Monday, May 31, 2010

Tembaklah Doa Anda

Salam alaik~~

Saya pasti ramai antara kita yang sentiasa update dengan keadaan saudara kita di Palestin.Yang sentiasa membuka blog palestinkini.info..Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yang concern..Sebelum ni macam yang kita tahu,saudara2 kita yang punyai kesedaran untuk membantu saudara di Gaza sana mengadakan konvoi kemanusiaan ke Gaza.

Kesemua mereka adalah sukarelawan dan tidak ada seorang pun tentera di dalamnya.Tapi Israel Zionis laknatullah ni telah menyerang konvoi LL4Gaza hari ini!Ini mesej yang saya dapat dari sahabat saya..

"~Mari pakat2 solat hajat & doa skg, israel laknatullah tlh menyerang konvoi LL4Gaza di perairan Gaza sekejap td.. Kapal Mavi Marvara tlh ditembak dgn helikopter menyebabkan 3 terkorban & 30 cedera. Kapal tersebut yg dinaiki oleh relawan kita. Mohon Allah bantu relawan di Gaza skg ini. IHZIMHUM WANSURNA A'LAIHIM.. Kirimkan doa buat mereka saudara2 ku sekalian... Sebarkan berita ini kpd seramai mungkin yg dikenali..~"

Hari ni Hilal Asyraf pun ada postkan pasal isu ini.Banyak mesej kat YM yang saya terima berkisarkan serangan Israel ini.

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html
http://palestinkini.info/

Anda boleh dapatkan maklumat di link tersebut.

Mereka yang berniat ingin membantu saudara kita di Gaza telah bertindak.Mereka telah pun diserang hari ini.Ada yang syahid,ada yang cedera..Padahal mereka tidak punyai ilmu ketenteraan,tidak punyai senjata.Tapi kesedaran dalam diri mereka telah membuatkan mereka tekad untuk berkonvoi menghulurkan bantuan ke Gaza.

Kita?Anda?Saya?Apa yang kita sumbangkan?Apa yang anda hulurkan?Apa yang saya lakukan?Adakah kita,anda dan saya nak berdiam diri begitu sahaja?Tidakkah kalian semua malu?Tidak ada rasa malukah dalam diri kalian wahai manusia?

Lakukanlah sesuatu..Tembaklah doa2 anda.Doakan ALLAH membantu saudara kita yang berkonvoi itu.Doakan bantuan sampai ke Gaza.Lakukanlah solat hajat..Moga2 mereka semua selamat..

Mungkin apa yang kalian lakukan hanya sebesar zarah sahaja.Tetapi insya-ALLAH impaknya akan terserlah.Insya-ALLAH..Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH..

Para relawan tersebut begitu berani menampilkan diri mereka.Tanpa sebarang senjata mereka terus maju.Tembaklah doa kita buat mereka.Bantulah sedaya anda.

Teruskan menembak sahabat.Doa anda amat berguna.Insya-ALLAH.

Thursday, May 27, 2010

~Dari-NYA Kita Datang Kepada-NYA Kita Kembali~

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam semasa habis kelas 글쓰기 kami dapat berita yang menyedihkan.Kak Naziha dah meninggal..ㅠ.ㅠ

Sememangnya pada setiap hari Rabu jadual saya penuh dari pagi hingga petang..Kiranya x dapat la nak online.Krun yang free tengah hari tu dapat berita ni dari PPMK..Semua orang terkejut dengan berita sedih ni.Sebabnya sebelum ni kami dapat tahu Kak Ziha dah stabil.Baru berura-ura nak pergi lawat bila balik Malaysia nanti.

Al-Fatihah buat Kak Ziha dan takziah buat keluarga Allahyarhamah.Semoga mereka tabah.Sama-samalah kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.Insya-ALLAH

Malam tadi setiap universiti mengadakan solat jenazah ghaib dan bacaan yassin.

Kematian adalah sesuatu yang pasti.Perkara ini membuatkan saya berfikir sejenak...Cukupkah amalan saya selama ini?Bersediakah saya?Sungguh saya amat menginsafi diri.Ajal,maut...bila-bila masa je boleh berlaku.Jadi persiapan diri kita ke arah itu amat penting.Insya-ALLAH sama-samalah kita persiapkan diri.

Kesibukan kadang-kadang membuatkan kita lalai dan leka.Saya pun bila dah sibuk menyiapkan assignment tu,solat pun dilambat-lambatkan..Astaghfirullah hal 'azim..betapa penyesalan hadir tak sudah dalam diri.Kesal dengan kelekaan diri sendiri.Padahal ALLAH tak pernah pun melupakan saya.Saya senang-senang je melupakan DIA.

