Thursday, March 31, 2011

Inna Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Roji'un

Assalamu'alaikum wbt.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta, jiwa & buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’.(sesungguhnya kami milik ALLAH & kepada-NYAlah kami kembali.) Mereka itulah yang memperoleh ampunan & rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al-Baqarah,2:155-157).

Minggu lepas saya ada meletakkan ayat di atas pada status facebook saya. Dua hari lepas, kami mendapat emel daripada PPMK memaklumkan yang ibu kepada Presiden PPMK;Muhammad Halmi sedang sakit tenat. Tidak lama selepas emel pertama, emel kedua pula menyusul memaklumkan yang ibu beliau telah kembali ke rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan diberkati ALLAH.Al-Fatihah.

Berikutan emel yang diterima, ramai la kawan-kawan bagi kata-kata semangat di facebook Halmi. Ada kata-kata yang menarik perhatian saya dan room-mate. Ucapan tersebut ada menyebut 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un' dan mendoakan semoga ibu Halmi sihat kembali serta semoga dia tabah dan sabar menghadapi dugaan.

Room-mate saya ada cakap. Kata-kata 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un' itu mungkin akan menyebabkan berlakunya salah faham. Kenapa? Kerana bagi sesetengah orang, mereka menganggap perkataan itu diucapkan apabila menerima khabar kematian sahaja. Room-mate pun cerita la kisah dia. Ada kenalan dia sakit. Dia pun ucapkan la 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un' dan semoga kenalannya itu cepat sembuh. Kemudian kawan dia bagitahu yang dia just sakit je. Belum meninggal lagi. Selepas kejadian itu, room-mate dah jadi takut untuk ucapkan begitu apabila mendengar sesiapa ditimpa musibah.

Mentaliti orang ramai, orang Melayu khususnya: Ucapan 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un' itu hanya untuk kematian. Sedangkan hakikat yang sebenar, ucapan 'Inna lillahi wa inna ilahihi roji'un' itu boleh diucapkan dan perlu diucapkan apabila ditimpa musibah.

Untuk itu, jom ubah mentaliti kita. Setiap kali ditimpa musibah sama ada diri sendiri atau orang-orang sekeliling, ucapkanlah 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un'. Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada ALLAH-lah kita kembali.

No comments: