Assalamu'alaikum wbt.Saya sangat-sangat terkesan menonton video "Andai Ini Wasiatku" oleh Ustaz Ridha dan Kak Arfah baru-baru ni. Saya pernah mendengar kuliah Ustaz Ridha sepanjang berada di INTEC. Sekarang mereka sekeluarga sudah berpindah ke Kedah. Baru ingat bila pergi INTEC nak ziarah diaorang. :(
Bila tengok video tu, tak semena-mena pipi beranak sungai dengan air mata. Sedih. Yang peliknya, masa saya meninggalkan INTEC dulu, takde la sedih macam ni pun. Mungkin sebab saya tahu bila saya ke INTEC saya masih boleh berjumpa dengan mereka. Mungkin. Namun sekarang, situasinya berbeza. Mereka akan meninggalkan bumi INTEC untuk ke Negeri Jelapang Padi. Ustaz Ridha akan menyambung pengajiannya di sana. Secara tidak langsung, seolah-olah mereka meninggalkan saya. *Sedih sebab tak tahu dah bila boleh jumpa kot*
Andai Ini Wasiatku - Ustaz Ridha
Setiap pertemuan memang disusuli dengan perpisahan. Khadijah kembali ke rahmatullah, Rasulullah SAW bersama dengan isteri-isteri baginda yang lain, tapi hati baginda terikat dengan Khadijah. Pergilah ke mana pun, berpisahlah sejauh mana pun, andai hati terikat dengan ALLAH, insya-ALLAH kita akan dipertemukan juga suatu hari nanti. Tidak di dunia, kita akan bertemu di akhirat sana.
Bergantunglah pada ALLAH. Bergantung pada manusia, lambat laun manusia akan pergi. Namun bergantung pada ALLAH, ALLAH sentiasa bersama kita. Kembalilah untuk bertuhan. Keseronokan dunia sampai ke mana? Keindahan dunia sampai ke mana? Jangan sampai ke akhirat sana kita kelemahan. Kegelapan di dunia hanya sementara. Kegelapan di kuburan berlarutan sampai ke padang mahsyar sampai ke hari perhitungan. Kembalilah untuk hasrat bertuhan. Apa jua pandanganmu, apa jua bentuk pemikiranmu biarlah tuhan itu kekal di hati walaupun tangan sedang membuai dunia.
Harapan ustaz semoga generasi-generasi iniIah yang akan memangku dunia. Adik-adik di hadapan ustaz inilah yang akan meninggalkan sesuatu untuk Islam.
Puisi ustaz Ridha yang lahir dari sebuah hati. Semoga akan sampai juga ke hati.
Andai ini wasiatku
Tidak ku minta untuk pergi
Tidak ku minta untuk didatangi
Namun panggilan-MU terpaksa aku terima
Walaupun hati ini tidak menyukai
Duhai TUHAN
Hatiku,jiwaku,jasadku... milik-MU
Tika KAU memanggilku
Bagaimana ingin ku bantah perintah-MU?
Kerana aku milik-MU
Duhai TUHAN
Kiranya diriku penuh dengan noda dan dosa
Mungkin KAU ampunkan segala
Aku hamba-MU yang tidak punya apa-apa
Aku seorang hamba
Yang ingin memohon segala-gala
Dari Tuhanku Yang Esa
Namun apakan daya
Jiwaku jiwa yang ternoda
Silapku berganda
Ibadatku hanya sekecil cuma
Bagaimana mungkin ENGKAU menerima permintaanku segala
Andai ini wasiatku
Dunia seakan pergi
Kini jasadku pergi
Bantulah aku di sana
Bukan dengan kiriman harta
Hanya ku pohon kiriman pahala
Semua yang telah ku titipkan
Bukan ku buat sengaja
Ku buat dengan tujuan untuk hari muka
Kiranya kau beramal
Ingin sekali ku jual di sana
Hanya amalan yang ku pinta
Kiranya amalan mu daripada nasihatku
Moga-moga pahalanya juga untuk ku
Kiranya engkau pernah berbuat maksiat
Lalu dengan nasihatku engkau meninggalkan
Moga-moga ia meninggalkan kesan kepadaku di dunia ini
Yang menyendiri tiada berteman
Namun adik-adikku sekalian
Jasad ini masih di sini
Jasad ini hanya akan pergi ke suatu arah yang lain
Jasad ini yang pernah memesani
Jadilah seseorang yang menapak di bumi
Yang menyumbang kepada pertiwi
Islam yang kita cintai
Hari ini aku ingin menabur budi
Bukan hanya untuk memesani
Aku hanya pergi
Untuk menyambungkan usaha aku
Sebagai hamba di bumi
Andai itu tujuan ku duhai adikku
Ke mana kamu?
