Friday, September 10, 2010

Eid Mubarak@ Perantauan 2nd year

Assalamu'alaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan buat semua..terutama sekali buat keluarga tersayang.
Ummi,We..selamat hari raya..maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..halalkan makan minum kakak selama ni...

Buat adik2 tersayang..adik Ema,adik Eya dan adik Zakwan...selamat hari raya..maaf salah dan silap..kakak sayang korang sume..

Tak lupa buat sanak saudara,sepupu sepapat,guru2 dan semua..
Especially to Wan Hasni Syakila..terima kasih hantar mesej yang panjang tu pagi2 raya..really appreciate it sis..Eid mubarak..maaf jika terasa hati,tersalah bicara dan seangkatan dengannya ya kak ila..

Buat rakan2 seperjuangan..senior2..junior2..selamat hari raya maaf zahir dan batin..

Pagi tadi semua student Malaysia pergi solat sunat hari raya kat embassy..tapi hari ni hujan dan ada yang ada kelas..so suasana takde la semeriah raya tahun lepas..pulak tu hujan pulak dari petang semalam sampai ke tengah hari tadi..asyik main kejar2 je dengan cik hujan..jadi tak banyak la gambar yang dapat diambil..pulak tu kamera saya ada masalah lak..lagi la..huhu..dugaan betul..kredit to nisaa sebab gambar2 ni ambil dari kamera nisaa..

Katakanlah, "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dia-lah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal. " (At Taubah:51)

~bersama2 foreigner yg nak rasa suasana raya~

~bergambar kat perkarangan embassy~

~orang kata muka kami hampir sama..ye ke?~

Wednesday, September 8, 2010

First Time Iktikaf @ Masjid Itaewon

Assalamu'alaikum wbt

Apa perasaan semua?Ramadan dah nak pergi meninggalkan kita.Entah sempat entah tidak kita hendak berjumpanya kembali tahun hadapan.Moga-moga kita masih diberi kesempatan untuk menikmati lagi bulan Ramadan pada tahun hadapan.Insya-ALLAH..

Siapa pernah iktikaf kat masjid time-time Ramadan?Ramai je kan yang pernah buat??Saya baru pertama kali iktikaf kat masjid dalam bulan Ramadan.

Kat Malaysia tak pernah pun nak iktikaf kat masjid.Ni dah dok negara orang ni,pulak tu bukan negara yang penduduknya majoriti Islam..saya boleh pulak buat.Subhanallah...betapa cantiknya perancangan ALLAH tu kan?Betul la seperti apa yang dikata..nikmat itu lebih dirasai bila kita hampir kehilangannya...

Semalam pergi ke Itaewon-satu-satunya tempat kat Seoul yang ada masjid untuk beli international phone card sambil-sambil berbuka kat sana.Bila dah sampai sana,solat maghrib dan berbuka..Tiba-tiba kak Farhana bagitau kak Hasanah nak datang iktikaf.Join sekali nak?Then kami stay la kat masjid lepas terawih.

Ramai rupanya yang beriktikaf kat masjid.Cuba bayangkan ek,semua dari pelbagai negara,bangsa,bahasa dan warna kulit berkumpul kat satu tempat dengan satu tujuan..beribadah kepada ALLAH Yang Maha Esa.Subhanallah...

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. [ar-Ruum : 22]

Dalam pukul 2.30 pagi semua jemaah solat sunat tahajud dan witir.Kemudian masing-masing dengan aktiviti sendiri..ada yang sambung solat,ada yang mengaji..Seronok bila tengok suasana macam tu.

Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang [an-Nuur : 36]

ALLAH dah buat jadual yang memang sesuai untuk kita ikut kan.Siang kita bekerja,belajar..malam kita berehat..sebab DIA tahu keperluan dan kehendak hamba-hamba-NYA..

Dialah yang menjadikan malam bagimu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang-benderang (supaya kamu mencari karunia Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar (Yunus : 67).

HE tell us everything in our sweet compilation love letter-Al-Quran..Pasal bangun malam pun ada DIA bagitahu..kita je yang liat nak buat kan..Saya tak kata orang..saya pun susah nak buat..Jadi..bila peluang dah depan mata,jangan lepaskan macam tu je..rugi!Just grab the chance or you'll loss your only chance...

Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (Al Muzzammil:8)

Saturday, September 4, 2010

Sem Baru Yang Agak Mencabar...

Assalamu'alaikum wbt

Minggu ni 1st week for new sem..fuhhhhhhh...dengan hampir sume kelas berseorangan.Takde kawan or budak2 Malaysia...Sume orang Korea je..and mostly lelaki...adoi....agak mencabar jiwa dan raga tul.Pastu dengan kelasnya sume in Korean language lagi...adeh...Hopefully dapat lalui sem ni dengan tabah..hukhuk...

