Wednesday, April 13, 2011

Tidak Kira Usia

Assalamu'alaikum wbt.

Saat melihat home facebook malam tadi, saya terlihat satu status yang amat-amat menyentuh hati saya.


"Assalamua'alaikum mak. Apa khabar. sihat?" text saya pada ibu kandung.
"Wa'alaikumussalam maryam. sihat, alhamdulillah. Afwan, mak sedang dalam halaqoh. sembang lain ya, insya-allah." jawab ibu kandungku.
"Assalamua'laikum mak. Apa khabar. sihat?" text saya pada ibu mertua
"Wa'alaikumussalam maryam. sihat, alhamdulillah. Afwan, mak sedang dalam halaqoh. sembang lain ya, insya-allah." jawab ibu mertuaku.

Subhanallah...Masya-ALLAH...Keluarga yang di kelilingi dengan dakwah dan tarbiyah. Terasa begitu sebak saat membaca status tersebut.

Kiranya dakwah dan tarbiyah ini tidak mengira usia; tua atau muda, semua orang boleh menyertainya dan melibatkan diri dengannya.

Sejujurnya saya agak cemburu dengan orang-orang yang memang di kelilingi oleh dakwah dan tarbiyah. Tapi saya tetap bersyukur kerana saya berpeluang untuk merasai manisnya ukhuwah dakwah dan tarbiyah itu. Walau ada onak dan duri, pahit maung berhadapan dengan mehnah dan tribulasi serta jatuh bangun diri, itu bukan penghalang untuk menjauhinya. Insya-ALLAH...

Moga-moga saya, sahabat-sahibah dan kamu semua terus tsabat di jalan yang diredhai-NYA. Tidak berhenti setakat ini sahaja. Moga terus kekal hingga ke akhir usia. Insya-ALLAH.

Sweet kan walau sudah berkeluarga, masih berhalaqoh dan berkumpul menuntut ilmu?Berkongsi dan terus berkongsi...Memberi dan terus memberi... Insya-ALLAH.

2 comments:

fatinmarini said...

kalau panjang umur, insya-Allah, da umur 40 an 50 an nati kita buat halaqah samasama ya? itu pun kalau engineer tak buzy. cikgu eang tak busy, tak payah risau. hee.

p/s: rindu nak usrah dengan awak lagi maca dulu sebenarnya. :'(

Shauqatul Wardah said...

insya-ALLAH Fatin..panjang umur..insya-ALLAH kita buat halaqah sama2 eh..busy macam mana pun insya-ALLAH akan luangkan masa untuk halaqah..^^

p/s:teringat masa kita usrah sama2 dulu..rindu~~=<