Saturday, December 19, 2009

Motivasi Diri

Assalamu'alaikum wbt.

Malam yang sejuk ni saya nak kongsi tips2 untuk memotivasikan diri sikit la..huhu..tengah boring xtau nak buat apa..padahal ada je homework tu.huhu..takde la motivasi sangat sebenarnya..tapi boleh membuatkan hidup kita teratur dan ceria selalu dengan tips2 ni..Insya-ALLAH..sama2lah kita amalkannya yer..^^

1.Rangcanglah dulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
2.Senyumlah selalu...Senyuman boleh menenangkan jiwa.Aha..senyum juga merupakan satu
sedekah tau!
3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
4.Jangan membahayakan diri sendiri dan menzalimi diri.
5.Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
6.Sesekali hiburkanlah diri dengan melakukan apa yang diminati.
7.Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas.Sesekali bergaya apa salahnya..^^
8.Kawal berat badan dan jangan makan terlalu banyak.Takut jadi obes pulak nanti..huhu
9.Amalkan gaya hidup sihat.Jangan hisap rokok..Merokok membahayakan kesihatan.
10.Lakukan pemeriksaan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
11.Tenangkan fikiran dan relaks sekejap..
12.Mandi setiap hari..Jangan malas mandi tau!Walaupun winter macam kat Korea
sekarang ni..huhu..
13.Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri
sendiri.
14.Jangan menunjuk-nunjuk atau alin-alim kucing yer..
15.Lakukan kerja seikhlas hati.No complaint-complaint tau!
16.Yang paling penting,sentiasalah berdoa kepada ALLAH SWT.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah

Salam alaik~

Wah..pejam celik,pejam celik hari ni dah masuk Awal Muharam,1431H.Selamat tahun baru hijrah kepada semua umat Islam di seluruh negara.

Semalam selepas solat Asar,doa akhir tahun akan dibaca.Kemudian selepas solat Maghrib,doa awal tahun akan dibaca.Bila sebut je pasal Maal Hijrah ni tentu semua akan teringat kisah hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.Tapi adakah sekarang ni setiap kali masuk tahun baru hijrah,kita perlu berpindah?Tentu tidak bukan?Jadi apa yang perlu kita hijrahkan sekarang ni?Sikap,keazaman,perubahan ke arah yang lebih baik.Aha..itulah yang perlu kita hijrahkan.

Biasanya bila tahun baru je orang akan berazam.Macam tu jugaklah dengan tahun baru hijrah ni.Kita hendaklah menanamkan keazaman untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi.Tak kira la dalam apa jua bentuk sekali pun.Sama ada sikap kita,amal ibadat kita,pelajaran kita..semua la..perlu kita ubah ke arah yang lebih baik.

Yang paling utama,niatkan hijrah kita tu semata-mata kerana ALLAH SWT.Itu yang paling penting.Saya teringat hadis pertama dalam hadis 40 yang bermaksud :
"Daripada Amirul Mukminin,Abu Hafs,'Umar bin al-Khattab r.a.,aku mendengar Nabi S.A.W bersabda:"Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan Rasul-NYA,maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada ALLAH dan Rasul-NYA.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia,maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi,niatkanlah setiap perubahan yang kita nak lakukan tu semata-mata kerana ALLAH SWT.Memang betul,kalau kita tak niatkan kerana ALLAH pun kita akan dapat apa yang kita nak tu.Tapi keberkatan dan keredhaan ALLAH tu yang penting.Yang tu yang kita nak sebenarnya.

Erm..oleh itu,marilah kita sama-sama berazam untuk berubah,laksanakan perubahan yang kita azamkan tu dan niatkan perubahan kita tu semata-mata kerana ALLAH SWT.

Salam Maal Hijrah saya ucapkan buat semua.Jom lakukan perubahan ke arah yang lebih baik mulai daripada sekarang ye rakan2..

Monday, December 14, 2009

Kita Berbeza

Assalamu'alaikum wbt..

Terasa nak menulis di pagi2 hari ni.Jam di desktop menunjukkan pukul 2.31 am sekarang ni.Mata masih lagi tak mengantuk.

Sambil2 menunggu mata ni mengantuk,saya dok mengelamun.Fikir itu,fikir ini,teringat itu,teringat ini.Tiba2 saya teringat peristiwa masa meeting pasal program Jalinan Musim Sejuk 2009 petang semalam.

Pada mulanya meeting berjalan agak lancar sampailah pada part borang.Punyalah lama bincang pasal tu.huhu..Ye la,pihak lelaki nak buat borang online,pihak perempuan tak nak.Suruh print out borang.Sebab bagi kami proses pengisian borang online ni agak leceh dan tak ramai pun yang nak bukak emel tu semata2 untuk mengisi borang.huhu..
Setelah hampir sejam berbincang akhirnya kata sepakat dicapai jugak.

Bila keadaan itu berlaku,barulah saya terfikir yang rupa2nya banyak perbezaan antara lelaki dengan perempuan ni yer.Betapa hebatnya ciptaan ALLAH itu.Kita diciptakan berbeza antara lelaki dan perempuan agar kita saling mengenali dan belajar memahami.Insya-ALLAH.

Kadang2 perkara yang dianggap remeh oleh kaum Adam,besar nilainya disisi kaum Hawa.Kadang2 pulak,sesuatu yang begitu penting bagi lelaki dipandang enteng oleh wanita.Man from Mars,Women from Venus...Lelaki dan perempuan,dua insan yang berbeza tetapi bila bersatu menghasilkan produk yang luar biasa bagus.

Betullah kata pujangga,setiap yang ada di sekeliling kita ini mengajar kita tentang kehidupan.Cuma kita perlu menyedari tentang hakikat itu dan mencari jalan penyelesaiannya.

Mungkin persekitaran saya yang dibesarkan dengan adik2 perempuan sahaja membuatkan saya tidak mampu memahami telatah kaum Adam ini.Adik lelaki bongsu nan seorang tu pun masih kecil.Tidak mampu membantu saya memahami karenah insan yang bergelar lelaki.

Buat kaum Adam,maaflah jika kami kaum Hawa tidak begitu memahami kalian.Tapi insya-ALLAH jika kita saling bekerjasama,saling memahami persefahaman akan wujud dan akan melahirkan keluarbiasaan yang sungguh mantap.Bukankah di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita di belakangnya?Tidakkah kejayaan seorang perempuan ada lelaki sebagai tunggaknya?Itu menunjukkan lelaki dan perempuan memang saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Akhir kata,perSAMAan dihargai,perBEZAan difahami,perSENGKETAan dihindari,perseFAHAMan dimiliki...

Friday, December 11, 2009

Nami Island Selepas 7 Tahun Winter Sonata

Assalamu'alaikum wbt..
Kawan2 batch 9 dah nak habis cuti dah..seronok gi jalan2?Para pembaca yang lain pulak macam mana?Bagi senior2 selamat menghadapi exam lah yer..^^

Kali ni saya nak kongsi sikit perjalanan saya dan sahabat2 ke Nami Island,tempat penggambaran drama bersiri Korea,Winter Sonata.Walaupun saya tak tengok sangat citer tu masa darjah 6 dulu..tapi tau la jugak..Kawan2 sekolah saya dok gilakan citer ni.Pergi sekolah pagi2 dok citer pasal drama ni..huuhuu..Saya dengar je la..

Tapi tak sangka kan?Mereka yang dok tengok citer tu...Saya pulak yang ALLAH izinkan daapt ke tempat penggambaran citer tu..Wah..syukur alhamdulillah..Betapa kita tidak dapat meramalkan takdir yang ALLAH dah tetapkan begitu cantik untuk setiap hamba-NYA..

Kami memulakan perjalanan dari rumah di Boramae lebih kurang pada pukul 10.30 pagi menaiki bas ke Daebang Station.Dari situ kami berlima menaiki subway ke Chingnyangni Station.Perjalanan ke Chongnyangni hampir sejam.Dari Chingnyangni kami ke stesen kereta api untuk ke Gapyeong pulak.Selepas membeli tiket,kami singgah sebentar di Lotteria,makan burger..mengalas perut yang kelaparan.

Pada pukul 12.02 petang kami bertolak ke Gapyeong Station.Perjalanan ke sana juga mengambil masa sejam lebih la jugak.Mula2 perjalanan tu syok la dok tengok2 kat luar..Aja salji!Pastu dah lama..Mata pun jadi layu,then lena diulit intan la..apa lagi..huhu..Sedar2 dah nak sampai Gapyeong.

Sesampainya di Gapyeong Station,kami terus mendapatkan teksi untuk ke jeti.Dari situ kami menaiki bot ke Nami Island.Ingatkan jauh pulau tu.Rupa2nya depan mata je.Perjalanan lebih kurang 5-10 minit je.Rupa2nya Nami Island ni,takde la seindah yang saya dan rakan2 gambarkan.Mungkin jugak sebab salji belum turun dengan banyaknya lagi.Mungkin...

Sesampainya di Nami Island,Huda selaku jurucakap kami(heheh..) menelefon pihak hotel untuk mengambil kami.Ye la..tak tau kat mana hotel tu kan..Nak jalan dah tak larat dah.huhu..Rupa2nya kan,Nami Island ni dikenali sebagai Republik of Nami.Wow!Nak buat negara sendiri tu.huhu..Siap kena ada visa lagi.huhu..Hebatnya..

Tak lama selepas itu,pihak hotel menghantar sebuah van berwarna putih untuk mengambil kami.Setibanya di hotel,kami terus check-in.Selepas berehat2 sekejap dan menunaikan solat,kami keluar berjalan2 sambil mengabil gambar.Subhanallah,alangkah indahnya ciptaan-MU YA ALLAH..Cantik betul pemandangan kat situ.Tak sia2 kami datang.
Tambah pulak dengan timbunan salji yang menyelaputi kawasan walaupun tidaklah tebal.

Malamnya pulak kami just dok rehat2 dalam bilik sambil makan jajan dan menonton cite Goong.Tapi saya tak join sangat sebab sakit masih melanda diri.huhu..Huda,Mus,Fatehah dan Nisaa dok gelak2,saya dok baring je..Tak larat.Maaf ye korang..Tak dapat nak join.Kesian kat Teha..penat2 dia sediakan ayam untuk buat bbq..Tapi pihak hotel tak benarkan walaupun ada je tempat untuk bakar ayam.Last2 kami masak ayam tu kat dapur je.Memang best la malam tu walaaupun takde aktiviti sangat.Kredit kepada Mus dan terima kasih banyak2 sebab bawak laptop.