'Kekasih' saya sentiasa mengingati saya.Tapi saya?Tegarkah saya melupakan DIA?Kejam sungguh saya kan?Dah ada yang sentiasa menjaga saya,tapi saya buat tidak peduli..huhu..

Padahal saya ni bila-bila masa je akan dijemput-NYA.Apa bekal yang saya nak bawak?Cukupkah amalan saya selama ini?YA ALLAH..KAU ampunilah dosa hamba-MU yang lemah ini.Bukakanlah pintu hati-KU dan tetapkanlah hatiku untuk beribadah pada-MU,YA ALLAH.Hidup dan matikanlah aku dalam iman YA ALLAH...

Insya-ALLAH sama-samalah kita muhasabah dan perbaiki diri.Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dan bagus dari hari ini.Insya-ALLAH..Peringatan untuk diri sendiri dan semua...

Saturday, May 22, 2010

Lemahnya diriku...ㅠㅠ

Salam alaik~~~

Malam tadi saya menjelajah di alam maya..menjelajah dari satu blog ke satu blog..(macam takde keje je dok mengembara bagai...haish~)tiba2 penjelajahan saya terhenti di satu taman bunga yang indah..ye ke taman bunga..tanahnya berwarna pink..ada sejambak mawar di dalam bakul..disulami dengan bait2 kata hijau dan ungu..menarik je....

Sebenarnya saya selalu la jugak singgah ke sini..sempat la mencuci mata dengan bait2 kata yang indah lagi menusuk kalbu tu...rupa2nya pemilik taman nan indah ni sama tua je dengan saya!huhu...bagusnya dia..punyai taman yang begitu indah dan memikat...saya masih tidak mampu menjadi sepertinya...huhu...insya-ALLAH in a fine day..saya pun nak jadi cam dia gak la..

Eh..bukan tu sebenarnya yang saya nak cerita..huhu...ni link tu baca la dulu ye...

Aha..apa perasan bila baca "Semanis Redha" tu?Saya tengah2 baca tu tersedu-sedan keseorangan dalam bilik..huhu..nasib baik roomate dah tido..

Kalau diikutkan kalau nak banding saya dengan Hannan tu..saya lagi kuat,lagi tough dari dia..Sebab?Alhamdulillah ALLAH masih berikan kesihatan pada saya..tapi saya kalah dengan Hannan..Sebab?Saya tak pernah nak bangun qiam macam yang Hannan buat tiap2 malam tu..

Ya ALLAH...rasa diri saya ni begitu kerdil...kalau Hannan yang lemah tu boleh bangun..kenapa saya yang sihat wa'afiat ni tak boleh bangun?

Alhamdulillah ALLAH tergerakkan hati saya untuk membaca blog Insyirah Soleha ni..the niqob girl...Insya-ALLAH saya akan cuba maju setapak ke hadapan..insya-ALLAH..pohon doa dari kalian semua...

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru~

Salam alaik~

Hari ni hari yang istimewa buat semua yang bergelar guru,cikgu,ustaz,ustazah...semua la kan yang bergelar pengajar dan pendidik.erm..tak terkecuali jugak buat lecturer..diaorg pn mengajar gak kan?

Istimewa betulkan panggilan 'cikgu' ni?even mereka dah pencen pun still akan dipanggil cikgu lagi..jasa mereka,penat lelah mereka...tidak terhitung rasanya..mereka ibarat lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain..

Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru tak kira di mana kalian berada..Terutama sekali kepada semua guru2 Sekolah Kebangsaan Kampung Berangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa..

Terima kasih atas tunjuk ajar dan didikan yang diberikan..Tanpa kalian siapalah saya...Jasa cikgu akan saya kenang dan hanya ALLAH yang dapat membalasnya..Terima kasih cikgu...

Monday, May 10, 2010

Khas Buat Ummi Tersayang

Video ni saya tujukan khas buat ummi tersayang,Shamsiah Binti Mat Yaacob.Tidak lupa juga buat semua yang bergelar ibu dan bakal ibu.Sesungguhnya jasa kalian tidak dapat kami balas..

SELAMAT HARI IBU..

(Terima kasih banyak2 buat roomateku,Krun..sudi bagi video ni..bagus kan jadi orang kreatif ni?..eheh...^^)

video

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu,Ummi

Salam alaik~

SELAMAT HARI IBU buat ummi tercinta SHAMSIAH BINTI MAT YAACOB..Semoga ummi dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH SWT.

