Tuesday, October 26, 2010

진정한 행복은 무엇인가? (What is truly happiness?)

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah exam pun dah berlalu. Minggu ni mungkin ada lagi sebilangan kecil yang ada exam..Especially those at DMU, good luck guys!

Actually tajuk entry ni soalan exam saya. haha..apa kes la tulis entry pasal soalan exam kan? Soalan exam untuk kelas 유학과직업윤리 (Confucianism and Professional Ethics). Bila difikir-fikirkan balik, even this is just an exam question; it has a relation with our daily life too. What is our truly happiness actually? Have you guys think about that? Dengan kata mudahnya,"Apa itu bahagia?"

Ada ke siapa-siapa yang cakap, “saya bahagia bila saya tidak bahagia”?Hehe.Takde kot ek.Kalau ada tu,boleh hantar dia ke Hospital Bahagia.huhu..Ok2..Stop of nonsense. Agak-agak la kan,bagi kamu bahagia tu apa?

“Bahagia tu bila kaya, ada banyak duit, rumah besar, kereta besar, isteri besar….”

“Mempunyai rupa paras yang cantik, body yang solid, senyuman yang menawan…itulah bahagia”

“Jadi orang yang terkenal,dihormati,disegani…tak ke bahagia namanya tu?”

Adakah itu bahagia? Satu soalan. Kenapa pelakon-pelakon Hindustan,yang kita memang akui mereka ni cantik,kacak, hidung mancung dan macam-macam lagi la..Orang kata, perfect. Punyai ciri-ciri prince charming and beauty lady la kan. But then, they also have a problem on their marriage, punyai perangai-perangai buruk dan lain-lain. Bahagia ke macam tu? Adakah kecantikan itu membawa kepada kebahagiaan yang sebenarnya?

So, what is truly happiness? Or should I say, what is eternal happiness?

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram.”-Ar-Ra’d, 13:28-

Bahagia itu bila hati kita tenang, bila kita berada dalam keadaan tenteram. Bagaimana hendak mendapatkan ketenangan dan ketenteraman hati? Hanya dengan mengingati ALLAH. Bagaimana hendak mengingati ALLAH? Selalulah berzikir,bertasbih dan bertahmid.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kiranya, pokok pangkal kepada kebahagiaan itu terletak pada hati. Di penghujung hadis ke-6 dalam hadis 40 tu ada sebut,"Ingatlah di dalam setiap jasad terdapat seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu, dan sekiranya ia rosak, rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ha..maknanya di sini,kita akan rasa bahagia bila hati kita bahagia. Hati bahagia tu macam mana ye? Hati akan bahagia bila tiada penyakit hati. Penyakit hati? Apa tu? Hati yang dikotori oleh sifat-sifat mazmumah. Contohnya, dengki, riak, takabbur, ujub, suka marah-marah, selalu berangan yang bukan-bukan dan macam-macam lagi sifat dan sikap yang tidak elok. Elakkan segala sifat mazmumah ni.Insya-ALLAH hati kita akan jadi bersih dan bebas daripada penyakit hati. Prevention is better than cure right? But then, things are easier said than done.huhu..That is right. However, try to push yourself to do it. Insya-ALLAH you will work on it. I know that it is hard to do, but you have to try to do that.

Saya pun sama je macam kamu-kamu semua. Selalu je kawan saya ingatkan saya pasal riak..huhu..Teringat lagi perbualan kami hari tu..

Saya: Nasib baik la saya ni baik tau..sabar lagi..kalau tak dah kena dah budak tu..(tengah geram + marah)
Kawan: Amboi..puji diri sendiri nampak.. (pandang sambil angkat kening double jerk)
Saya:Dah saya memang baik..heheh… (tayang muka comel..*wink2*)
Kawan: Haip..riak dah tu..mana boleh macam tu.. (geleng-geleng kepala..)
Saya: ...... (oppss…terkena eden…)

Hati tu kena jaga betul-betul…Hati bahagia,kita akan rasa bahagia..Mahukan kebahagiaan, dapatkan dulu ketenangan..Inginkan ketenangan, ingatlah ALLAH dengan berzikir…

Jom sama-sama menuju bahagia.

Sunday, October 17, 2010

Bittaufiq Wannajah Fi Imtihan =))

Assalamu'alaikum...

