Tuesday, January 28, 2014

Cerminan Dirimu

Assalamu'alaikum wbt.


Dipusing badannya ke kanan dan ke kiri. Sekejap dibetulkan tudung dan bajunya. Sakan kelihatannya pose di hadapan cermin.

"Okay! Perfect!"Senyuman berpuas hati tersungging di bibir.

"Lawanya..." Ditoleh ke arah suara yang menegur.

"Nak pergi kedai buku kejap. Nak beli alat tulis. Ada nak kirim apa-apa tak?"

"Oh. Ingatkan nak pergi mana tadi. Sakan dia bergaya." Senyuman mengusik dihulurkan buat si teman.

"Hihi. Mestilah. Orang tengok kita kan?"

"Hmm... patutnya kita tengok cermin tu sebab kita nak tengok ALLAH redha dengan penampilan kita...."

"Erk... Tapi susah kot nak buat tu..."

"Memang susah. Tapi insya-ALLAH kita boleh buat kalau kita nak."


*****

Saya baru sahaja selesai menonton video The Precious You. Memang menarik dan membuatkan saya terkedu seketika. Berfikir sejenak. Kisah di atas, memang saya pernah alaminya sendiri. Cuma kisah itu saya hiperbolakan sedikit. Harapnya mesejnya sampai kepada yang membaca. Insya-ALLAH.



Saya menulis ini lebih kepada memperingati diri saya sendiri sebenarnya. Juga untuk memperingati sesiapa sahaja yang membacanya. Insya-ALLAH. 

Kita, setiap kali hendak keluar rumah, pastinya kita akan menghadap cermin bukan? Melihat penampilan diri yang dipantulkan sang cermin. Menilai adakah semuanya sudah sempurna supaya kita boleh tampil dengan yakin dan bergaya di hadapan khalayak. Maksud saya di sini, kita tidak akan keluar dengan keadaan yang serabai dan tidak terurus bukan? Pastinya kita akan keluar dengan keadaan yang segar, bersih dan wangi. Kita akan melihat cermin, meneliti kalau-kalau ada cacat celanya pada penampilan kita sebelum melangkah keluar rumah.
Betul kan?

Apa yang terlintas di hati saat melihat pantulan diri di hadapan cermin itu? Adakah kita bersiap kemas itu supaya orang melihat kita cantik dan bergaya ataupun kita mahu ALLAH melihat kita? Tepuk dada, tanyalah iman di hati. 

"The best thing in the world is a righteous girl, 
the way she dress,
like an empress,
impressing ALLAH, 
oppressing the nafs." 
-The Precious You- 


2 comments:

Aminah MS said...

Salam. boleh tak sy nak minta emel adik? insyaAllah berhajat nak sambung master ke korea tahun depan. so nak minta adik share pengalaman belajar kat sana kalau boleh. ni emel akak ummisolehah91@gmail.com

Aminah MS said...

terima kasih :)