Assalamu'alaikum wbt.
Insya-ALLAH, seperti yang saya janjikan pada
entry sebelum ini, saya akan kongsikan tentang program
Home Sweet Home yang saya hadiri pada Sabtu minggu lepas. Sepagi bersama akhawat Kelantan yang insya-ALLAH, meninggalkan memori indah buat saya dan mereka.
Seusai minum pagi setelah selesainya kelas tafsir Al-Quran, kami semua berkumpul dan membentuk satu bulatan yang besar.
Game taaruf dimulakan.
Game pertama ialah Ada Apa Pada Nama? Menarik kan tajuk dia? Kami dikehendaki memperkenalkan nama dan menceritakan sesuatu yang menarik mengenai nama kami. Wuuhuu..Macam-macam kisah yang ada. Dapat juga tahu maksud nama masing-masing.
Game yang kedua pula ialah Lukisan dan Saya. Tadi bila baca blog
APG, saya jadi teringat sesi taaruf kami ini. Eh, macam sama dengan yang dibuat Sabtu baru ni la. Kami kena
describe diri dengan melukis objek atau suatu benda yang menggambarkan diri kami. Seronok sangat mendengar perkaitan benda yang dilukis dengan diri mereka. Ada yang mengaitkan diri mereka dengan qatrunnada' (titisan embun), pohon semalu, mata, buku,
smiley dan sebagainya.
Kemudian tentatif diisi pula dengan sedikit perkongsian daripada Kak Aini Ros tentang tarbiyah dzatiyyah. Kak Aini Ros menerangkan bagaimanakah caranya kita mengamalkan tarbiyah dzatiyyah itu.
1. Muhasabah sebelum dan selepas melakukan sesuatu.
2. Taubat. - Taubat setiap hari dari segala dosa yang kita lakukan. Contohnya, apabila kita terlewat menunaikan solat, kita perlu bertaubat dan berazam untuk tidak melewat-lewatkan solat lagi pada masa akan datang.
3. Perbanyakkan ilmu pengetahuan.
4. Amalan. - Perhatikan setiap amalan yang kita buat. Yang penting sekali amalan fardhu; solat pada awal waktu. Amalan sunat; istiqamah walaupun sedikit.
5. Hakikat akhlak kita dengan orang sekeliling kita terutamanya dengan kedua ibu bapa kita dan adik-beradik kita. - Cuba perbaiki setiap akhlak kita.
6. Melibatkan diri dengan program-program dan aktiviti dakwah. - Sentiasa
say yes untuk menyumbang atau menerima ilmu setiap kali ada program.
7. Mujahadah. - Melawan hawa nafsu. Rasa malas nak buat amalan sunat, rasa keseorangan, lawan diri kita dari setiap rasa yang negatif itu. Sentiasa hubungi akhawat untuk menaikkan semangat dan saling menguatkan. Insya-ALLAH.
8. Doa. - Berdoa kepada ALLAH supaya ALLAH tetapkan hati kita di jalan dakwah ini. Semoga semangat kita sentiasa ada untuk beribadah kepada-NYA. Kita golongan yang terpilih ini perlulah lebih bersemangat mengejar dalam mengejar redha-NYA. Insya-ALLAH.
Kak Aini Ros berpesan supaya kita sentiasa muhasabah balik mutabaah amal kita. Lakukan apa sahaja amalan untuk kebaikan dan niatkan segalanya hanya pada ALLAH. Itu pesanan akhir kakak yang manis lagi murah dengan senyuman ini sebelum mengakhir perkongsiannya.
Sebelum ini saya sudah dapat pun pengisian mengenai tarbiyah dzatiyyah ini. Namun, apabila mendengarkannya lagi kali ini, saya rasa bagaikan belum pernah mendengarnya. Seolah-olah inilah kali pertama saya mendengarnya. Itulah gunanya akhawat kan? Saling mengingatkan saat terlupa. Saling menarik saat terleka.
Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Sedar-sedar sudah mahu masuk waktu Zohor. Kami makan tengah hari bersama kemudian solat Zohor berjemaah. Walaupun baru kali pertama bertemu, saya rasakan seolah-olah kami telah lama bersua muka. Usai solat, masing-masing bergerak pulang.
Saya dan dia pula mengorak langkah kami ke Kota Bharu. Jalan-jalan cuci mata. Err. Jangan salah faham okey. Kami keluar masuk kedai melihat jubah, tudung dan buku. Sambil-sambil itu mahu meluangkan masa bersama. Al-maklumlah, pada hari minggu, kami sibuk dengan praktikal masing-masing. Walaupun saya anak sulung, tapi dia tetap kakak sulung saya. :'D
Nota 1: Alhamdulillah. Sudah selesai urusan
renew passport. Sempat lagi berjimba-jimba dengan famili terchenta di KB Mall petang tadi. Hee. Tanpa kehadiran adik Eya. Takpe, nanti adik balik, kita
outing lagi deh^^
Nota 2: Esok akan berpindah ke bahagian pencawang. Kena keluar lagilah nampaknya. Hari ini disoal jawab oleh pegawai audit yang datang dari KL. Huu. Alhamdulillah, jawapan yang diberikan memuaskan hati beliau yang bertanya.
Nota 3: Saya tunggu mesej orang lain. Mesej orang lain yang saya dapat. Itulah, lain kali tanya dulu empunya nama. Ini main aci redah saja. Kononnya yang mesej itulah orangnya. Tengok. Kan dah silap orang. Patutlah pelik semacam sahaja. =.=
Nota 4: Allahumma balighna Ramadhan. Lagi 4 hari, Mr. R akan datang. Semoga saya dapat bertemu dengan beliau. Semoga kita semua diizinkan-NYA untuk bertemu dengan Ramadhan dan melaluinya dengan jayanya. Insya-ALLAH. Semoga amal-amal kita di bulan Ramadhan kali ini diterima-NYA. Insya-ALLAH.