Esok..bermulalah hari peperangan bagi semua student kat sini termasuklah saya sendiri.Ada yang akan berperang minggu ni je..dan ada jugak yang akan berperang dua minggu berturut-turut...Peperangan pertama bagi sesi yang kedua pada tahun 2010.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Perang apa ni sebenarnya?Berperang dengan huruf-huruf di setiap helaian kertas di dewan peperiksaan.Berperang idea dan minda dalam mengingati formula dan hujah-hujah yang bernas lagi jitu untuk menjawab setiap soalan yang diberi...fuh...susah tu..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


GOOD LUCK IN MID-SEM EXAM...
중간 시험을 잘 보세요...
SELAMAT MENGHADAPI UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER..
~Khas buat semua kawan-kawan,senior-senior,junior-junior(mungkin..) dan buat sesiapa sahaja yang menghadapi peperiksaan pada saat dan ketika ini..
~~Tidak lupa juga buat adik-adikku sayang..Gudluck final exam ma..adik..gudluck final exam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mesti sekarang semua sedang sibuk mengulang kaji buat kali terakhir kan sebelum menjaab exam esok..Insya-ALLAH moga kita semua dipermudahkan oleh ALLAH semasa menjawab soalan esok dan hari-hari seterusnya.Dalam pada kita berusaha jangan lupa untuk berdoa kepadanya..solat hajat ke..selepas itu serah segala-galanya pada-NYA..Insya-ALLAH,ALLAH tidak akan mengecewakan hamba-hamba-NYA..^^

Tuesday, October 12, 2010

Malam Viva Palestin aka MVP



Assalamu'alaikum...
Kepada semua warga Korea Selatan..Jom sama-sama meriahkan Malam Viva Palestin.
Insya-ALLAH Ustaz Hasanuddin akan berkongsi pengalaman beliau menyertai misi kemanusian L4G (Life For Gaza) pada 30 Oktober 2010 bertempat di Dewan Orientasi,Donyang Mirae University.

