Monday, January 24, 2011

"Bersahabat Hingga Ke Syurga"

Assalamu'alaikum wbt..

Sudah hampir 2 minggu jejak Tanah Melayu..Jejak Tanah Cik Siti Wan Kembang... Macam-macam dah jadi dalam masa 2 minggu ni. 2 minggu yang banyak mengajar erti persahabatan, erti pertalian dan erti ukhuwah.

Walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari saya tinggal di rumah je,tapi banyak benda yang saya realize balik. Ye la...bila dah tiada benda yang hendak dibuat, tiada assignment yang menuntut untuk diselesaikan, tiada aktiviti untuk diisi...Masa saya banyak dihabiskan dengan marathon novel la jawabnya. Orang tua-tua kata, "Sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain". Saya pula kata, "Sehari sehelai kertas, lama-lama menjadi buku". Erk? Macam tak masuk je..Ngee~

Bermula dengan Warna, Patricians vs Aurora, Relevankah Aku Di Hatimu aka RADHA; itu novel-novel yang saya belum baca dan dah dikhatam kesemuanya (kalau hari-hari dapat khatam satu juzuk kan ke bagus cik kak?). Kemudian marathon novel-novel yang sudah dibaca pula. Versus saya mulakan balik pembacaan dari awal muka surat sehingga ke noktah akhir. Sekarang sedang baca Denyut Kasih Medik nukilan Dr.Farhan Hadi.

Bila baca balik Versus, it makes me realize that to be a good person ain't that easy. Definisi 'baik' tu pun hanya senang apabila meniti di bibir lidah, namun sukar untuk diaplikasi dan dipraktikkan.

Things're easier said than done,right? Banyak lagi yang kena improve ni. Mungkin cerita itu hanya rekaan penulis semata-mata, namun apa yang dicerita itu memang benar-benar terjadi di dunia nyata. Saya nak jadi macam Ashraff Omar, saya nak jadi macam Minn Edina. Kalau diaorang boleh berubah dari street ke jalan Ilahi, kenapa tidak saya?

Membaca RADHA membuatkan naluri saya membuak-buak untuk ke Jepun. Suasana DnT di sana memang betul-betul menarik minat saya untuk tahu dengan lebih terperinci. Haila~bila nak ke Jepun ni?

Dalam saya tidak sedar, saya rindukan suasana ukhuwah itu. Rindukan teman-teman seperjuangan di Korea sana. Rindu juga dengan teman-teman di sini. Memang dalam setiap keadaan, kawan itu perlu. Saya juga rindukan kamu.

Di kala kita gembira, ada kawan yang meraikan,
Di kala kita sedih, ada teman yang menenangkan,
Di kala kita kealpaan, ada sahabat yang mengingatkan.

Itulah pentingnya persahabatan. Hidup ini tidak akan lengkap tanpa teman di sisi. Namun berpada-padalah dalam memilih rakan.

Kawan baik akan menunjukkan jalan,
Kawan jahat akan memutuskan talian.

Kalau boleh saya nak ukhuwah yang terjalin ini akan berkekalan. Ustaz Hasrizal kata, "Bercinta sampai ke Syurga". Saya pula kata, "Bersahabat hingga ke Syurga".

Teman,
Jika diri ini ada membuat khilaf..maafkanlah
Jika diri ini ada membuat silap..tegur-tegurlah
Jika diri ini terjerumus ke lembah kehinaan..tariklah
Jika diri ini terpesong dari laluan..perbetulkanlah

Saya tahu, saya ni tidaklah berapa pandai dalam meluahkan rasa dan bukannya orang yang jenis mudah mesra. Namun, insya-ALLAH saya akan cuba untuk menjadi kawan,teman dan sahabat sebaik mungkin.

Sunday, January 9, 2011

Ukhwah Persaudaraan


Assalamu'alaikum wbt.

Baru-baru ni ada beberapa orang senior saya pergi jalan-jalan ke Jepun. Saya pun teringin jugak nak ke Jepun sebenarnya, cuma tak tahu la bila hajat saya tu akan kesampaian. Rancangnya sebelum saya balik ke Malaysia for good, saya akan ke Jepun. Insya-ALLAH. Bila tu..tak tahu la lagi. Insya-ALLAH coming soon.

Pagi tadi sempat la senior-senior yang berjaulah ke Jepun sharing-sharing cerita mereka sepanjang hampir 2 minggu di sana. Sambil-sambil menceritakan pengalaman mereka di negara matahari terbit itu, mereka juga menunjukkan gambar-gambar dan video yang sempat mereka rakamkan.

