Faizi menoleh ke arah gerangan yang menepuk perlahan bahunya. Dia baru
sahaja selesai kelas Thermodynamic. Kelas terakhir untuk hari ini. Dijungkitkan
keningnya yang tebal itu tanda menyoal. Aqil sekadar tersengih. Mereka
beriringan berjalan keluar kelas.
“Bola jom petang ni.”
“On.”
“Kalau macam tu lepas Asar jumpa di tempat biasa ek.”
“Okay!”
“Lagi bagus kalau letak insya-ALLAH selepas okey tu.” Aqil menoleh ke
sisinya sambil tersenyum. Tampak sungguh ikhlas senyuman itu di mata Faizi.
Erk? Terkena aku sebijik. Hambik
engkau! “Insya-ALLAH.” Faizi sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Jumpa di padang nanti ya. Insyaa-ALLAH. Assalamu’alaikum.” Tangan
diangkat dan terus berlalu.
Salam hanya dijawab di dalam hati. Sebenarnya dia masih tidak biasa
dengan budaya salam itu. Matanya hanya memandang langkah Aqil yang semakin
menjauh.
Dia tahu niat Aqil itu baik. Menegurnya ke arah kebaikan. Tiada pun riak
mahu menunjuk-nunjuk pada wajah Aqil sewaktu menegurnya tadi. Alah, bukan dia
rugi apa pun. Dia beruntung sebenarnya mempunyai rakan seperti Aqil itu. Yang
berani menegurnya saat dia melakukan kesalahan.
Berada jauh daripada pandangan kedua ibu bapa ini membuatkannya bebas
melakukan apa sahaja. Tiada mak untuk berleter. Tiada abah untuk member nasihat.
Kawan-kawanlah yang mengantikan tugas mak dan abahnya di sini. Mereka sudah
bagaikan satu keluarga. Saling mengingatkan dan saling membantu.
Masuk ke bilik terus sahaja dia menonong ke arah meja belajarnya. Sling bag yang tersangkut di bahu
diletakkan elok di atas meja dan dia terus duduk di atas kerusi menghadap
komputer. Dicari ID orang yang diingini.
“Online ke tidak Khai ni.”
Faizi mengomel sendiri.
“Aha!” Terus diklik pada ID itu yang berwarna kuning menandakan Khai
juga sedang online saat ini.
AFaizi: Weh…
malu gila tadi.
I’m_khai: Kenapa?
AFaizi: Macam
kena lempar dengan bola hoki tu ke muka. Auch!
I’m_khai: Why?
AFaizi: Aqil tu la. Boleh dia cakap… “Lagi bagus kalau letak insya-ALLAH lepas okey tu.”
AFaizi: Aqil tu la. Boleh dia cakap… “Lagi bagus kalau letak insya-ALLAH lepas okey tu.”
I’m_khai: Hahaahahaha….(dah
gelak guling2 dah ni)
AFaizi: Ish
kau ni… Aku malu tau… Boleh dia gelak pulak.
Grrrr.
I’m_khai: Lain
kali ikut la cakap Aqil tu.
AFaizi: Haila…
Haila…
Kedengaran tawa halus yang masih tidak berhenti sejak mendengar cerita Faizi
tadi. Muhammad Azrul Faizi, kawan merangkap BFF dia semenjak di bangku sekolah
lagi. Rumah mereka sebelah-menyebelah sahaja pada waktu itu. Mereka berpisah
setelah keluarganya berpindah ke Kota Rahman Putra. Keluarga Faizi pula
berpindah ke Ipoh tidak lama selepas itu. Sejak itu mereka terputus hubungan.
Tidak disangka Nur Aufa Khairina bertemu kembali dengan Muhammad Azrul
Faizi ini sewaktu hari pendaftaran di INTEC hampir dua tahun yang lepas. Lebih
memeranjatkan mereka rupa-rupanya berada di bawah program yang sama - Kejuruteraan
Teknikal Korea!
Sewaktu mula-mula mereka bersua, dia terasa seperti mahu memeluk sahaja si
Faizi itu. Gembira bukan kepalang. Nasib baik dia masih ingat lagi batas-batas
agama ketika itu. Masing-masing pun sudah besar panjang. Mahu bersembang-sembang,
bergurau senda seperti mereka kecil-kecil dahulu sudah tidak bolehlah. Tambahan
pula, rasa kekok itu masih menebal dalam diri. Apa tidaknya, sudah lama tidak
berbual mesra. Sudahnya mereka hanya berhubung menerusi Yahoo! Messenger sahaja.
Awal-awal lagi Khai sudah beri amaran siap-siap kepada Faizi.
“Ingat! Orang lain tak boleh tahu kita dah lama kenal.”
“Kenapa macam tu pula?” Faizi sudah buat muka tak puas hati.
“Tak mahulah!”
“Okay then. From now on, we are strangers.”
“Deal.” Melebar senyum Khai apabila
Faizi bersetuju dengan cadangannya itu.
Sejak itu mereka memang bersikap seolah-olah saling tidak mengenali
antara satu sama lain. Lagipun bukannya ada orang syak apa-apa. Faizi belajar
dan menetap di Perak. Dia pula di Selangor. Pastilah tidak ada orang yang syak
kan?
Mereka mula menjadi semakin rapat sewaktu belajar bahasa di LEI.
Semuanya bermula setelah dia mendapat anugerah kecemerlangan bahasa Korea.
Perhubungan itu masih diteruskan sehingga kini. Khai sendiri pun tidak mengerti
mengapakah dia masih terus berbual mesra dengan Faizi di alam maya. Apa yang
dia tahu, dia berasa senang berborak dengan Faizi. Itu sahaja.
No comments:
Post a Comment