Ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu begitu hening sekali. Seolah-olah tidak berpenghuni. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas yang ligat berpusing.
“Kamu dah fikir masak-masak ke Syairi tentang tawaran nak jadi sukarelawan MERCY tu?” Tanya Encik Azhar kepadanya anaknya sekali gus memecahkan kesunyian yang tercipta.
“Insya-ALLAH abi, ummi. Syairi dah fikirkan dan kami putuskan untuk terima tawaran tu” jawab Alif Qusyairi tenang. Dipandang sekilas isteri di sisinya setelah meluahkan kata-kata tersebut.
“Mama dan papa kamu dah tahu ke Aleeya? Apa kata mereka? Yelah kamu berduakan baru je mendirikan rumah tangga.Ni pula nak pergi ke sana.” Puan Aminah pula menyoal menantunya. Dia bagaikan keberatan untuk melepaskan anak dan menantunya itu pergi berkhidmat menjadi sukarelawan di bumi Palestin.
“Tempat seorang isteri ialah di sisi suaminya,ummi. Jika itu keputusan abang, Aleeya pun akan ikut. Lagipun kami dah berbincang. Insya-ALLAH kami akan ke sana. Lagipun itukan dah menjadi tanggungjawab kita sebagai saudara sesama Islam untuk membantu mereka yang memerlukan.” Ulas Aleeya Khaleeda panjang lebar kepada ibu mentuanya.
Alif Qusyairi tersenyum sambil memandang lembut ke arah isterinya.Dia nampaknya sangat bersetuju dengan setiap ulas bicara yang dilontarkan oleh isterinya tadi.Dia begitu bersyukur kerana mempunyai isteri yang begitu memahaminya.
“Erm, kalau dah begitu keputusan kamu berdua ummi dengan abi ikut je. Apa yang baik pada kamu, baik jugalah pada ummi dan abi. Jadi bila kamu berdua nak berangkat ke sana?”
“Insya-ALLAH dalam dua minggu lagi. Jadi kami nak minta restu dari ummi dan abi. Doakan keselamatan kami semasa bertugas di sana nanti ye.” Ujar Alif Qusyairi.
“Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jalankanlah tugas kamu berdua sebagai doktor tu sebaik-baiknya. Rawatlah mangsa-mangsa di sana dengan penuh ikhlas dan bantulah mereka yang memerlukan. Hanya itulah cara yang dapat kita buat.”,nasihat Encik Azhar kepada anak dan menantunya.
“Terima kasih banyak-banyak abi. Insya-ALLAH kami akan buat yang terbaik nanti.” ujar Alif Qusyairi berbaur perasaan gembira yang tidak terhingga mendengar kata-kata bapanya tadi.
*****************
Sebelum berangkat ke bumi Palestin,pasangan tersebut pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli barang-barang keperluan sebagai persediaan untuk ke sana nanti. Setelah membeli barang-barang yang diperlukan mereka telah memutuskan untuk makan tengah hari terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.
“Abang, hari ni kita makan di McDonald’s je la ye. Abang tak kisah kan?” tanya Aleeya Khaleeda kepada suaminya.
“Sayang, kita kena boikot semua produk keluaran Amerika Syarikat. Sebab setiap sen duit yang kita gunakan untuk barangan yang dibeli itu akan memberikan keuntungan kepada syarikat yang menghasilkan barangan tersebut. Sayang tahu tak keuntungan yang diperolehi tu disalurkan ke mana?” Alif Qusyairi menyoal isterinya pula selepas memberikan sedikit penjelasan.
Aleeya Khaleeda hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mengetahui tentang persoalan yang diutarakan tadi.. Alif Qusyairi hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu.
“Keuntungan itu disalurkan ke mana bang?” soal Aleeya Khaleeda pula dengan penuh tanda tanya dan rasa ingin tahu yang membuak-buak.
“Aha, tanpa kita ketahui sebahagian daripada keuntungan hasil daripada jualan syarikat itu tadi akan disalurkan kepada Israel. Duit itu pula digunakan untuk membekalkan senjata baru kepada tentera mereka lalu senjata tersebut digunakan untuk menindas dan membunuh penduduk Palestin!” terang Alif Qusyairi panjang lebar kepada si isteri yang tekun mendengar penjelasannya.