Esoknya lepas solat subuh saya dok baca novel Jendela Hati karya Aisya Sofea sambil baring2.Alhamdulillah sakit dah berkurangan.Lepas tu kami masak nasi goreng sama2 dan lepas makan kami berkemas2 untuk check-out.Lepas check-out,kami jalan2 lagi.Kemudian kami pergi ke tempat sewa basikal.Aha..basikal ni pelik sikit tau.Sebabnya basikal ni untuk naik 6 orang!Aha..pelikkan?Kami pun ronda2 la keliling Nami Island.Huda jadi pemandu.Sebab dia je yang boleh kawal brek dan stereng.Teha ada gak.Tapi bukan untuk kawal pemanduan la.Saya,Mus dan Nisaa dok kat belakang.Mus dan Nisaa dok kat tepi.Kena kayuh.Saya dok kat tengah.Tak kena kayuh,tapi kena pegang beg Teha.hehehehe...

Walaupun hari tu hujan,tapi kira ok la sebab basikal ni ada bumbung.Maka tak basah la kami.Kami pun memulakan kayuhan pergi ke tempat First Kiss Winter Sonata.Then pusing2 sampai la jumpa balik tempat sewa basikal.Kemudian kami pun pergi ke jeti,tunggu bot untuk kembali ke Seoul.Macam perjalanan datang jugak,begitulah perjalanan balik.Tapi apa yang bezanya sampai je di Chongnyangni Station kami menaiki bas ke Shinchon.Kami singgah makan kat restaurant vegetarian.Kemudian baru la bertolak balik ke rumah di Boramae.

Orang kata,'Jauh Perjalanan Luas Pengalaman'.Memang tepat sangat pepatah tu.Pengalaman tu kita boleh dapat dengan macam2 cara.Melalui pembacaan,pengalaman sendiri,pengalaman orang lain dan melalui pengembaraan.Bila kita pergi dan merasai sendiri barulah rasa betapa besarnya dan indahnya ciptaan ALLAH ni.Sambil2 tu boleh la muhasabah diri dan menghargai setiap apa yang dilihat di sekeling kita.Bukan setakat berjalan bersuka ria je.Apa yang elok diambil dan apa yang tak elok dibuang dan cuba ubah.Insya-ALLAH,hidup ini akan lagi bermakna lagi.

p/s:Maaf tak dapat upload gambar.Ada masalah sikit.Nanti saya masukkan di lain hari ye.Selaamt kembali ke kelas kawan2 batch 9.Tak lupa juga ucapan tahniah kepada rakan2 batch 9 yang berjaya masuk ke universiti.Tahniah.Kekalkan prestasi anda yer^^

Tuesday, December 8, 2009

Sakit~Mungkin ALLAH Nak Kifarat Dosa Saya.....

Assalamu'alaikum wbt buat semua.Semoga semua sihat hendaknya.Walaupun saya sendiri tak berapa sihat.huhu..Semoga ada hikmah di sebalik ketidaksihatan saya ni..(Marah cikgu bm..huhu)

Actually post ni hanya luahan rasa je..Entah..Saja gatal tangan nak menulis.Semalam,9 Disember 2009,pertama kali saya ber'skating'.Selama ni tak pernah pun nak gi skating.Padahal masa kat INTEC dulu,kawan2 selalu je gi Sunway Pyramid ber'skating' kat sana.Bila dah datang Korea ni,pada musim sejuk ni..Teringin la pulak nak mencuba.Malam tu Nisaa la yang ajak gi skating...(sambung balik jap gi..rasa macam segala isi perut ni nak terkeluar je..huuhuu..)Ok..sambung balik..maaf la kalau anda rasa geli ke apa ke..huhuu..


Then saya terus la terima ajakan tu.Semalam kami pergi la ber'skating' kat Mokdong Stadium..Ramai yang pergi. Saya,Huda,Mus,Teha,Nisaa,Ain,Azim,Hafiz,Ariff,Din,Farid,Halimi,Fahmi,Dzulhelmi,Saufi.
First2 tu saya yang baru first time skating ni dok la pegang tepi2 dinding tu.Saya ni pulak jenis yang takut jatuh.So,tak nak la berpisah dengan dinding tu.huhu..Then bila berani sikit mula la menjauh sikit dari dinding tu.Tapi still berusaha mengawal diri daripada tidak jatuh.Sakit tu kalau jatuh.Tapi rupa2nya sakit menahat jatuh tu lagi sakit daripada sakit jatuh.huhu..

Then selepas ber'skating' kami pergi la ke Sindang untuk makan ttokbukki..Memang kenyang sangat2 la makan ttokbukki tu.Tapi....lepas je siap makan,mula la saya rasa lain macam.Sakit seluruh badan la,pening kepala la,rasa nak termuntah la..huuhuu..Huda dan Teha ajak pergi Itaewon beli ayam untuk bawa ke Nami Island.Tapi saya cakap tak larat nak pegi dah.Bila sampai rumah je,lepas solat isyak saya terus tido.Masa tu dah nak dekat pukul 10 malam dah.Saya ada kelas tajwid online dalam pukul 11 malam.Tapi memang saya kena tido gak macam2 mana pun.

Saya terjaga dari tido dah pukul 11.30 malam.Maknanya kelas dah start dan 30 minit dah berlalu.huhu..Saya terus berkejar ke bilik air.Bukan berkejar untuk ambil wudhu'
tapi untuk memuntahkan segala isi perut.huhu..sakitnya hanya ALLAH je yang tahu..Then bila dah ok sikit saya join kelas.

Lepas kak Siti baca,ustaz suruh saya baca..Saya pun baca la..Belum sampai separuh page saya dah minta berhenti.Saya dah tak boleh teruskan bacaan lagi.Rasa macam sekali lagi segala isi perut nak terkeluar..huhu..Ustaz tanya kenapa?Saya cakap keadaan tak mengizinkan..huhu..Saya cakap nak away..Then saya terus berkejar ke tandas..huhu..Masuk2 balik kelas dah habis.huhu..sedihnya..

Erm..saya tak pernah rasa demam seteruk ini..pulak tu bila jauh dengan famili..rindu sangat kat famili..terutama sekali ummi..huhu..

Kitaorg rancang esok nak pergi Nami Island.Bermalam kat sana.huhu..macam mana nak pergi kalau keadaan berterusan macam ni?huhu..xpe la..tengok la macam mana nanti.

Ok la,nak gi baring2 jap..letih bila muntah ni.Ingat makan sebab nak makan ubat.Tapi belum habis lagi makan dah muntah balik.huhu..

Doakan saya cepat sembuh ye..Semoga sakit saya kali ni dapat kifarah dosa2 saya yang lalu..Insya-ALLAH..

Sunday, December 6, 2009

APA ITU JIN DAN SIHIR....

Salam alaik buat semua..Selamat bercuti buat rakan2 batch 9.Tak lupa,selamat menghadapi peperiksaan buat 선배들 (senior2)..

Erm..hari ni saya nak cite pasal pasal jin..Agak seram kan?heheh..Actually semalam saya ada menghadiri satu kuliah perubatan islam.Ustaz Trimizi Zainal yang merupakan Deputy Chairman Professional Islamic Support And Nurture Group atau lebih dikenali sebagai PISANG telah berkongsi ilmu tentang gangguan jin,sihir dan penyakit dengan kami.

Sebenarnya jin ni terbahagi kepada 2 tau.Ada jin islam dan ada jin kafir.
Jin kafir ni termasuklah syaitan,iblis dan ifrit.Dalam surah Al-Jin ayat ke 14 ada menerangkan pasal jin ni..
"Dan di antara kami (jin)ada yang Islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran.Siapa yang Islam,maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus." (Al-Jin,72:14)

Nak tahu tak apa sifat2 jin?Aha..ingat manusia je ke ada sifat dan sikap?Jin pun ada tau..Jom kita tengok ni..
Jin bersifat api,suka menumpang,suka dengan manusia,suka buat zalim kat manusia dan ada ketikanya jin masuk dalam tubuh manusia bila disuruh.
Kenapa jin bersifat api ye?Pastu suka lak nak kacau manusia ek?Ha...api ni pulak sifatnya tak boleh bergantung pada dirinya sendiri,tak boleh berdikari dan yang paling penting suka menumpang.

Habis,yang manusia ni pulak kenapa la jin suka sangat kacau ek?Tentu korang 궁금(tertanya2kan)?Ok.meh sini nak habaq mai..(heheh...marah orang kedah nanti..huhu..)
Manusia ni bersifat tanah.Dan tanah pulak sifatnya ditumpang.Ye la..Cuba tengok,nak buat rumah,kena ada tapak.Ye tak?Tapak tu apa?Tanah la..Nak tanam pokok pun kena ada tanah gak..Pendek kata tanah ni memang ada je benda yang tumpang dia.

Ini dalil2 yang menyatakan jin diciptakan daripada api dan manusia daripada tanah.
"Dan sungguh,Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dan lumpur hitam yang diberi bentuk." (Al-Hijr,15:26)

"Dan Kami telah menciptakan jin sebelum manusia (Adam) dari api yang sangat panas." (Al-Hijr,15:27)

"Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar." (Ar-Rahman,55:14)

"dan Dia menciptakan jin dari nyala api tanpa asap." (Ar-Rahman,55:15)

Aha..koranf tentu nak tahu kan kat mana la jin2 ni suka duduk?Ok..meh nak bagitau..Sama2lah kita berjaga2 dan berhati2 bila ke tempat2 ni ye..

Tempat yang jin Islam suka duduk:
~masjid
~surau
~kampung
~dan tempat2 yang baik2..

Temapat yang jim kafir suka duduk:
~Bandar
~Tempat2 maksiat
~Hutan2 belantara
~Laut
~Tasik
~Antara 2 arus yang bertembung
~Antara 2 gunung
~Kubur
~Tempat2 yang kotor seperti tandas
~Tempat2 yang selalu berlaku kemalangan

Iblis sebahagian daripada jin.Iblis ni merupakan makhluk yang tak ikut perintah tuhan.Tapikan iblis ni makhluk yang tak akan mungkir janji.Ye la..iblis kan dah janji dengan ALLAH yang dia nak rosakkan anak2 Adam sampai ke akhirnya.Dan sehingga sekarang iblis masih melakukannya.Yang ni saya rasa kita sebagai manusia boleh ambik.Jangan mungkir janji.(Erm...tolong betulkan kalau saya salah ye)

Dalil yang menyatakan iblis sebahagian daripada jin:
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat,"Sujudlah kamu kepada Adam!"Maka mereka pun sujud kecuali iblis.Dia adalah dari (golongan) jin,maka dia menderhakai perintah Tuhannya.Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku,padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah (iblis itu) sebagai pengganti (ALLAH) bagi orang yang zalim." (Al-Kahf,18:50)

Syaitan pulak hanya akan datang pada kita bila kita hina ALLAH,para rasul dan ayat2 AL-Quran.

Hidup kita ni ada 2 dimensi.Satu dengan malaikat dan satu lagi dengan jin.Jadi kita kena la jaga adab2nya.

Pastu kan..tentu korang pernah dengar ayat ni.."Sebaik2 jin,sejahat2 manusia".Mesti pernah dengarkan?Ustaz Trimizi cakap ayat tu salah.Sebab takkanlah jin islam yang sentiasa beribadah kepada ALLAH tu sama dengan manusia yang suka berzina.Tentu tidak bukan.Jadi jangan gunakan lagi ayat tu ye kawan2..^^

Di dalam Al-Quran terdapat 216 ayat yang mengisahkan tentang jin,syaitan,iblis dan ifrit.

