Thursday, March 31, 2011

Inna Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Roji'un

Assalamu'alaikum wbt.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta, jiwa & buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’.(sesungguhnya kami milik ALLAH & kepada-NYAlah kami kembali.) Mereka itulah yang memperoleh ampunan & rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al-Baqarah,2:155-157).

Minggu lepas saya ada meletakkan ayat di atas pada status facebook saya. Dua hari lepas, kami mendapat emel daripada PPMK memaklumkan yang ibu kepada Presiden PPMK;Muhammad Halmi sedang sakit tenat. Tidak lama selepas emel pertama, emel kedua pula menyusul memaklumkan yang ibu beliau telah kembali ke rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan diberkati ALLAH.Al-Fatihah.

Berikutan emel yang diterima, ramai la kawan-kawan bagi kata-kata semangat di facebook Halmi. Ada kata-kata yang menarik perhatian saya dan room-mate. Ucapan tersebut ada menyebut 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un' dan mendoakan semoga ibu Halmi sihat kembali serta semoga dia tabah dan sabar menghadapi dugaan.

Room-mate saya ada cakap. Kata-kata 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un' itu mungkin akan menyebabkan berlakunya salah faham. Kenapa? Kerana bagi sesetengah orang, mereka menganggap perkataan itu diucapkan apabila menerima khabar kematian sahaja. Room-mate pun cerita la kisah dia. Ada kenalan dia sakit. Dia pun ucapkan la 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un' dan semoga kenalannya itu cepat sembuh. Kemudian kawan dia bagitahu yang dia just sakit je. Belum meninggal lagi. Selepas kejadian itu, room-mate dah jadi takut untuk ucapkan begitu apabila mendengar sesiapa ditimpa musibah.

Mentaliti orang ramai, orang Melayu khususnya: Ucapan 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un' itu hanya untuk kematian. Sedangkan hakikat yang sebenar, ucapan 'Inna lillahi wa inna ilahihi roji'un' itu boleh diucapkan dan perlu diucapkan apabila ditimpa musibah.

Untuk itu, jom ubah mentaliti kita. Setiap kali ditimpa musibah sama ada diri sendiri atau orang-orang sekeliling, ucapkanlah 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un'. Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada ALLAH-lah kita kembali.

Monday, March 28, 2011

Tarikh Lahir Kalendar Hijrah


Assalamu'alaikum wbt.

Apa khabar semua hari ni? Hari Isnin merupakan hari yang paling memenatkan bagi saya. Kelas bermula seawal 9 pagi dan berakhir menjelang 5 petang. Fuh~memang penat. Tambah pula hari ni saya ada 1 kuiz dan 1 exam. Erk? Ada beza ke kuiz dengan exam ni? Pada saya ada. Sebabnya kuiz hanya mengambil masa sekitar 15 minit, namun exam memakan masa sejam malah mungkin lebih.

1 kuiz Logic Circuit
1 exam Electromagnetics
4 jam C Programming class

Alamak..lari tajuk pulak. Aha..nak cakap tentang tarikh lahir hijrah ni. Sebelum itu saya hendak tanya..Siapa tahu tarikh lahir hijrah dia? Angkat tangan. (Gaya cikgu mengajar dalam kelas)

Kalau tahu..Alhamdulillah. Kalau tidak tahu? Aha..jom kita ambil tahu.Ini ada link untuk check tarikh lahir dalam hijrah: klik sini

Semasa hari Sabtu 26 Mac, dua hari lepas, saya ada berborak dengan kak Syakirah. Borak punya borak,terkeluar topik birthday hijrah. Then malam tadi kak Syakirah bagitahu dia punya birthday hijrah pada saya. Saya pun teringin la jugak nak tahu tarikh lahir saya. Asyik dok celebrate birthday ikut tahun Masihi je kan. Nak la jugak celebrate birthday ikut tahun Hijrah. Rupa-rupanya semalam, 22 Rabi'ul Akhir 1432H tarikh lahir saya!

Tanggal 22 Rabu'il Akhir 1410H,iaitu 21 tahun yang lalu saya telah dilahirkan ke dunia yang fana ini. Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Allahu Akbar.

