selepas mati. Daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA kita kembali. Moga masa yang kita ada ini mampu memberikan saham kepada kita di sana nanti.Insya-ALLAH.

Thursday, December 30, 2010

Islamic SKK (?)

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah semalam mid term exam dah berlalu dengan jayanya.Mid term exam je la..Resultnya tak tahu la macam mana..huhu..Harap-harapnya ok la.

Tajuk entry kali ni macam pelik je kan?heheh...Actually ada cerita di sebalik tajuk entry kali ni.Sejak 2 minggu tinggal di hostel sepanjang winter class ni, saya lagi selesa turun dan naik tangga berbanding naik lif. Nasib baik bilik kat tingkat 3 je.Kenapa? Sebabnya lif tu sentiasa dipenuhi oleh orang lelaki. Macam tak berapa nak selesa. Sebabnya tingkat 6 dan ke atas budak laki yang duduk untuk winter class ni la. Kalau sem-sem lepas budak laki tinggal kat tingkat 1 dan 2 je dan selebihnya tinggal kat bangunan sebelah. So lif tu memang perempuan je la yang naik.Takde la nak bersesak-sesak dengan budak laki.

Saya cakap ni bukan diskriminasi ke bias ke apa ke...Tapi ntah..Tak berapa selesa.Tu je. Tapi kalau tengok, orang perempuan Korea pun tak berapa suka je naik lif dengan orang lelaki. Mungkin diaorang pun tak selesa jugak kot.

Hari ini memang saya happy sangat. Sebab dah tak payah nak sesak-sesak naik turun lif dengan orang lelaki dah.hihi.Kat hostel saya ni ada 2 lif. Satu lif digunakan untuk tingkat ganjil (B2,B2,1,3,5,7,9) dan satu lif lagi digunakan untuk tingkat genap (B2,B1,2,4,6,8,10). Tengah hari tadi nak pergi kelas tekan lif butang tu tak menyala.Aik? Saya dah pelik dah. Pastu datang la sorang akak ni, dia cakap kena guna lif yang satu lagi.

Even masih pelik dan tertanya-tanya. Saya iyakan je la. Dan ucap terima kasih kat dia. Masuk-masuk lif, baru la perasan,butang 6-10 ditampal. Then ditampalkan kertas pemberitahuan kat atas tu. Pemberitahuan tentang lif ni boleh digunakan untuk pelajar perempuan sahaja dari tingkat 1 hingga tingkat 5. Wah! Bagusnya~~~*^^*

Balik dari kelas tu. Borak-borak la dengan Kak Farhana. Cerita la pasal lif ni. Dari situ la keluar perkataan 'Islamic SKK'.heheh...

Saya terfikir, dekat Korea ni boleh buat macam ni.Bagusnya. Betul la kata Ustaz Ridha dulu."Entaorang pergi Korea, ambil Islam yang diamalkan oleh orang Korea dan bawa balik ke Malaysia." Nanti nak buat macam ni la jugak kat Malaysia.heheh..Cadangkan dekat orang atasan ke...apa ke...





Friday, December 24, 2010

Jalan Baik Itu Di Mana-mana

Assalamu'alaikum wbt.

Dah lama tak buka Segalanya Untuk-MU ni. Apa nak jadi la dengan the owner of the blog nih. *sigh*.Blog orang lain hari-hari buka...blog sendiri dibiarkan je.

To kak ila: Sorry sis...Dah lama kak ila komen kat last post,tapi hari ni baru nak balas komen.huhu..

I just can't believe
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook, and you read
I read about it in my holy book, it says
Small deeds never overlook

Pernah dengar lagu Small Deeds by Native Deen tak? Siapa yang tak pernah dengar lagi boleh dengar dekat link yang saya letak tu ek. Actually,frankly speaking saya pun baru je dengar semalam. Sebelum ni pernah je dengar lagu-lagu dari Native Deen, tapi Small Deeds ni saya baru dengar semalam.

Sebenarnya Small Deeds tu ada mesej yang nak disampaikan. Setiap perbuatan walau sebesar zarah sekali pun akan dikira. Lebih kurang gitu la mesej dia. Dan tanpa kita sedari, nak buat baik tu takde la susah mana pun sebenarnya. Tinggal cuma kita nak buat ke tak nak buat, itu je.

