Sunday, August 30, 2009

Marilah sama2 kita renungkan ye...

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah
ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke
rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba
untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka
dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk
ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita
lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan
mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh
dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu
adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi
dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah
orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah
datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang
akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali
amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi
syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...

2 comments:

syariful bahri said...

bagus laa post nie..
kasi semangat utk tadarus bulan pose nie..
^_^

Nadzipah said...

Insya-ALLAH,semoga kita terus bersemngat untuk tadarus..sambil membetulkan bacaan..insya-ALLAH..^^