Hari ni pula birthday kak Farhana..Selang sehari je rupanya birthday kita ye kak..Sungguh tak sangka..

Lepas ni nak selalu gunakan kalendar Hijrah la. Ini tidak. Time nak puasa dan raya je baru tengok kalendar Hijrah. Sunguh tidak patut.

Saturday, March 26, 2011

Selamat Hari Lahir Zakwan

Assalamu'alaikum wbt.

Tanggal 26 Mac 2006, keluarga kami diserikan lagi dengan kelahiran seorang putera. Putera tunggal bagi keluarga kami yang sudah dihiasi dengan 3 orang puteri. Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ILAHI dengan anugerah yang tidak terhingga ini. Kehadiran putera yang sentiasa dinanti-nantikan oleh Ummi dan We tentunya serta kami amnya.Alhamdulillah, ALLAH Yang Maha Mendengar keluh kesah dan doa hamba-hamba-NYA telah memakbulkan doa kami. Alhamdulillah..syukur pada-MU YA ALLAH..

Siapa sangka title bongsu yang disandang si puteri bongsu selama hampir 12 tahun terpaksa diluncutkan pada 26 Mac 2006 setelah kehadiran putera bongsu yang officially bongsu. Alhamdulillah..kehadiran sang putera telah melengkapkan lagi keluarga kami. Alhamdulillah.

Hari ini, tanggal 26 Mac 2011, genaplah 5 tahun kehadiran putera bongsu dalam hidup kami sekeluarga. Keletah dan karenah putera bongsu yang sentiasa menghiburkan dan menggeletek hati untuk tersenyum dan terus tersenyum.

Alhamdulillah..Si putera bongsu sekarang sudah membesar dengan sihat dan cerdas. Alhamdulillah...Jutaan kesyukuran dipanjatkan lagi pada-MU YA ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Selamat Hari Lahir adikku sayang...
Selamat Hari Lahir Wan Muhammad Haziq Zakwan...
Selamat Hari Lahir kakak ucapkan.

Semoga terus membesar menjadi hamba-NYA yang soleh...
Menjadi anak yang soleh...
Anak yang mendengar kata Ummi dan We...
Anak yang taat...
Adik yang membanggakan kami semua...
Insya-ALLAH...

P/S: Adik...hadiah tunggu kakak balik eh. Baru ni dah sambut birthday in advance kan? Pasni suruh Kak Ema belanja pulak. Tunggu Kak Ema balik, celebrate belated birthday deh. Dok molek-molek. Rajin-rajin baca buku. Rajin-rajin gi ngaji dengan Tok Chik Sah. Adik ke juruh..
Happy birthday adik Zakwan..Kakak saaaaaaaayang adik! Mmmuah~

Friday, March 25, 2011

Saya Cemburu Dengan Kalian



Assalamu'alaikum wbt.

Dah dekat seminggu dah blog ni tak update. Sampai dah ada orang komen kata saya jarang update blog..huhu.. 정말 미안해 파틴...ㅠ.ㅠ Gomen...

2 hari ni saya rasa diri macam zombie. Pergi kelas, balik kelas. Dengar je apa 교수 (kyosu = lecturer) ajar tapi fikiran still melayang-layang. Rasa macam tak jejak tanah pun ada bila jalan. Tu la..banyak sangat fikir. Macam tu la jadinya. huhu..

Saya buat marathon novel online Rnysa 2 hari ni. 2 cerita dalam masa 2 malam. Siang pergi kelas, petang siapkan kerja dan apa yang patut..malam saya marathon. Membaca Dari Pagar Ruyung ke Den Haag dan Cinta Sofea benar-benar membuat saya berfikir dan berfikir. Memang betul-betul menghayati jalan ceritalah. Tidak semena-mena saya menjadi cemburu. Cemburu dengan mereka; watak-watak di dalam karya Rnysa dan juga cemburu dengan insan-insan di sekeliling saya.