Sungguh ku titipkan padamu
Jadilah seseorang bukan sebarangan
Jadi aku juga berusaha duhai adikku
Untuk menjadi seseorang
Supaya pesanan ini ku buktikan
Andai ini wasiatku
Pemergianku mohon ditemani
Bukan ku pergi berseorangan
Bukan bertemankan badan
Bukan pentingkan harta yang kau kumpul-kumpulkan
Hanya ku mohon
Temanilah aku dengan doamu
Agar...
Kita menyedari bahawasanya
Kita hanya menghamba di bumi
Islam suatu hari nanti akan bertapak di sini
Tempat kita berdiri...
JANGAN DIUCAP SELAMAT TINGGAL UCAPLAH SEMOGA KITA BERTEMU LAGI :) - USTAZ RIDHA
Nasihat dan Pesanan Kar Arfah Hiasi diri kita dengan pakaian takwa. Kenapa pakaian takwa? Pakaian inilah yang akan mengingatkan kita hari ini dan hari selepasnya.
Apa nilai diri kita ni? Apa yang kita letakkan untuk nilaian diri kita ni? Kita ni takde apa-apa makna pun tanpa Islam agama yang kita anuti. Letakkan setiap visi dalam kehidupan adik-adik dengan kehidupan akhirat. Kehidupan selepas mati. Kerana ALLAH akan menilai setiap individu dengan setiap nilaian.
Janganlah bersedih jika seseorang itu meninggalkan kamu, ataupun kamu meninggalkan seseorang tapi bersedihlah sekiranya kamu meninggalkan ALLAH. Kerana kamu tidak akan dapat ganti yang sebaik daripada ALLAH SWT. Dari segi rahmat, kasih sayang yang sangat kita damba-dambakan di hari akhirat.
Letakkan diri kita dengan pakaian takwa. Yang mana pakaian takwa tu ada nilainya. Nilainya sentiasa kita relatekan dengan kehidupan kita di akhirat. Signboardnya macam mana? Apa pandangan ALLAH? Saya nak SMS muslimat yang saya suka. Apa pandangan ALLAH? Saya nak mesyuarat tapi saya rasa menyeleweng. Apa pandangan ALLAH?
Kepada adik-adik muslimah, diri kita adalah suatu anugerah dari ALLAH SWT. Pelihara aurat kita. Pastikan pakaian yang dipakai setiap hari tu boleh dibawa untuk solat tak kira la kat mana pun kita berada. Kita rasa tenang, orang yang melihat kita pun rasa tenang. Kita pun akan jadi duta untuk agama Islam, bagi pandangan yang menarik dan orang akan respect pada kita
Kepada adik-adik muslimin, ALLAH jadikan dalam kehidupan kita ni ada 5 fasa. Fasa 1; kehidupan jahiliyah. Fasa 2; zaman rasulullah. Fasa 3; zaman khulafa’ al-rasyidin. Fasa 4; zaman selepas khulafa’ al-rasyidin. Fasa 5; Islam akan menang. Harapnya adik-adik ni menjadi barisan yang nak memperjuangkan agama Islam. Dengan apa? Dengan kepakaran-kepakaran yang kita ada. Setiap impian adik-adik tu relatekan dengan kehidupan akhirat. Jadikan setiap usaha yang dilakukan ni adalah saham-saham di hari akhirat.
Jangan bermain dengan api cinta. Berhati-hati. Macam mana nak jaga hati? Yang pertama, jelaskan matlamat. Kedua, ikhtilat lelaki dan perempuan jadi sangat penting. Dalam kita nak create biah solehah antara yang paling penting ialah ikhtilat.Pergaulan antara lelaki dan perempuan. Pelihara. Jaga. Bukan sampai tak boleh bercakap.Tak...Bercakaplah dalam keadaan yang sepatutnya. Be professional. Dalam keadaan yang sesuai. Tapi bila dah mengarut, stopkan perbualan.
