Monday, June 28, 2010

Alhamdulilah~~A praises to ALLAH^^

Salam alaik~~~

Alhamdulilah...tiada apa yang dapat saya ucapkan..hanya kalimah syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.Alhamdulillah setelah hampir setahun setengah tidak menjejakkan kaki ke Malaysia..Akhirnya kini saya telah selamat sampai dan berpijak di tanah kelahiran ter'chenta'...heheh...ayat berbunga2..xleh blah!

Mesti tu yang akan sapa2 cakap bila baca ayat saya tu kan?heheh...xkisah la..nak buat macam mana...heheh...hepi222....xdapat diluahkan dengan kata2 dah ni...ekekekeke...

Hari ni baru boleh on9...xpe la...semoga kawan2 yang lain jugak bergembira disamping famili tersayang...semoga sihat2 sume....

Ok..sampai sini la dulu...

Wednesday, June 23, 2010

Goodbye Korea~~안녕....

Salam alaik~~

Wah..teruja sebab esok dah nak balik Malaysia..1st time ni..huhu...tapi actually xde la excited sangat...ntah..cuma xleh nak tido je..kekekeke...

Insya-ALLAH moga2 perjalanan esok selamat...doakan saya dan rakan2 lain ye..

Selamat pulang juga buat rakan2 lain yang akan menyusul selepas ni nanti..Moga2 cuti ni kita manfaatkan sebaik2nya...Insya-ALLAH..

Kepada rakan2 seperjuangan yang xdapat balik sebab buat praktikal tu..tabahkan diri anda..xpe la..balik lambat pun..experience tu pun penting gak kan?ehehe..Insya-ALLAH moga2 semuanya bermanfaat...^^jangan sedih2 tau...

Tak lupa jgak buat senior2 yang mengambil summer class..jangan la jeles dgn kami ye..u all kan dah pernah balik..bagi la chance kt kami pulak..heheh...

Ok la..semoga setiap apa yang kita lakukan bermanfaat..xkira la yang balik bercuti ke yang buat praktikal ke yang ambik summer class ke..pape pun jika dimanfaatkan ia akn membuahkan hasil yang lumayan..insya-ALLAH...

Jmpa lagi nnt ye..selamt bercuti buat semua...^^

Wednesday, June 16, 2010

Mungkin ini Ujian dari-MU untukku T.T

Assalamu'alaikum wbt..

Huhu..baru je selesai jawab exam untuk sem ni...nak nangis........hukhuk..paper2 yang lepas saya masih boleh menahan rasa..tapi hari ni semuanya tewas...

Saya tak tahu apa yang saya jawab tadi...masa revise..jawab soalan boleh je jawab...xde la rasa susah sangat..tapi bila time exam..huhu..formula saya ingat..tapi macam mana nak kira blank..huhu...

Ya ALLAH mungkin ini yang terbaik dari-MU untukku..aku terima ya ALLAH..mungkin selama ni saya tak cukup berusaha dan tak cukup berdoa serta bertawakal kepada-NYA..sebab tu DIA berikan saya ujian ni..DIA nak suruh saya sedar yang tanpa pertolongan-NYA saya takde pape..usaha saya sia2 kalau saya rasa dengan usaha saya tu yang membolehkan saya dapat result yang cemerlang..saya boleh jawab dengan jayanya...

No no no..you are absolutely wrong..Tanpa pertolongan-NYA,tanpa kehendak-NYA..saya takkan dapat semua..hubungan dengan ALLAH tu amat penting..sedarlah wahai diri..macam mana DIA nak dekat dengan dirimu jika kamu tidak mendekati-NYA..DIA boleh je nak bagi...tapi kamu sangatlah sombong wahai diri..

Ya ALLAH...ampunilah segala dosa hamba-MU yang lemah ini..ampunilah segala dosa hamba-MU yang lalai ini...sesungguhnya hanya pada-MU lah aku berserah ya ALLAH...

