Sunday, April 21, 2013

Segalanya adalah Pilihan

Assalamu'alaikum wbt.

Hari terakhir. Persediaan terakhir.

Esok. My last midterm exam for Spring Semester 2013. (Semua pun nak countdown la kan. Semua pun terakhir. Last. Heh.)

Emosi saya agak terganggu akhir-akhir ini. Mood mahu study pun merudum jatuh. Menjunam jauh ke bawah.

Macam-macam perkara menerjah benak pemikiran. Menjadikan ia bersimpul dan berselirat antara satu sama lain. Haih.

Semalam call Ummi. Kononnya nak mengadu. Nak minta kata-kata semangat. Namun tidak terluah. Apapun, mendengar suara Ummi sudah mampu menenangkan jiwa yang bercelaru.

Maaf. Maaf kepada sesiapa sahaja yang terkena lempias angin-puting-beliung-saya. Maaf dan maaf.

Sudahlah orang kata saya garang. Makin garanglah jadinya apabila saya 'berangin'. Hmm.

Okay. Enough of sesi curahan hati.

Apapun, sayalah yang berhak memilih. Memilih apa yang sepatutnya saya buat.



Semalam, saya ada baca bab 1-6 novel Anthem karya Hlovate di laman sesawang Jemari Seni.

Oh. Sangat membuka mata. Menelusuri kisah hidup Dash yang dipandang serong oleh orang sekeliling kerana penampilannya yang 'pelik'. Rambut pixie cut. Beku. Bahasa pula kasar. Kurang adab ketimurannya... Dapat pula Lee si Hitler sebagai pemantau setiap sesi latihan pancaragam kadet polis, tae kwan do... Apa sahaja yang dia join, mesti si Lee ni yang jadi ketua. Dengan pelbagai denda, push up, lari keliling dataran... Tegasnya, garangnya memang mampu melembutkan Dash yang degil, yang kasar dan yang bermasalah ini walau dalam keterpaksaan.

Kata Lee, "Perhaps she needs to learn it the hard way."
Kata Johan, si abang Nur Dania Dashrin, 'Sebab...you learnt it the hard way too, Lee."

Okay. Enough of the teaser.

Apa yang saya dapat, mereka, walaupun menjalani latihan yang sangat 'dahsyat' dan gigih untuk memastikan setiap persembahan pancaragam mereka berjaya dengan baiknya... namun, mereka tidak melupakan langsung tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Mereka tidak mengetepikan walau sepicing segala tugasan yang diberikan para guru. Masih mampu bersengkang mata walaupun sudah light off untuk menyiapkan segala kerja sekolah yang terbengkalai.

Kita? Saya? Awak? Bagaimana?

Nak-nak, mereka yang menggelarkan diri mereka dai'e. Yang berkecimpung di dalam dakwah dan tarbiyah.

Bersama kita fikirkan. Buka mata. Buka minda. Buka hati.

Muhasabah diri. Semuanya terletak pada kita. Pilihan terletak di tangan kita.

Anthem benar-benar menyentapkan jiwa saya. Patutkah saya menghilangkan segala mood untuk belajar dek masalah-masalah yang merantai jiwa? Memang tidak patut. Belajar itu suatu tanggungjawab dan amanah, tahu? Mahu jadikan belajar itu fitnah kepada dakwah dan tarbiyahkah?

ALLAHU ALLAH. Betapa diri ini sudah tersilap langkah. Tersilap perhitungan. Terlampau mengikut perasaan. Astaghfirullah....astaghfirullah...astaghfirullah...

Melihat mereka...kesungguhan mereka belajar...mengulang kaji pelajaran...benar-benar menginsafkan saya...

Terima kasih...awak semua sudah menyedarkan akak tentang sesuatu yang sangat berharga.

"...Mak ayah sangat penting kalau nak bentuk peribadi. Tapi kalau jauh daripada famili pun tak bermaksud tak boleh nak jadi baik. Sepintas rasa melintas benak. Tanpa sedar dia mengukir senyum tawar. Segalanya adalah pilihan. Tapi persekitaran dan orang keliling memang kena tolong..." [Novel Anthem karya Hlovate, muka surat 18]

2 comments:

fiey ahmads said...

salam alaik :)

tumpang bertanye..awak student kat south korea yeah?

kalau tak keberatan saye ade banyak soalan nak tanye..ini email saye infieyonashoe@gmail.com :)

Nadzipah said...

Salam alaik.

Iya. Saya belajar di Korea Selatan.

Saya dah hantar email pada awak. :')