Setibanya mereka di DMU, mereka disambut mesra oleh senior-senior yang sudah berada di sana. Mereka bersalaman kemudian
menjamu selera. Semuanya mesra dan kelihatan seakan sudah lama kenal antara
satu sama lain.Bersihnya wajah mereka.
Tenang dan damai rasanya dikelilingi insan-insan seperti mereka. Hatinya
berdetak. Boleh ke aku jadi seperti mereka ini? Farhah pun selalu saja bercerita
kepada fasal perkongsian mereka di dalam circle.
Tapi boleh ke aku yang macam ni nak join
mereka yang macam tu? Dia ragu-ragu sendiri.
Diperhatikan ruang sekeliling surah al-Amin itu. Dengarnya tadi, surau
ini dipinjam untuk party pada malam
ini. Berkerut jugalah dahinya tadi kala mendengar party itu akan diadakan di surau.
Kak Maryam kata ada party. Apa
ke namanya party macam ini? Pelik
betul. Tak ada belon pun. Tak ada birthday
cake pun. Makin berlapis-lapis kerutan di dahi Khai apabila memikirkan
keadaan party yang memang berbeza
sama sekali dengan sangkaannya ini.
Selesai makan dan mengemas, mereka solat maghrib berjemaah. Kemudian kak
Maryam memberikan sedikit pengisian.
“Assalamu’alaikum buat semua. Macam mana nasi ayam tadi? Sedap tak? Pudding cocktail tadi okey tak? Semua
dah kenyang kan?...”
Jeda.
Kedengaran pelbagai suara riuh
mahu menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh kak Maryam tadi.
“…Firstly, marilah kita sama-sama
mengucapkan syukur pada ALLAH Yang Maha Esa kerana kita masih diizinkan-NYA
untuk bernafas pada hari ini dan diberikan peluang untuk bertemu pada petang
ini. Alhamdulillah. Akak tak ada apa pun nak cakap sebenarnya. Cuma akak nak
kongsi sedikit hadis qudsi ini dengan semua orang.”
Kak Maryam memandang semua orang. Nampaknya masing-masing
tertunggu-tunggu bicaranya. Setelah melihat semua orang bersedia untuk
mendengar, kak Maryam menyambung.
“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia
ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, “Sesiapa yang berdoa
kepada-KU maka AKU memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-KU maka AKU akan
memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka AKU ampuninya.”” (Riwayat
al-Bukhari no.1094, Muslim no.1808, Abu Daud no.1317 dan lain-lain)
“Tentu adik-adik yang baru first
time join party ni pelik kan? Apa akak ni. Kata nak buat party. Tapi tak macam party pun. Actually we are here today, not for celebrating someone’s birthday or
welcoming party or else. We are here to our Al-Mighty - Celebrating HIM. Tapi
sebenarnya DIA tak rugi apa-apa pun kalau kita tak ikut perintah DIA.
Sebaliknya kita yang rugi. Nak dengar satu analogi tak?”
Kelihatan beberapa orang terangguk-angguk tanda mahu mendengar. Khai
yang duduk di sebelah Farhah terpaku.
Speechless.
Macam tahu-tahu saja kak Maryam ini akan apa yang dia fikirkan tadi.
Tidak perlu bertanya. Segala persoalannya sudah pun terjawab kini.
“Ada seorang kaya ni kan. Dia ada tanah yang luas. Dia benarkan sesiapa
sahaja yang nak bercucuk tanam di tanah dia tu tanpa perlu bayar sewa tanah,
tak perlu bagi separuh hasil tanaman ke apa ke. Bahkan tuan tanah tu pula bagi
baja la, bagi peralatan bercucuk tanam la… pada semua petani tu. Lepas tu, dia
siap cakap siapa yang rasa tak cukup ke nak minta apa-apa lagi ke… boleh saja
minta pada dia.”
“Baiknya tuan tanah tu kak.”
“Bankrupt la tuan tanah tu
kalau macam tu.”
“Ada juga orang macam tu ya?”
Kak Maryam hanya tersenyum mendengar respon daripada semua yang hadir.
“Ha… macam itu jugalah dengan kita semua ni. ALLAH dah berikan kita
keluarga yang bahagia, otak yang cerdik, badan yang sihat. Lepas tu DIA izinkan
pula kita minta pada DIA dan DIA cakap DIA akan penuhi apa yang kita minta tu.
Jadi, kita kenalah ambil peluang tu. Bukan senang kan nak dapat peluang macam
tu. ”
Keadaan hening seketika. Ada yang menunduk. Ada yang termenung. Ada yang
dah berkaca-kaca matanya. Khai masih tetap terpaku seperti tadi. Jantungnya
berdetak kencang seolah-olah baru menamatkan larian pecut 100 meter.
“Berbalik kepada analogi tuan tanah dan para petani tadi. Jika petani tu
kekurangan keperluan untuk bertani dan dia tak beritahu kepada tuan tanah,
agak-agak dia akan dapat tak bantuan bajalah peralatanlah semua tu?”
“Tentulah tidak, kak Maryam.”
“Mana tuan tanah tu tahu kalau petani tu tak beritahu dia.”
“Petani tu kena mintalah dengan tuan tanah.”
Beberapa orang yang hadir bersuara meluahkan apa yang dirasa bagi
menjawab soalan yang diutarakan oleh kak Maryam. Masing-masing mempunyai
pendapat yang tersendiri. Namun begitu, jawapan tersebut menjurus ke arah idea
yang sama.
“Betul tu. Semua jawapan betul. Kenalah minta dengan tuan tanah kan.