Ummi..
tanpamu tidak mungkin aku ada di dunia ini..
tanpamu tidak mungkin aku sampai ke tahap ini..

Ummi..
belaian kasih sayangmu tidak ternilai..
kasihmu tiada tandingannya..

Ummi..
kau didik..
kau belai..
kau asuh..
kami anak-anakmu dengan penuh kasih sayang..

Ummi..
waktumu sentiasa diperuntukkan untuk kami
tidurmu sentiasa terganggu demi menjaga kami
doamu sentiasa mengiringi kami

Ummi..
sesungguhnya tiada yang dapat kami beri demi membalas jasa-jasamu itu
wang ringgit tidak mampu membayar kasih sayangmu
hanya ucapan terima kasih yang mampu aku ucapkan buatmu
aku hanya mampu membuatkan kau gembira
tiada yang lain dapatku berikan padamu,umi

Ummi..
kegembiraanmu,senyumanmu..
hanya itu pengubat rinduku..

Ummi,kakak tak mampu balas segala jasa dan pengorbanan umi membesarkan kakak dan adik2 selama ini..terima kasih banyak2 ummi..kakak akan berusaha untuk menjadi anak yang membanggakan ummi dan we..Insya-ALLAH..hanya itu yang mampu kakak berikan..

Terima kasih ummi..maafkan segala silap dan salah anakmu ini..kakak rindu ummi..kakak sayang ummi..tunggu kakak balik ye..kakak teringin sangat nak peluk ummi,nak tatap wajah ummi..dah setahun lebih kita tak bersua ummi..rindu ini amat menyakitkan..penantian itu suatu penyeksaan..

Sayang ummi..rindu ummi..

Tuesday, May 4, 2010

Kita Yang Merancang ALLAH Yang Menentukan

Assalamu'alaikum wbt...

Erm..dah lama rasanya saya tak update blog ni..dah nampak dah sawang sikit2 ni..ish2...teruk tul tuan punya blog ni..sori ya..huhu..

Sejak kebelakangan ni banyak je perkara2 yang berlaku yang hampir dengan saya tapi tak seperti yang difikirkan,tak berlaku macam yang dikehendaki,tak terjadi seperti yang diingini dan sama waktu dengannya la..

Kes 1:Perkara ni berlaku kat saya sendiri,study untuk mid-term exam..walaupun takde la persediaan 2,3 minggu awal..tapi masa jawab soalan yang lepas2 tu dah rasa ok dah..masa exam pun even susah still rasa cam ok lagi..tup2 bila keluar result..huhu..tak seperti yang dijangka..down terus..

tapi saya tahu ALLAH nak uji saya..nak bagitahu saya yang bukan saya yang tentukan result saya tu..DIA yang akan bagi..betul..mungkin saya terlampau yakin yang saya boleh dapat ok,boleh lulus dengan cemerlang...tapi saya lupa yang semua tu DIA yang tentukan..saya tak betul2 bertawakal dan berserah pada-NYA.

Kes 2:Perkara ni berlaku kat adik saya.Punya la saya rasa confident dia akan dapat asasi sebab result SPM dia memang la tersangat2 ok dan dia pun mintak asasi.kan biasanya kita akan dapat apa yangk kita mintak.tup2 dia dapat diploma farmasi kat uitm.ingat tak nak masuk matrik nak gi asasi.alih2 tak dapat pulak..agak kecewa la kan..

tapi tu la..itu satu lagi peringatan untuk saya yang ALLAH yang tentukan segala2nya..bukan saya,bukan adik saya,bukan anda dan bukan sesiapa tapi DIA-YANG MAHA ESA..

bila fikir2kan balik 2 kejadian ni,ya saya rasa tahap kebergantungan saya pada ALLAH tidak mencapai tahap yang DIA kehendaki.sebab tu la DIA tak memberikan apa yang saya kehendaki even DIA boleh je bagi kalau DIA nak bagi.

mungkin DIA nak saya lebih berusaha,lebih bertawakal dan lebih bergantung pada-NYA sebab apa yang saya lakukan dan saya harapkan saya takkan dapat tanpa izin-NYA.

Insya-ALLAH lepas ni saya akan lebih alert dengan benda2 macam ni..insya-ALLAH.muhasabah diri..terima kasih YA ALLAH atas peringatan yang diberikan...