Saya cemburu dengan kalian
Saat melihat tingkah kalian
Saya rasa rendah diri

Saya cemburu dengan kalian
Saat melihat personaliti kalian
Saya rasa serba kekurangan

Saya cemburu dengan kalian
Saat melihat perbuatan kalian
Saya rasa jauh ditinggalkan

Saya benar-benar cemburu dengan awak
Awak yang sopan
Awak yang baik
Awak yang solehah tentunya
Terlintas dibenak ingin menjadi seperti awak
Saya pun mahu jadi sopan
Saya juga mahu jadi baik
Saya juga kepingin menjadi solehah
Untuk itu saya cemburu lagi

Pokok pangkalnya di sini, saya benar-benar cemburu. Haish~ Cemburu itu kan tidak bagus? Cemburu itu bisa merosakkan hatimu. Ya..saya tahu itu duhai hati. Tapi...saya tetap cemburu dengan awak. Saya masih cemburu dengan kalian. Lalu, mahu gimana lagi sih?

Kenapa cemburu itu terbit?
Tatkala membaca novel online itu,
saya cemburukan mereka yang benar-benar menghayati dan merasai cinta ILAHI.
Mereka merasai rasa manisnya berada di bawah naungan kasih dan sayang ALLAH.
Tatkala melihat orang-orang di sekeliling,
saya jadi cemburu lagi
melihat dan mendengar betapa bersungguh-sungguhnya mereka berusaha untuk mendapatkan cinta ILAHI; cinta Yang Maha Agung
Saya bagai dapat melihat nur di wajah mereka
Cemburunya saya...

Lantas, adakah saya hanya perlu berasa cemburu dan statik di sini? Cemburu yang bisa memakan diri sendiri. Untuk itu saya perlu bertindak memulakan langkah. Melangkah setapak demi setapak untuk menyaingi awak, mereka dan kalian. Moga-moga rasa cemburu ini bisa menjadikan semangat dan pembakar diri, meransang saya supaya lebih mempertingkatkan amal dan memperbaiki diri. Insya-ALLAH.

P/S: Awak, mereka dan kalian : Merujuk kepada anda di luar sana yang mungkin mengenali saya dan mungkin tidak mengenali saya. Mungkin hanya saya yang mengenali awak, mereka dan kalian melalui pelbagai sumber.


Saturday, March 19, 2011

Peringatan Dari-KU Buat Kamu


Assalamu'alaikum wbt.

Seminggu ini di mana-mana sahaja akan kedengaran isu yang sama. Tidak kira di mana sahaja kita berada. Topik perbualan mesti hampir-hampir sama. Apa dia? Gempa bumi di Jepun yang mencecah 8.9 scala Richter. Tsunami di Jepun yang khabarnya kelajuannya melebihi 700km/h. Letupan loji nuklear di Jepun yang membahayakan manusia. Kesan letupan loji nuklear yang telah mencemarkan ruang udara Korea Selatan, Rusia, China dan Amerika Syakirakat.

Hampir sama kan isu dan topik perbualan kita seminggu ni? Semuanya berkisarkan musibah yang melanda negara Jepun. Lantas apa yang terlintas di benak pemikiran kita saat mendengar,terdengar atau mengetahui musibah yang melanda negara matahari terbit ini? Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada-MU Ya ALLAH..Aku tidak terkena gempa bumi. Aku tidak berada di tempat berlakunya tsunami. Aku bebas dari kawasan pencemaran udara akibat daripada letupan nuklear.

Mungkin itu yang kita fikirkan bukan? Jangan risau. Rasanya bukan awak, kamu atau dia yang fikir begitu. Insya-ALLAH semua orang yang tidak menghadapi musibah ini akan terlintas atau terfikir begitu. Maafkan saya jika saya tersalah ye. Malah saya juga berfikir sedemikian. Rasa bersyukur sangat-sangat kerana terhindar daripada calamity yang melanda bumi samurai. Walaupun saya hanya berada di bumi sonata yang bersebelahan dengan bumi sakura itu.
Alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH...

