Sunday, November 27, 2011

Ahlan Wasahlan 1433H

Assalamu'alaikum wbt.

Semalam menaip entry dengan kelam-kabut. Alhamdulillah. Hari ini kita sudah melangkah ke tahun baru 1433H. Ahlan Wasahlan 1433H. Hari ini 1 Muharam 1433H.

Bulan Muharam merupakan bulan pertama yang dipilih oleh Saidina Umar Bin Al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Satu ilmu baru bagi saya, apabila membaca blog Dr. MAZA pagi tadi. Rupa-rupanya bulan Muharam bukan bulan hijrah Rasulullah seperti yang saya selalu dengar sebelum ini. Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar pada penghujung bulan Safar dan tiba pada 12 Rabiul Awal di Madinah.

Apa pun tidak salah kiranya jika kita berhijrah daripada yang tidak baik kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik sempena tahun baru 1433H ini. Hakikatnya keazaman dan keinginan untuk memperbaiki diri itu perlu diperbaharui dari semasa ke semasa. Dengan harapan semoga setiap kali pembaharuan niat dibuat, kita akan makin bersemangat dan berusaha lebih gigih untuk menjadi lebih baik. Insya-ALLAH. (Lebih kepada memperingati diri sendiri sebenarnya.)

Memang. Memang sakit untuk berubah. Saya akui itu. Saya pun masih berusaha membuang saki-baki karat jahiliyah dalam diri. Daki-daki jahiliyah yang masih tegar melekat di badan ini memang masih banyak yang perlu dibuang. Ya. Diakui memang susah sangat untuk berubah. Namun itu tidak bermakna kita perlu berputus asa bukan? Ibarat air yang menitis di atas batu yang keras. Lama kelamaan batu itu akan melekuk jua. Oleh itu, jangan pernah berputus asa untuk berubah menjadi lebih baik. Saya juga sedang berusaha ke arah itu. Insya-ALLAH.

Kepada yang mengenali diri saya. Baik insan-insan yang berada dekat dengan saya. Mahupun insan-insan yang saya tidak pernah bersua muka. Andai kata kalian melihat kepincangan diri ini, saya mohon. Tegurlah. Tanpa teguran kalian, mungkin usaha saya untuk meninggalkan karat-karat jahiliyah ini makin sukar.

Salam tahun baru 1433H buat semua.


2 comments:

syafa mohamed said...

salam akak nad sayang^^

itula..dah 1433H tapi list kemana nak hijrahkan diri macam sikit jer untuk memnuhi ruangan setahun nie...akak xnak share ngan syafa???hihi

rindu.nak dengar akak ckp lagi,ngaji lagi. tunggu akak share list hijrah akak la..hehehe;)

sayang akak,lillah...

Nadzipah said...

wa'alaikumussalam syafa sayang^^

takpe dik. tak perlu banyak. biar sedikit asalkan dapat direalisasikan kesemuanya. kalau banyak tapi tak dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan tak berguna juga kan?

rindu syafa juga. rindu nak dengar suara syafa. rindu nak mendengar syafa mengaji dan berkongsi tazkirah dengan akak. :')

akak pun. sayang syafa fillah.