Ok..sekarang ni kita masuk bab sihir pulak..Apa itu sihir ye?Aha..Sihir merupakan satu gangguan yang diganggu oleh syaitan atau jin seolah2 kita dicekik,ditikam dan dipukul.Sihir akan jadi kuat apabila syaitan dan jin dipuja dan terdapat perjanjian.


Sihir terbahagi kepada 3 bentuk.
1)Sihir menggunakan makhluk halus iaitu jin
2)Sihir menggunakan jampi mentera
3)Sihir menggunakan bahan sihir seperti santau

Sihir ni pulak ada 9 jenis kesemuanya:
1)Sihir penyakit
2)Sihir penceraian
3)Sihir membatalkan perkahwinan
4)Sihir pengasih
5)Sihir khayalan
6)Sihir bisikan
7)Sihir pendarahan
8)Sihir gila
9)Sihir pendarahan

Erm..korang boleh mengenal pasti sama ada diri korang terkena sihir ke tak..
Terdapat beberapa tanda..

Tanda-tanda gangguan dan sihir:
(i) Rohani (Aqidah,ibadat dan akhlak)
1)Ragu2 tentang kewujudan ALLAH
2)Berasa kuat untuk menganut agama lain
3)Sentiasa nampak salib @ berhala ketika solat dan pada waktu lain
4)Berasa kuat untuk masuk gereja,kuil dan tokong
5)Buruk sangka pada ALLAH
6)Tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah
7)Terasa nak bunuh diri dan terjun ketika berada di tempat tinggi
8)Was2 ketika ambil wuduk dan solat
9)Was2 bacaan apabila membaca AL-Quran
10)Suka marah,suka menangis dan bercakap seorang diri
11)Keinginan seks membuak

(ii) Mental / Fizikal
1)Hilang akal
2)Mudah lupa2
3)Separuh sedar
4)Sakit kepala berpanjangan (berat,panas dan mencucuk)
5)Panas sebahagian atau seluruh badan
6)Sakit tengkuk,perut dan belakang (berat,panas dan mencucuk)
7)Sakit dada (panas,sesak nafas,sempit,mencucuk dan kuat berdebar)
8)Sakit kaki (panas,berat dan mencucuk)
9)Sakit seluruh badan seperti benda berjalan dalam badan
10)Sakit kemaluan (benda berjalan dan panas)

(iii)Ketika Tidur
1) Selalu ditindih
2)Kerap mimpi ular
3)Kerap mimpi budak kecil
4)Kerap mimpi menakutkan

Kawan2 nak tahu tak kenapa kita diganggu?Sebabnya kita terkurang salah satu daripada 4 item ni:
4 item yang perlu ada dalam diri kita:
1)Intellectual Quotient (IQ)-kecerdikan
2)Emotional Quotinet (EQ)-emosi yang stabil
3)Spiritual Quotient (SQ)-semangat yang kuat
4)Associational Quotient (AQ)-pergaulan

Aha..apa yang perlu kita buat untuk mengelakkan diri daripada disihir ye?Kata orang2 Melayu,"mencegah itu lebih baik daripada mengubati".Orang putih pulak kata "Prevention is better than cure".Jadi,kita perlulah mengamalkan bacaan ayat2 rokiah ini..

Amalan2 yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sihir:
1)Menjaga solat.
2)Banyakkan membaca AL-Quran,berzikir dan berdoa kepada ALLAH
3)Mengamalkan bacaan2 berikut:
a)Membaca ayat penggerak setiap kali selepas subuh dan selepas asar.
-Ayat penggerak : Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wa la
fissamai wa huwassami 'ulla'alim
b)Membaca ayat Kursi setiap kali selepas subuh dan sebelum tidur
c)Membaca surah Al-Ikhlas dan Al-Mu'awizzatain (Al-Falaq dan An-Nas) sebanyak 3
kali setiap pagi dan petang
d)Membaca "La ilaha illah wah dahu la syarikalah,lahul mulku walahul hamdu wahuwa
'ala kulli syai in qodir"setiap hari
*Kalau boleh (a) dan (d) dibaca sebanyak 100 kali sehari..Insya-ALLAH,sama2lah kita mengamalkannya ye..^^
4)Makan buah kurma sebanyak 7 biji sehari.Paling bagus makan kurma nabi..
Tapikan ustaz cakap tiap2 hari makan kurma nabi jadi botak tau.Ye la..kan kurma nabi tu mahal.Harganya hampir mencecah ratusan ringgit sekilo.Mana tak botak kepala..heheh..(0_^) tu kata ustaz la kan....mati2 kitaorg ingat boleh botak kepala betul bila makan kurma nabi hari2..huhu..ustaz boleh pulak bergurau..huhu..tapi bila fikir balik..apa yang ustaz cakap tu betul..kitaorg yang tersilap faham..Tu la..suka sangat fikir negatif...huhu..

Ok la,dah panjang lebar saya tulis pada post kali ni..Ha,ambik kau..masa takde post,sunyi je blog ni..bila dah ada post,tak larat pembaca nak baca..huhu..

Hope u all enjoy reading this post..Semoga ia memberi info pada kamu semua ye..Dan tak lupa,bila dah tahu tu..apa kata kita amalkan..Ilmu tanpa amal,ibarat pokok tanpa buah..Tak berguna gak kan?So,bila ilmu tu diamalkan,ibarat pokok yang lebat buahnya..Sapa yang tak terliur kan kat pokok yang banyak buah?Macam tu jugaklah dengan kita..Sebab tu la orang yang berilmu dipandang tinggi..

Thursday, November 26, 2009

JANGAN~~

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa
kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Wasalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

Tuesday, November 24, 2009

PALESTIN NEGARA KITA!

Ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu begitu hening sekali. Seolah-olah tidak berpenghuni. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas yang ligat berpusing.

“Kamu dah fikir masak-masak ke Syairi tentang tawaran nak jadi sukarelawan MERCY tu?” Tanya Encik Azhar kepadanya anaknya sekali gus memecahkan kesunyian yang tercipta.

“Insya-ALLAH abi, ummi. Syairi dah fikirkan dan kami putuskan untuk terima tawaran tu” jawab Alif Qusyairi tenang. Dipandang sekilas isteri di sisinya setelah meluahkan kata-kata tersebut.

“Mama dan papa kamu dah tahu ke Aleeya? Apa kata mereka? Yelah kamu berduakan baru je mendirikan rumah tangga.Ni pula nak pergi ke sana.” Puan Aminah pula menyoal menantunya. Dia bagaikan keberatan untuk melepaskan anak dan menantunya itu pergi berkhidmat menjadi sukarelawan di bumi Palestin.

“Tempat seorang isteri ialah di sisi suaminya,ummi. Jika itu keputusan abang, Aleeya pun akan ikut. Lagipun kami dah berbincang. Insya-ALLAH kami akan ke sana. Lagipun itukan dah menjadi tanggungjawab kita sebagai saudara sesama Islam untuk membantu mereka yang memerlukan.” Ulas Aleeya Khaleeda panjang lebar kepada ibu mentuanya.

Alif Qusyairi tersenyum sambil memandang lembut ke arah isterinya.Dia nampaknya sangat bersetuju dengan setiap ulas bicara yang dilontarkan oleh isterinya tadi.Dia begitu bersyukur kerana mempunyai isteri yang begitu memahaminya.

“Erm, kalau dah begitu keputusan kamu berdua ummi dengan abi ikut je. Apa yang baik pada kamu, baik jugalah pada ummi dan abi. Jadi bila kamu berdua nak berangkat ke sana?”

“Insya-ALLAH dalam dua minggu lagi. Jadi kami nak minta restu dari ummi dan abi. Doakan keselamatan kami semasa bertugas di sana nanti ye.” Ujar Alif Qusyairi.

“Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jalankanlah tugas kamu berdua sebagai doktor tu sebaik-baiknya. Rawatlah mangsa-mangsa di sana dengan penuh ikhlas dan bantulah mereka yang memerlukan. Hanya itulah cara yang dapat kita buat.”,nasihat Encik Azhar kepada anak dan menantunya.

“Terima kasih banyak-banyak abi. Insya-ALLAH kami akan buat yang terbaik nanti.” ujar Alif Qusyairi berbaur perasaan gembira yang tidak terhingga mendengar kata-kata bapanya tadi.

*****************

Sebelum berangkat ke bumi Palestin,pasangan tersebut pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli barang-barang keperluan sebagai persediaan untuk ke sana nanti. Setelah membeli barang-barang yang diperlukan mereka telah memutuskan untuk makan tengah hari terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.

“Abang, hari ni kita makan di McDonald’s je la ye. Abang tak kisah kan?” tanya Aleeya Khaleeda kepada suaminya.

“Sayang, kita kena boikot semua produk keluaran Amerika Syarikat. Sebab setiap sen duit yang kita gunakan untuk barangan yang dibeli itu akan memberikan keuntungan kepada syarikat yang menghasilkan barangan tersebut. Sayang tahu tak keuntungan yang diperolehi tu disalurkan ke mana?” Alif Qusyairi menyoal isterinya pula selepas memberikan sedikit penjelasan.

Aleeya Khaleeda hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mengetahui tentang persoalan yang diutarakan tadi.. Alif Qusyairi hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu.

“Keuntungan itu disalurkan ke mana bang?” soal Aleeya Khaleeda pula dengan penuh tanda tanya dan rasa ingin tahu yang membuak-buak.

“Aha, tanpa kita ketahui sebahagian daripada keuntungan hasil daripada jualan syarikat itu tadi akan disalurkan kepada Israel. Duit itu pula digunakan untuk membekalkan senjata baru kepada tentera mereka lalu senjata tersebut digunakan untuk menindas dan membunuh penduduk Palestin!” terang Alif Qusyairi panjang lebar kepada si isteri yang tekun mendengar penjelasannya.

“Bukan setakat itu sahaja,kanak-kanak dan wanita juga menjadi mangsa. Semua mereka yang menjadi mangsa itu adalah saudara kita.” sambung Alif Qusyairi lagi.

“Erm..kalau macam tu tak jadilah nak pergi McDonald’s. Selama ini Aleeya hanya pandang remeh tentang semua benda ini.” ujar Aleeya Khaleeda kesal dengan sikapnya selama ini yang tidak begitu mengambil kisah dengan perkara-perkara seperti ini.

“Ha, macam itulah isteri abang. Kita tak boleh beli barangan yang menyumbang kepada tentera Israel. Perkara ini walaupun nampak agak remeh tetapi ia boleh menyebabkan banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban.” balas Alif Qusyairi.

“Sekarang ni Aleeya rasa keputusan kita menerima tawaran menjadi sukarelawan MERCY tu memang tepat.” ujar Aleeya Khaleeda dengan yakin.