Namun...dalam kita tidak sedar..ada sesuatu yang ALLAH mahu kita fikirkan. Memang kita tidak mengalami musibah. Memang kita terhidar dari bahaya. Memang betul. Tetapi adakah kita masih boleh bersuka ria seadanya di saat teman-teman kita, sahabat-sahibah kita, sanak saudara kita ditimpa bencana di Jepun sana? Kalaupun tiada talian darah namun kita terikat dengan tali persaudaraan agama; Islam.

Musibah yang melanda itu merupakan peringatan dari Yang Di Atas Sana buat kita semua. Bahkan ALLAH terlebih dahulu menggambarkan kepada kita berkenaan gempa bumi ini di dalam Al-Quran. Surah Al-Zilzal atau Al-Zalzalah (99,1-8) menceritakan tentang bumi bergoncang dengan dahsyat sekali. Tahukan apa maksudnya itu? Itu gambaran akhirat. Jika gempa bumi di Jepun 8.9 scala Richter ini telah mengorbankan berpuluh-puluh ribu nyawa, merosakan semua insfrastruktur dan sistem perhubungan. Cuba bayangkan bagaimana suasana pada hari akhirat nanti?

Jika pada zaman Rasulullah dulu, baginda ada bersabda yang jarak zaman itu dengan hari kiamat ialah seperti jarak dua jari. Bagaimana pula dengan sekarang? Subhanallah..Masya-ALLAH. Gerun mendengarnya.

Adakah kita masih punya masa untuk bersuka ria? Bergelak ketawa di saat-saat seperti ini? Peringatan ini didatangkan oleh-NYA kerana DIA masih sayangkan kita. DIA masih mahu kita kembali kepada-NYA. Kembali mendekati-NYA. Bagaimana pula dengan kita? Masihkah ingin menjauh dari insan yang menyayangi kita sepenuh hati? Masihkan ingin memencilkan diri? Masihkah ingin membenci?

Peringatan ini AKU tujukan untukmu manusia
Agar engkau tersedar dari panjangnya lena
Peringatan ini dari-KU buat kamu semua
Agar kamu bangkit semula
Peringatan ini tanda sayang-KU padamu
Tanda AKU kekasihmu yang satu
Andai engkau mengambil cakna
Ayuhlah bangkit dari lena
Andai engkau mengambil iktibar dari peringatan Yang Esa
Ayuhlah kembali menyayangi dan mendekati-NYA
Andai engkau mahu menghindari mala petaka
Ayuhlah sujud menyembah-NYA...


Sunday, March 13, 2011

Hari Yang Indah

Assalamu'alaikum wbt...

12 Mac 2011..hari yang cukup indah dan amat bermakna bagi saya dan bagi kami seisi rumah; SKY.JOUCE aka Raudhatul Sakinah @ Teratak Mawaddah..Rumah kami semalam tidak putus-putus dikunjungi oleh tetamu. Pada waktu pagi Kak Aina dan Kak Nazihah datang berkunjung. Kami makan mee kari sambil borak-borak. Bergelak ketawa sampai tak sedar masa berlalu. Selepas solat Zohor berjemaah mereka meminta diri untuk pulang.

Selepas Asar pula, sahibah-sahibah dari SKK hostel datang, diikuti oleh sahibah-sahibah dari DMU dan Kak Hasanah dan Kak Shafura. Meriah rumah jadinya dengan pelbagai gelagat dan ragam sahibah-sahibah. Kami sama-sama menyiapkan makanan dan makan beramai-ramai. Macam -macam makanan ada. Tepung talam gula merah dan murtabak hasil tangan Ayla dan Afifah, popia hasil masakan kreatif Nisaa dan mee kari. Ditambah pula dengan Dunkin' Donuts yang mereka bawa, pisang dan puding coklat sebagai pencuci mulut. Whoaa....memang rambang mata nak makan yang mana dulu...
Selepas makan, kami tukar-tukar hadiah pula. Yang ni part paling best. Sebab tak sabar-sabar nak tahu dapat hadiah apa dan dapat hadiah dari siapa. Yang paling excited nak tahu orang tu tulis apa untuk si penerima.ngeeee....

