Sunday, June 12, 2011

Mencari Damai Di Hati


Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

(petikan daripada iluvislam.com, Aku Ingin Berubah)

Alhamdulillah..terasa diri sedikit tenang hari ini. Terasa tidak sia-sia ke Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin malam tadi. Terasa jiwa terisi dengan perkongsian daripada Saudara Ammar Muhd tentang konsep kebergantungan kepada ALLAH SWT.

Pada mulanya saya agak berbelah bagi, sama ada nak pergi atau tidak solat hajat malam tadi. Study tak habis lagi. Kalau pergi confirm burn dah time study. Kononnya la...Dalam dok berbolak balik tu, saya decide untuk pergi. Alhamdulillah, ALLAH gerakkan hati saya untuk pergi walaupun kalau ikutkan saya dah turun rumah lewat dah jugak petang semalam. Kalau tengok invitation dekat fb tu, majlis akan start pukul 7 malam, tapi saya pukul 7 tu masih berada dalam subway yang baru je melepasi beberapa station selepas Sungkyunkwan University station. Perjalanan ambil masa dalam 40 minit jugak tu..huhu..

Alhamdulillah, saya tak ketinggalan apa-apa pun sebenarnya. Saya bajet saya sampai tu orang mesti dah sudah ataupun tengah baca Yasin. Rupa-rupanya majlis start selepas Maghrib. Waktu Maghrib pulak masuk dalam pukul 8 malam. Dan saya tiba, beberapa ketika sebelum azan berkumandang. Alhamdulillah...

Just for you,

For the first time I read your so-called love letter, I cried

For the second time I read it, I smiled and thanked to you so much

Your words really calmed me as well

They’re such a good remedy for me

A bunch of hug and love for you

I wish you were here with me right now

So that, I can lean on your shoulder

I want to spill out everything on you

I want you to give me a warm hug and a sweet advice

Thanks a lot dear,

Thanks for the such wonderful love letter =)

Duhai adikku,
Jangan mudah mengaku kalah,
Yakinlah yang terbaik buat diri sendiri,
DIA sentiasa bersamamu,
Yakinlah, setiap kesusahan akan ada kemudahan,
Yakinlah, ALLAH tidak kurniakan sesuatu yang tidak mampu untuk kita tanggung,
Dan yakinlah, dengan mengingati ALLAH hatikan menjadi tenang.

Semoga ALLAH menjaga hati kita.

Insya-ALLAH, moga damai yang dicari ditemui dalam masa terdekat ini. Dan saya memang sedang berusaha untuk itu. Mencari damai yang telah dibawa pergi. Mencari damai yang sedang bersembunyi. Mencari damai di hati…

4 comments:

hasnisyakila said...

salam najah fil imtihan....

bersama-sama menjadi seperti ashabul kahfi(18:13)..jumm'ah mubarakah (^_*)

faiza azamta fatawakkal 'alallah
rabbi yassir wala tu'assir


doa banyak2....

all the best and turn to HIM

Nadzipah said...

syukran jazilan ya ukhti khalilati*^^*

insya-ALLAH..i'll do my best..
pray for me ey..

insya-ALLAH..hanya pada DIA tempat kita bergantung harap...hanya DIA..

fatinmarini said...

teringat pula waktu di intec dulu. yang mana k.mimi ajak kita berusrah. on the same time, kita ada banyak lagi homework tak siap. lepas tu k.mimi cakap pasal mogamoga kepergian kita ke usrah jadi satu rahmat dan barakah untuk pelajaran kita.

hurm, how i miss her. and i miss you too! :(

Nadzipah said...

betul2..
teringat time usrah sama-sama dulu..banyak kan yang kita dapat?ingat lagi pernah pegi program sambil bawak nota chemistry sebab esoknya nak exam..Alhamdulillah ALLAH izinkan dapat je jawab exam chemistry tu dengan baik..malah lagi ok dari sebelumnya..Alhamdulillah..

ALLAH akan tolong kita, kalau kita tolong DIA kan?

hurm...how i miss her..and i miss you too!=)

btw, saya ada jumpa kak mimi kejap balik baru ni tau. excited sangat..nanti saya bagi kak mimi's contact number via your ym ya^^Insya-ALLAH