“Bukan setakat itu sahaja,kanak-kanak dan wanita juga menjadi mangsa. Semua mereka yang menjadi mangsa itu adalah saudara kita.” sambung Alif Qusyairi lagi.
“Erm..kalau macam tu tak jadilah nak pergi McDonald’s. Selama ini Aleeya hanya pandang remeh tentang semua benda ini.” ujar Aleeya Khaleeda kesal dengan sikapnya selama ini yang tidak begitu mengambil kisah dengan perkara-perkara seperti ini.
“Ha, macam itulah isteri abang. Kita tak boleh beli barangan yang menyumbang kepada tentera Israel. Perkara ini walaupun nampak agak remeh tetapi ia boleh menyebabkan banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban.” balas Alif Qusyairi.
“Sekarang ni Aleeya rasa keputusan kita menerima tawaran menjadi sukarelawan MERCY tu memang tepat.” ujar Aleeya Khaleeda dengan yakin.
“Ya,sebab itulah abang menerima tawaran itu tanpa berfikir panjang.Abang akan membantu mereka di sana sehabis daya walaupun nyawa abang sendiri terancam dan mungkin terkorban nanti.Abang harap Aleeya pun sama dan teruskanlah perjuangan ini walaupun abang tiada di sisi Aleeya.”,Alif Qusyairi menyuarakan pendiriannya sekaligus harapan terhadap isteri tercinta.
Aleeya Khaleeda yang mendengar setiap bait kata yang keluar dari seulas bibir suaminya itu amat terharu dan dia juga turut menyematkan tekad di dalam hatinya untuk berjuang bersama-sama suaminya bagi membantu penduduk Palestin nanti.
“Kita kena sedar bahawa tidak akan muncul Salahuddin kedua selepas Salahuddin Al-Ayubi. Yang ada hanyalah kita. Kita. Salahuddin kedua tidak akan datang. Tetapi yang perlu datang itu kita.Ini semua adalah tanggungjawab kita bersama sebenarnya. Kitalah sebenarnya yang perlu menjadikan diri kita Salahuddin yang kedua!” begitu bersemangat sekali Alif Qusyairi mengucapkan kata-kata itu. Dia mengulang berkali-kali ayat itu bagi menegaskan lagi pendapatnya.
“Ya, betul tu. Kita yang perlu menjadi Salahuddin kedua tu.” sahut Aleeya Khaleeda pula mengiakan pendapat suaminya tadi.
“Erm...jom kita ke restoran di hujung sana. Abang pun dah lapar ni.” ujar Alif Qusyairi kepada Aleeya Khaleeda setelah hampir lima minit mereka menyepikan diri. Masing-masing seperti sedang bermuhasabah dengan diri sendiri. Kesedaran tentang tanggungjawab yang dipikul untuk membantu saudara mereka di bumi Palestin telah meresap ke seluruh pelusuk badan mereka.
Pasangan suami isteri itu berjalan beriringan menuju ke arah restoran yang dinyatakan oleh Alif Qusyairi sebentar tadi.
*************
“Doktor Alif, cepat tolong kami kat sini.Budak ni dalam keadaan parah!” jerit seorang sukarelawan MERCY kepada Alif Qusyairi.
Keadaan kelihatan agak kelam-kabut di pusat bantuan MERCY. Alif Qusyairi tanpa berlengah-lengah lagi terus bergegas menuju ke arah suara yang memanggilnya tadi sambil membawa perubatan yang diperlukan. Dia dan beberapa orang doktor lagi bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa-mangsa letupan bom yang baru sahaja berlaku sebentar tadi di daerah tebing Gaza.
Di satu sudut yang lain pula kelihatan Aleeya Khaleeda bersama beberapa orang sukarelawan yang lain sedang merawat mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan yang agak ringan. Aleeya Khaleeda begitu sedih melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa dicederakan dan ada yang menjadi yatim piatu akibat daripada serangan tentera Israel yang tidak berhati perut itu.