Saya tahu..doa ummi dan we sentiasa mengiringi saya...tapi mungkin usaha saya tidak mencukupi dan mungkin tahap kebergantungan saya pada-NYA belum mencukupi..

Terima kasih ya ALLAH..pengajaran-MU ini amat berguna untukku..KAU begitu menyayangiku apabila kau memilihku untuk menerima ujian ini..

Insya-ALLAH selepas ini saya akan lebih sedar..lebih bersedia..bersedia dari segala segi...Pengajaran yang indah walaupun pahit untuk diterima...

Saturday, June 12, 2010

Bittaufiq Wannajah

Salam alaik~~

Macam mana sume?Sihat?Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menjenguk dunia lagi pada hari ni..

Sakit kepala?Pening?Serabut?Saya faham...sekarang ni kan musim exam..biasa la tu kan...heheh..saya pun camtu gak..Isnin ni pun ada exam..Straight la exam pendek kata...tapi tangan ni gatal lak nak menulis entry kt sini..

Buatlah sebaik mungkin untuk exam ni ye kawan2..saya pun akan buat yang terbaik jugak...insya-ALLAH..sama2 la kita berusaha..

Selepas berusaha,serahkan kepada Yang Maha Esa untuk menilainya...Jangan sedih2 kalau result nanti tidaklah segempak usaha kita..Rasa macam x berbaloi usaha selama ni..study sampai tidur pun x cukup dan sebagainya..Jangan bersedih..Mungkin ALLAH nak bagi kita lebih lagi lepas ni.Mungkin jika DIA berikan kita result yang macam kita nak kita akan jadi riak,berbangga diri..mungkin itu tidak elok untuk kita..

Sebaliknya jika kita mendapat result yang agak tidak memuaskan sekarang..kita akan lebih berusaha pada masa akan datang..mungkin itu lebih baik..

Kita tak tahu kan?Apa yang baik pada pandangan kita tidak semestinya baik pada pandangan ALLAH..

Apa2 pun..jangan bersedih..ALLAH sentiasa ada bersama kita..'La tahzan innallaha ma'ana'

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
- Al-Insyirah,94: 5-8

Bittuffiq wannajah fi imtihan...셤 잘 봐 친구야...회이팅!!!!

Sunday, June 6, 2010

Tarbiyyah Ruhiyyah

Salam Alaik~~

Pernah dengar x perkataan ni?Tarbiyyah Ruhiyyah?Apa maksud dia ni?Tak belajar arab la...ok2..meh nak habaq mai na...(marah org kedah kang salah gna grammar kedah..huhu..)

Tarbiyyah ruhiyyah ni maksud dia tarbiyyah hati.Macam mana tu?Kiranya kita jaga hati kita ni betul2..Kan ada dalam hadis 40,hadis ke-6..di penghujung hadis tu ada bagitau,"Ingatlah di dalam setiap jasad terdapat seketul daging.Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu,dan sekiranya ia rosak,rosaklah seluruh jasad itu.Itulah hati." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maknanya kat sini,kalau hati orang tu baik,baiklah orangnya.Kalau hati orang tu tak baik,tak baiklah orangnya.

Pokok pangkalnya semuanya terletak kat hati.Sebab tu la kita kena jaga hati kita betul2..Macam mana nak jaga hati ni ek?

Sebahagian ulama ada cakap,hati kita ni akan jadi elok dalam 5 perkara ni.Apa 5 perkara tu?
1.Membaca al-quran dengan tadabbur. (bukan setakat baca je,tapi tengok maksud dia sekali..)
2.Mengosongkan perut. (rajin2lah puasa sunat ye..puasa setiap isnin dan khamis..)
3.Qiamullail.(kena selalu bangun malam..solat tahajjud,taubat,hajat dan tutup dengan witir)
-Merintih kepada ALLAH di waktu tengah malam.(Berdoa...)
4.Bergaul dengan orang2 soleh. (cari la kawan2 yang baik ye..)
5.Memakan makanan yang halal.(Elakkan makanan yang syubhah ye)

Lepas tu malam tadi ada solat sunat hajat dan majlis tahlil untuk arwah kak ziha.Sementara tunggu isyak tu,ada la perkongsian sikit.Pak Cik Bukhari ni cakap kita kena jaga betul2 hati kita ni.Apa yang dia cakap tu pun xlari jauh dengan pendapat ulama kat atas tu ha...