Nak tengok teaser mavi marmara?Klik di sini

Monday, October 11, 2010

Berubah 6


Buku-buku dihempaskan agak kuat di atas meja belajar. Terjungkit sedikit bahu kak Maryam yang sedang menyiapkan kerja di meja sebelah. Nampaknya angin-ribut-taufan si Khai ini sedang melanda.
“Kelas hari ni banyak sungguh! I hate Fridays!” Khai mendengus kasar. Kelas yang bermula seawal jam 9 pagi hanya berakhir pada pukul 5.45 petang.
Dibaringkan tubuh langsingnya di atas katil sambil meletakkan lengan kanan di dahi. Berdetak bunyinya apabila dia meluruskan badan. Lenguh sangatlah ni. Mana tidaknya, seharian berkejar ke sana ke mari. Jarak setiap kelasnya bukannya dekat. Hari ini memang dia perlu berkejar ke kelas berikutnya sebaik sahaja kelas yang terdahulu tamat. Paling yang membuatkan dia semput apabila dia perlu berlari ke bangunan Kimia daripada bangunan Kejuruteraan yang mengambil masa hampir lima belas minit itu. Mengah dibuatnya sebaik sahaja dia sampai ke dewan kuliah di bangunan Kimia. Fuuuh.
TGI Friday tiada makna dah di sini. Haish…” Macam bertih jagung kena bakar mulutnya memuntahkan kata. Masih tidak berpuas hati dengan jadual yang disusunnya sendiri.
“Khai…”
Ini siapa pula yang berani mahu tegur aku masa aku tengah panas ni? Ada yang dinner dia makan pelempang ni karang. Khai berdesis sendirian.
Dia masih diam tidak terkutik dari baringnya. Buat-buat tidur dan tidak mendengar suara yang memanggil namanya itu.
Terasa bahunya disentuh lembut.
“Khai…penat sangat ek?” Suara yang sama masih setia bertanya.
Dah nampak aku melepek saja di atas katil ni mestilah penat. Dia diam tidak membalas kata. Kak Maryam rupanya. Moodnya yang tidak berapa elok membuatkan dia hanya membiarkan seniornya itu bercakap sendiri. Sebenarnya dia tidak perasan pun keberadaan kak Maryam di dalam bilik ini sewaktu dia masuk tadi. Mana mahu perasan jika dia hanya menghiraukan angin satu badannya sahaja.
“Akak ada belikan Khai aiskrim. Donut pun ada. Jom la makan sekali.”
“Saya penat la kak Maryam. Nak tidur.” Ada saja yang mahu mengganggu waktu rehat aku.
“Tak elok tidur waktu nak dekat Maghrib ni. Bangun, basuh muka. Lepas makan okeylah tu. Bangun ya…” Lembut kak Maryam memujuknya.
“Iyalah… iyalah…” Akhirnya dia mengangkat tubuh dari katil. Dengan malas dia bangun menuju ke bilik air. Membasuh muka dan terus menghadap makanan yang siap terhidang di atas meja.
Wah! Aiskrim Baskin Robbins tu. Sedapnya. Yummy! Habis bertempiaran segala rasa marah saat melihat aiskrim dan donut di atas meja. Kak Maryam ini bagaikan tahu sahaja bagaimana mahu menenangkan mood ribut taufannya itu. Sayang kak Maryam! Hee!
Kotak Dunkin Doughnut itu dibuka. Terus dia mengambil sebiji donut berperisa coklat. Sebelum sempat donut tersebut digigitnya, terdengar satu suara menegah.
“Baca doa dulu, Khai.” Serentak itu kak Maryam menadah tangan dan membaca doa makan. Dia hanya mengikut perbuatan kak Maryam itu.
Usai sahaja kak Maryam mengaminkan doa makan, terus disuapkan donut ke mulut. Kak Maryam sekadar menggelengkan kepala melihat gelagatnya. Dia perasan itu. Cuma dia sengaja buat-buat tidak perasan. Huhu.
“Terima kasih kak Maryam! Sayang akak!” Ditayangkan barisan giginya yang elok tersusun kepada kak Maryam yang sedari tadi memerhati gelagatnya yang ibarat anak kecil diberikan barang mainan itu. Gembira habis!
“Sama-sama, Khai. Ha… macam nilah yang kita nak. Ceria dan gembira selalu.”
“Hihi. Dapat aiskrim terus tak stress!”
Makin meranum senyuman kak Maryam. Nampaknya Khai sudah makin mesra dengan dirinya. Sudah mampu meluahkan rasa. Alhamdulillah. Semoga hubungan mereka makin membaik selepas ini. Insyaa-ALLAH. Itu harapannya jauh di sudut hati.
“Banyaknya kak Maryam beli aiskrim ni.”
“Hari inikan 31 hari bulan. Baskin Robbins ada promosi. Kak Maryam ada ajak kak Nia dan Farhah tadi. Kejap lagi mereka turun katanya.”
Khai sekadar mengangguk tanda faham. Lupa pula dia hari ini 31 Mac. Memang Baskin Robbins akan membuat jualan promosi pada setiap 31 hari bulan.
Jeda.
Kedengaran ketukan halus daripada pintu bilik. Kemudian terjegul wajah ceria Farhah di sebalik daun pintu yang terkuak setelah Khai dan kak Maryam menyuruh si pengetuk pintu masuk. Kelihatan kelibat kak Nia di belakang Farhah.
“Assalamu’alaikum!”
“Wa’alaikumussalam.” Serentak kak Maryam dan Khai menjawab salam yang diberikan Farhah itu.
Terus Farhah bersalaman dengan kak Maryam. Diikuti oleh kak Nia. Khai yang tidak biasa dengan suasana itu berasa sedikit kekok. Tetapi dia juga turut melakukan hal yang sama. Biasakan diri, Khai. Bukannya buat perkara yang tidak baik pun.
Daripada Barra katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah.”
[Hadis Riwayat Abu Daud]
Khai teringat hadis yang pernah Farhah bacakan kepadanya suatu ketika dahulu di kala Khai mempersoalkan kenapa perlunya mereka bersalaman setiap kali bertemu. Siap berpelukan cium pipi kanan dan kiri pula tu! Sungguh dia tidak biasa.
Terus Farhah sebutkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud itu kepada Khai. Kata Farhah lagi, memberikan salam dan bersalaman ataupun berjabat tangan ini memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan. Perbuatan sebegini boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah sesama umat Islam. Lebih-lebih lagi amalan salam dan bersalaman ini juga merupakan salah satu amalan Rasulullah SAW dan para sahabat. Malah bersalaman itu dituntut oleh agama pada setiap kali pertemuan.
Farhah juga ada membacakan hadis mengenai suruhan memberikan salam yang juga diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.
“Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah SAW bersabda : “Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam ke atasnya.”
[Hadis Riwayat Abu Daud]
Khai juga teringat sewaktu di sekolah dulu, ustazahnya ada menyatakan bahawa hukum memberi salam itu sunat manakala menjawab salam itu pula wajib. Iya. Dia masih ingat lagi tentang pesanan dan saranan guru-gurunya supaya membudayakan salam. Cumanya dia sekadar mengamalkan amalan itu ketika berada di sekolah sahaja. Di luar sekolah, terus hilang lesap segala nasihat dan pesan para guru. 

