Friday, January 29, 2010

The Benefit Of Quran

A Beautiful Hadith

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral,there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Thereafter he turns to his dead companion and says,
'I am the Qur'an, which you used to read,sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'On the Day of Judgement,before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Hadis yang Menarik

'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir,
datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
'Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun.Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai,lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Di hari pengadilan,di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.'

p/s:Bacalah Al-Quran walau satu ayat sehari..Kelak ia akan membantu kita semua.Insya-ALLAH..Janji ALLAH itu pasti.Bersamalah kita mengamalkannya..

Saturday, January 16, 2010

Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan

Assalamu'alaikum wbt.Jom kita sama2 menghayati dan renungi kisah ini yang dipetik daripada artikel Sheikh 'Ali Tontowi yang bertsjuk Pintu Yang Sentiasa Terbuka.

Ketika saya mngunjungi al-Mamlakah( kerajaan Arab Sa'udi) pada tahun 1382 H(1961 M)saya telah tinggal selama setahun di Riyadh dan seterusnya saya ke Makkah dan tinggal selama setahun di sana sampai sekarang.

Ketika itu terdapat seorang pemuda dari Syam(Syria) yg tidak perlu saya nyatakan namanya.Dia tinggal di Riyadh bersama ibunya.Dia ditawarkan pekerjaan di Lubnan namun ibunya melarang keran tidak ingin ditinggalkan keseorangan. Apabila waktu berlepas ke Lubnantelah dipastikan, pemuda tadi membawa barangannya (beg dan keperluan) ke lapangan terbang dan diserahkan kepada pihak syarikat penerbangan.

Pemuda tersebut selepas itupulang ke rumahnya supaya dia boleh bertolak pada keesokan paginya dari rumah.pemuda tadi mengharapkan ibunya untuk mengejutkannya sebelum subuh tetapi ibunya tidak mengejutkannya sehingga tinggal 45 minit sebelum pesawat berlepas.

Dia bergegas bangun, kemudian mengambil teksi dan menggesa pemandu membawanya ke lapangan terbang dengan menjanjikan upah berganda..

Dia berdoa pada Allah agar dia sempat tiba sebelum pesawat berlepas.Apabila tiba di lapangan terbang dia mendapati pesawat masih belum berlepas dan masih ada 15 minit sebelum waktu berlepas.Dia pun mamasuki balai berlepas,terus berehat di kerusi lalu tertidur.

Kedengaran melalui pembesar suara panggilan untuk para penumpang pesawat agar menuju ke pesawat namun pemuda tadi tidak sedar sehinggalah apabila pesawat tersebut telah pun berada di udara.

Ketika itu saya bersamanya dan pemuda tersebut berasa pelik mengapa setelah dia berdoa dengan penuh mengharap dan terdesak,doanya masih tidak dimakbulkan? ?

Saya berusaha untuk memudahkan dia memahami perkara tersebut lalu saya katakan padanya;"Sesungguhn ya Allah tidak semestinya memakbulkan doa setiap orang yang memohon dengan ikhlas dan terdesak.Tetapi manusia sendiri yang mendakwa doanya yang tidak baik sebagai baiksedangkan hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui kebaikan untuk pemohon tadi lebih baik dari diri pemohon tersebut."

Pemuda tersebut kelihatan agak marah dan sedih setelah memahami apa yang saya katakan.Adakah anda semua tahu apakah kesudahan kisah ini??? Boleh jadi ada di kalangan anda semua yang masih mengingati kes pesawat Timur Tengah yang jatuh terhempas dalam tahun tersebut dan menyebabkan semua penumpangnya terbunuh ?? Inilah pesawat yang menyebabkan pemuda tadi berdukacita kerana terlepas menaikinya.

Sesungguhnya manusia kadangkala meminta sesuatu dari Allah yang boleh memudharatkan dirinya sendiri namun Allah lebih belas kasihan padanya lebih dari dirinya sendiri..

Apabila seorang ayah membawa anak kecilnya ke kedai dan anak tadi melihat permainan lalu berkata:" Saya nak permainan itu!" maka dibelikan untuk anaknya.Apabila anaknya melihat buah yang cantik maka diberikan padanya. Apabilaanaknya meminta coklat lalu diberikan apa yang dikehendakinya.

Namun apabila mereka melalui farmasi,anaknya melihat ubat yang berbalut kertas merah yang menarik perhatiannya lalu meminta dari ayahnya; adakah ayahnya akan membelikan ubat tersebut untuk anaknya sedangkan dia mengetahui kebaikan dan manfaat untuk anaknya.

Pasti dia tidak akan membelikan setiap apa yang diminta oleh anaknya. Ini kerana boleh jadi anaknya akan meminta sesuatu yang tidak berfaedah.

