Saturday, February 20, 2010

Graduation Day



Salam alaik...


Syukur alhamdulillah setelah setahun sembilan bulan belajar bahasa Korea akhirnya batch 9 berjaya menamatkan program bahasa ini dengan jayanya..Semalam,19 Februari 2010 dengan rasminya kami dah grad korean language.
Macam2 rasa ada.Sedih,gembira,gementar,takut..macam2 lagi la.Sedih sebab dah nak berpisah dengan 선생님 (seongsengnim:lecturer)...nak berpisah ngn kawan2..nanti dah tak leh jumpa2 selalu camni dah.Nak belajar sekali macam dulu apatah lagi.Ye la..masing2 dah amik course yang berbeza..mana leh nak belajar sama2.Sedih2222ㅠ.ㅠ
Gembira sebab setelah bertungkus-lumus belajar bahasa korea,akhirnya boleh sampai ke tahap ni..(ye ke bertungkus-lumus?huhu)apa2 pun dah banyak benda yang ditempuh untuk sampai ke hari graduasi semalam.
Gementar dan takut sebab apa lak?Sebab..nanti dah nak masuk u.Tak tau macam mana cabaran kat sana.Nak bercampur dan berkawan dengan orang2 korea.Yang lagi menakutkan macam mana nak bersaing dengan diaorang ni..huhu..menakutkan..


Erm..kejap lagi nak pergi winter camp.Ni tulis sambil bersiap2...Nak tulis semalam tak berkesempatan,banyak benda yang nak dibuat.huhu..(banyak la sangat)
Ok la..setakat ni la dulu ye..Nanti balik Gyoul Gathering nanti saya sambung balik citer ye.Ok,salam sayang buat semua..
Tahniah buat rakan2 batch 9 dan 선생님들,우리를 자리쳐 주셔서 대단히 갑사합니다.건강하시고 우리를 잊지 마세요..^^9기 친구들과 선생님들,사랑해요^^~(terima kasih buat semua guru yang mengajar kami.semoga sihat2 selalu dan jangan lupakan kami ye^^...rakan2 batch 9 dan cikgu2 semua...luv u all...^^~)

Thursday, February 4, 2010

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S...A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. .