Wednesday, October 6, 2010

Berubah 5



Faizi menoleh ke arah gerangan yang menepuk perlahan bahunya. Dia baru sahaja selesai kelas Thermodynamic. Kelas terakhir untuk hari ini. Dijungkitkan keningnya yang tebal itu tanda menyoal. Aqil sekadar tersengih. Mereka beriringan berjalan keluar kelas.
“Bola jom petang ni.”
On.
“Kalau macam tu lepas Asar jumpa di tempat biasa ek.”
Okay!
“Lagi bagus kalau letak insya-ALLAH selepas okey tu.” Aqil menoleh ke sisinya sambil tersenyum. Tampak sungguh ikhlas senyuman itu di mata Faizi.
Erk? Terkena aku sebijik. Hambik engkau! “Insya-ALLAH.” Faizi sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Jumpa di padang nanti ya. Insyaa-ALLAH. Assalamu’alaikum.” Tangan diangkat dan terus berlalu.
Salam hanya dijawab di dalam hati. Sebenarnya dia masih tidak biasa dengan budaya salam itu. Matanya hanya memandang langkah Aqil yang semakin menjauh.
Dia tahu niat Aqil itu baik. Menegurnya ke arah kebaikan. Tiada pun riak mahu menunjuk-nunjuk pada wajah Aqil sewaktu menegurnya tadi. Alah, bukan dia rugi apa pun. Dia beruntung sebenarnya mempunyai rakan seperti Aqil itu. Yang berani menegurnya saat dia melakukan kesalahan.
Berada jauh daripada pandangan kedua ibu bapa ini membuatkannya bebas melakukan apa sahaja. Tiada mak untuk berleter. Tiada abah untuk member nasihat. Kawan-kawanlah yang mengantikan tugas mak dan abahnya di sini. Mereka sudah bagaikan satu keluarga. Saling mengingatkan dan saling membantu.



Masuk ke bilik terus sahaja dia menonong ke arah meja belajarnya. Sling bag yang tersangkut di bahu diletakkan elok di atas meja dan dia terus duduk di atas kerusi menghadap komputer. Dicari ID orang yang diingini.
Online ke tidak Khai ni.” Faizi mengomel sendiri.
“Aha!” Terus diklik pada ID itu yang berwarna kuning menandakan Khai juga sedang online saat ini.
AFaizi: Weh… malu gila tadi.
I’m_khai: Kenapa?
AFaizi: Macam kena lempar dengan bola hoki tu ke muka. Auch!
I’m_khai: Why?
AFaizi: Aqil tu la. Boleh dia cakap… “Lagi bagus kalau letak insya-ALLAH lepas okey tu.”
I’m_khai: Hahaahahaha….(dah gelak guling2 dah ni)
AFaizi: Ish kau ni… Aku malu tau… Boleh dia gelak pulak. Grrrr.
I’m_khai: Lain kali ikut la cakap Aqil tu.
AFaizi: Haila… Haila…
Kedengaran tawa halus yang masih tidak berhenti sejak mendengar cerita Faizi tadi. Muhammad Azrul Faizi, kawan merangkap BFF dia semenjak di bangku sekolah lagi. Rumah mereka sebelah-menyebelah sahaja pada waktu itu. Mereka berpisah setelah keluarganya berpindah ke Kota Rahman Putra. Keluarga Faizi pula berpindah ke Ipoh tidak lama selepas itu. Sejak itu mereka terputus hubungan.
Tidak disangka Nur Aufa Khairina bertemu kembali dengan Muhammad Azrul Faizi ini sewaktu hari pendaftaran di INTEC hampir dua tahun yang lepas. Lebih memeranjatkan mereka rupa-rupanya berada di bawah program yang sama - Kejuruteraan Teknikal Korea!
Sewaktu mula-mula mereka bersua, dia terasa seperti mahu memeluk sahaja si Faizi itu. Gembira bukan kepalang. Nasib baik dia masih ingat lagi batas-batas agama ketika itu. Masing-masing pun sudah besar panjang. Mahu bersembang-sembang, bergurau senda seperti mereka kecil-kecil dahulu sudah tidak bolehlah. Tambahan pula, rasa kekok itu masih menebal dalam diri. Apa tidaknya, sudah lama tidak berbual mesra. Sudahnya mereka hanya berhubung menerusi Yahoo! Messenger sahaja. Awal-awal lagi Khai sudah beri amaran siap-siap kepada Faizi.
“Ingat! Orang lain tak boleh tahu kita dah lama kenal.”
“Kenapa macam tu pula?” Faizi sudah buat muka tak puas hati.
“Tak mahulah!”
 “Okay then. From now on, we are strangers.”
Deal.” Melebar senyum Khai apabila Faizi bersetuju dengan cadangannya itu.
Sejak itu mereka memang bersikap seolah-olah saling tidak mengenali antara satu sama lain. Lagipun bukannya ada orang syak apa-apa. Faizi belajar dan menetap di Perak. Dia pula di Selangor. Pastilah tidak ada orang yang syak kan?
Mereka mula menjadi semakin rapat sewaktu belajar bahasa di LEI. Semuanya bermula setelah dia mendapat anugerah kecemerlangan bahasa Korea. Perhubungan itu masih diteruskan sehingga kini. Khai sendiri pun tidak mengerti mengapakah dia masih terus berbual mesra dengan Faizi di alam maya. Apa yang dia tahu, dia berasa senang berborak dengan Faizi. Itu sahaja. 