Maka Allah sudah tentu lebih penyayang terhadap hamba-hambaNya lebih dari setiap ayah dan ibu serta orang yang menjaga mereka..

Monday, January 4, 2010

Pembukaan Tahun Baru----WANITA^^

Assalamu'alaikum wbt..Erm..dah lama saya tak menulis di blog ni yer?Maaf,agak sibuk kebelakangan ni.Sedang saya check e-mail tadi,terbaca artikel yang dihantar oleh Haida tentang wanita.Rasanya elok kalau saya kongsikan dengan rakan-rakan pembaca blog sekalian.Moga ia bermanfaat.Insya-ALLAH..

WANITA

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak terperasan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5.. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Saturday, December 19, 2009

Motivasi Diri

Assalamu'alaikum wbt.

Malam yang sejuk ni saya nak kongsi tips2 untuk memotivasikan diri sikit la..huhu..tengah boring xtau nak buat apa..padahal ada je homework tu.huhu..takde la motivasi sangat sebenarnya..tapi boleh membuatkan hidup kita teratur dan ceria selalu dengan tips2 ni..Insya-ALLAH..sama2lah kita amalkannya yer..^^

1.Rangcanglah dulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
2.Senyumlah selalu...Senyuman boleh menenangkan jiwa.Aha..senyum juga merupakan satu
sedekah tau!
3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
4.Jangan membahayakan diri sendiri dan menzalimi diri.
5.Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
6.Sesekali hiburkanlah diri dengan melakukan apa yang diminati.
7.Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas.Sesekali bergaya apa salahnya..^^
8.Kawal berat badan dan jangan makan terlalu banyak.Takut jadi obes pulak nanti..huhu
9.Amalkan gaya hidup sihat.Jangan hisap rokok..Merokok membahayakan kesihatan.
10.Lakukan pemeriksaan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
11.Tenangkan fikiran dan relaks sekejap..
12.Mandi setiap hari..Jangan malas mandi tau!Walaupun winter macam kat Korea
sekarang ni..huhu..
13.Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri
sendiri.
14.Jangan menunjuk-nunjuk atau alin-alim kucing yer..
15.Lakukan kerja seikhlas hati.No complaint-complaint tau!
16.Yang paling penting,sentiasalah berdoa kepada ALLAH SWT.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah

Salam alaik~

Wah..pejam celik,pejam celik hari ni dah masuk Awal Muharam,1431H.Selamat tahun baru hijrah kepada semua umat Islam di seluruh negara.

Semalam selepas solat Asar,doa akhir tahun akan dibaca.Kemudian selepas solat Maghrib,doa awal tahun akan dibaca.Bila sebut je pasal Maal Hijrah ni tentu semua akan teringat kisah hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.Tapi adakah sekarang ni setiap kali masuk tahun baru hijrah,kita perlu berpindah?Tentu tidak bukan?Jadi apa yang perlu kita hijrahkan sekarang ni?Sikap,keazaman,perubahan ke arah yang lebih baik.Aha..itulah yang perlu kita hijrahkan.

Biasanya bila tahun baru je orang akan berazam.Macam tu jugaklah dengan tahun baru hijrah ni.Kita hendaklah menanamkan keazaman untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi.Tak kira la dalam apa jua bentuk sekali pun.Sama ada sikap kita,amal ibadat kita,pelajaran kita..semua la..perlu kita ubah ke arah yang lebih baik.

Yang paling utama,niatkan hijrah kita tu semata-mata kerana ALLAH SWT.Itu yang paling penting.Saya teringat hadis pertama dalam hadis 40 yang bermaksud :
"Daripada Amirul Mukminin,Abu Hafs,'Umar bin al-Khattab r.a.,aku mendengar Nabi S.A.W bersabda:"Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan Rasul-NYA,maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada ALLAH dan Rasul-NYA.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia,maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi,niatkanlah setiap perubahan yang kita nak lakukan tu semata-mata kerana ALLAH SWT.Memang betul,kalau kita tak niatkan kerana ALLAH pun kita akan dapat apa yang kita nak tu.Tapi keberkatan dan keredhaan ALLAH tu yang penting.Yang tu yang kita nak sebenarnya.

Erm..oleh itu,marilah kita sama-sama berazam untuk berubah,laksanakan perubahan yang kita azamkan tu dan niatkan perubahan kita tu semata-mata kerana ALLAH SWT.

Salam Maal Hijrah saya ucapkan buat semua.Jom lakukan perubahan ke arah yang lebih baik mulai daripada sekarang ye rakan2..

Monday, December 14, 2009

Kita Berbeza

Assalamu'alaikum wbt..