Adik-adik muslimin mesti sukakan tengok adik-adik muslimah yang baik, solehah. Rasa nak 'chop' je kan...Bukan tak boleh. Tapi sebelum buat sesuatu perkara tu fikir dulu. Adakah tindakan yang dibuat tu akan melaghakan diri kita dan dia? Dah bersedia ke nak jadi seorang suami. Kalau rasa belum, hold dulu. Sebab once dah involve cabarannya banyak. Syaitannya besar. Rasa nak disayangi dan dimiliki tu tinggi. Jadinya akak cadangkan hold, sabar. Sebab ALLAH janjikan bidadari untuk adik-adik lelaki ni yang kuat menahan nafsu.
Yang perempuan, akak ingatkan pelihara diri dari menjadi bahan fitnah. Kita ni manja, suka tersenyum, cantik, manis, bila bercakap tu kadang-kadang kita ada nada kita yang tersendiri. Berhati-hati. Sebab perkara-perkara inilah yang menarik hati sang jejaka.
Ada satu isu. Boleh tak letak gambar senyum dalam status kita ke SMS kita ke kan. Sampai ke tahap itu. Boleh ke kita letak hihi,haha,huhu ke kan. Sebenarnya flexible, depends. Tapi di situlah elemen berhati-hati tu perlu ada dalam setiap diri kita sebagai seorang muslim. Yang lelaki akan dapat yang solehah, yang perempuan akan dapat yang soleh. Dengan mensolehkan diri kita masing-masing. Yang lelaki, jangan nak main-main approach perempuan kalau untuk sekadar suka-suka. Sebab adik-adik dikira menzalimi. You create a problem to be solve. Kalau rasa belum bersedia, jangan tanya macam-macam.
Macam mana kita nak tahu yang kita dah bersedia untuk berdua? Pertanyaan dari seorang muslimin pada akak waktu di Kuantan. Pertama, letakkan criteria yang adik-adik nak dalam diri adik-adik. Contohnya nak yang sudah bekerja. Jadi student takde harapan. Nak yang involve dalam kerja-kerja dakwah. Sebab saya nak hidup saya ni, dia sentiasa mengingatkan saya dan saya pun sentiasa mengingatkan dia. Orang yang tak nak join, nak enjoy-enjoy je ok..dah keluar list. Saya tak nak yang pemarah dan perokok. Yang perokok, yang panas baran, keluar list. Yang lelaki macam tu jugak. Saya nak muslimah yang menjaga auratnya yang terbaik. Jadi yang tak menjaga tak yah pandanglah. Tak yah nak pandang jugak kan? Tak yah nak mengorat-ngorat jugak. Nanti dah kira menyeleweng. Satu, make your own criteria.
Criteria yang akak buat dulu.
1. Nak yang jalankan kerja-kerja dakwah.
2. Nak yang daripada keturunan yang baik, keluarganya, rakan-rakannya.
3. Untuk masa depan, tak panas baran dan sukakan kanak-kanak.
Itu criteria. Tak kisah la walaupun tak handsome ke...Yang perempuan kita tak kisah kan? Asalkan dia tu baik…Once dah ada pilihan, dah jelas dengan kita punya pilihan, avoid masalah-masalah yang lain. Kalau ada orang approach lagi pun, sebab kita dah jelas, lebih baik tolak je.
Dalam kehidupan kita, kita perlukan keputusan, sebab kalau kita tak buat keputusan kita dah menzalimi orang lain. Kena jelas, saya nak berkawan dengan dia untuk berkahwin. Saya nak jaga hubungan saya. Sebab inilah asas-asas untuk membentuk biah solehah dalam diri kita.
Asas untuk membentuk biah solehah:
1. Ada tarbiyah. - Saling mengingatkan, saling belajar untuk membuat kebaikan.
2. Adanya budaya amal makruf nahi mungkar. - Saling mengingatkan.
3. Menjaga ikhtilat.
Insya-ALLAH adik-adik akan duduk dalam keadaan sentiasa tenang dan sentiasa mengingati ALLAH.