Boleh saja kalau tuan tanah mahu bagi, tetapi mungkin tidak kena dengan
citarasa dan keinginan petani. Betul tak?”
“Betul.”
“Setuju.”
Serentak mereka bersuara. Meriah suasana. Kak Maryam tersenyum melihat
gelagat semua yang hadir.
“Begitu jugalah hubungan kita dengan ALLAH SWT. DIA sudah menyuruh kita
meminta kepada-NYA. ALLAH boleh saja berikan semua benda sekelip mata. Tetapi
DIA suka untuk mendengar hamba-hamba-NYA merayu dan meminta kepada-NYA. ALLAH
suka untuk melihat kita berusaha untuk mencari keredhaan-NYA.
Di dunia ini, tiada yang percuma. Kita perlu berusaha dan berdoa untuk mendapatkan
apa sahaja yang kita ingini. Gabungan usaha dan doa akan membuahkan kejayaan
dalam apa sahaja perbuatan yang kita lakukan.”
Kak Maryam bangkit dari duduknya. Tangan kanannya mencapai marker lalu jari jemarinya berlari laju
di atas papan putih yang terdapat surau al-Amin itu. Semua yang hadir tekun
membaca setiap patah kata yang ditulis oleh kak Maryam.
USAHA + DOA = ORANG MUKMIN
USAHA + TANPA DOA = ORANG SOMBONG
TIADA USAHA + DOA = ORANG MALAS
“Ini
merupakan tiga jenis orang yang ada di dunia ni. Kitalah yang perlu membuat
pilihan kita mahu tergolong dalam golongan yang mana. Mahu menjadi orang mukmin
kah? Mahu menjadi orang sombong kah? Ataupun kita memilih untuk tergolong dalam
kalangan orang yang malas? Pilihan terletak di tangan kita semua.”
“Live well or live hell. You
choose. And it’s you who decide whether the glass is half-full or half-empty.”
Kak Maryam menuturkan bait-bait kata dalam novel Rooftop Rant karya
Hlovate itu sambil memandang semua yang hadir. Dia menyudahi kata-katanya
dengan tasbih kifarah dan surah al-‘Asr.
Kata-kata terakhir kak Maryam itu masih terngiang-ngiang di telinga Khai.
Tanpa sedar bibirnya menuturkan.
“I choose to live well and the
half-full glass is mine.”
Farhah di sisi yang mendengar menoleh. Terkejut barangkali dengan
kata-katanya. Mata Farhah berkaca. Lafaz syukur tidak putus-putus keluar dari
ulah bibirnya. Senyuman bahagia dilemparkan buat kak Maryam yang masih di
hadapan sana. Hanya mata mereka yang mampu berbicara. Seolah-olah memahami
bahasa yang terpancar dari sinar mata masing-masing. Kak Maryam mengangguk
memberikan sedikit keyakinan dalam diri.
Malam itu, mereka
bangun qiam. Pertama kali dalam hidupnya Khai melakukan semua itu tanpa
paksaan. Malam itu segala kekesalan dihamburkan keluar. Betapa dia bersyukur
kerana masih diberikan kesempatan untuk ini. Terima kasih Ya ALLAH.
Seusai solat
subuh, mereka duduk membentuk bulatan dan membaca al-Ma’thurat. Walaupun agak
kekok tapi Khai berasa tenang setelah membaca bait demi bait doa tersebut. Farhah
menghadiahkannya senaskhah al-Ma’thurat. Teringat dua, tiga hari lepas sewaktu
sedang ber‘chatting’ dengan Faizi. Mereka ada berbual mengenai al-Ma’thurat
ini. Hadiah pemberian Aqil kepada Faizi katanya.
AFaizi: Weh… nak tau tak?
I’m_khai: Apa?
AFaizi: Tadi Aqil bagi aku al-Ma’thurat….
I’m_khai: Al…what?
AFaizi: Al-Ma’thurat. Aqil cakap baca lepas Subuh dan
lepas Asar.
I’m_khai: Oho… Dah tu, kau buat tak apa yang Aqil cakap
tu? Ekeke
AFaizi: Macamlah kau tak kenal aku macam mana… Aqil tu
kan budak stok alim. Aku mana main semua tu. Hoho.
I’m_khai: Ingatkan dah rapat dengan Aqil, Hazril semua tu…kotlah
berjangkit.*wink2*
AFaizi: Ek’eleh… dia cakap orang…yang kau tu…sebilik dengan
kak Maryam.. Baik dengan Farhah. Tak kena badi alim ke? Muahaha
I’m_khai: Hahaha…perli nmpak?
Sungguh, sebelum ini
dia merasakan seperti dihempap batu apabila mengetahui yang dia sebilik dengan
kak Maryam. Tapi kini… dia rasa sangat bersyukur dapat sebilik dengan kak Maryam,
berkawan dengan Farhah. Teringat saat dia mengadu perkara tu pada Farhah sewaktu
mula-mula masuk bilik dulu.
Farhah lantas bangun
dan mengambil tafsirnya. Dia membacakan surah Al-Baqarah ayat ke-216.
“…..Tetapi boleh
jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi
kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.
ALLAH mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui.”
[Al-Baqarah, 2:216]
Waktu tu dia masih
lagi memberontak. Tidak mengendahkan kata-kata dan pujukan Farhah. Saat ini, dia
benar-benar bersyukur. Sungguhlah ketentuan ALLAH itu indah. Hikmahnya memang
tidak nampak terus di hadapan mata. Lama selepas itu baharulah terserlah hikmah
setiap apa yang berlaku. Sekarang baharulah dia faham dan mengerti. Khai
mengulumkan senyum kesyukuran.