Terasa nak menulis di pagi2 hari ni.Jam di desktop menunjukkan pukul 2.31 am sekarang ni.Mata masih lagi tak mengantuk.

Sambil2 menunggu mata ni mengantuk,saya dok mengelamun.Fikir itu,fikir ini,teringat itu,teringat ini.Tiba2 saya teringat peristiwa masa meeting pasal program Jalinan Musim Sejuk 2009 petang semalam.

Pada mulanya meeting berjalan agak lancar sampailah pada part borang.Punyalah lama bincang pasal tu.huhu..Ye la,pihak lelaki nak buat borang online,pihak perempuan tak nak.Suruh print out borang.Sebab bagi kami proses pengisian borang online ni agak leceh dan tak ramai pun yang nak bukak emel tu semata2 untuk mengisi borang.huhu..
Setelah hampir sejam berbincang akhirnya kata sepakat dicapai jugak.

Bila keadaan itu berlaku,barulah saya terfikir yang rupa2nya banyak perbezaan antara lelaki dengan perempuan ni yer.Betapa hebatnya ciptaan ALLAH itu.Kita diciptakan berbeza antara lelaki dan perempuan agar kita saling mengenali dan belajar memahami.Insya-ALLAH.

Kadang2 perkara yang dianggap remeh oleh kaum Adam,besar nilainya disisi kaum Hawa.Kadang2 pulak,sesuatu yang begitu penting bagi lelaki dipandang enteng oleh wanita.Man from Mars,Women from Venus...Lelaki dan perempuan,dua insan yang berbeza tetapi bila bersatu menghasilkan produk yang luar biasa bagus.

Betullah kata pujangga,setiap yang ada di sekeliling kita ini mengajar kita tentang kehidupan.Cuma kita perlu menyedari tentang hakikat itu dan mencari jalan penyelesaiannya.

Mungkin persekitaran saya yang dibesarkan dengan adik2 perempuan sahaja membuatkan saya tidak mampu memahami telatah kaum Adam ini.Adik lelaki bongsu nan seorang tu pun masih kecil.Tidak mampu membantu saya memahami karenah insan yang bergelar lelaki.

Buat kaum Adam,maaflah jika kami kaum Hawa tidak begitu memahami kalian.Tapi insya-ALLAH jika kita saling bekerjasama,saling memahami persefahaman akan wujud dan akan melahirkan keluarbiasaan yang sungguh mantap.Bukankah di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita di belakangnya?Tidakkah kejayaan seorang perempuan ada lelaki sebagai tunggaknya?Itu menunjukkan lelaki dan perempuan memang saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Akhir kata,perSAMAan dihargai,perBEZAan difahami,perSENGKETAan dihindari,perseFAHAMan dimiliki...

Friday, December 11, 2009

Nami Island Selepas 7 Tahun Winter Sonata

Assalamu'alaikum wbt..
Kawan2 batch 9 dah nak habis cuti dah..seronok gi jalan2?Para pembaca yang lain pulak macam mana?Bagi senior2 selamat menghadapi exam lah yer..^^

Kali ni saya nak kongsi sikit perjalanan saya dan sahabat2 ke Nami Island,tempat penggambaran drama bersiri Korea,Winter Sonata.Walaupun saya tak tengok sangat citer tu masa darjah 6 dulu..tapi tau la jugak..Kawan2 sekolah saya dok gilakan citer ni.Pergi sekolah pagi2 dok citer pasal drama ni..huuhuu..Saya dengar je la..

Tapi tak sangka kan?Mereka yang dok tengok citer tu...Saya pulak yang ALLAH izinkan daapt ke tempat penggambaran citer tu..Wah..syukur alhamdulillah..Betapa kita tidak dapat meramalkan takdir yang ALLAH dah tetapkan begitu cantik untuk setiap hamba-NYA..

Kami memulakan perjalanan dari rumah di Boramae lebih kurang pada pukul 10.30 pagi menaiki bas ke Daebang Station.Dari situ kami berlima menaiki subway ke Chingnyangni Station.Perjalanan ke Chongnyangni hampir sejam.Dari Chingnyangni kami ke stesen kereta api untuk ke Gapyeong pulak.Selepas membeli tiket,kami singgah sebentar di Lotteria,makan burger..mengalas perut yang kelaparan.

Pada pukul 12.02 petang kami bertolak ke Gapyeong Station.Perjalanan ke sana juga mengambil masa sejam lebih la jugak.Mula2 perjalanan tu syok la dok tengok2 kat luar..Aja salji!Pastu dah lama..Mata pun jadi layu,then lena diulit intan la..apa lagi..huhu..Sedar2 dah nak sampai Gapyeong.