Monday, October 4, 2010

Lewat...lambat..late...늦다.

Salam alaik~

Apa perasaan bila terlewat nak pegi kelas?Kalut?Gelabah?Tak sempat nak mandi?(huhu...jgn amalkan selalu yang ni ye)

Lagu Tired of Waiting nyanyian 2PM bergema membingitkan telinga.
"Ish..bunyi apa la ni?Ganggu aku nak tidur je..."Rungutan tercetus dari ulas bibirnya.
"Wani oi...tutup la alarm kau tu..Aku nak tidur pun tak senang tau.."Kedengaran pula suara dari bawah.Ye la..dah katil double decker.Sorang dok bising-bising membebel kat bawah.Sorang lak dok merungut-rungut kat atas.Elok la tu.

"Hmm..erm.."Itu je yang kedengaran.
Selang 5 minit kemudian Tired of Waiting kedengaran lagi.Kawan kat bawah dah bengang.Ditariknya bantal menutup muka dan telinga.
"Ish..dah la aku baru je tidur lepas subuh tadi.Alarm dia pulak nak membingit.Bukannya nak bangun..."Bantal ditekan makin rapat ke muka.

20 minit kemudian...
"Arghhhhhhhh!!!!"
Bergema tingkat 7 Kolej Seroja dengan jeritan dari bilik 701.
"Dah pukul 9.Alamak...aku dah lambat.Habis la kena torture dengan Dr.Aina nanti.Adoiyai..."
Kelam kabut dia bangun dari katil.Di tolak selimut ke tepi.
"Ouch"Kepala terhantuk syiling.Lupa diri berada di katil tingkat atas.
"Tak yah mandi la..dah lambat.."Selepas basuh muka dan gosok gigi..terus disarung tudung dan disambar beg dan buku-buku di atas meja.Dihempas pintu bilik kuat.Geram dengan diri sendiri sebab tak sedar alarm bunyi.
"Dah lambat..dah lewat..i'm late..늦었어..Habis la aku..."Habis keluar segala bahasa...

Begitulah suasana atau situasi bila terlewat ke kelas..kalut..gelabah..Takut markah kehadiran kena tolak.Takut kena marah dengan lecturer.Macam-macam lagi la kan..

Bagaimana pulak kalau terlewat solat?Macam tu jugak ke keadaan kita?Hmm...

