Monday, December 6, 2010

Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Assalamu'alaikum wbt..

Biasa kita akan dengar lagu Satu Muharam setiap kali Maal Hijrah menjelma. Terngiang-ngiang lagu ini di telinga saya pagi tadi sepanjang perjalanan ke kelas. Sambil melangkah, sambil mulut melagukan Satu Muharam diiringi oleh bayu sejuk yang membelai-belai batang tubuh saya. Menggigil-gigil dibelai dek angin sejuk. Pokok-pokok yang sudah hampir botak jugak seolah-olah memainkan irama dan menjadi latar muzik. haha..jiwang betul saya pagi tadi...

Lirik lagu ini jika diamati betul-betul, banyak yang dapat diambil sebagai pengajaran. Bulan Muharam merupakan bulan pertama mengikut kalendar Hijrah. Bulan di mana Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Rasulullah berhijrah untuk sebarkan syiar Islam dan kesan daripada hijrah itu juga penduduk di Madinah kembali berbaik-baik serta orang Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan. Kaum Muhajirin dengan rela hati meninggalkan segala harta benda mereka untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Rasulullah.Matlamat mereka cuma satu;menegakkan agama Islam. Betapa mereka tidak menghiraukan nyawa, keselamatan, harta dan keluarga. Semuanya ditinggalkan.

Cuba bayangkan. Kita sudah selesa hidup di sini. Ada rumah,kereta, keluarga. Kemudian kita diarahkan berpindah ke sana. Di sana kita perlu bermula dari kosong. Kita perlu tinggalkan apa yang kita ada di sini dan pergi ke sana yang tidak punya apa-apa. Sanggupkah kita? Relakah kita? Namun para sahabat dengan rela hati meninggalkan segala kemewahan di Mekah dengan berhijrah ke Madinah bagi menegakkan Islam. Betapa murninya perbuatan mereka.

Asal tiba Muharam je hijrah. Asal hijrah je Muharam. Kat masjid-masjid, sekolah-sekolah, etc semua cerita pasal peristiwa hijrah Rasulullah. Masuk je bulan Safar. Perihal hijrah itu ditinggalkan. Itukah makna hijrah yang sebenarnya? Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kita pun kena la berhijrah jugak. Bukan bermakna kita kena berhijrah dari Seoul ke Suwon ek. Tapi hijrah dari tak baik kepada baik. Hijrah dari baik kepada lebih baik.

Things are easier said than done,right? Yeah...change for good ain't a crime though.

Buka hati,sematkan dalam hati,aku nak berubah. Aku nak terima kebaikan. Saya pun sedang berusaha untuk berubah. Berubah menjadi baik dan lebih baik. Masih banyak lagi karat-karat jahiliyah yang terpalit dalam diri. Insya-ALLAH, jika kita ingin berubah, ALLAH akan membantu kita.

Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan hamba-MU ini. Bukakanlah pintu hatiku seluas-luasnya untuk menerima kebaikan. Ampunilah segala dosaku yang telah lalu. Aku pohon pada-MU,Ya Rahman. Mohon dengan sangat.

Sahabat-sahabat yang saya kasihi,tegurlah diri ini andai ada salah dan silap. Bimbinglah diri ini. Pandulah diri ini ke jalan kebenaran.

Perubahan takkan terjadi hanya dengan azam. Niat perlu disertai dengan perbuatan. Insya-ALLAH,sama-samalah kita berusaha untuk berubah. Berhijrah dari samar jahiliyah kepada sinaran akidah. Insya-ALLAH...Sempena bulan Muharam ini, marilah kita hayati hijrah Rasulullah dan para sahabat. Di samping kita juga berhijrah menjadi baik dan lebih baik. It's better late than never. But then, jika esok nyawa kita diambil, adakah penangguhan itu bermakna?




3 comments:

nunama said...

Salam maal Hijrah Nadzipah! :)

Tahun Hijrah yang lepas, Ustaz Hadzrizal ada sebut pasal perubahan ni.
Beliau cakap, "berubah itu suatu kemestian bukan keperluan"
Wallahua'alam. :)
Berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah.

Nadzipah said...

Salam Maal Hijrah Nunama~~

Insya-ALLAH..terima kasih atas perkongsian^^
Yup,berubah itu bukan kemestian tetapi keperluan..

Nadzipah said...

oppsss....silap2...Berubah itu bukan suatu keperluan tetapi kemestian...