Sesampainya di Gapyeong Station,kami terus mendapatkan teksi untuk ke jeti.Dari situ kami menaiki bot ke Nami Island.Ingatkan jauh pulau tu.Rupa2nya depan mata je.Perjalanan lebih kurang 5-10 minit je.Rupa2nya Nami Island ni,takde la seindah yang saya dan rakan2 gambarkan.Mungkin jugak sebab salji belum turun dengan banyaknya lagi.Mungkin...

Sesampainya di Nami Island,Huda selaku jurucakap kami(heheh..) menelefon pihak hotel untuk mengambil kami.Ye la..tak tau kat mana hotel tu kan..Nak jalan dah tak larat dah.huhu..Rupa2nya kan,Nami Island ni dikenali sebagai Republik of Nami.Wow!Nak buat negara sendiri tu.huhu..Siap kena ada visa lagi.huhu..Hebatnya..

Tak lama selepas itu,pihak hotel menghantar sebuah van berwarna putih untuk mengambil kami.Setibanya di hotel,kami terus check-in.Selepas berehat2 sekejap dan menunaikan solat,kami keluar berjalan2 sambil mengabil gambar.Subhanallah,alangkah indahnya ciptaan-MU YA ALLAH..Cantik betul pemandangan kat situ.Tak sia2 kami datang.
Tambah pulak dengan timbunan salji yang menyelaputi kawasan walaupun tidaklah tebal.

Malamnya pulak kami just dok rehat2 dalam bilik sambil makan jajan dan menonton cite Goong.Tapi saya tak join sangat sebab sakit masih melanda diri.huhu..Huda,Mus,Fatehah dan Nisaa dok gelak2,saya dok baring je..Tak larat.Maaf ye korang..Tak dapat nak join.Kesian kat Teha..penat2 dia sediakan ayam untuk buat bbq..Tapi pihak hotel tak benarkan walaupun ada je tempat untuk bakar ayam.Last2 kami masak ayam tu kat dapur je.Memang best la malam tu walaaupun takde aktiviti sangat.Kredit kepada Mus dan terima kasih banyak2 sebab bawak laptop.

Esoknya lepas solat subuh saya dok baca novel Jendela Hati karya Aisya Sofea sambil baring2.Alhamdulillah sakit dah berkurangan.Lepas tu kami masak nasi goreng sama2 dan lepas makan kami berkemas2 untuk check-out.Lepas check-out,kami jalan2 lagi.Kemudian kami pergi ke tempat sewa basikal.Aha..basikal ni pelik sikit tau.Sebabnya basikal ni untuk naik 6 orang!Aha..pelikkan?Kami pun ronda2 la keliling Nami Island.Huda jadi pemandu.Sebab dia je yang boleh kawal brek dan stereng.Teha ada gak.Tapi bukan untuk kawal pemanduan la.Saya,Mus dan Nisaa dok kat belakang.Mus dan Nisaa dok kat tepi.Kena kayuh.Saya dok kat tengah.Tak kena kayuh,tapi kena pegang beg Teha.hehehehe...

Walaupun hari tu hujan,tapi kira ok la sebab basikal ni ada bumbung.Maka tak basah la kami.Kami pun memulakan kayuhan pergi ke tempat First Kiss Winter Sonata.Then pusing2 sampai la jumpa balik tempat sewa basikal.Kemudian kami pun pergi ke jeti,tunggu bot untuk kembali ke Seoul.Macam perjalanan datang jugak,begitulah perjalanan balik.Tapi apa yang bezanya sampai je di Chongnyangni Station kami menaiki bas ke Shinchon.Kami singgah makan kat restaurant vegetarian.Kemudian baru la bertolak balik ke rumah di Boramae.

Orang kata,'Jauh Perjalanan Luas Pengalaman'.Memang tepat sangat pepatah tu.Pengalaman tu kita boleh dapat dengan macam2 cara.Melalui pembacaan,pengalaman sendiri,pengalaman orang lain dan melalui pengembaraan.Bila kita pergi dan merasai sendiri barulah rasa betapa besarnya dan indahnya ciptaan ALLAH ni.Sambil2 tu boleh la muhasabah diri dan menghargai setiap apa yang dilihat di sekeling kita.Bukan setakat berjalan bersuka ria je.Apa yang elok diambil dan apa yang tak elok dibuang dan cuba ubah.Insya-ALLAH,hidup ini akan lagi bermakna lagi.

p/s:Maaf tak dapat upload gambar.Ada masalah sikit.Nanti saya masukkan di lain hari ye.Selaamt kembali ke kelas kawan2 batch 9.Tak lupa juga ucapan tahniah kepada rakan2 batch 9 yang berjaya masuk ke universiti.Tahniah.Kekalkan prestasi anda yer^^