Assalamu'alaikum wbt
Apa perasaan semua?Ramadan dah nak pergi meninggalkan kita.Entah sempat entah tidak kita hendak berjumpanya kembali tahun hadapan.Moga-moga kita masih diberi kesempatan untuk menikmati lagi bulan Ramadan pada tahun hadapan.Insya-ALLAH..
Siapa pernah iktikaf kat masjid time-time Ramadan?Ramai je kan yang pernah buat??Saya baru pertama kali iktikaf kat masjid dalam bulan Ramadan.
Kat Malaysia tak pernah pun nak iktikaf kat masjid.Ni dah dok negara orang ni,pulak tu bukan negara yang penduduknya majoriti Islam..saya boleh pulak buat.Subhanallah...betapa cantiknya perancangan ALLAH tu kan?Betul la seperti apa yang dikata..nikmat itu lebih dirasai bila kita hampir kehilangannya...
Semalam pergi ke Itaewon-satu-satunya tempat kat Seoul yang ada masjid untuk beli international phone card sambil-sambil berbuka kat sana.Bila dah sampai sana,solat maghrib dan berbuka..Tiba-tiba kak Farhana bagitau kak Hasanah nak datang iktikaf.Join sekali nak?Then kami stay la kat masjid lepas terawih.
Ramai rupanya yang beriktikaf kat masjid.Cuba bayangkan ek,semua dari pelbagai negara,bangsa,bahasa dan warna kulit berkumpul kat satu tempat dengan satu tujuan..beribadah kepada ALLAH Yang Maha Esa.Subhanallah...
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. [ar-Ruum : 22]
Dalam pukul 2.30 pagi semua jemaah solat sunat tahajud dan witir.Kemudian masing-masing dengan aktiviti sendiri..ada yang sambung solat,ada yang mengaji..Seronok bila tengok suasana macam tu.
Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang [an-Nuur : 36]
ALLAH dah buat jadual yang memang sesuai untuk kita ikut kan.Siang kita bekerja,belajar..malam kita berehat..sebab DIA tahu keperluan dan kehendak hamba-hamba-NYA..
Dialah yang menjadikan malam bagimu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang-benderang (supaya kamu mencari karunia Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar (Yunus : 67).
HE tell us everything in our sweet compilation love letter-Al-Quran..Pasal bangun malam pun ada DIA bagitahu..kita je yang liat nak buat kan..Saya tak kata orang..saya pun susah nak buat..Jadi..bila peluang dah depan mata,jangan lepaskan macam tu je..rugi!Just grab the chance or you'll loss your only chance...
Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (Al Muzzammil:8)
1 comment:
bestnye~~ptt la menghilang dr ptg...
Post a Comment