“Ya,sebab itulah abang menerima tawaran itu tanpa berfikir panjang.Abang akan membantu mereka di sana sehabis daya walaupun nyawa abang sendiri terancam dan mungkin terkorban nanti.Abang harap Aleeya pun sama dan teruskanlah perjuangan ini walaupun abang tiada di sisi Aleeya.”,Alif Qusyairi menyuarakan pendiriannya sekaligus harapan terhadap isteri tercinta.

Aleeya Khaleeda yang mendengar setiap bait kata yang keluar dari seulas bibir suaminya itu amat terharu dan dia juga turut menyematkan tekad di dalam hatinya untuk berjuang bersama-sama suaminya bagi membantu penduduk Palestin nanti.

“Kita kena sedar bahawa tidak akan muncul Salahuddin kedua selepas Salahuddin Al-Ayubi. Yang ada hanyalah kita. Kita. Salahuddin kedua tidak akan datang. Tetapi yang perlu datang itu kita.Ini semua adalah tanggungjawab kita bersama sebenarnya. Kitalah sebenarnya yang perlu menjadikan diri kita Salahuddin yang kedua!” begitu bersemangat sekali Alif Qusyairi mengucapkan kata-kata itu. Dia mengulang berkali-kali ayat itu bagi menegaskan lagi pendapatnya.

“Ya, betul tu. Kita yang perlu menjadi Salahuddin kedua tu.” sahut Aleeya Khaleeda pula mengiakan pendapat suaminya tadi.

“Erm...jom kita ke restoran di hujung sana. Abang pun dah lapar ni.” ujar Alif Qusyairi kepada Aleeya Khaleeda setelah hampir lima minit mereka menyepikan diri. Masing-masing seperti sedang bermuhasabah dengan diri sendiri. Kesedaran tentang tanggungjawab yang dipikul untuk membantu saudara mereka di bumi Palestin telah meresap ke seluruh pelusuk badan mereka.

Pasangan suami isteri itu berjalan beriringan menuju ke arah restoran yang dinyatakan oleh Alif Qusyairi sebentar tadi.

*************

“Doktor Alif, cepat tolong kami kat sini.Budak ni dalam keadaan parah!” jerit seorang sukarelawan MERCY kepada Alif Qusyairi.

Keadaan kelihatan agak kelam-kabut di pusat bantuan MERCY. Alif Qusyairi tanpa berlengah-lengah lagi terus bergegas menuju ke arah suara yang memanggilnya tadi sambil membawa perubatan yang diperlukan. Dia dan beberapa orang doktor lagi bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa-mangsa letupan bom yang baru sahaja berlaku sebentar tadi di daerah tebing Gaza.

Di satu sudut yang lain pula kelihatan Aleeya Khaleeda bersama beberapa orang sukarelawan yang lain sedang merawat mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan yang agak ringan. Aleeya Khaleeda begitu sedih melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa dicederakan dan ada yang menjadi yatim piatu akibat daripada serangan tentera Israel yang tidak berhati perut itu.

Sepanjang dua minggu meraka berada di bumi Palestin,barulah mereka sedar betapa peritnya penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk-penduduk Palestin. Boleh dikatakan hampir setiap hari para penduduk dihujani dengan letupan bom serta bermandikan darah. Jika rakyat Malaysia bersenang-lenang,anak-anak boleh ke sekolah belajar dengan gembira, tetapi lain pula keadaannya di bumi Palestin ini. Rakyatnya sentiasa dibayangi oleh tentera-tentera Israel yang kejam lagi zalim. Alangkah bertuahnya penduduk di Malaysia. Namun dalam kegembiraan itu, mereka telah melupakan saudara mereka yang sedang berjuang mempertahankan bumi Palestin daripada dirampas oleh Israel.

Kelihatan seorang remaja lelaki sedang khusyuk menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Kaki kirinya berbalut dan terdapat banyak kesan calar di lengannya. Dia merupakan mangsa letupan bom yang berlaku dua hari lepas. Alif Qusyairi yang baru sahaja menyelesaikan tugasnya tadi menuju ke arah remaja itu.

“Apa yang kamu sedang tulis tu Muhammad?”, tegur Alif Qusyairi mesra sambil tangannya mengusap-usap lembut rambut Muhammad dengan penuh kasih sayang.Walaupun baru dua hari berada di pusat bantuan MERCY, Muhammad agak rapat dengan Alif Qusyairi dan Aleeya Khaleeda. Muhammad tanpa banyak bicara terus menghulurkan kertas yang ditulisnya itu kepada Alif Qusyairi.

Mother don’t cry for me I am heading off to war
God almighty is my amour and sword
Palestine, Forever Palestine
Children being killed for throwing stones in the sky
They say to their parents don’t worry, God is on our side
Palestine, Forever Palestine
Mother don’t worry when they come for us at night
Surely they’ll be sorry when God puts them right
Tell me why they’re doing what was done to them
Don’t they know that God is with the oppressed and needy
Perished were the nations that ruled through tyranny
Palestine, Forever Palestine
Children of Palestine are fighting for their lives
They say to their parents we know that Palestine is our right
They to say to their parents we’ll fight for what is right
They say not to worry God is on our side
They say we’ll die for Palestine
Palestine, Forever Palestine


Menitis air mata Alif Qusyairi semasa membaca bait-bait kata di atas kertas itu.Dia lantas memeluk Muhammad.Betapa kentalnya semangat juang remaja ini bagi memperjuangkan bumi Palestin.Alangkah baiknya jika semua remaja-remaja di luar sana juga mempunyai pendirian seperti Muhammad.

Alif Qusyairi menyematkan tekad untuk terus membantu warga Palestin yang memerlukan. Jikalau penduduk Palestin sanggup mengorbankan nyawa mereka bagi mempertahankan tanah suci Palestin, apa salahnya jika dia menawarkan dirinya merawat mangsa-mangsa yang tercedera di samping menyelami dan merasai sendiri perasaan mangsa-mangsa yang teraniaya.

“Tanah suci yang sebegini hebat tidak sepatutnya dibiarkan ternoda.Membiarkan Masjidil Aqsa dinodai, sama seperti membiarkan Masjidil Haram dicerobohi. Saban hari bumi Palestin dihujani darah. Hari ini darah tumpah lagi. Esok mungkin akan berdarah lagi.” ujar Alif Qusyairi setelah melepaskan pelukannya.

“Sehari kita lewat, rekahan di Masjidil Aqsa semakin bertambah. Masa yang dah berlalu tidak akan kembali lagi. Semakin lambat kita bertindak, keadaan akan menjadi semakin buruk. Kita sepatutnya bangkit daripada lena yang panjang dan menyedari keadaan yang amat genting pada hari ini.” ujar Muhammad pula dengan penuh bersemangat dan tegas. Terserlah kematangan melalui ulas bicaranya. Nampaknya keadaan sekeliling telah mematangkan dirinya.

“Ya, Palestin ini ialah negara kita. Palestin bukan sahaja negara kamu Muhammad tetapi negara kami juga. Malah Palestin merupakan negara seluruh umat Islam. Kita semua bersaudara.” sampuk beberapa orang doktor yang berada berhampiran dengan Alif Qusyairi dan Muhammad.

‘Palestin negara kita!’ Kata-kata itu tersemat di dalam hati mereka.

Thursday, November 19, 2009

Hadiah Birthday..Terima Kasih Semua^^

Assalamu'alaikum..Post ni ditujukan khas kepada mereka yang bagi hadiah masa hari lahir saya 10 November baru-baru ni..



Ni hadiah pertama yang saya terima pada pagi 10 November daripada Ching Wen..Sangat2lah terharu..Walaupun hanya snickers tapi tanda ingatan itu amatlah membuatkan saya sebak.Thanks a lot Ching Wen.^^



Sepucuk surat dari Malaysia semata-mata untuk mengucapkan "Happy Birthday".huhu...sangat2lah rasa diri ini dihargai...Kak Ila,terima kasih banyak2..What a big surprise from you,sis..huhu..Parcel dari Jordan pun tak rasa surprise macam ni tau..dapat baju lagi..huuhuu..



Baju labuh yang diposkan bersama2 surat di atas tadi.Walaupun sampai lewat 3 hari,iaitu pada 13 November tapi ia cukup mengembirakan hati saya.
Kak Ila,patutla tanya kak long berapa lama boleh sampai kalau pos barang..huhu..masa tu tak expect pun Kak Ila nak poskan barang ke Korea.huhu..menyusahkan Kak Ila je..Mula2 tu kak long tak perasan pun ada surat..huhu..then bila Kak Ila tanya dah baca belum surat tu,baru la perasan..excited sangat dapat baju labuh..sampai lupa dah nak tengok ada surat ke apa ke..hihi..thanks a lot Kak Ila..Luv u..*^^*



Ha..ni pulak hadiah daripada kak am..



Inilah rupa hadiah tadi..thanks kak am..



Ni pulak daripada Haida..cam tau2 je aku suka coklat ye Haida..^^
thank you..



Birthday present daripada Nisaa..seminggu lepas birthday saya baru dapat..sebab apa nak tau?huhu..sebab Nisaa asyik lupa je..bila jumpa dengan saya terus la dia cakap,"Alamak Nadzipah,lupa la nak bawa hadiah..tadi dah ambik dah..pastu nak keluar rumah lupa pulak..nanti kita bagi kat Nadzipah ek.."
heheh..kita ingat lagi Nisaa cakap camne..hihi..kelakar je Nisaa ni..thanks a lot Nisaa..buat susah2 je..huhu..



Aha..last but not least..hadiah yang dapat pada malam hari lahir saya daripada Mus,Huda dan Teha..Thanks a lot korang..Susah payah je bawa pegi Sinchon semata-mata nak makan kat restoran vegetarian kat sana..tapi malangnya bila sampai restoran baru je tutup..huhu..tapi takpe dapat gak makan masa birthday Teha..Korang dah buat aku rasa happy,dihargai dan disayangi..huhu..terharu2..

Erm..tu la hadiah yang saya terima daripada kawan2.Terima kasih banyak2 tau..Especially buat Wan Hasni Syakila aka Kak Ila yang mengepos hadiah jauh dari Malaysia sana..huuhuu...

Tak lupa juga kepada semua yang telah mengucapkan selamat hari lahir kepada saya..tanda ingatan itu dah mencukupi bagi saya..sambutan hari lahir tahun ni walaupun tanda keluarga di sisi,jauh di perantauan..tapi kehadiran kalian telah membuatkan tarikh ini bermakna dan berharga..terima kasih buat semua..Ukhuwah fillah abadan abada...^^

Saturday, November 14, 2009

Terharu Bila Ramai Yang Ucapkan Selamat Hari Lahir

Assalamu'alaikum wbt..Post kali ni mungkin agak personal sikit.Maaf la kalau ada di antara pembaca menganggap saya ni nak mencapub ke apa ke kan..huhu..tapi saya nak tulis jugak..heheh..^^

Tanggal 10 November 2009(cewah ayat macam nak ulas sejarah..heheh..)bermula dari pukul 12.00 am dah ada yang ucapkan "Happy Birthday",Selamat Hari Lahir",Salam Maulud" dan sama waktu dengannya..Bahkan ada yang wish birthday melalui ym,skype dan sms..Gembira tak terkata tatkala saya membaca semua mesej2 daripada si pengirim..Terima kasih buat semua..Ada yang saya rapat,tak berapa rapat,senior2,kawan2 masa sekolah dulu dan kawan2 yang baru kenal yang wish..Memang terharu sangat2 bila ramai yang wish happy birthday..Rasanya tahun ni merupakan tahun yang paling ramai org wish birthday kat saya..

Bila saya terima ucapan2 sedemikian barulah saya terfikir,macam ni rupanya perasaan bila org ucapkan selamat kat kita.Jadi macam ni jugaklah perasaan org yang terima ucapan daripada kita.Erm..perkara ni buat saya fikir yang saya pun perlu melakukannya pada semua kenalan bila tahu pasal birthday dan sebagainya tentang diaorg nnt..

Terima kasih byk2 especially to my housemates yang bersusah payah bawak saya pergi Sincheon nak raikan birthday saya kat sana..Tapi malangnya bila kami dah sampai sana,kedai tu dah tutup..huhu..xpe la..xde rezeki kan..tapi kami still gak celebrate mi birthday kat Lotteria..makan burger dan kek..Diaorg bagi hadiah teddy bear..

Ching wen..pagi2 lagi dah datang ke kelas saya dan bagi snickers sbg hadiah birthday.Walaupun hanya snickers tapi tanda ingatan dia tu membuatkan saya terharu.
Thanks a lot ching wen..

Huda,Mus,Tea,Anis,Nisaa,Yanie,Aini,Ching wen,Pin ying,Pak Tam,Abg Ammar,Abg Kamil,Kak Lela,Kak Yana,Firdaus,Faiz,Syariful,Kak Ila,Kak Ayu,Abg Ja,Hafiz,Farid,Halimi,Zakwan,Solehah,Cheen,Edward,Haida dan ramai lagilah..maaf pada sapa2 yang wish birthday kat saya tapi saya tak tulis kat sini ye..tak tulis bukan bermakna saya tak ingat ek..^^

Thanks to everyone..

Last but not least,thanks a lot to my parents,and my sisters..adik Ema dan adik Eya sangup call saya dari sekolah masing2 semata2 untuk ucap selamat hari lahir kat saya..terima kasih byk2 dik..gud luck 4 ur spm ema..my parents siap wish sehari sebelum my birthday lagi tu..memang terharu..

Terima kasih buat semua..kenangan ni akan tersemat dalam sanubari saya..dan saya tak mungkin akan lupakannya..Insya-ALLAH..

Wednesday, October 28, 2009

Semoga Cepat Sembuh Sahabat2ku Sekalian...

Assalamu'alaikum wbt..Bermula pada hari ni hinggalah hari selasa minggu depan kami diberikan cuti oleh pihak SNU-Seoul National University sebab ada dalam kalangan pelajar batch kami yang disyaki positif H1N1..huhu...cuti yang diharapkan...

Saya harap anda semua para pembaca blog ini mendoakan kesihatan saya dan rakan2 di sini ye..Semoga kami dihindari daripada virus itu dan sihat seperti sedia kala..Insya-ALLAH..

Sedihnya rasa bila kawan2 seperjuangan sakit..walaupun ada yang tidak berapa rapat dengan saya tapi rasa sedih tu tetap ada..Ye la..kami datang bersama ke bumi Korea ni untuk sama2 menuntut ilmu,then bila salah seorang di antara kami yang sakit,ibarat cubit paha kanan paha kiri pun terasa jugak sakitnya..huuhuu...Saya doakan kawan2 semua sihat dan kita dapat bersama2 belajar kembali ye..Insya-ALLAH..

Kepada kawan2 sekalian..especially Yanie,Puteri,Halimi,Zahidah,Huda,Azzi,Fizah dan semua la..rakan2 batch 74 saya doakan kalian agar cepat sembuh dan diberikan kesihatan oleh ALLAH SWT..

Jaga kesihatan ye kawan2ku sekalian..Sentiasa cuci tangan,pakai mask,minum air suam dan jangan lupa dekatkan diri pada-NYA..Hanya pada DIAlah tempat kita mengadu nasib..Insya-ALLAH..ALLAH akan membantu hamba2-NYA..

Tabahkan hati kalian..bersabar..Insya-ALLAH setiap apa yang berlaku ni ada hikmah di sebaliknya..Doa saya sentiasa mengiringi kalian semua..Insya-ALLAH..fighting!!!!
친구들..힘내야지...화이팅!!!

Friday, October 23, 2009

Parcel dari Jordan

Assalamu'alaikum.Erm dah lama kan saya tak menulis kat sini..huhu..entah la..agak sibuk sejak kebelakangan ni..huhu..kelas petang pun dah bertambah sejam..kalau dulu kelas habis pukul 4,sekarang ni kelas dah habis pukul 5..

Sekarang ni kan dah pertengaham musim luruh.So,waktu solat pun dah awal.Kadang2 tu kami semua solat zohor,asar dan maghrib kat universiti.Then malam pulak saya ada kelas tajwid setiap hari isnin,selasa dan rabu.Memang agak sibuk la.Erm..minggu depan saya akan exam mid-sem level 5.Hari khamis dan jumaat exam korea,hari isnin minggu berikutnya exam physics,chemistry,math A dan math B.4 papers in one day..huhu..Kalau ikut jadual pagi tu kami akan pergi 관악산(Kwanaksan Mountain)..hiking..dan petang pulak akan exam 4 subjek tu..huhu..moga2 kami diberi kekuatan untuk mendaki gunung pada pagi dan menduduki peperiksaan pada petangnya..insya-ALLAH..

Kemudian....hari bermula hari selasa hingga khamis kami akan ke 광주 (gwangju)..wow..yg tu yg best tu..tp..kena exam dulu la..erm...insya-ALLAH..doakan saya ye..

Semalam balik2 je kelas dalam pukul 6 tu,ada notis kat depan pintu rumah..bagitau ada parcel..saya dok fikir sapa yang hantar ye..ummi takde pun bagitau nak hantar apa2..pelik bin ajaib ni..then saya pun pergi la amik parcel tu..huhu...rupa2nya kawan dari jordan yang hantar..wah..terharunya..dia bagi jubah..wah222...thanks a lot aya..syukran jazilan..^^hepinya..patut la saya rasa cam nak dapat sesuatu..heheh..instinct..

Erm tak pernah2 pakai jubah ni..ni first time ada jubah..tapi bila saya nak pakai ye?erm..entahlah..tengok la bila2..heheh..just wait and see ya..hihi..

hepi mode...^^

Monday, September 21, 2009

Aidilfitri Di Perantauan 2009 (Seoul,Korea)

Assalamu'alaikum wbt..Dah lama kan saya tak update blog ni..dah bersawang2 dah rasanya..huuhuu..Ok la,kali ni saya nak kongsikan sedikit pengalaman beraya di perantauan,tanpa keluarga tercinta di sisi,sanak-saudara,rakan taulan,sahabat-handai dan semua la kan..

Masa pagi raya tu sementara nak tunggu bas nak pergi embassy,saya call ummi.Bila ummi jawab je call tu saya dah rasa sebak.Then ucap selamat hari raya,mintak maaf..Tapi kami tak sempat nak sembang panjang sebab bas dah sampai.Jadi saya janji ngan ummi nak call dalam tengah hari pulak..

Di embassy,selepas saya solat raya dan mendengar khutbah raya yang disampaikan oleh abang Kamil,senior batch 6,kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan..meriah je rasa raya di Korea ni walaupun suasananya agak tidak sama dengan suasana raya di Malaysia.Rasa macam dalam satu keluarga yang amat besar.Alhamdulillah..

Selepas tu kami semua pergi menjamu selera.Wow..macam2 makanan ada!!Ada rendang,nasi impit,lontong,soto,nasi beriani,mee goreng,biskut2 raya..wah..memang terbaiklah..Cumanya ketupat pulut dan tapai takde la..huhu..rindunya..masakan ni dimasak oleh senior2 dan jugak pihak kedutaan.Akak2 dan abang2 senior ni tidur di kedutaan malam raya tu semata2 untuk masak lauk2 raya ni..terima kasih ye abang2 dan kakak2 sekalian..

Lepas je menjamu selera,kami adik2 batch 9 yang masih muda belia ni diarahkan untuk mengemas.huhu..makanya terjadilah adegan basuh-membasuh periuk dan sebagainya..huhu..ni yang sedih ni..heheh..habis baju2 raya kami yang cantik ni terkena sabun..huhu..tapi nasib baik abang Hisham belanja aiskrim lepas tu..takde la nak marah sangat kan..

Sambil2 tunggu abang Hisham order aiskrim tu sempat lagi saya tidur..heheh..sedar2 zahid tumbang kat belakang saya..huhu..kus semangat.Mak cik ni suka2 hati dia je..huuhuu..jangan la ada orang ambik gambar masa tido tu..huhu..

Then lepas makan aiskrim ,kami pun berjalan la ramai2 ke rumah dato' duta..Tadi ada orang tanya saya dato' duta tu apa nama dia?huhu..tergagap2 nak jawab..alamak...dato'ramlan nama dato' duta di Korea ni..nasib baik last2 sekali ingat gak nama dia..heheh..siap kena perli lagi dengan si penyoal soalan..huhu..dia cakap,"Mentang2 la bab ni tak masuk exam dan klu xboleh jawab pun tak mengurangkan pointer..terus tak ambik tau ye.."huhu..kantoi di situ..huhu..insya-ALLAH nnt saya akan lebih alert tentang hal2 macam ni ye ustaz nas..heheh..

Ya ALLAH..punya la jauh nak pergi rumah dato' ramlan ni..huhu..siap kena naik 2,3 bukit lagi tu..huhu..dah la kaki sakit ni..lagi la sakit kaki saya dibuatnya..Then bila dah siap2 makan kat sana,kami pun berjalan la pulang ke rumah..Eh,bukan balik rumah jalan kaki tau!Tapi berjalan turun untuk naik bas kat bawah tu..huhu..perjalanan turun bukit tu lagi la menyeksakan kaki saya..sampai melecet2 kaki ni ha..huhu..parah2..nasib baik la zati offer naik teksi skali ngn dia..xde la penat sgt nk kena jalan jauh2 naik bas..huhu..thands zati..

Raya tahun ni walaupun memang teramatlah berbeza dengan raya tahun2 sebelum ni,tapi boleh dikatakan happening dan happy la jugak..memang la tak sana kan..beraya di negara orang dengan beraya di negara sendiri.tapi nak buat macam mana..ni lah nasib anak perantau macam kami ni..huhu..