"Wani"
"Hmm"Mata masih khusyuk menghadap laptop.Membaca e-novel.'Best cite ni ni..takpe la..tak dapat baca novel..baca e-novel pun jadi la..'
"Kau dah solat asar ke?Jom solat sama..dah azan dah tu.."
"Kau solat la dulu..Aku nak baca ni jap"Mata masih tak lepas daripada skrin lappy comel tu.Pertanyaan roomate dibalas acuh tak acuh sahaja.
"Jom la wei..Tinggal la dulu lappy kau tu.Lepas ni boleh baca lagi cite tu ha."
"Kejap la.Kau nak cepat,gi la solat dulu..Kejap lagi aku solat la..ish.."Nak main paksa-paksa lak..Aku tau la nak solat nanti.Bukan baru semalam solat.
"Lantak kau la Wani oi..Solat awal waktu la dapat banyak pahala."Malas nak layan budak degil camni..
"Hmm"Ada lagi 5 episod nak habis cite ni ni..Best222...Habis baca ni aku solat..hehe..
Sejam kemudian...
Wani masih tercongok depan laptop.Masih membaca.Rajin betul membaca..Kalau baca buku pelajaran takpe la jugak.Ni dok menghadap e-novel tu.Walhal kat blog tu penulis siap bagi amaran lagi.."Assalamu'alaikum..Sudah menunaikan kewajipan anda?takpun yang ni..
Bila baca here,please do not discount ur kerja,ur solat time,ur belajar time,ur office time,dengan hanging around kat sini...i've the saham oso..make it good=)
Dah terang lagi bersuluh kan?(Dah la terang,siap suluh lagi..dah tentu terang-benderang kan)Dah trang tang tang the writer remind you about your 'tanggungjawab'.Nak deny lagi?
Tapi tu la..Si Wani ni(sapa2 je la kan..termasuk la saya jugak..) tak nak concern tentang ni.

2 jam berlalu...Sayup-sayup kedengaran azan Maghrib berkumandang dari masjid yang berdekatan dengan Kolej Seroja.
"ALLAH,asar tak solat lagi.."Maghrib dah masuk dah pun..
"Baru nak ingat kat ALLAH ke Wani?"Ayat perli dari roomate..
"...."Diam tak terkata.Kepala macam kena hempap batu..
"Kalau lewat ke kelas kau kalut sangat.Ni lewat solat,buat dek je.Siap boleh burn lagi solat tu."
"Aku........."Tak tahu nak kata apa..
"Wani..hidup kita ni,takde makna kalau tak ikut perintah DIA.Siapa kita nak lawan perintah DIA?Segala-gala yang kita miliki ni,kurniaan DIA.ALLAH tak rugi pun kalau kita buat apa yang DIA suruh,sebaliknya kita yang rugi."
Dicapainya tangan si sahabat.Dielus lembut tangan itu sambil merenung wajah sahabat yang jelas mendung itu.
"Aku sayangkan kau.Aku tak nak kau terus-terusan macam ni.Aku nak kita sama-sama berjumpa di syurga sana.."
Manik-manik halus dah bertali arus berlari laju dari lekuk pipi si teman.Dipeluknya teman yang jelas sudah menyedari kesalahan diri.
"Lewat ke kelas,kita kena marah dengan lecturer.Lewat solat,ALLAH marah..Di dunia lecturer boleh denda kita..markah kena tolak..Di akhirat?Kita tak tahu macam mana keadaan kita kat sana,Wani..."

****
Fikir-fikirkanlah...Peringatan untuk diri saya jugak.Sama-samalah kita mengingatkan .
Jangan lewat-lewatkan solat...Jangan lebihkan urusan duniawi daripada urusan ukhrawi..Insya-ALLAH..Sama-samalah kita perbaiki diri..
p/s:Maaf jika tulisan di atas agak keterlaluan..Yang baik datang dari ALLAH..yang buruk dari dari saya sendiri...Yang baik ambil..yang buruk moga dapat diperbetulkan..Insya-ALLAH..

Adik..Happy Birthday^^

Assalamu'alaikum...

4 Oktober 2010...tarikh hari ni la kan..even xsampai sejam lagi dah nak bertukar jadi 5 Oktober 2010.huhu...

Adik,selamat ulang tahun kelahiran ke-16.Sori la..kakak x mesej or call hari ni..tapi dah wish birthday in advance kan jumaat baru ni?Hadiah?hehe..insya-ALLAH ada..tapi kena tunggu kakak balik dulu la ye..

Selamat hari lahir adikku sayang...Moga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki..Moga membersar menjadi anak yang solehah kepada Ummi dan We,menjadi hamba ALLAH yang taat dan patuh kepada-NYA..Menjadi kebanggaan kami semua..insya-ALLAH...

Esok final exam kan?Jawak molek exam.Usaha dan kemudian serahkan kepada-NYA..
Dapat result bagus,kakak bagi hadiah ok?hehe..insya-ALLAH..