Friday, June 3, 2011

Maryam Al-'Uzara'





Assalamu'alaikum wbt.

Pernah dengar kisah Maryam tak? Menarik betul kisah Maryam ni. SubhanaALLAH...Masya-ALLAH..terpegun saya mendengar kisahnya. Kisah yang memang patut dicontohi oleh fatayat macam kita-kita semua ni.

Fatayat tu apa? Fatayat ni jamak kepada fatah. Fatah maksudnya pemudi. Lady. Gadis. Anak dara. =)

Perempuan yang berumur dalam lingkungan 15-22 tahun bolehlah digelar sebagai fatah. Lady. Gadis. Anak dara. Dalam lingkungan umur macam ni lah, dia nak ada feeling2,loving2, rasa nak bercinta, dok fikir siapa pasangan dia,suka berangan, suka layan perasaan....Dan semua benda ni, perkara normal bagi seorang gadis. Kalau ada yang tak pernah rasa benda ni, tak normallah tu.heheh...

Maryam ni pun umur dia dalam lingkungan 15-16 tahun masa dia mengasingkan diri untuk beribadah pada ALLAH di Baitul Maqdis. Dia selalu bangun malam; qiam. Masa Maryam mengandungkan Nabi Isa, umur dia dalam 17-18 tahun. Kisah Maryam ada dalam surah Ali Imran dan surah Maryam.ALLAH telah memuliakan Maryam. Buktinya nama Maryam ada disebut sebanyak 33 kali di dalam Al-Quran. Sama banyak dengan bilangan kita sujud sehari.

"Dan (ingatlah) ketika para malaikat berkata,"Wahai Maryam! Sesungguhnya ALLAH telah memilihmu,menyucikanmu, dan melebihkanmu di atas segala perempuan di seluruh alam (pada masa itu)."-Ali Imran,3:42-

Biodata Maryam.
1. Anak kepada Imran dan Hannan.
2. Ibu kepada Nabi Isa.
3. Dipelihara oleh Nabi Zakaria.

Gelaran Maryam:
1. Maryam al-'Uzara' (Maryam yang Suci)
2. Maryam al-'Abidah ( Maryam Seorang yang Beribadah)
3. Saiyyidah An-Nisaaul 'Alamin (Ketua Perempuan Seluruh Alam)

Sifat Maryam
1. Suka beribadah
Maryam memilih satu tempat untuk dia beribadah. Dia suka memilih tempat terbitnya matahari (syarkiyyan) untuk beribadah.

Hadis nabi,"Sekiranya kita dapat solat 2 rakaat dan sujud di tengah malam,ia adalah nikmat yang paling baik di seluruh alam."-Rasa inilah yang dirasai oleh Maryam.

2. Suka bertafakur @ berfikir.
Maryam selalu berfikir, siapa yang ciptakan matahari. Sudah pasti matahari ini ada penciptanya. Tentunya ALLAH yang menciptakannya.

"Berfikir @ bertafakur sejenak itu adalah lebih baik daripada beribadah seribu tahun"

"Berfikir itu adalah salah satu daripada cahaya keimanan."

3. Suka menolong orang.
Maryam berkhidmat menjadi sukarelawan di Baitul Maqdis. Dia suka membantu orang yang memerlukan bantuan.

**Pada saat gadis-gadis yang sebaya Maryam asyik berangan-angan melayan perasaan, Maryam hanya meletakkan perasaannya itu untuk mencintai ALLAH. Al-Hubbu Syadid lillah;rasa cinta yang teramat sangat kepada ALLAH.Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita meletakkan perasaan kita pada tempatnya?

**Bagaimana caranya untuk kita melatih diri untuk mencintai ALLAH?
1. Jangan biarkan diri kita kosong. Isi masa dengan beribadah dan mengingati ALLAH.
2. Mengadu segala hal hanya kepada ALLAH.

Jadilah seperti Maryam. Perempuan memang ALLAH berikan seribu macam perasaan. Letakkanlah perasaan itu pada tempatnya. Jangan letakkan perasaan pada syabab;pemuda. Akan hilanglah perasaan manis itu. Perasaan kita ini amat mahal nilainya, adakah sewenang-wenangnya kita hendak menurunkan harganya?

Keistimewaan Maryam:

1.Salah seorang perempuan syurga.

Empat Perempuan Syurga:
1. Khadijah binti Khuwailid
2. Maryam binti Imran
3. Asiah Imra'ah Firaun
4. Fatimah binti Muhammad

2. ALLAH kurniakan karamah kepada Maryam dengan memberikan makanan dari syurga.

"Maka DIA (ALLAH) menerimanya dengan penerimaan yang baik, membesarkannya dengan pertumbuhan yang baik, dan menyerahkan pemeliharaan kepada Zakaria. Setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (kamar khusus ibadah),dia dapati ada makanan di sisinya. Dia berkata,"Wahai Maryam! Dari mana ini engkau peroleh?"Dia (Maryam) menjawab,"Itu dari ALLAH." Sesungguhnya ALLAH memberi rezeki kepada siapa yang DIA kehendaki tanpa perhitungan."-Ali Imran,3:37-

3. ALLAH kurniakan mukjizat kepada Maryam.
- Maryam merupakan satu-satunya perempuan yang boleh berjumpa dengan Jibril.
-Maryam merupakan satu-satunya perempuan yang mendapat layanan sama seperti nabi.
-ALLAH melahirkan Isa dari rahim Maryam tanpa digauli lelaki.
-ALLAH menyucikan Maryam dan ALLAH bagi ujian kepada Maryam.
-ALLAH tumbuhkan pokok kurma dan anak sungai untuk Maryam makan dan minum semasa melahirkan Nabi Isa.

Nazar seorang ibu.
-Ibu Maryam,Hannan telah bernazar untuk serahkan Maryam berjuang di jalan ALLAH.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata,"Ya Tuhanku,sesungguhnya,aku bernazar kepada-MU, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi (kepada-MU), maka terimalah (nazar itu) dariku. Sungguh, ENGKAUlah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."-Ali Imran,3:35-

**Kat sini kita boleh tengok yang kelahiran orang yang hebat itu lahir dari orang yang hebat jugak. Jadinya,untuk melahirkan anak yang hebat, ibunya perlulah menjadi hebat terlebih dahulu.**Doa itu sangat penting terutamanya doa seorang ibu.

**Kepada kaum Hawa, jadilah seperti Maryam dan Hannan. Kepada kaum Adam, jadilah seperti Imran.

5 comments:

hasnisyakila said...

wanita, hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah(^_*)


dah baca ke buku tu?

Nadzipah said...

betul2...

wanita hiasan dunia..dan seindah hiasan adalah wanita solehah^^

belum habis baca lagi..

hasnisyakila said...

beli yang dalam eng ke..
ke download?

Nadzipah said...

huhu...download je..
tak pernah jumpa lagi buku harun yahya ni kat kedai buku..huhu...

hasnisyakila said...

ye ke...
bm ka bi?
mintak pass sini buleh ka?
internet sini lembab kalau nak download...

ade je kat bukstore tapi tak banyak..