Monday, April 16, 2012

Angin, Sampaikan Rindu Ini Pada-NYA

Assalamu'alaikum wbt.

Duhai angin
Sampaikan rindu ini pada-NYA
Hembuskanlah rasa rindu ini buat DIA
Tak terungkap dengan kata-kata
Betapa diri ini rindu pada-MU
Sungguh aku rindu

Rindu...
Bagaikan rindu sang kekasih kepada si jantung hati
Umpama rindu si isteri buat sang suami
Ibarat rindu sang anak pada ibunya
Seperti rindu si sahabat pada sahabatnya
Begitulah rindu ku pada-MU
Bahkan lebih-lebih lagi
Sungguh aku rindu

Duhai angin
Sampaikan rindu ini pada-NYA
Tiupkanlah rasa yang menggebu ini pada-NYA
Sampaikanlah setiap bait doa ini pada-NYA
Supaya DIA tahu yang diri ini merindui-NYA
Namun aku tahu bahawasanya DIA lebih tahu
DIA lebih lagi tahu siapakah yang merindui-NYA
Sungguh DIA Maha Mengetahui

Harumnya sakura yang dibawa bayu
Bagaikan membisikkan yang DIA sentiasa ada di sisiku
Mekarnya kuntuman tulip yang ceria
Bagaikan mengungkapkan yang DIA sentiasa mengawasiku
Kuncupan mawar merah yang mengembang
Bagaikan berbicara yang DIA tahu aku rindu
Sungguh aku rindu

Duhai angin
Sampaikan rindu ini pada-NYA
Aku rindukan waktu-waktu bersama-NYA
Waktu yang hanya ada aku dan DIA
Alam bagaikan menyepi
Membiarkan hanya aku berbicara dengan-NYA
Sungguh aku rindukan detik itu

Duhai angin
Sampaikan rindu ini pada-NYA
Aku sentiasa menantikan detik itu
Detik hanya ada aku dan KAMU
Sungguh aku rindu


Nota 1: Selamat hari lahir kak Ila. Semoga sentiasa berbahagia disamping yang tercinta dan tersayang. ^^ Semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Ilahi.

Bittaufiq wannajah fil imtihan, dearie. Kak Long doakan dari sini. Insya-ALLAH.

Nota 2: Alhamdulillah hari ini DIA izinkan rindu ini dilepaskan. Menikmati kembang sakura yang memekar, cerianya tulip dan wanginya mawar  benar-benar membahagiakan jiwa. Semua itu atas kehendak-NYA kan? Nikmat apakah yang kita mahu dustakan? Tuntun hati ini supaya sentiasa ingin mendekati-MU, YA ALLAH. Luruskan hati ini untuk terus mencintai dan merindui-MU,YA ALLAH...Mohon dengan sangat.

Nota 3: Mabruuk  kepada kawan-kawan satu batch yang akan menamatkan zaman bujang cuti summer nanti. 3 orang dah confirm. Tumpang bahagia untuk kalian. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Insya-ALLAH. Err..rasa jealous tiba-tiba. Terfikir-fikir juga, bilakah giliranku? Hoho.

4 comments:

belle.talib said...

sy doakan yg last tu ...cept! heee...

Nadzipah said...

eh.eh..ke situ pulak dia..hehe...saya pun doakan yang terbaik untuk awak. hee...

aku_dia said...

asslmualaikum Nadzipah.
kalau tak silap, i saw your name dekat cerpen section dalam majalah JOM. good job. teruskan usaha ye.
semoga Allah barakah. ^^,

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam Cik Hannah Dhaniyah.
Err..harapnya tulisan yang tidak seberapa itu mampu menyentuh hati-hati yang membacanya. Insya-ALLAH.

Ameen. Terima kasih atas doanya^^