Itulah sedikit sebanyak pengalaman raya saya tahun ni..Ummi,we,adik Ema,adik Eya,adik Zakwan..mak2 sedara,ayah2 sedara,sepupu2...walaupun raya tahun ni kakak @ along xde bersama kalian tapi kalian semua sentiasa dalam ingatan..rindu dan sayang kalian semua..

Gambar2 sehari sebelum raya..







gambar 1 : Decoration crew bergambar setelah penat menghias tempat untuk sesi bergambar hari raya pada hari raya..tetapi malangnya tempat itu terpaksa dikemas balik atas sebab2 tertentu..huhu..tapi xpe la..at least kami sempat bergambar kat situ..

Gambar 2 : 여자끼리 (girls only)heheh..kami2 yang cantik lagi ayu..heheh..

Gambar 3 : Sempat lagi posing sambil berbuka puasa..puasa terakhir Ramdhan kali ini..esok raya ke?Pengumuman raya jap gi..sabar ye..

Gambar 4 : Nak makan ke nak bergambar ni?

Gambar 5 : Belajar menganyam ketupat nasi..akhirnya hot...huhu..saya la tu..

Saturday, September 12, 2009

Rintihan Seorang Hamba

Sedar tak sedar, kita telah berada di 10 malam terakhir Ramadhan iaitu malam keampunan. Namun jauh di sudut hati terasa sangat sayu dan sedih mengenangkan Ramadhan akan berakhir..Ramadhan akan pergi meninggalkan kita…Adakah kita masih sempat untuk menjalani tarbiyah Ramadhan lagi pada tahun hadapan?..tiada siapa yang tahu..hanya ALLAH SWT..Yang Maha Mengetahui segala-galanya…
Selama hampir sebulan menjalani ibadah puasa, setiap malam yang dilalui adakah diisi dengan Qiamullail,bertadarus,berzikir? ...Beruntunglah bagi mereka yang hidupkan malam2 Ramadhan dgn bertaqarrub kpd ALLAH…namun alangkah ruginya kita di golongan ini apabila mensia2kan peluang yang ALLAH hadiahkan ini….Apakah kita masih akan diberi nikmat ini lagi? Astaghfirullah hal 'azim…maafkanlah keterlanjuran hamba2-MU ini ya ALLAH…

Kita begitu leka..lalai. .sering melupakan ALLAH…walaupun DIA sentiasa akan mndengar rintihan hamba-NYA…namun hamba-NYA begitu angkuh,sombong, malah sering bertolak dan berdalih dari menagih cinta dari Tuhannya yang mencipta kita..yang memelihara kita dari segala-galanya. .apa yang sering kita kejar adalah nikmat dunia..cinta manusia…

Sekiranya umur kita masih ALLAH pinjamkan untuk masa2 terdekat ini…saya berdoa agar diri ini, saudara2 saya.. dan seluruh ummat Islam ini akan memanfaatkan. ,menggunakan dan benar2 menghargai nikmat menjalani tarbiyah di bulan yang mulia ini… kerana yang amat pasti Allah tidak akan pernah melupai hamba-NYA..Cuma hamba-NYA sahaja yang sering melupakan-NYA…

Dan ini saya kirimkan bingkisan Ramadhan yang dicoretkan oleh saudara kita untuk muhasabah kita bersama….

Ramadhan....
yang bakal pergi....
bertamu di ruang rahmat-MU... .
beradu di kamar maghfirah-MU. ..
bersimpuh dalam dingin dakapan,
yang melindungi hamba-MU dari kepanasan jahannam....

Aku gundah...
Aku resah....
apakah usia masih bersisa....
atau garis hayat sudah dipenghujungnya. ....

Hati....
sudahkah kau bersedia....
mendakap tamu yang bakal pergi...
atau pintumu masih tertutup...
lantaran karat bersadur dosa....

Ya ALLAH....
hilangkanlah kegundahan.. ..
hapuskanlah keresahan... .
biar hati ini sempat lagi dibuka....
untuk meraikan tamu-MU....
yang Kau hadirkan bersamanya
segunung rahmat selautan keampunan...

Dahulu…
Sekeping hati buas dirempuh,
Secebis iman dimamah rakus,
Dirempuh syaitan yang memacu,
Dimamah iblis yang memandu…

Kini…
Terikat kaki yang memacu,
Terkunci sendi yang memandu,
Yang tinggal di sudut Ramadhan ini,
Hanyalah secebis iman dan sebongkah nafsu,

Yang saling berebut,
Yang saling bergelut,
Rebut dan gelut untuk memenangi,
Seketul daging yang bernama hati…

Ya ALLAH…
Hati ini cukup lemah...begitu rapuh,
Lemah dalam pergelutan,
Rapuh dalam perebutan…
Dengan rahmat-MU yang ampuh,
Kupohon agar jiwa ini terasuh,
Semoga liar hatiku terdidik patuh….

Terasuh taat kepada-MU,
Terdidik mengingkari musuh durjana-MU,
Agar dipenghujung noktah Ramadhan ini,
Hati ini kembali teguh dan suci,
Biarpun bebas yang terikat dan yang terkunci,
Ia tidak lemah dan rapuh
Untuk dirempuh lagi....

Saturday, September 5, 2009

Cara Mencari Malam Qadar.....

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 12 September 2009.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHAN PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Sunday, August 30, 2009

Marilah sama2 kita renungkan ye...

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah
ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke
rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba
untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka
dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk
ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita
lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan
mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh
dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu
adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi
dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah
orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah
datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang
akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali
amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi
syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...

Monday, August 17, 2009

Rahsia Diwajibkan Solat

Assalamu'laikum semua..
Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang solat.Artikel ini diambil dari web www.iluvislam.com.
Bersama-samalah kita menghayatinya ye..Jom kita sama-sama bermuhasabah diri..

RAHSIA DIWAJIBKAN SOLAT

SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, daripada takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa. Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat.

" Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Di dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "agama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran. Antaranya, firman yang bermaksud:

" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

" Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslimin dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun. Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

" Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

Solat adalah tanda kesyukuran. Muslimin atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

" Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

" Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

" Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

Solat dapat menenteramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekaligus menjadikan kehidupannya lebih ceria. Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

" Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

Sunday, August 16, 2009

Pesanan Akhwat Kepada Ikhwah...

Kami ini senang jika diperhatikan,
apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa,

ikhwah yang mempunyai karisma,
atau ikhwah yang alim,

atau ikhwan yang bersifat "cool"

apatah lagi mempunyai sifat penyayang,

walhal kami belum mampu berhijab secara baik,

Oleh itu tundukkanlah pandangan kalian
dengan makna yang sebenar-benarnya,
dan janganlah kalian ikuti pandangan
pertama dengan pandangan berikutnya.

Kami juga senang mendengar kalian
berbicara dengan dan tentang kami,
rasa dihati tidak dapat diperkatakan lagi,

kami terasa seakan dihargai ,
namun bagi mengelakkan kelalaian hati kita,

Oleh itu cukuplah bicara kalian
jika kalian mulai memberi pujian kepada kami

meskipun itu hanya sebuah pujian kecil.

Kami juga inginnya terus dekat dengan
kalian para ikhwah,

tapi maaf..

bukan karena apa-apa tapi lebih karena
perhatian yang kalian berikan kepada kami,

meskipun sesungguhnya kami sangat malu akan hal ini,

terkadang kami pun terlepas kata dan laku,

malah menjadikan kami dan kalian

semakin tak mengenal batas,

karena itu pertama sekali
nasihatilah kami akan azab Allah dan
setelahnya jangan pernah memberi dan
membalas bentuk perhatian kami.

Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan

satu jalan yang jahat (yang membawa kerusakan)
[al-Israa 17:32]

Friday, July 31, 2009

Saya Sayang Ibu Saya

Jom sama-sama kita renung-renungkannya....


Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak?Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Fikir-fikirkanlah wahai teman-temanku sekalian.Betapa tanpa jasa dan pengorbanan seorang ibu,siapalah kita semua..

Seribu Satu Rasa............

Assalamu'alaikum semua....
Alhamdulillah akhirnya korean exam berakhir jugak hari ini..Walaupun saya tak berapa boleh jawab soalan exam kali ni..tapi saya bersyukur sangat pada ALLAH SWT.Mungkin ALLAH nak suruh saya berusaha dengan lebih tekun lagi di masa akan datang.Namun,sekarang ni saya memang risaukan result exam..huhu...Minggu depan hari Isnin dan Selasa saya akan exam Math A.Math B,Physics and Chemistry pulak..Insya-ALLAH saya akan cuba buat yang terbaik...

Hari ni lepas je habis exam tadi,saya pergi beli baju kemeja untuk We (ayah) dan beli mainan kereta api siap dengan landasan dia lagi for my one and only brother..adik Zakwan...dan tadi saya dah poskan semua tu ke Malaysia...Alhamdulillah...Untuk Ummi,adik Ema dan adik Eya saya dah belikan brooch..So,kira semua dah dah dapat bahagian masing-masing..

Walaupun exam hari ni agak teruk..huhu...tapi saya happy bila dah dapat beli dan poskan semua barang-barang tu kepada family..

Baru sekejap tadi saya menangis...huhu..terharu bila baca blog ni - http://aisyahumaira-hasnisyakila.blogspot.com/
blog Wan Hasni Syakila aka Kak Ila..yang saya dah anggap dia macam kakak saya sendiri..rasa dihargai..thanks a lot kak ila..ana aidhan..uhibbuki fillah abadan abada...

Sebenarnya saya dah tekad tak nak call Ummi malam ni..ingat nak call lepas exam minggu depan..tapi bila baca blog kak ila,saya ubah fikiran saya tu..Cikgu Wan Omar,ayah kak ila masuk hospital..Saya nak call Ummi tanya pasal hal ni..

Entahlah..sekarang saya diselubungi seribu satu rasa..macam-macam perasaan ada..sedih,kecewa,gembira........macam-macam lagilah..Tak tahulah kenapa.

Semoga esok lebih baik daripada hari ini.Insya-ALLAH...Doakan saya ye..Semoga doa kalian membantu saya untuk terus bangkit dan bergerak maju ke hadapan.Insya-ALLAH...

Sunday, July 19, 2009

Jom Kita Belajar Tafsir Surah Al-Kafirun....

Assalamu'alaikum semua...

Hari ini saya nak kita bersama-sama tafsir Surah Al-Kafirun.Surah ke-109 yang mempunyai 6 ayat..

Jom kita sama-sama tengok maksuk Surah Al-Kafirun.

"Katakanlah (Muhammad),"Wahai orang-orang kafir!"(1).Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,(2) dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, (3) dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. (5) Untukmu agamamu,dan untukku agamaku. (6)

Ok,apa yang dapat kita lihat dalam surah ni?Kalau kita lihat macam sama je kan?Apa beza dia?Boleh dikatakan semua ayat ada perkataan 'menyembah','sembah'dan'penyembah'kan?Erm..apa maksud dia ni ye?

Sebenarnya Surah Al-Kafirun ni merupakan antara surah yang terpenting bagi orang-orang yang nak berdakwah.Ok,jom kita lihat satu-persatu ye..

