Minggu lepas, saya ada berborak dengan seorang kenalan. Sekadar bertanya khabar dan mengucapkan selamat hari raya. Perbualan itu sekadar perbualan biasa, cumanya ada sesuatu yang agak menarik untuk kita renungkan bersama. Perbualan kami lebih kurang seperti ini:
Kenalan : Dah tu tak balik la eh tahun ni?
Saya : Dah takde cuti dah. Tak balik la.
Kenalan: Owh gitu...
Saya : Yang pasti raya tahun depan balik! (Dengan penuh semangat saya beritahu dia)
Kenalan: Apa dia? Cuba ulang balik ayat tadi.
Saya : Saya cakap, raya tahun depan saya balik... Insya-ALLAH.
Kenalan : Iye ke tadi cakap macam tu? Macam lain je...
Saya : Betul la! Saya balik raya tahun depan! Insya-ALLAH!
Kenalan : Kenapa yang mula-mula tadi takde "Insya-ALLAH" pun!
Saya : (erk?!) Ok la. Ok la. Tahu dah kat mana salah. Terima kasih ingatkan.
.......and the rest is history........

Betapa pentingnya kalimah "Insya-ALLAH" ini, sehinggakan ALLAH ada menyebutnya di dalam Al-Quran.

Nampak kan di sini, yang ALLAH bertegas tentang penggunaan kalimah "Insya-ALLAH" bilamana kita menjanjikan sesuatu. Ayat "Aku pasti melakukan itu besok pagi." itu sudah cukup untuk menunjukkan yang kita berjanji untuk melakukan kerja itu esok pagi. Dan perlu ditambah dengan kalimah "Insya-ALLAH." Kenapa? Kerana tanpa izin-NYA, kita tidak akan mampu melakukan apapun esok pagi. Hanya dengan kehendak dan keizinan Yang Maha Esa sahajalah, kita mampu melakukannya; mampu menunaikan janji yang sudah kita buat.
"Sungguh Kami telah menguji mereka (orang musyrik Mekah) sebagaimana Kami telah menguji pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah pasti akan memetik (hasil)nya pada pagi hari, tetapi mereka tidak mengecualikan (dengan mengucapkan "Insya-ALLAH). Lalu kebun itu ditimpa bencana (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka tidur."-Al-Qalam, 68: 17-19-
Jelas bukan di sini bahawa semua itu terletak di tangan ALLAH. Kita perlu sedar di sini yang kita; manusia ini mempunyai keterbatasannya. Hanya ALLAH yang bisa menentukan sesuatu itu bakal terjadi mengikut kehendak kita atau sebaliknya.
Tengoklah bencana yang menimpa pemilik-pemilik kebun itu akibat tidak mengucapkan "Insya-ALLAH" ketika mengucapkan "Kami pasti akan memetik (hasil)nya pada pagi hari." Tengok-tengok pagi esok, kebun mereka hangus terbakar. Tak sempat mereka hendak mengutip hasil.
Semoga kita mengambil iktibar daripada kisah ini. Insya-ALLAH. Sentiasalah mengucapkan kalimah "Insya-ALLAH" saat mengatakan sesuatu yang kita belum tentu dapat melakukannya. Hanya dengan keizinan dan kehendak ALLAH-lah, baru kita boleh melaksanakan sesuatu perkara itu.
P/S/S : Selamat memasuki alam kampus, adikku. Selamat berorientasi^^ Be strong. Anything just text me, ok? Do take care of yourself. Remember, HE is always be by your side. :-)
4 comments:
inysa-allah, insya-allah
ada jalannya...
hehehe....
pernah jugok kna gitu mase chatting ngan sain..si mc
dia bidas "ko macm yakin benar je...insya-allah"
kena moleks... hehehe....
Insya-ALLAH..Insya-ALLAH..u'll find your way... :p
tu la..kena moleks...malu eden..huhu..
umm bagus, bagus entri ni.. hehe^^
walaupun nampak kecil, tapi besar impaknya insyaAllah itu..
kalau bukan dengan izin Allah, maka takkan terjadilah sesuatu!
betul tu kak wee. nampak kecil je kan insya-ALLAH ni? tapi impaknya masya-ALLAH..besar sangat2..
betul.betul. jika ALLAH tidak mengizinkan sesuatu tu terjadi, memang takkan terjadi walau sekecil zarah pun sesuatu tu..
Post a Comment