"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat kebaikannya."-Al-Zalzalah,99:7-

Betul ke nak buat baik tu senang? Ok, saya bagi contoh ek. Tolong alihkan ranting kayu kat tengah jalan ke tepi pun dapat ganjaran. Bercakap perkara yang elok-elok pun dapat ganjaran. Damaikan kawan yang bergaduh pun dapat ganjaran jugak. Semua itu dikira kita membuat kebaikan dan kebaikan yang kita buat akan mendapat ganjarannya.

"...Segala yang baik yang kamu kerjakan, ALLAH mengetahuinya..."-Al-Baqarah,2:197-

"....Dan kebaikan apa sahaja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui."-Al-Baqarah,2:215-

Nampakkan di situ. Bukan saya saje-saje cakap. Tapi ALLAH sendiri yang kata macam tu. Setiap kebaikan yang kita buat tu ada ganjarannya. Dan kita boleh buat baik bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Bila jalan-jalan, nampak ada seorang nenek angkat barang berat, kita tolong nenek tu. Itu satu kebaikan.

Tolong mak kemas rumah ke, masak ke..Itu pun satu kebaikan.

Berkata dengan perkataan yang baik-baik juga satu kebaikan.

Maknanya dekat sini, kita tidak perlu untuk menunggu waktu-waktu yang tertentu untuk kita buat baik. Tak perlu punya duit yang banyak baru nak bersedekah baru dikira buat baik. Tak. Tolong alihkan sesuatu ke tepi jalan pun dah dikira buat baik. Macam kacang sangat kan benda tu? Betapa ALLAH sangat sayangkan hamba-hamba-NYA.

Insya-ALLAH, marilah kita sama-sama berbuat baik dan menjadi baik. Tak rugi menjadi baikkan? Yang ruginya kita mensia-siakan peluang untuk kita berbuat kebaikan.



Sunday, December 19, 2010

End of Autumn Semester =.=

Assalamu'alaikum wbt.

Final exam for autumn semester dah habis hari Rabu lagi actually. So bermula la aktiviti 'Mari Mengemas' untuk budak SKKU. Biasa la kan kitaorang, setiap kali habis sem kena packing-packing barang dan pindah bilik.

Hari ni pulak seharian dok angkat-angkat barang letak kat tempat simpan barang bawah tanah tu. Lif penuh, masing-masing angkat barang guna tangga je..huhu...turun naik tangga dari 5th floor to B1 floor.fuuuuhhhhh....letih dan meletihkan.

Finally,alhamdulillah....sebelum maghrib tadi semua barang dah siap diangkat. Seharian angkat barang, pindah bilik, kemas bilik lama, kemas bilik baru...sampai makan pun tak sempat. Lepas siap-siap semua tu dan solat maghrib baru la dapat makan. Memang hari yang memenatkan.

Esok, hari untuk berehat dan liqa' then lusa dah start winter class. First time ambil winter class ni ha. Agak cuak. Kelas agak pack. Dari Isnin hingga Sabtu. Kelas saya dari pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang setiap hari kecuali Ahad. Wow! Lagi pack daripada autumn semester. Dah la 3 minggu je.

Pape pun dah banyak experience saya sepanjang setahun menjadi SKKU student ni. Dengan rasminya status pelajar tahun satu sudah berlalu hari ini. Spring semester depan dah bertukar status menjadi pelajar tahun dua. Dah ambil major.

Terima kasih buat senior-senior akhir tahun SKKU; Kak Marisha, Pak Nab, Abang Kamil, Kong dan Pire. Buat senior-senior batch 67 especially Kak Farhana (my roomate for autumn sem), Kak Syakirah (my roomate for winter sem) dan Kak Biha. Buat kawan-kawan satu batch; Nisaa, Krun, Haida, Fatehah, Huda, Aisyah, Zahidah,Judy, Acap, Azim, Farid, Walter dan Meng How. Terima kasih banyak-banyak. Maaf kalau ada silap dan salah, terasa hati ke pape je la kan.