Tema surah:
Tiada persamaan antara Islam dan kafir.

Kalau kita lihat pada ayat 1 tu."Katakanlah (Muhammad),"Wahai orang-orang kafir!""
Siapa 'orang-orang kafir' yang dimaksudkan kat situ ye?Ha,orang-orang kafir Quraisy.Masa tu orang-orang kafir Quraisy ni telah tertipu dengan diri mereka sendiri sebenarnya.Mereka mengganggap bahawa apa yang mereka lakukan tu merupakan ajaran Nabi Ibrahim dulu.Mereka ingat yang mereka sembah berhala tu dah macam menyebah ALLAH.Sebenarnya mereka telah mengubah ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim.Jadi,bila Nabi Muhammad saw membawa agama Islam mereka ni tertanya-tanya la apa beza agama yang mereka anuti tu dengan agama yang Nabi Muhammad saw bawa..

Di sinilah Nabi Muhammad mengadakan Al-Musawwah (negotiation) iaitu satu perundingan untuk bertolak ansur antara agama.

Mereka cakap lebih kurang macam ni la..Tahun ni aku akan sembah agama kau,tahun depan kau sembah agama aku pulak.Lepas tu,kalau agama kau benar,aku masuk agama kau.Tapi kalau agama aku benar,kau kena masuk agama aku.

Disebabkan kejadian inilah maka ALLAH menurunkan Surah Al-Kafirun bagi mematahkan hujah-hujah orang-orang kafir Quraisy ni.Nabi Muhammad terus je menunjukkan ayat ni pada orang-orang kafir Quraisy.Selepas ayat ini diturunkan maka bermulalah penentangan keras orang-orang kafir Quraisy terhadap orang-orang Islam.Orang-orang Islam dihina,dicaci.diseksa dan sebagainya.

Apa yang ALLAH nak bagitau melalui surah ni sebenarnya?ALLAH nak ajar kita bahawa ada pemisahan yang besar antara agama Islam dengan orang-orang kafir.Orang-orang kafir ni tak kira la apa agama sekali pun,sama ada Kristian,Hindu,Budha,dan lain-lain lagilah.Senang cerita agama yang dianuti selain daripada agama Islam.

Dah tahu serba sedikit kan?Sekarang jom kita sama-sama jawab soalan pulak.Ada beberapa soalan ni.Macam cikgu la pulak saya ni kan?Hehe..takpe la ek.Jadi cikgu tak bertauliah kejap.Jangan marah cikgu-cikgu dan bakal-bakal cikgu.

Apa beza Islam dengan kafir?
Sebenarnya banyak sangat perbezaan antara Islam dengan kafir ni.Contoh yang paling jelas dan nyata ialah dari segi ibadah.Ibadah ni merangkumi semua la sama ada solat,puasa,zakat dan banyak lagi la kan.Lagi apa lagi ye?Hmmm...

Kalau kita tengok cara orang Islam makan dengan cara orang kafir makan pun berbeza bukan?Macam mana cara orang Islam makan?Sebelum makan kita basuh tangan,baca doa,makan dengan tangan kanan,lepas makan baca doa lagi.Kan cantik tu.Orang kafir pulak makan macam mana ye?Kat sini saya bagi contoh cara orang Korea makan ek.Mereka ni suka makan laju-laju,makan orang kebuluran pun ada jugak kalau sekali tengok.huhu..Takke nanti akan tercekik?Nanti akan mudaratkan diri sendiri kan?Dah la tak baca doa.Ha...nampak bezanya bukan?

Lagi-lagi?Apa lagi ye?Aha...cara tidur...Apa agaknya beza cara tidur orang Islam dengan cara tidur orang kafir?Kalau orang Islam tidur setiap posisi tidur tu ada maksud dia kan?Tidur mengiring ke kanan,mengiring ke kiri,melentang,meniarap..Tapi orang kafir tidur dalam keadaan macam mana pun kita tak tahu kan?Kalau orang Islam tidur,sebelum tidur tu ada doa tidur dan bila bangun tidur pun ada doa bangun tidur.Bukankah cantik tu?

Cara orang Islam berdakwah pun berbeza dengan cara orang kafir berdakwah.Orang Islam amat mengalu-alukan apabila ada orang nak memeluk agama Islam.Mereka menerima dengan rela hati dan tidak memaksa orang itu untuk memeluk agama Islam.Tapi kalau kita tengok orang kafir.Mereka bagai memaksa orang lain mengambil risalah yang diedarkan dan macam-macam lagi la ye.

Apakah salah faham bila orang baca surah ni?

Kalau kita tengok pada ayat 6 yang bermaksud,"Untukmu agamamu,dan untukku agamaku"Ramai orang yang telah salah faham dengan ayat ini.Mereka mengatakan bahawa apa-apa yang orang Islam buat yang diambil dari Barat itu salah.Contohnya,Jeans.Salah ke kalau orang Islam pakai seluar Jeans?Seluar Jeans kan dicipta oleh orang Barat.Tak salah nak pakai seluar Jeans.Asalkan ia tidak ketat.Pakai seluar Jeans pun menutup aurat bukan?Malah apabila musim sejuk ia dapat menebat haba.Jadi takde la kita terketar-ketar kesejukan.

Contoh lain,TV.Orang cakap TV tu melaghakan,melalaikan..Habis la dibuang dan dimarahnya orang nak menonton TV..huhu...Sebenarnya TV tu kalau diguna untuk kebaikan tak salah.Yang salahnya bila disalahgunakan penggunaan TV tu.Yang tu lah yang akan menyebabkan lagha.Kalau takde TV,macam mana kita nak tahu tentang isu-isu semasa kan?Apakah yang telah berlaku di dunia luar?Kan susah kalau kita tak tahu pasal benda-benda macam tu?Jadilah seperti katak di bawah tempurung (우물 안의 개구리),yang sentiasa berpuas hati dengan dunianya sendiri dan merasakan itulah segala-galanya.

Dalam dunia ni,apa yang kita nampak itu cara hidup orang kafir yang sebenarnya itu cara hidup orang Islam?Tapi orang Islam sendiri dah lupa yang itu cara hidup orang Islam.

Contoh yang paling jelas,menepati janji,menepati waktu.Kalau dilihat pada prinsip orang Korea,mereka mengamalkan prinsip 빨리 빨리 yang bermaksud cepat-cepat.Maknanya masa bagi mereka walau 1 saat pun amat berharga.Tapi kita sebagai seorang Islam selalu tidak menepati waktu kan?Saya bercakap untuk diri saya jugak sebenarnya.Harapnya selepas ini kita sama-samalah membaiki diri kita ke arah yang lebih baik.

Kebersihan.Kita selalu je dengar kan 'kebersihan itu sebahagian daripada iman'.Tapi kita masih lagi belum mampu mencapai tahap kebersihan yang sebenarnya.Contohnya,kita tengok dah takde habuk dan kira bersih la kan.Tapi kalau tengok pada orang Korea,selagi nampak tak berkilat,selagi tu la dia bersihkan.Ha..sampai macam tu sekali..

Budaya membaca.Hmm..dalam seminggu berapa buah buku yang kita baca?Ada senior saya bagitau,ada orang Kanada ni dah membaca hampir beribu-ribu buku dalam masa 10 tahun.Kita macam mana?

Berniaga.Kalau kita tengok zaman nabi dulu nabi buat apa?Nabi berniaga bukan.Tapi sekarang ni perniagaan telah dimonopoli oleh orang Cina dan orang Barat.

Masa graduation.Semua orang akan pakai jubah bukan?Selalunya orang mana yang pakai jubah ni?Bukan orang Arab ke yang pakai jubah?Daripada zaman nabi-nabi dulu sampailah sekarang ni kan?Eh,alih-alih bila grade ke semua orang pakai jubah.Itulah menunjukkan bahawa amalan pakai jubah masa grade tu diambil dari orang Arab.Tapi sebab Barat yang mulakan dah jadi macam orang Barat yang cipta..

Sebenarnya orang Islam dah semakin melupakan budaya mereka.Kita perlu bangkit dan mengamalkan balik budaya-budaya ini.

Kesimpulannya,Islam dengan kafir tiada persamaan tetapi ada perbezaan yang sangat besar.Apa yang kita tengok mereka buat tu sebenarnya budaya dan amalan orang Islam.Cuma diaplikasikan dan dianggap budaya mereka.Adakah kita nak biarkan perkara sebegini terus begitu?Renung-renungkanlah...

Thursday, June 25, 2009

Yorem ODC (여름 오디시)

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah petang tadi saya dan kawan-kawan yang lain selamat sampai ke rumah.Penat tak terkata.Tapi still happy.Semoga pengisian yang kami dapat di sana tu dipraktikkan.Insya-ALLAH..



Ha..ni nama program kami kali ni..Percutian ni di buat di Resortel,Incheon..Di luar Seoul..Kami semua bertolak dalam pukul 10 pagi dari rumah ke Yeoido Station (여의도 역) dengan menaiki bas.Kemuadian naik subway (지하절) ke Kimpo Airport (김포 공항).Dari sana kami menaiki Arex ke Incheon International Airport (인천 공항).Rasa macam nak balik Malaysia je masa tu.Teringan masa mula-mula sampai ke Korea pada 26 Februari dulu..huhu..Kami berjumpa dengan akak-akak senior di sana dan meneruskan perjalanan ke Resortel dengan menaiki bas 302.

Kemudian setelah berehat seketika melepaskan lelah,kami bersama-sama menunaikan solat jamak berjemaah.Pengisian kali ini disampaikan oleh Dr.Qamarul Salam.Memang best la penyampaian ustaz.Tak kering gusi kami dibuatnya.


Ni la Ustaz Salam...ustaz yang berpengalaman dan telah mengembara ke seluruh dunia berjumpa dengan para pelajar yang belajar di oversea.

Hari pertama ustaz mendedahkan kami kepada misi dan matlamat hidup.Menyedarkan kami yang kami semua ni istemewa.Kata ustaz,"Kenapa manusia ni jadi sia-sia?Kerana mereka tak tahu yang mereka ni hebat,mereka tahu mereka ni hebat tapi...mereka tak tahu macam mana nak guna kehebatan tu.Rugi kan gak?Dan yang paling teruk lagi,manusia tahu dia ni hebat TAPI dia gunakan kehebatan dia ni pada perkara-perkara yang tak betul."

Hari kedua,pagi tu selepas solat subuh,kami turun ke pantai.Menghirup udara segar ciptaan ALLAH.Melihat matahari naik (sunrise).Sangat indah.Betapa hebatnya kebesaran-MU Ya ALLAH....


Mentari yang masih malu-malu untuk memunculkan dirinya...Ala..comelnya awak...hihi..

