Assalamu'alaikum wbt.
Semenjak dua menjak ni...saya rasa semua yang saya buat serba tak kena. Dengan keputusan mid-term exam yang tak berapa nak memuaskan hati, dengan banyak kerja yang kalau nak ikutkan takde la banyak sangat, tapi akibat sikap bertangguh-tangguh, jadilah bertimbun.huhu..I know,my bad...Semua benda jadi tak kena sebab saya yang buat benda tu jadi tak kena.
Siapa suruh tak study betul-betul? Bila dapat result yang tak ok, sedih...Salah siapa? Salah saya....
Siapa suruh tangguh-tangguh kerja tu? Bila dah banyak bertimbun,serabut...tak cukup kaki tangan nak buat..Salah siapa? Salah saya...
Bila duduk sorang-sorang, saya terfikir...realize balik, apa yang saya buat selama ni. Masa kecik-kecik dulu, teringat...Masa tinggal kat Segamat dan Setiu, saya asyik dapat result yang sedang-sedang je. Kalau dalam kelas tu ada 30 orang, kedudukan saya hanya pada ranking 15 macam tu je. Bila balik kampung, saya jadi terkejut bila dapat tempat ketiga teratas dalam kelas. Wow! Tak pernah-pernah dapat keputusan secemerlang itu selama ni, tup-tup dapat. Sejak itu, saya berusaha untuk kekalkan prestasi saya.
Namun, keputusan UPSR saya tidaklah begitu memuaskan. Bila masuk sekolah menengah, saya sekelas dengan kawan-kawan yang memang result UPSR diaorang gempaq-gempaq semuanya. Cuma diaorang tak bernasib baik untuk ke SBP atau MRSM je. Saya jadi rendah diri dan sentiasa ingin berlumba-lumba dengan mereka semua. Alhamdulillah, keputusan PMR saya agak bagus. Jutaan kesyukuran dipanjatkan buat ALLAH SWT.
Saya masih kekal di sekolah yang sama sehingga SPM. Alhamdulillah, sekali lagi jutaan kesyukuran dipanjatkan buat Yang Maha Esa dengan rezeki yang DIA berikan. Dengan izin-NYA, saya boleh berada di sini sekarang.
Saya tersentak. Saya melihat diri saya sekarang. Hati berbicara sendiri.
'Adakah aku mahu mempersia-siakan peluang yang ALLAH bagi ini begitu sahaja?'
'Begitu banyak kejayaan yang ALLAH berikan. Adakah aku bersyukur?'
'Adakah mahu berhenti hanya setakat itu sahaja?'
'Bagaimana dengan keadaan sekarang?'
'Mahu main-main lagi kah?'
'Mahu kekalkan dengan result exam yang tak seberapa tu ke?'
'Mahu sentiasa buat kerja last minute ke?'
'Tidak!!!!!!!'
Hati saya membentak keras.
'So?'
"So?" Terluah kata-kata yang bagaikan tidak faham dengan hati sendiri.
'Kau tak mahu sia-siakan peluang yang ada ni kan?'
"Mestilah..."
'Lepas ni nak main-main lagi tak?'
"Insya-ALLAH tak..."Menjawab dengan penuh yakin.
'Nak dapat result teruk lagi ke?'
"Ish..tak nak dah...."Tergeleng-geleng kepala. Nak menunjukkan betapa bersungguhnya diri ini.
'Nak serabut dengan kerja bertimbun sebab siapkan last minute lagi?'
"Tak nak! Penat!"
'Ha...tau pun penat! Tapi buat jugak!'
"....." Terkedu. Kena hentam dengan hati sendiri.
Berubah lah wahai diri. Berubahlah. Peluang hanya datang sekali. Jangan sia-siakan. Inikah contoh duta kecil yang nak ditunjukkan pada orang? Seorang insan yang tidak terurus masanya, seorang insan yang tidak tetap pendiriannya...Tentu tidak bukan? Mana individu muslim yang ingin dibentuk? Mana muwasofat muslim yang ingin diikut? Berterabur...Sedarlah dari lena yang panjang...Berubahlah ke arah kebaikan...
"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka"~Ar-Ra'd,13:11~
Bila hati bicara...
Tuan punya hati terkedu.
Insaf dengan kelemahan diri.
Insaf dengan kekhilafan insani.
Bila hati bicara...
Tuan punya hati kaku.
Tak dapat membalas kata.
Kerana semuanya benar belaka.
Bila hati bicara.
Tuan punya hati kelu.
Tahu khilaf yang dibuatnya.
Perlu perubahan yang segera.
Bila hati bicara.
Tuan punya diri sedar.
Ada kebangkitan yang harus berlaku.
Ada perubahan yang mesti dilakukan!
Bila hati bicara.
Hanya pada DIA kuratapkan
Hanya pada DIA kuluahkan
Hanya pada DIA kuberitakan
Kerna..
Kutahu...
Bicara hatiku ini takkan dibiarkan sia-sia
DIA mendengar luahan rasaku
DIA tahu apa yang terbaik buatku
Bila hati bicara.
Reaksi perlu bergerak seiring.
Hati menggerakkan
Tubuh merealisasikan
Insya-ALLAH
Berusaha pasti akan berjaya.
Yang bulat takkan datang bergolek
Yang pipih takkan datang melayang
Insya-ALLAH, semuanya perlukan pelaksanaan...