Sepanjang dua minggu meraka berada di bumi Palestin,barulah mereka sedar betapa peritnya penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk-penduduk Palestin. Boleh dikatakan hampir setiap hari para penduduk dihujani dengan letupan bom serta bermandikan darah. Jika rakyat Malaysia bersenang-lenang,anak-anak boleh ke sekolah belajar dengan gembira, tetapi lain pula keadaannya di bumi Palestin ini. Rakyatnya sentiasa dibayangi oleh tentera-tentera Israel yang kejam lagi zalim. Alangkah bertuahnya penduduk di Malaysia. Namun dalam kegembiraan itu, mereka telah melupakan saudara mereka yang sedang berjuang mempertahankan bumi Palestin daripada dirampas oleh Israel.
Kelihatan seorang remaja lelaki sedang khusyuk menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Kaki kirinya berbalut dan terdapat banyak kesan calar di lengannya. Dia merupakan mangsa letupan bom yang berlaku dua hari lepas. Alif Qusyairi yang baru sahaja menyelesaikan tugasnya tadi menuju ke arah remaja itu.
“Apa yang kamu sedang tulis tu Muhammad?”, tegur Alif Qusyairi mesra sambil tangannya mengusap-usap lembut rambut Muhammad dengan penuh kasih sayang.Walaupun baru dua hari berada di pusat bantuan MERCY, Muhammad agak rapat dengan Alif Qusyairi dan Aleeya Khaleeda. Muhammad tanpa banyak bicara terus menghulurkan kertas yang ditulisnya itu kepada Alif Qusyairi.
Mother don’t cry for me I am heading off to war
God almighty is my amour and sword
Palestine, Forever Palestine
Children being killed for throwing stones in the sky
They say to their parents don’t worry, God is on our side
Palestine, Forever Palestine
Mother don’t worry when they come for us at night
Surely they’ll be sorry when God puts them right
Tell me why they’re doing what was done to them
Don’t they know that God is with the oppressed and needy
Perished were the nations that ruled through tyranny
Palestine, Forever Palestine
Children of Palestine are fighting for their lives
They say to their parents we know that Palestine is our right
They to say to their parents we’ll fight for what is right
They say not to worry God is on our side
They say we’ll die for Palestine
Palestine, Forever Palestine
Menitis air mata Alif Qusyairi semasa membaca bait-bait kata di atas kertas itu.Dia lantas memeluk Muhammad.Betapa kentalnya semangat juang remaja ini bagi memperjuangkan bumi Palestin.Alangkah baiknya jika semua remaja-remaja di luar sana juga mempunyai pendirian seperti Muhammad.
Alif Qusyairi menyematkan tekad untuk terus membantu warga Palestin yang memerlukan. Jikalau penduduk Palestin sanggup mengorbankan nyawa mereka bagi mempertahankan tanah suci Palestin, apa salahnya jika dia menawarkan dirinya merawat mangsa-mangsa yang tercedera di samping menyelami dan merasai sendiri perasaan mangsa-mangsa yang teraniaya.
“Tanah suci yang sebegini hebat tidak sepatutnya dibiarkan ternoda.Membiarkan Masjidil Aqsa dinodai, sama seperti membiarkan Masjidil Haram dicerobohi. Saban hari bumi Palestin dihujani darah. Hari ini darah tumpah lagi. Esok mungkin akan berdarah lagi.” ujar Alif Qusyairi setelah melepaskan pelukannya.
“Sehari kita lewat, rekahan di Masjidil Aqsa semakin bertambah. Masa yang dah berlalu tidak akan kembali lagi. Semakin lambat kita bertindak, keadaan akan menjadi semakin buruk. Kita sepatutnya bangkit daripada lena yang panjang dan menyedari keadaan yang amat genting pada hari ini.” ujar Muhammad pula dengan penuh bersemangat dan tegas. Terserlah kematangan melalui ulas bicaranya. Nampaknya keadaan sekeliling telah mematangkan dirinya.
“Ya, Palestin ini ialah negara kita. Palestin bukan sahaja negara kamu Muhammad tetapi negara kami juga. Malah Palestin merupakan negara seluruh umat Islam. Kita semua bersaudara.” sampuk beberapa orang doktor yang berada berhampiran dengan Alif Qusyairi dan Muhammad.
‘Palestin negara kita!’ Kata-kata itu tersemat di dalam hati mereka.
No comments:
Post a Comment