Sem lepas tak berapa nak ok..insya-ALLAH sem ni nak buat lagi ok dari sem lepas.Even dah start amik subjek major untuk sem ni tapi insya-ALLAH i'll try to do my best.

Sem ni mostly kelas sume dua jam straight je..kadang2 rasa cam nak tukar kelas je..dah la dengan lecturer dok cakap Korea yang orang lain boleh gelak tapi saya dok terkulat-kulat tak faham apa lawak dia..huhu...pity me..

Whatever it is..sem ni nak kena lagi better dari sem lepas..tak kira la dari segi performance or anything..raya minggu depan pun dalam kelas calculus...Fighting for calculus 2...

'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan'

Ye..mesti kena usaha banyak lagi kali ni.Homework pun untuk calculus so far takde lagi.Physics je kena wat homework in group..kira kena wat exercise sendiri.Takleh malas2..Tak berbaloi masuk uni tapi malas kan?Baik dok je umah..huhu...so..alang2 dah terpilih dan dipilih untuk belajar kat uni ni..wat la sehabis baik...so fighting for autumn semester 2010!!!!!!

Pray for me ey..Good luck for all friends too...Achieve our succeed together...Together we stand,together we achieve............

Saturday, August 28, 2010

The Best Mastermind = ALLAH

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..syukur diucapkan buat Yang Maha Esa..Saya selamat sampai ke bumi sonata ni pukul 7 pagi tadi..alhamdulillah jugak jumpa ngan Sofia dan Zul..dapat terus gi Donyang Mirae Uni terus..takyah nak gi Inha Uni....Alhamdulillah...

Thanks a lot to Sofia..dapat tumpang bilik dia sebelum gi hostel SKK esok...

Kalau ikut perancangan saya,saya akan gi Inha.Gi rumah Fizah and Aini kat sana.Then dari sana baru ke hostel SKK esok..Tapi perancangan ALLAH itu lebih baik.Sebab?Inha tu dekat Incheon.Agak jauh la nak gerak gi SKK dengan luggage2 tu.Tapi kalau dari Donyang ni dekat je.Boleh dikatakan dekat la.Even saya kena ulang dua kali pun nanti nak amik luggage2 ni.

Betul la seperti apa yang dikata,'Kita yang merancang,ALLAH yang menentukan'.Sungguh,perancangan ALLAH itu lebih baik...

ALLAH is the best mastermind...^^

Thursday, August 26, 2010

Say Goodbye To Malaysia =((

Assalamu'alaikum wbt

Huhu...hari ni hari last la kat umah..esok dah nak kena pegi sana dah..alamak ai...kejap je masa bulan tu berlalu..huhuhu...

Walau camne2 pun kena gi sana gak esok..huhu..xpe la..nampak gayanya kena tunggu setahun lagi la baru boleh jumpa famili balik..tu pun kalau tahan rindu la..kalau tak tahan..winter break nanti ada yang dah terpacak kat klia tu..heheh...(tu pun klu ongkosnya ada..)

Esok dah 17 hari kita berpuasa...esok nuzul quran...saya nak ucapkan selamat berpuasa buat semua.Sama2lah kita tingkatkan amal kita dan mohon keampunan dari-NYA..

Maaf jugak buat semua jika ada silap dan salah...
Kak ila...sori dah tak sempat nak jumpa..nanti tahun depan la ek kita iftar sama2 ye..
Fatin..so sorry coz tak dapat nak jumpa awak saya balik ni..huhu..mana tau ada rezeki kita jumpa kat warwick nanti..klu saya ada duit lebih la..huhu...minta maaf byk2..=((

Selamat tinggal Malaysia...tahun depan panjang umur kita jumpa lagi..

Monday, July 12, 2010

Domino Effect

Salam alaik~

Dah dekat seminggu kot takde n3 baru...huhu..biasa la kan...kena ke cc dulu baru la leh on9..huhu...takpe2..tu dugaan...tu cabaran...asyik2 on9 24/7 pun boring gak...ye ke?yang paling penting waste time..dok je menghadap internet..keje lain terbengkalai...takleh gak tu...dah tak ikut muasofatul muslim dah tu..bukan ke pandai menguruskan masa tu satu sifat2 muslim?aha...kena praktik tu...teori kalau tak praktik takleh..tak jadi...kita kena belajar teori dan praktikkan benda tu baru la betul...

Eh2...dah melalut ke mana dah ni?Aha..nak cerita pasal Domino Effect ni..saya percaya mesti pernah dengar kan pasal Domino Effect ni?Ala..yang bila kita susun something then kita tolak yang paling depan...sekali gus semua akan jatuh tu..tu la Domino Effect...nak lagi jelas...ni gambar dia..faham la kot ek?