Apa dia kata ek?Saya tahu..kita sume orang Islam..dah tentu la kita solat kan?Dah akil baligh dah..tak buat dosa kita tanggung sendiri dah..Tapi kalau solat x jaga?Melewat2kan solat,solat tapi macam malas2,dok tengah solat tu sempat lagi fikir benda lain...ok ke solat kita macam tu ye?Sebab tu la Pak Cik Bukhari pesan, jaga solat betul2..Solat diawal waktu,kena ikhlaskan diri,kena khusyuk...

Selain tu..kena selalu ingat kat ALLAH..kena sentiasa basahkan bibir dengan zikir.
Dia cakap," Kalau mulut tu xcakap benda2 xberfaedah..jalan nak gi kelas tu pun dah berapa puluh dah zikir kita dapat sebut."

Betul jugak kan?Ni apa yang kita buat?Dok la citer pasal artis,entah pape je..bukan diaorg kenal kita pun..tapi ALLAH sentiasa tengok kita,ALLAH kenal kita..

Bila dengar tu memang la saya rasa pipi tiba2 pijar.Kata2 tu macam tampar pipi ni ha.Ambik engkau sebijik!Rasakan!Sapa makan cili dia yang rasa pedasnya kan?kena ubah diri ni...huhu

Aha..al-ma'thurat tu pun penting jugak tau!Baca selepas subuh dan selepas asar.Akak naqibah saya cakap,lagi baik kalau kita faham maksud yang kita baca tu..Lagi menusuk kalbu..

Ok,nak kongsi sikit zikir harian..Pak Cik Bukhari bagitau malam tadi..tapi sebenarnya masa kecik2 dulu pun saya amalkan gak zikir harian ni.Siap tampal kat pintu bilik lagi.Tapi tu la kan...dah lama tinggal...ilmu kalau x diamalkan ibarat pokok tanpa buah..tu pepatah bahasa arab yang saya dok hafal masa form 3 dulu.Tapi tak ambik iktibar darinya.ish222...teruknya la saya ni..jangan la jadi macam saya ek kawan2..yang ni pun kena ubah ni..

Eh..dok bercoleteh panjang2 lak..zikirnya xbagitau lagi..maaf2..Ni dia zikir harian tu:

JUMAAT

يَا الله

SABTU

لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله

AHAD

يَا حَيُّ يَا قَيُّوم


ISNIN

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

SELASA

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ

RABU

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

KHAMIS

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

Jom sama2 kita amalkan ye..Moga2 hati kita terjaga..Kalau ada terlintas benda2 x elok tu terus la beristighfar minta ampun dengan ALLAH..jangan biarkan hati ditumbuhi tompok2 hitam yang mencemarkan kesuciannya.

Aha..nak tau x kenapa hati kita boleh rosak?Boleh terpesong dari landasan dia?Hati kita ni boleh rosak
1.Bila kita bergaul secara berlebihan..kiranya x jaga hubungan lelaki dengan perempuan la kat sini..orang arab cakap x jaga ikhtilat.
2.Panjang angan2..dok berangan,terbang ke alam fantasi,tak berpijak di bumi nyata dah...xleh gitu ek..rosak hati nanti.
3.Bergantung harap selain daripada ALLAH..kita ni kena bergantung pada ALLAH je...ada masalah mengadu pada DIA..minta doa pada DIA..jangan lebihkan benda lain selain daripada ALLAH..
4.Kekenyangan yang keterluan.Makan x ingat dunia orang kata..xboleh gitu..itu perangai 'cik tan'.Nak jadi kawan 'cik tan' buat la macam tu...kalau x nak,jangan buat gitu ye..
5.Banyak tidur.Ha..baby je ek yang tido lama..dah besar panjang ni..jangan nak mengada-ngada jadi baby lak...(huhu..saya ni kalau tido tu..x ingat nak bangun..haish..teruknya la...kalah baby kalau tido..ish2...awak tu dah besar..dah boleh jadi mak baby dah pun..jangan nak mengada nak jadi baby...>.<)

