Saturday, July 23, 2011

Ai d'Beijing

Assalamu'alaikum wbt.

Sudah lama rasanya berkeinginan ke China
Membaca catatan pengembaraan HM Tuah Iskandar ke China
Makin membuatkan diri ini teruja untuk ke sana
Tembok Besar China yang begitu gah berdiri
Kota Larangan yang seluas saujana mata memandang
Summer Palace yang indahnya di dalam taman
Benar-benar menggamit diri ini

ALLAH izinkan saya bertemu dengan akhawat-akhawat dari China tahun lalu
Walau baru pertama kali bersua muka
Namun, ukhuwah itu bagaikan sudah lama bertaut
Juraian air mata mengiringi perpisahan kami
Dakapan erat berserta iringan pesanan masih terngiang-ngiang di telinga

KILAT benar-benar membuahkan bibit-bibit cinta di antara kami
Pertemuan pertama disusuli pula pertemuan kedua
Kali ini keterikatan itu kelihatannya makin bertambah utuh
Bersama-sama berkongsi pelbagai cerita
Putik-putik cinta kelihatannya kian mekar berputik

Bumi Sonata menemukan kami buat sekelian kalinya
GG kali ini begitu meriah dengan kehadiran ikhwah dan akhawat dari Tanah Besar China
Kesejukan musim dingin bagaikan tidak terasa dengan kehangatan ukhuwah antara kami
Berdaurah bersama membuatkan ikatan itu makin erat terikat
Benarlah, hubungan kerana ALLAH itu mendamaikan
Bertemu tidah jemu
Terpisah tidak gelisah

Mereka selalu berkata
Kami di sini sangat bertuah
Pelbagai program boleh dijalankan tanpa pengawasan
Mereka di sana tidak boleh berkumpul beramai-ramai tidak seperti kami di sini
Pengawasan di sana agak ketat
Mungkin kerana China negara Komunis
Namun, itu tidak menghalang mereka untuk beraktiviti
Buktinya mereka datang ke Korea untuk bersama-sama kami

Mereka masih baru bertatih
Namun, mereka begitu bersemangat
Kadang-kadang diri ini terasa terkebelakang apabila melihat kesungguhan dan kegigihan mereka
Banyak yang saya pelajari dari mereka
Ukhuwah ini makin terasa dengan kehadiran mereka
Rasa cinta ini kian memekar
Kini putik-putik cinta itu sedang memekar
Memekar menjadi jambangan bunga cinta yang mengharum

Kembara mencari cinta selama seminggu ke China
Ternyata tidak sia-sia
Walaupun tiada pengisian yang khusus
Saya banyak belajar dengan akhawat di sana
Belajar untuk bersabar
Belajar untuk sentiasa tersenyum walau apa jua keadaan
Belajar untuk cekal dan tabah dengan ujian yang mendatang
Belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada
Belajar untuk tidak mengeluh

Syukur pada-MU, YA ALLAH
Pertemuan ini benar-benar mengajar diri ini banyak perkara
Mengajar apa erti ukhuwah sejati
Mengajar erti syukur
Mengajar erti sabar
Mengajar erti cinta yang sebenar

Terima kasih buat semua
Buat semua yang mengenali diri ini
Buat semua yang mengajar diri ini
Terima kasih

Saya menemui ai d'Beijing
'Ai' itu yang memang ingin dicari
'Ai' itu yang sentiasa diburu
'Ai' itu mengajar diri ini

Semoga 'Ai' ini sentiasa berputik dan memekar di hati
Semoga selepas ini tiada lagi rungutan dalam diri
Semoga tiada lagi rasa keterpaksaan bila bekerja
Semoga ikhlas itu hadir seiring dengan gerakan diri
Semoga 'Ai' itu menguatkan bila terasa lemah
Semoga 'Ai' itu membangunkan bila jatuh rebah
Semoga 'Ai' itu menenangkan dikala gundah gulana
Semoga 'Ai' itu mendamaikan ketika hati resah gelisah

Diri ini benar-benar ingin merasai 'Ai' itu
'Ai' yang sebenar-benarnya
Diri ini hanya ingin mencintai-MU sepenuh hati
Diri ini inginkan cinta yang satu
Cinta yang paling agung
Insya-ALLAH...



2 comments:

fatinmarini said...

tersentuh.









saya juga rindukan 'Ai' itu.
T___T

Nadzipah said...

sangat-sangat terharu dengan sambutan akhawat di sana.

walaupun tidak ramai yang ada, namun terasa kehadiran semuanya...

ya, saya juga masih mencari 'Ai' itu. Mencari dan terus mencari..Memburu dan terus memburu...

Rindu~