Kemudian kami sambut birthday Izzati in advance. Alang-alang dah kumpul kan..Hari ni birthday Izzati..Sanah helwah ya ukhti. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan-NYA..Insya-ALLAH^^

Birthday girl dapat hadiah...Tapi semua orang excited dan teruja dengan hadiah yang diterima. Sebab? Kat hadiah tu ada gambar kami semua. Macam semua orang dapat hadiah tu pulak. Selepas solat Maghrib berjemaah masing-masing memohon diri untuk pulang.

Alahai...sunyi sepi rumah jadinya. Muka masing-masing happy dan berseri-seri je. Makin bertambah mug dalam rumah kami...Huda, Fatehah dan Aisyah bagi hadiah sempana naik rumah baru..ngaaaa...Cantik tau mugs tu...Siap ada gambar tie lagi..Thank you very much my dearest friends*^^*

Sunday, March 6, 2011

Kasih Sayang

Assalamu'alaikum wbt. Saya baru je habis baca satu artikel di laman iluvislam.com. Tajuk artikel tu 'Apabila Umur Anak-anak Terlalu Rapat'. Saya tertarik untuk membacanya kerana umur kami adik-beradik pun kalau nak dikatakan rapat la jugak.Beza dua tahun je. Masa kecik-kecik dulu dah jadi macam kembar tiga dah. Lebih kurang je kakak dengan adik. Tapi sekarang bila dah besar ni kakak tertinggal di belakang. huhu..Adik-adik masing-masing dah mengatasi kakak mereka.

Ok,kembali kepada topik tadi. Bila membaca artikel tu, saya tertarik pada subtopiknya; Sentuhan dan Erti Kasih Sayang Bagi Seorang Anak. Penulis jugak ada berkongsi tips untuk membuatkan anak-anak merasa diri mereka disayangi ibu bapa.

Part Sentuhan tu.Saya setuju sangat. Sememangnya anak-anak sentiasa mengharapkan sentuhan dan layanan yang baik dari ibu bapa. Teringat waktu saya di sekolah menengah dulu. Waktu bersengkang mata menghadap buku waktu malam. Ayah saya datang dan tanya, "Banyak lagi ke Long nak study?" Saya menjawab pertanyaan ayah dan meneruskan kembali pembacaan. Namun apa yang saya tidak sangka, ayah cakap belajar rajin-rajin sambil mengusap kepala saya. Saat itu saya tahu ayah benar-benar sayangkan saya walaupun dia jarang menunjukkan rasa kasih sayangnya itu.

Bila baca artikel ni saya teringat dekat adik-adik saya. Especially si kecik. Manja benar dia. Balik je dari pra-sekolah sibuk suruh saya tengok apa yang dia lukis. Tanya cantik ke tidak, betul ke tidak...Sibuk jugak tanya warna apa yang perlu dia gunakan untuk warnakan buku mewarna dia tu. Saya pulak, layan je la..Tapi bila dah acap kali ditanya saya jadi bengang. Lepas tu buat endah tak endah dah dengan apa yang ditanya. Asyik dok merungut je. Orang nak buat kerja orang pun tak senang.huhu..

Saat ini, saya rindukan rengekan manja adik saya. Terngiang-ngiang suara comel dia. Rupa-rupanya memang anak-anak terutamanya anak kecil sukakan perhatian dan belaian. Mesti saya masa kecik-kecik dulu pun macam tu. Tapi sekarang bila dah besar, bila adik nakkan perhatian sikit dah marah-marah dia. Betapa tidak patutnya tindakan saya tu. Dahlah jarang-jarang jumpa. Hah, sekarang bila dah ada kat Korea ni, dah lambat dah la nak jumpa balik. Tahun depan la pulak...huhu...Maafkan kakak ye dik...

Kasih sayang...
terlalu indah untuk dikenang...
selamanya...
takkan pernah kau buat...
kasih sayang...
tiada pernah kenal usia...
tua muda...
akan menikmatinya...

Teringat rangkap lagu ini. Lagu yang saya first time dengar masa join Kem Pembimbing Rakan Sebaya waktu sekolah menengah dulu. Ya..kasih sayang itu memang indah,teramat indah..kasih sayang tidak perlu ukuran usia untuk merasainya.Semua orang menikmati dan merasai kasih sayang...Hargailah kasih sayang yang anda miliki...