Sebab tu la tarbiyyah rubiyyah ni penting.Hati kita ni pun perlukan penjagaan rapi tau.Insya-ALLAH kalau kita amalkan zikir,al-ma'thurat,baca quran...hati akan jadi lembut..kena lakukan secara konsisten la ye...

Saya tau,nak buat tu senang...Tapi nak konsisten tu yang susah..tapi tak salah kalau kita mencuba dan berusaha kan?Kalau orang lain boleh buat dan konsisten...kenapa kita x boleh buat?Saya selalu tanya macam tu kat diri saya.Apa beza saya dengan dia?Dia boleh buat,tentu saya boleh buat jugakkan?Yang penting,kemahuan dan tekad.Insya-ALLAH..boleh..

Malaysia boleh!Kita boleh! (eheheh..xpasal2..tapi xpe...pembakar semangat...*^^*)

Wednesday, June 2, 2010

Bangkitlah duhai teman

Salam alaik~~

Saya amat2 terkesan dengan tulisan Hilal Asyraf.Artikelnya yang bertajuk 'Peristiwa 31 Mei 2010-Apa Yang ALLAH Nak Ajar Kita',benar2 terkena pada batang hidung sendiri.Semenjak peristiwa hitam itu banyak status2 dekat facebook,ym,blog yang berbicara tentangnya.Saya pun tak terkecuali.Tapi adakah semua ini akan berterusan hingga ke akhirnya?

Mungkin ada yang bertanya,"Hingga ke akhirnya?Akhirnya macam mana tu?"

Akhirnya di sini ialah sehingga Islam itu menjadi suatu kuasa besar di dunia.Sehingga bumi Palestin dimiliki kembali.Sehingga wujudnya ustaziatul alam-orang2 yang mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenar.

Adakah semua ini akan sampai ke tahap itu?Agak2lahkan...benda ni akan berterusan ke?

Saya ada terbaca satu status ni kat facebook,"Wahai manusia akhir zaman!
apa yang dikau perbuat kala saudara2 mu di sana sedang mengejar syahid krn Allah??
apa yang akan kau jawab andai Allah tanyakan tentang umurmu di dunia ini?bangkitlah menyeru kpd Islam..bangkitlah berdoa buat saudara2 mu di gaza...cemburunya aku pada mereka yang sedang mengejar syahid..andai aku bisa bersama mereka... "

Adakah kita sudah betul2 ke arah itu?Mengamalkan Islam dengan sebetul2nya...Bertindaklah sekarang.Bukan hanya sekadar berdoa agar misi keamanan ke Gaza itu terselamat,bahkan kita perlu mengubah cara hidup kita ke arah cara hidup Islam.Bagaimana mahu wujudkan tamadun Islam andainya individu muslim pun belum terwujud?Fikir2kanlah wahai teman...

Ye..saya pun belum betul2 sempurna.Saya juga masih berusaha untuk ke arah itu.Insya-ALLAH,marilah kita sama2 menuju ke arah itu.Bukankah lebih elok berdua daripada keseorangan?Kenapa tidak kita beramai2?Tidak ada Salahuddin Al-Ayubi yang akan muncul lagi..melainkan insan yang berperawakan sepertinya,yang berpandukan al-quran dan as-sunnah...

Jika bukan kita orangnya,kenapa tidak kita menjadi penyumbang kepada insan itu?

Ingatlah,ALLAH sentiasa bersama kita...tetapi selalunya kita yang meninggalkan ALLAH..Mendekatlah kembali..kembali pada-NYA..

Wallahu'alam