Hari ini kami disedarkan tentang untuk apa sebenarnya hidup ini?Apa misi kita sebenarnya.Apa ye?Kenapa ALLAH cipta manusia?Tak lain dan tak bukan untuk beribadah kepada-NYA dan menjadi khalifah di muka bumi.Takde yang lainnya selain daripada 2 benda ni.Jadi kena betulkan balik niat.Walau apa pun yang kita buat kena buat kerana ALLAH...ingat tu..Niat ni kena lahir dari hati yang tulus ikhlas.Kena niat betul-betul la kan?..Ustaz cakap,"Gunakan alat iaitu kebolehan kita untuk mendapatkan matlamat."

Petang tu kami keluar beriadah di tepi pantai.Bestnya..Bermain permainan untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara kami.


Wajah-wajah ceria kami..hehe...dengan pelbagai gaya dan aksi..

Hari ketiga,hari last kami di Incheon.Ustaz menunjukkan pada kami bagaimana Islam itu bermula dan bagaimana Islam itu jatuh.Kenapa dan mengapa??Apakah faktor-faktor yang menyebabkan suatu ketika dahulu Islam mampu menguasai 2/3 dunia.Apa usaha kita untuk mengembalikan balik zaman kegemilangan itu.Bersama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan bagaimanakah caranya ye..


Ha..nilah graf jatuh bangun Islam..

Ustaz cakap,"Sekarang ni Barat sudah menguasai dunia hampir 500 tahun.Mereka hanya ada dalam 100 tahun je lagi untuk jatuh.Lalu kuasa apa pula yang akan naik selepas itu?Sama ada Barat lagikah?Chinakah?Indiakah?"

"Untuk membina sebuah kuasa dan tamadun yang hebat,ia memerlukan 1 billion pengikut.Sekarang ni muslim ada 1.4 billion.Jadi,adakah kita nak membiarkan kuasa-kuasa lain menakluki dunia?Tentu tidak bukan?Jadi,kita kena berusaha dari sekarang supaya selepas kuasa Barat jatuh,kuasa yang akan naik ialah ISLAM..."

Begitulah serba sedikit pengisian percutian kami selama 3 hari 2 malam di Resortel,Incheon.Terima kasih kepada kakak-kakak yang menguruskan kami di sana.Makan best..sedap..ada BBQ lagi.Terima kasih kepada brothers yang membakar ayam ye.hihi..Nanti buatla kagi program macam ni..


Ni antara akak-akak yang telah menjayakan percutian kali ni..Terima kasih kepada Kak Rina yang sanggup fly dari Jepun ke Korea bagi mengendalikan percutian ni..tak lupa juga kepada akak lain..terutamanya Kak Dalila,Kak Nabihah,Kak Yana,Kak Syakirah dan yang lain-lain..


Ni skuad pembakar ayam BBQ..hehe....antara brothers yang turut serta..Terima kasih banyak-banyak ye...nanti tolong bakar lagi...

Sunday, June 21, 2009

Homestay...

Assalamu'alaikum.Saya dan kawan-kawan satu batch yang lain baru je balik dari program homestay petang tadi.Seronok...Keluarga homestay kami baik-baik.Alhamdulillah.Mula-mula nak pergi tu risau la jugak.Nak cakap macam mana dengan diaorang.Pastu nanti kalau diaorang tanya apa-apa yang berkaitan dengan agama nak cakap macam mana.Tapi Alhamdulilah ALLAH dah permudahkan segalanya dan semuanya berjalan dengan lancar.

Esok kami ada Yorem Outdoor Camp aka SummerOutdoor Camp kat Ramaere Resotel,Incheon.Camp ni gabungan antara usrah-usrah.Moga jalinan silaturahim kami pelajar-pelajar di Korea ini bertambah erat dan kukuh lagi selepas ini.

Ok la..tu je kot untuk hari ini.Nanti balik dari yorem camp ni saya tulis banyak lagi ye.

Tahniah kepada kawan-kawan saya di Malaysia yang berjaya ke IPT pilihan masing-masing.Gembira bila dengar korang semua berjaya.

Tak lupa juga kepada sepupu saya,Kak Nani..Along ucapkan tahniah dapat masuk UTM.Dulu Along ada gak terfikir nak masuk situ.Tapi Kak Long ngan Kak Nani dah ganti tempat Along kat sana.hihi..Kak Long nak graduate master,Kak Nani pulak yang sambung ye?Macam janji-janji je korang ni ye?hehe..Apa-apapun congrate sis..Nanti Along balik Malaysia tahun depan kita sembang banyak-banyak ye..

Wednesday, June 17, 2009

Hari Ini Saya Sedih...

Assalamu'alaikum semua..
Apa khabar?Sudah lamakan saya tak menulis di blog ni?Maaf,seminggu dua ini saya sibuk dengan exam..final exam bagi level 3..esok ada 2 lagi kertas yang perlu diduduki..Doakan saya supaya dapat menjawab exam korea esok dengan jayanya ya..

Hari ini saya rasa sedih sangat.Perasaan saya mudah je tersentuh.Bila saya teringat kat ummi dan we(ayah) secara tiba-tiba air mata saya mengalir tanpa dipinta.Kemudian bila saya tengok gambar family yang saya jadikan wallpaper desktop saya,sekali lagi tanpa segan silu air mata saya mengalir.Sampai teresak-esak.Sehinggakan merah mata macam orang menangis ditinggalkan sang kekasih.Rasanya saat itu juga saya mahu pulang ke Malaysia.Saya pun tak tahu kenapa hari ini saya begitu mudah tersentuh.Biasanya saya sukar untuk menangis.Bayangkan semasa arwah datuk dan arwah nenek saya meninggal pun saya tidak menangis teresak-esak begini.Tetapi hari ini air mata saya terasa begitu murah.Adakah disebabkan exam korea pagi tadi yang memang kurang memberangsangkan?Atau pun saya risaukan exam korea yang akan diduduki esok?Entahlah...saya sendiri pun tak tahu.Tapi yang pasti saya begitu sedih pada hari ini.

Kebiasaannya saya akan menelefon ummi saya pada setiap hari jummat malam sabtu.Tetapi hari ini saya tak dapat menahan diri untuk menelefon ummi.Dalam keadaan yang baru lepas menangis,suara serak-serak basah saya telefon ummi.Kemudian sebaik sahaja mendengar suara ummi di talian sekali lagi air mata saya mengalir.Ummi saya terkejut dan bertanyakan adakah saya demam.Saya cakap mungkin sebab tidak cukup tidur saya selesema.(Maafkan kakak ummi terpaksa cakap kakak selesama..kakak tak nak ummi risaukan kakak).Setelah berbual seketika dengan ummi,saya berbual pula dengan we.Apabila berbual dengan mereka perasaan sedih dan sebak saya tadi perlahan-lahan hilang.Alhamdulillah...

Terima kasih Ya ALLAH..KAU telah menghantar kedua ibu dan bapaku untuk menghilangkan kesedihan ini.Ya ALLAH,Ya TUHANku Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,KAU ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku,KAU berikanlah kesihatan kepada mereka,tempatkanlah mereka di dalam syurga-MU Ya ALLAH...


Kesedihan saya hari ini mungkin ada sesuatu yang ALLAH nak tunjukkan pada saya.Pertama,jangan sedih jika tak dapat jawab exam kerana ALLAH tak melihat akan kejayaan atau kegagalan kita,tetapi DIA menilai usaha kita ke arah itu.Kedua,jangan terlampau mengikut perasaan kecewa.Ketiga,ingat kedua ibu bapa jika rasa putus asa.Apabila kita mengingati mereka dengan sendirinya semangat kita akan naik.Dan yang paling penting pohonlah petunjuk daripada ALLAH.Berdoalah kepada ALLAH,mengadulah kepada ALLAH tentang masalah yang dihadapi.Insya-ALLAH,ALLAH akan memberikan petunjuk kepada kita..

Thursday, June 4, 2009

Hayatilah...

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Tuesday, June 2, 2009

Mengisi kekosongan..

Assalamu'alikum...takde apa sebenarnya.Saja gatal tangan nak menulis kat sini.Dah lama jugak kan saya tak menulis?Entah,takde mood nak menulis..huhu..Fikiran agak kacau.Maklumlah dekat-dekat nak exam ni.

Tapi dalam sibuk-sibuk nak exam,boleh la pulak saya baca novel.Tentu tak percaya kan?Tapi itulah yang saya buat.Kononnya nak lepaskan tension la bila tak faham dan tak boleh buat homework.Tiba-tiba terus sangkut kat situ.Hah,rasakan.Lepas tu dalam kelas,bila tiba je masa rehat 10 minit tu saya akan tidur.Mana taknya,dah lepas subuh baru tidur dok khusyuk baca novel.Sampai pedih mata dok menghadap desktop.huhu..Tapi yang frustnya novel yang saya baca tu diberhentikan untuk post di blog sebab dah nak publish tak lama lagi.huhu..

Bilalah pulak saya boleh baca sambungannya.Tunggu balik Malaysia tahun depan la jawabnya.Uish...lambat lagi tu..Seksanya...Alamak,macam nak jumpa orang tersayang la pulak kan?Tapi saya rasa siapa-siapa yang memang gila baca novel macam saya ni akan faham perasaan tu.Betul tak?Alah..tak payah berdalih la..

Biasa la kan.Setiap orang mempunyai hobi yang tersendiri.Ada yang suka menonton drama,mendengar lagu,menulis blog,berchatting dan macam-macam la lagi.Tapi yang pastinya jangan sesekali abaikan pelajaran.Amboi,nasihat orang...Ini sebenarnya lebih kepada menasihati diri sendiri.Al-maklumlah tuan punya badan pun kalau dah dok khusyuk membaca novel tu tak ingat dunia jugak.Terukkan?

Insya-ALLAH saya akan berusaha untuk ubah sikit sikap saya ni.Supaya mementingkan perkara yang lebih penting.Sebab tu lah kena selalu muhasabah diri.Flash back balik apa yang dah dibuat.Barulah kita sedar apa yang kita buat tu lebih banyak baik atau buruknya.

Lagi satu,paksa diri walau malas macam mana sekalipun untuk buat sesuatu perkara.Contohnya kita memang suka main game tapi homework tak siap lagi.Ha,jangan dok menghadap game tu sampai tak buat homework ye.Lepas tu esok kalut homework tak siap lagi.Mulalah menggelabah dan kerja yang dibuat pun cincai-cincai je.Janji siap.Di sinilah perlunya memaksa diri untuk buat homework tu.Lepas siap homework,nak main game sampai larut malam pun mainlah.

Saya suka kata-kata ni :
"Pentingkan yang lebih penting daripada yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting"


Berbelit-belitkan ayat tu?Cuba baca dan fahami betul-betul kata-kata di atas.Nanti anda akan nampak ada betulnya kata-kata tu.

Akhir kata,buatlah apa-apa yang anda suka.Namun dalam masa yang sama jangan sesekali abaikan pelajaran anda jika anda seorang pelajar dan pekerjaan anda jika anda seorang pekerja.Tak kira la apa pun yang kita buat tanggungjawab yang kita pikut itu teramat sangatlah berat.