Friday, March 26, 2010

Khas Untukmu ~Haziq Zakwan~

Hari ni 26 Mac 2010.
Genaplah 4 tahun kehadiranmu di sisi kami
Insan yang istimewa buat kami semua
Keletahmu,celotehmu,tawamu...masih terngiang2 di telingaku.
Walaupun dah setahun lebih kita tidak bertemu,wajahmu sentiasa terbayang2 di mataku
Selamat hari lahir Haziq Zakwan...
Moga jadi insan yang membanggakan kami nanti
Semoga sentiasa dilindungi dan diredhai ALLAH
Sayang kamu....
Rindu sangat2...

Jom Refleksi Diri

Salam alaik~

Apa kata hari ni kita refresh sikit diri kita?Aha...macam mana nak refresh tu?

Senyum!!!Mulakan hari kita dengan senyuman.Bangun pagi2 bukak mata,then senyum....Cuba bayangkan 2 situasi ni ek.Situasi pertama: bangun pagi dengan muka masam...Situasi kedua:bangun pagi dihiasi dengan senyuman di bibir.Rasa2lah kan,yang mana satu akan rasa lagi ok?Mestilah bila rasa hepi kan?So..senyumlah...Pastu bukak tingkap,tengok mentari yang still malu2 nak munculkan diri dia tu..then senyum lagi..Wah...bahagianya hari tu...tentu sekali hari tu akan dilalui dengan penuh kegembiraan dan ketenangan kan?


Kita yang menentukan perjalanan hidup kita.Jadi,pastikan hari2 yang kita lalui hari ini lebih indah dari sebelumnya.Kita yang berkuasa sepenuhnya dalam mencorak perjalanan hidup kita.Apa kata kita mulakan hari kita tu dengan sedikit senaman?Senaman yang paling mudah.Tak perlu kos pun senaman ni.Gerakkan bibir tu je.. Senyum~~~ Selalunya kan,permulaan yang baik,pengakhirannya akan jadi lebih baik.

Untuk hidup yang lebih tenang,kita kena hadapi semua masalah yang mendatang dengan hati yang terbuka.Berfikir kemudian bertindak.Mungkin hari ni kita menghadapi detik2 yang amat sukar dalam hidup kita,tetapi selagi kita mampu hadapilah masalah itu dengan tindakan yang matang.Insya-ALLAH sekalipun kita tidak mampu untuk menyelesaikannya hari ni,masalah itu akan dapat juga diselesaikan.Kita hendaklah kuat dalam merempuh onak dan duri kehidupan untuk berjaya pada masa hadapan.Yakinlah pada diri.Jika kita berusaha dengan gigih dalam menyelesaikan setiap masalah yang mendatang,insya-ALLAH kita akan berjaya menyelesaikannnya.

Bersabarlah.Orang yang sabar akan menemui cahaya di penghujungnya.Cepat atau lambat,ganjaran itu akan datang juga.Sebenarnya rencah hidup ini memang begitu.Hari ini merupakan lambang hari sebelumnya.Corak yang terbentuk hari ini adalah hasil daripada lakaran kita semalam.Itulah kehidupan.

Kata orang,tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.Hulurkanlah bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.Hati akan jadi ringan bila kita meringankan beban dan penderitaan orang lain.Seandainya hati kita terdetik untuk membantu membalikkan seekor rama-rama yang terkapai2 kelemasan di permukaan air dengan badannya yang terbalik ke atas,sudah tentu kita juga tidak sanggup melihat insan lain yang dalam kesusahan.

Jika tidak mampu menolong insan2 yang lemah ini.Berilah sokongan,dorongan dan kata2 semangat pada mereka untuk mereka bangkit semula.Itu pun sudah cukup untuk meringankan beban mereka.Paling tidak pun,jadilah seorang pendengar yang baik untuk mereka luahkan perasaan yang terbuku di hati.Ingatlah wahai sahabatku sekalian,hari ini kita menolong orang yang dalam kesusahan,siapa tahu esok2 mereka pula yang datang membantu kita.Hidup inikan ibarat roda.Sekejap kita di atas,sekejap kita di bawah.Bila di atas,jangan lupakan orang di bawah.Bila di bawah,pandanglah ke atas.

Oklah,dah panjang rasanya saya dok berceloteh hari ni...Jom refleksi diri...Nanti kita sambung lagi ye..Tunggu..........

