Tuesday, February 26, 2013

Genap 4 Tahun

Assalamu'alaikum wbt.

26 Februari 2009 - 26 Februari 2013

Alhamdulillah. 
Hari ini genaplah 4 tahun berada di bumi Sonata. 
Masih berbaki lagi setahun. 
Selamat ulang tahun yang keempat di Korea Selatan kepada batch 9 aka 74. 
Wish you all the best! 

Sukar untuk saya percaya yang kini kami bakal menjadi pelajar tahun akhir beberapa hari sahaja lagi. Semester musim bunga akan bermula pada 4 Mac nanti. Alahai. Cepat sungguh masa berlalu.

Mendengarkan soalan daripada pak cik teksi sewaktu pulang dari E-Mart semalam membuatkan saya terdiam sejenak. "한국에 온 지 올마나 되었어? 한국말을 잘 알아 들어..." ("Berapa lama awak dah ada kat Korea ni? Awak boleh faham dan cepat tangkap je bahasa Korea.") 

"사년이 되었어요." ("Dah hampir 4 tahun dah.") Nisaa yang berada di hadapan yang jawab soalan pak cik teksi tu. Saya yang di belakang memang terdiam. Berfikir sebenarnya. 'Rupa-rupanya dah nak masuk 4 tahun belajar di Korea ni. Esok genaplah 4 tahun.' Itulah yang terlintas di fikiran saya saat itu.

Kepada semua rakan-rakan batch 9 aka 74,
Untuk setahun yang berbaki ini,
Marilah sama-sama kita mencipta kenangan yang terindah di bumi Sonata ini,
Bersama kita manfaatkan setahun ini dengan pelbagai aktiviti,
Semoga dipermudahkan segala urusan,
Semoga terus sukses.









10 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum wbt dik,
maaf akak nak tanya ada kan kat universiti kat sana yg tawarkan Korea Language Course utk org2 dr luar korea yg berminat kan? Akak berminat nak amik course tu. Jadi akak nak tanya adik la, mmg ada ek org kita yg gi sana semata2 utk amik course tu je. tujuan asal akak nak amik tu sbb akak nak teroka bumi korea jugak. setakat gi melancong seminggu mcm tak cukup :)

kak liza.

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam wbt kak Liza.
Ada universiti yang macam tu. Hmm...cumanya setakat ini setahu sayalah, belum ada lagi orang Malaysia yang hanya mengambil pengajian bahasa Korea semata-mata. Kebiasaannya pengajian bahasa Korea akan diambil sekiranya mereka ingin melanjutkan pengajian di Korea. Sama ada undergraduate ataupun postgraduate. Itu pun ada juga student postgraduate yang tidak mengambil pengajian bahasa Korea.

Setahu saya, ramai orang Malaysia yang buat exchange program. Datang ke Korea dan belajar di sini selama 1-2 sem. Sambil-sambil tu bolehlah la pusing Korea ni.

Harap membantu. :')

Anonymous said...

akak ni dah lama abis belajar, nak buat student exchange pun dah tak boleh :) hehe

jadi akak nak cuba mohon Korea Languange Course kat NSU, yang belajar ikut session tu. ingat nak lah belajar 1 atau 2 session. tatau la lulus ke tak permohonan.

Cuma akak tgk yuran dia agak mahal. lebih kurang 1,400,000 won utk satu session. belum lg termasuk tempat tinggal.

Biasanya pelajar Malaysia akan tggl kat mana yer? sewa bilik pun mahal kan?

~kak liza~


Nadzipah said...

Kak Liza,

Oho. Maaf. Tak tahu.

NSU tu nama penuhnya apa ya? SNU as in Seoul National University saya tahu la..Heheh.

Hmm...itu harga yuran standard untuk belajar bahasa tu kak Liza.

Pelajar Malaysia di sini ada yang tinggal di rumah dan ada yang tinggal di hostel. Sewa bilik dalam KRW300,000 sebulan. One room.

Anonymous said...

assalamualaikum salam perkenalan

saya nak tanye saudari,pelajar malaysia yg smbg degree kat korea,ade x amik chemical engineering?uni mana yg dieorg pergi?

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam wbt.

Salam perkenalan.

Ada. Pelajar Malaysia tajaan JPA terutamanya memang ramai juga yang ambil course Chemical Engineering.

Sungkyunkwan University, Inha University, Yonsei University, Hanyang University dan Konkuk University

Anonymous said...

thanks atas respond saudari,

saya student chemical engineering dari universiti di malaysia...

saya mengajukan soalan tersebut atas dasar mencari maklumat utk menyiapkan proposal saya utk ke korea...

saya mohon utk saudari membalas petanyaan saya kali ini melalui email saya saifulnaim39@yahoo.com
mungkin,email lagi proper kut

1)degree chemical engin kat korea berapa lama??
saya menunggu respod saudari melalui email....

Anonymous said...

SNU maksud akak,hehehe..tersalah pulak..terima kasih utk info. adik kat sana sampai tahun bila yer?

-kak liza-

Nadzipah said...

Kak Liza,

Oooh. Saya dulu pun belajar bahasa di LEI, SNU.

Sama-sama.

Insyaa-ALLAH. Ada setahun saja lagi. Feb 2014 grad. Insyaa-ALLAH.

Aina Adibah said...

Salam..akak msi ad junior yg study snu lg x..actually uni sy nk buat progrm kt sn..so,klu boleh sy nk contact pljr mlysia yg study sn..klu ad,akak boleh trus contact sy d 01119049622..tq kak..