Selamat belajar winter class buat semua yang ambil winter class. Selamat bercuti especially to Krun yang dah ada kat Malaysia tu. Selamat berhoorey-hoorey buat yang tak ambil winter class..heheh..Dan selamat bekerja buat yang ambil part-time job tu..

Manfaatkan masa kita sebaiknya tak kira la apa pun yang kita lakukan. Jangan biarkan masa tu berlalu begitu sahaja. Masa takkan menunggu kita, kita yang perlu mengejar masa.




Tuesday, December 14, 2010

Jom Puasa Hari As-Syura


Assalamua'alaikum wbt.

Esok 9 Muharam, lusa 10 Muharam then the day after tomorrow pulak 11 Muharam. 10 Muharam tu hari As-Syura. Jom kita semua puasa sunat.

Semalam lepas study Physics, saya ada baca blog Ustaz Halim .Ada update tentang Kelebihan Puasa Hari Syura. Ini beberapa isi yang saya ambil dari situ. Untuk perkongsian bersama.

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis yang bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.

Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.

Ringkasnya, yang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.

Untuk info lebih lanjut:klik

Sebelum ni saya biasa puasa pada 9 & 10 Muharam. Selalu puasa sama-sama dengan Ummi dan adik-adik. Sekarang ni dah tak boleh la nak sahur dan bukak puasa sama-sama.huhu..Dah duduk jauh~~~Really missed that moment very much. Ummi dah siap ingatkan saya dah suruh puasa. "Kalau tidak 9 & 10 Muharam, puasa la 10 & 11 Muharam."Itu pesan Ummi pada saya.

Semalam bila dah baca blog Ustaz Halim tu. Nak try puasa 9,10 & 11 Muharam la kali ni. Sekarang pun tengah exam lagi. Moga-moga berkat puasa, saya dapat jawab exam dengan lebih baik..Insya-ALLAH...

p/s:Selamat menjawab exam buat sahabat dan sahibah sekalian. Doa,usaha, ikhtiar dan tawakal ye..Insya-ALLAH berjaya. Bittaufiq wannajah fil imtihan. 끝까지 열싱히 해야 지...포기하지 마~

Sunday, December 12, 2010

Selamat Hari Lahir,Ummi

Assalamu'alaikum wbt.

Selamat Hari Lahir,Ummi...
Semoga Ummi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diredhai dan dirahmati ALLAH selalu..

Gambar Ummi dan We masa raya 2008..last raya bersama famili..

Hari ini saya rindu sangat-sangat dekat Ummi especially dan famili saya.huhu..tengah menaip ni pun sambil tahan tangis...huhu...Padahal setiap minggu memang saya akan call famili..borak-borak dengan Ummi,We dan adik-adik...Tapi hari ini rindu itu makin membuak-buak...Entah bila la saya dapat sambut setiap birthday famili bersama-sama...

Pagi tadi mesej Ummi..

Saya: Salam Ummi..Selamat Hari Lahir yang ke-43. Semoga panjang umur, murah rezeki, diredhai dan dirahmati ALLAH selalu...sayang Ummi..*^^*

Ummi: Terima kasihlah di atas ingatan.Insya-ALLAH mudah-mudahan. Jaga diri. Semoga bertemu lagi.

Saya baca mesej tu sambil senyum dan sambil air mata bergenang...Ayat 'semoga bertemu lagi' tu betul-betul buat saya tersentuh...huwaaa...tak sabar nak balik lepas winter class ni.....Rasa macam nak terbang balik sekarang jugak...huhu....rindu semua orang.nak balik~~~~~~~~~

Esok ada 1 paper..physics...then hari rabu ada calculus...then berakhir la autumn semester 2010...then 20 dec start winter class.12 jan habis winter class...lepas tu...nak balik..........nak jumpa famili.........rindu banget sama kamu-kamu semua....haila..macam mana tak nak balik summer tahun depan ni? ni pun dah tak tahan...huhu..




Saturday, December 11, 2010

Aku Cuma An-Nisaa


Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar Afifah Solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Dipetik dari Nafas Cinta Insyirah nukilan MIA EFFA dari laman www.iluvislam.com