Thursday, March 11, 2010

Tahniah Adik2ku Sayang^^

Salam alaik~

Syukur saya panjat buat Yang Maha Esa..Hari ni semua calon SPM 2009 telah pun mendapat keputusan mereka.Begitu juga dengan adik saya.Alhamdulillah adik Ema dapat keputusan yang agak cemerlang.Walaupun ramai lagi pelajar lain yang mendapat keputusan yang cemerlang,saya tetap berbangga dengan kejayaannya itu.


Alhamdulillah adik Eya pun mendapat keputusan yang cemerlang juga bagi peperiksaan PMRnya yang telah diumumkan pada hujung tahun lepas..


Kejayaan kalian amat2 membanggakan kakakmu ini.Semoga kalian berdua terus cemerlang sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah.Bagi saya,kejayaaan dalam pelajaran itu perlu,tetapi apa yang lagi penting punyai sahsiah dan pekerti yang baik.Jika mempunyai kedua2nya lagi la mantap.Insya-ALLAH sama2 la kita berusaha untuk kedua2nya.

Satu je pesan kakak buat kalian,jangan terlampau megah dengan kejayaan yang dimiliki.Sentiasalah bersederhana dalam setiap segi dan jangan meninggi diri.Seorang yang terpelajar dan mempunyai akhlak yang baik lebih dihormati berbanding dengan orang yang pandai tetapi mempunyai akhlak yang buruk.

Ingatlah setiap apa yang kita miliki pada hari ini adalah kurniaan ALLAH SWT.Sentiasalah mendekati-NYA dan bersyukur terhadapt setiap pemberian-NYA..

I'm proud for both of you sis^^

Saturday, March 6, 2010

All About SKKU

Assalamu'alaikum wbt...

Dah seminggu saya jadi undergraduate student kat SKKU ni.Erm...bila dah jadi pelajar universiti ni baru la saya tahu betapa penatnya hidup sebagai pelajar universiti.Kalau dulu just duduk dalam kelas tunggu cikgu masuk je.Tapi sekarang ni lecturer yang tunggu kita dalam kelas.Kita pulak kena pergi kelas lecturer tu.


Hari rabu hari yang paling penat.Saya ada kelas dari pukul 9 pagi hingga la pukul 5.45 petang.Dah la start minggu depan kena bawak 3 buah buku yang beratnya berkilo-kilo tu..huhu..larat ke saya nak bawak nanti ek..Doa2kan la saya larat ye.Pastu sambil bawak2 buku tu kena berlairi pulak dalam masa 15 minit ke setiap bangunan.huhu..Bangunan yang dekat ok lagi ni nak pegi bangunan yang jauh tu.huhu...


Ni la asrama yang student Malaysia duduk.Rasa macam dok hotel pulak..(huhu..melampau tu cakap asrama ni hotel)


Ni pulak dewan makan kat asrama...cantik tak?


Aha..inilah perpustakaan yang menjadi kebanggaan warga SKKU..Nama perpustakaan ni Samsung Library.


Comel tak logo SKKU ni?Kat situ ada tulis 성균관대 maksudnya Sung Kyun Kwan University.Warna hijau.Sungguh mendamaikan.(hahaha..mentang2 suka warna hijau..masuk u pun yang tema hijau..^^)



Last but not least...warga2 SKKU dari Batch 9.Pioneer batch yang masuk SKKU 1st year..Masa ni kami gi jalan2 lawat SKKU sebelum masuk sini.


Ni pulak masa kami jalan2 pusing SKKU dengan ahli Alimi.Alimi ni 1 persatuan untuk student SKKU yang akan bawak jalan2 tunjuk2 kawasan SKKU ni.


Erm...doakan kami semua boleh bertanding dan mampu setanding dengan pelajar2 SKKU yang lain ye.Doa anda semua insya-ALLAH akan menguatkan lagi semangat dan usaha kami kat sini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada senior2 SKKU sekalian yang banyak membantu kami semua especially to Abg Kamil,Pak Nab,Kong dan yang lain2 la....












Monday, March 1, 2010

Good Bye Boramae..Suwon Here I Come

Assalamu'alaikum wbt..

Semalam saya dah berpindah ke Suwon.Dah berpindah dari Boramae ke Suwon..Dari Seoul National University (SNU) ke Sung Kyun Kwan University (SKKU)..Dulu belajar bahasa sekarang belajar engineering...

Hari ni lepas siap2 kemas barang,beli barang...alhamdulillah semuanya dah selesai..Esok kelas akan bermula..Permulaan hari sebagai pelajar degree..Insya-ALLAH...

Setakat tu je kot dulu...Nanti saya cerita lagi ye..