Wednesday, August 3, 2011

Rabbana Yuhassil Wa La Tu'assir, adikku

Assalamu'alaikum wbt.

Hari ini sudah 3 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 3 Ogos 2011M. Hari ini serasanya semua calon SPM 2011 menduduki ujian percubaan SPM (trial SPM). Adik saya salah seorang calonnya. Selamat menjawab exam, dik. Jawab elok-elok exam tu.

Janji saya padanya, saya akan telefon atau mesej dia sebelum exam. Malangnya, saya terlupa. ALLAHU AKBAR. Astaghfirullah hal 'azim. Saya benar-benar terlupa. Hari ini bila Ummi menanyakan perihal itu baru teringat tentang janji itu. Maafkan kakak, dik. Insya-ALLAH nanti kakak call ye.

Rabbana yusahhil wa la tu'assir, adikku. Semoga dipermudahkan segala urusan dan tidak disulitkan. Insya-ALLAH. Ma'a taufiq wannajah fil imtihan,adikku.

Itulah kelemahan kita sebagai manusia. Lupa. Tidak ingat. Namun janganlah mengulangi kesilapan yang sama. Sebaiknya perbaikilah kelemahan yang ada itu. Ini nasihat saya kepada diri saya sendiri. Insya-ALLAH, saya akan cuba untuk tidak melupai janji yang telah dibuat pada masa akan datang. Janji itu perlu ditepati bukan?
Apa yang penting, jangan diulang kesilapan yang sama. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Jangan biarkan diri terjerumus dalam lubang yang sama. Belajarlah daripada kesilapan. Insya-ALLAH.

3 comments:

syafa mohamed said...

Assalamualaikum akak...saya doakan untuk adik akak juga,iA....hisashiburi SPM:)

syafa mohamed said...

eh....syafa tercakap 'hisashiburi'....maaf akak-.-'' aishhh...syafa2...^^

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam wbt. terima kasih atas doanya ye syafa^^

hehe..takpe je..tapi apa maksudnya 'hisashiburi' tu? ;)