Saturday, March 5, 2011

Baharu

Assalamu'alaikum wbt.

Dah lama tak menjenguk Segalanya Untuk-MU ni.Kesian awak ye cik blog.Dah bersawang-sawang dah sikit.Maafkan saya ye cik blog.

Sejak kebelakangan ni memang agak sibuk sikit. Masa kat Malaysia memang tak boleh selalu online la kan. Alhamdulillah 20 Februari yang lalu saya dah selamat sampai di bumi sonata kembali . First time naik AirAsia. Sampai kat airport dah pukul 9 malam. Rupa-rupanya ramai je kawan-kawan satu batch dan senior-senior yang sama flight dengan saya. Tak sangka.

Keesokan harinya 21-23 Februari 2011 saya join Gyeoul Gathering (GG). GG dah start 20hb lagi sebenarnya. Saya ni kiranya terlewat join la.Yang istimewanya GG kali ni disertai oleh 3 buah negara. Korea-Jepun-China. Ni benda baharu tau sepanjang kewujudan GG.

Bermula 25 Februari 2011 pulak kami semua menerima kedatangan adik-adik batch 11. Dah ada 2 batch junior dah kat bawah saya ni. Maknanya kat sini saya dah makin tua.hoho..2 kali lagi terima junior bermakna saya sudah berada di tahun akhir pengajian. Whoa...cepatnya masa berlalu.

25-28 Februari tu saya join orientasi batch 11 pulak. Jadi AJK Agama dan Kebajikan. Alahai..ramainya la adik-adik yang sakit. Demam la,cramp la, siap ada yang masuk ward lagi. Kesian diaorang. Kalut kami nak uruskan. Alhamdulillah semalam adik yang masuk ward tu dah boleh keluar.

1 Mac 2011 officially saya menjejakkan kaki ke rumah baharu.eceh...nak jugak cakap. Macam tak percaya pun ada.Dah duduk rumah. Kalau dulu tinggal kat hostel je, sekarang dah tinggal kat rumah. Kalau dulu berenam sekarang berempat.heheh...Kalau dulu asyik sebut roomate je sekarang dah boleh sebut housemate jugak. Semua tu perkara-perkara baharu tau.

2 Mac 2011 kelas bermula. Officially sekarang bergelar pelajar tahun dua Electrical and Electronic Engineering. Whoaaaaaaaa....Masuk-masuk kelas je semua lecturers mesti akan cakap benda yang sama. Course ni susah. Course ni bukan senang. Kena study hard. Tak leh main-main dah...huhu...takut..seram...gerun...Tahun lepas belajar basic je tahun ni dah kena belajar major dah. Semua benda-benda baharu dan menggunakan istilah-istilah yang baharu.

Pendek kata perkara-perkara yang terjadi dalam 2 minggu kebelakangan ini semuanya baharu dan baru buat saya. Ada tanggungjawab baru yang perlu dipikul dan digalas. Perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Insya-ALLAH saya akan cuba sehabis daya untuk memegang setiap amanah yang diberikan ini. Suasana baru,tempat baru, persekitaran baru, tugas baru, jawatan baru...semua itu memerlukan keserasian dan ketahanan untuk menyelesakan diri dengan setiap yang baru itu. Maaf mungkin ayat berbelit-belit sikit, tapi itu yang saya rasa dan akan cuba saya realisasikan. Insya-ALLAH...

Doakan kami semua sukses pada tahun ini ye. Tahun kedua yang mungkin mencabar mental dan fizikal. Subjek-subjek major yang memang susah. Tiada senior yang nak tanya sangat, sebab kami pioneer yang bermula dari first year di SKKU ni. Cuma mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar senior-senior yang baru grad 26 Februari baru ni dan senior-senior final year tahun ni sahaja berserta roadmap. Moga-moga KAU berikan kami kekuatan dan ketabahan dalam mngharungi kehidupan yang penuh onak dan duri ini,YA ALLAH. Satukanlah hati-hati kami menuju jalan-MU,YA ALLAH. Jalan yang KAU redhai.Amin...