Saya ada satu analogi pasal Domino Effect ni..Jom kita kaitkan Domino Effect punya teori ni dengan solat dan ibadah,syariat,aurat dan ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan).Apa kaitan dia ek?

Cuba tanya pada diri kita..macam mana kita handle semua tu?Actually tu pertanyaan untuk diri jugak..Once kita dah settle dari sudut solat dan ibadah,kita juga sepatutnya secara langsung dah settle juga dari sudut hidup ikut syariat.Sepatutnya kalau kita dah settle dari sudut aurat,secara langsung je kita sepatutnya akan settle jugak dari sudut ikhtilat. (Versus,Hlovate,page 324)

Mula2 saya tak rasa tu sume ada kaitan..Apa kaitan solat dan ibadah dengan hidup ikut syariat?Apa pulak kaitannya dengan aurat dan ikhtilat?Macam takde kaitan je..tapi bila fikir2 balik...dan bila dah start belajar balik ni...baru la saya boleh faham perkaitan antara 4 benda ni..

Kalau difikir2kan balik...kita kan sebagai umat Islam memang mendirikan solat 5 kali sehari semalam..Sepatutnya..bila kita dah solat tu..memang la confirm kita takkan buat benda2 mungkar dah..sebab kalau tengok pada doa iftitah tu pun kita dah siap berjanji lagi dengan ALLAH.."Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya untuk ALLAH TUHAN sekalian alam.Tiada sekutu bagi-NYA maka kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang Islam". (Versus,Hlovate,page 325)

Tu bukan kita dah berjanji dengan ALLAH ke?Bukan janji perlu ditepati ke?Tapi tu la...bukan sume orang faham apa yang dia baca masa dia solat tu..Saya tak cakap kat orang lain.Saya pun tak faham apa yang saya baca..huhu...tapi sebab tu la kita kena belajar...belajar untuk faham...kadang2 orang kita ni..main ikut je apa yang orang buat...sampaikan yang mana satu adat dan mana satu agama pun boleh tertukar..boleh silap...

Tapi takleh 100% salahkan orang tu jugak..dah memang sejak dulu lagi macam tu kan?tapi tu tak bermakna kita just go with the flow..tak salah jika kita berubah untuk kebaikan...change for good not a crime...we are muslim..so..we must follow the way of life with ALLAH's guide...ikut cara Islam...Islam itu indah..dan sesiapa yang mengamalkan Islam jugak indah..

Jadi fikir2kanlah...saya pun bukannya baik sangat..banyak lagi yang perlu saya baiki..banyak lagi yang perlu saya pelajari...saya tak nak jadi baik sorang2...saya nak kamu semua pun baik jugak...ramai2 kan best...let change for good...Islam is the way of life...jom kita sama2 memaknakannya...

Wassalam...

Thursday, July 1, 2010

Perbezaan

Salam alaik~~

Sihat semua?heheh...hepi la ek sapa yang balik bercuti tu ye?Rakan2 kita kat Malaysia lak minggu depan dah nak mulakan sem baru mereka..

1st time menjejakkan kaki ke Malaysia sejak ke Korea awal tahun lalu..Rasa kelainannya.Rasa kadang2 lagi elok saya dok je kat Korea tu..huhu..tak bagusnya rasa macam ni kan?Jangan marah dulu ye..Meh nak habaq mai...

Kat Korea,yang pakai seksi meksi tu orang Korea..kira ok la kan..kat sini..orang sini la...orang melayu kita ni..maaf la..saya bukan nak hentam or perli sesiapa kat sini..ni apa yang saya rasa je...maaf banyak2 ye..

Saya tau..saya pun banyak je lagi yang tak betul...yang perlu di'improve'kan...saya tahu tu..tapi sedih bila mengenangkan keadaan ni...tengok la kat paper..hampir setiap hari ada je kes buang anak,baru ni keluar ngan member2 sekolah menengah ...diaorang cakap budak form 1 pun dah ada yang pregnant!Masya-ALLAH!!!Teruknya....Mintak kita semua dijauhkan la dari semua benda2 tak baik ni ek..Nauzubillah....

Kat sini la saya nampak perlunya kita mendalami betul2 agama.Dulu masa kat sekolah boleh je say jawab mendalami agama ni dalam subjek Pendidikan Islam..Tapi saya tak aplikasikan pun apa yang saya belajar tu..huhu...

Ye la..kalau cakap je..tak buat...tak jadi jugakkan?huhu..tu la..perlunya amal...

Jom kita sama2 mendalami agama Islam kita yang indah ini dan sama2 mengamalkannya...
Islam itu indah...sesiapa yang mengamalkannya pun turut indah dan cantik akhlaknya~~~