Subhanallah...Masya-ALLAH...Saya tersangat-sangat teruja dengan keputihan salji yang begitu tinggi sehinggakan mencecah paras dada. Siap boleh buat sculpture lagi tu. Wah~Teringin nak buat jugak~~

Saya pernah jumpa dengan beberapa orang pelajar daripada Jepun di Malaysia sewaktu pulang bercuti tahun lepas. Bila tengok wajah-wajah mereka yang terpapar di skrin, rasa rindu sangat-sangat dengan mereka. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi saya betul-betul tersentuh. Teringat masa-masa yang kami kongsikan bersama sewaktu di Malaysia dulu. Walaupun cuma sekejap tetapi rasa keterikatan itu sangat-sangatlah kuat.

Sebelum ini saya tidak betul-betul memahami makna persahabatan, ukhwah, persaudaraan atau kata-kata yang seumpama dengannya. Namun, kini saya rasa saya sudah boleh memahami apa itu ukhwah, apa itu persahabatan dan apa itu persaudaraan.

Buat kawan-kawan dan sahabat handai di bumi sonata:
Hadirnya kalian memberikan sinar bahagia,
Sewaktu bergembira... kita ketawa riang bersama,
Saat kedukaan melanda...kita bermuram durja,
Ketika bersama terasa indahnya bersaudara.

Buat teman-teman seperjuangan, especially to Fatin Marini and Wan Hasni Syakila:
Walau bidang kita berbeza,
Walau jarak memisahkan kita,
Walau jarang bersua muka,
Walau kekadang bertegur sapa,
Ketahuilah kau ku intai setiap masa,
Perkembangan dirimu sentiasa ku teroka,
Kerana ada yang menghubungkan kita,
Ketahuilah ia adalah ukhwah bersaudara.

p/s: Ukhwah itu indah..kekalkan ia sehingga ke husnul khatimah.Insya-ALLAH...







Tuesday, January 4, 2011

Ayuh Kembali ke Sekolah!

Assalamu'alaikum wbt.

Awal-awal tahun macam ni biasanya ibu bapa di Malaysia sibuk menguruskan pendaftaran anak-anak ke sekolah. Mak dan ayah saya juga tidak terlepas dengan hal-hal pendaftaran dan pembayaran yuran ni.

Masa saya call rumah minggu lepas, Ummi baru je siap menguruskan pendaftaran adik Zakwan ke Prasekolah. Adik Eya pulak hari Sabtu dah kena hantar ke SMSPP. Nampaknya sunyi la balik rumah lepas ni, sepanjang cuti ni ada la juga dengar suara-suara berkelahi la apa la kat rumah tu. Nanti tinggal la adik Zakwan sorang-sorang kat rumah.

4 hari dah bersua muka dengan 2011. Bertambah lagi setahun umur saya. Walaupun baru 3 bulan lepas saya sambut Hari Lahir yang ke-20 sekarang saya sudah 21 tahun. Alahai...dah tua rupanya saya ni. Sebenarnya usia kita bertambah setiap hari...kita je yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar. Semakin bertambah usia, semakin kita mendekati mati.

Tak sangka, tahun ni adik Eya akan mengakhiri zaman persekolahannya. Tahun menghadapi peperiksaan terbesar bagi pelajar menengah atas; SPM. Adik Zakwan pula sudah melangkah ke alam persekolahan. Excited dia nak ke sekolah. Adik Ema pula, bulan 4 nanti akan menamatkan program matrikulasinya dan akan melangkah ke alam universiti. Cepatnya masa berlalu.

Buat adik-adik kesayangan, selamat kembali ke sekolah. Belajar rajin-rajin.

Adik Eya, tahun ni dah SPM. Usaha sehabis daya, dan selebihnya serahkan kepada Yang Maha Esa. Kakak tahu adik boleh buat. Jangan hampakan harapan kami.

Adik Zakwan, belajar rajin-rajin gak. Kawan leklok...Dapat result ok exam kakak bagi hadiah ek.

Adik Ema, tak lama dah nak habis matrik ni. Do ur best 4 ur final exam. Moga cita-cita Ma tercapai. Kakak tahu Ma boleh buat. Usaha dan jangan lupakan DIA Yang Satu.

In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure.
Success has a simple formula: do your best, and people may like it.