Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Summer class sudah tamat pada 8 Julai 2011. Sekarang sedang berdebar-debar tunggu result keluar. :(
Semalam, 9 Julai 2011, Sabtu. Seawal jam 11 pagi, eceh awal la sangat kan kami bertolak ke DMU untuk menghadiri meeting. Actually meeting pukul 3 petang. Kiranya memang kami keluar awal 4 jam sebelum meeting la. Rancangnya paling lewat pun pukul 12.30 tengah hari dah sampai DMU dah la. Namun, sebaik-baik perancangan adalah perancangan ALLAH Yang Maha Kuasa. Jadinya semalam, ALLAH takdirkan perjalanan ke DMU yang biasanya cuma mengambil masa sejam menjadi hampir 2 jam. Dari Sungkyunkwan ke Sadang sahaja sudah memakan masa 40 minit. Jalan jammed teruk semalam. Kena berdiri pulak tu! Lenguh kaki.
Dari Sadang ke Sindorim naik subway. Dalam subway tu, ditakdirkan kami berjumpa seorang pak cik. Dia fasih berbahasa Melayu Indonesia tau! Dia kadang-kadang membahasakan dirinya 'Om' dan kadang-kadang 'saya'. Saya ingin kongsikan perbualan kami dengan 'Om'.
******
Sebaik sahaja subway ke Sindorim tiba, kami terus melangkahkan kaki ke dalam perut subway. Tempat duduk yang penuh, membuatkan kami terpaksa berdiri. Tidak lama kemudian, masuk seorang pak cik sambil membimbit sebuah beg yang agak besar; kelihatan seperti orang kaya-kaya. Memakai sepasang sut dan kemas bergaya.
Om : Orang mana? Malaysia?
Nisaa : Malaysia.
Om : Owh, Malaysia. Siswa ya?
Nisaa : Apa pak cik ni cakap? (Berbisik pada saya)
Saya : Entah...tak berapa jelas sangat. (Muka blur..recall balik pak cik ni cakap apa)
Om : Siswa? M.A.H.A.S.I.S.W.A.... atau datang sini jalan-jalan?
Saya : Owh...mahasiswa...a'ah..kami siswa..( Alamak ai...dah lama tak dengar perkataan 'mahasiswa' ni..)
Om : Bagus.Bagus.
Kami : Sekadar tersenyum. Malu-malu...
Om : Kamu tahu berbahasa Korea?
Saya : Tahu tapi tak pandai sangat la..
Om : Tidak perlu pandai bahasa Korea. Belajarlah bahasa Cina. Kamu tahu bahasa Cina, kamu boleh belajar bahasa Korea dan bahasa Jepun dengan gampang sekali. (Sambil kedua-dua tangannya digawang-gawangkan ke hadapan. Seolah-olah menekankan tidak penting mempelajari bahasa Korea.)
Kami : Sekadar tersenyum. Tidak tahu mahu katakan apa.
Om : English? Kamu pandai English?
Saya : Tahu.
Nisaa : Pandai.
Om : Baguslah. Tentu kamu fasih sekali berbahasa English. Bahasa English dan Cina bahasa antarabangsa. Bagus jika tahu keduanya.
Kami : Berpandangan sesama sendiri sambil berbalas senyum.
Om : Universitas di mana?
Nisaa : Sungkyunkwan Universiti.
Om : Owh, Sungkyunkwan Universitas...Baguslah. Ambil pengajian apa di universitas?
Nisaa : Engineering.
Om : Owh. Apa pengkhususannya?
Nisaa : Saya, chemical engineering.
Saya : Saya, electrical engineering.
Om : Anak saya seorang pensyarah. Dulu, waktu dia kecil-kecil saya selalu mengatakan dia bodoh...(Dia tergelak)
Kami : Turut tergelak sama.
Om : Berapa lama tinggal di sini?
Nisaa : Lagi 2 tahun.
Saya : A'ah..2 tahun...
Om : Nanti kamu akan jadi separuh Korea.
Kami : Oho..tidak mungkin...( Menggeleng-gelengkan kepala)
Om : Ini dipanggil apa? (Sambil diunjukkan tangannya ke arah tudung yang elok tersarung di kepala kami)
Nisaa : Hijab.
Om : Oh...(Sambil kepalanya terangguk-angguk.) Kamu...muslim ya? (Sambil sebelah tangannya meletakkan beg yang dibimbit sedari tadi dan tangan yang sebelah lagi ditudingkan ke arah kami berdua)
Kami : Ya..muslim ( Menjawab hampir serentak)
Om : Saya tidak boleh menjadi muslim. Muslim kena solat. 5 kali sehari. Saya seorang yang malas. Jadi saya tidak boleh muslim. Muslim kena berpuasa. Mati saya kalau berpuasa. Tidak makan dan minum. ( Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.)
Kami : Mengulumkan senyum. Hendak tergelak sebenarnya.
Saya : Tidak akan mati hanya disebabkan berpuasa! Tidak mungkin terjadi begitu. (Eceh..aura indon sudah keluar. hah ha. Merasakan perlu dijelaskan, puasa tidak mungkin akan mengakibatkan kematian. Mustahil!)
Om : Ibu saya, Buddha. Saya, tidak boleh Buddha. Setiap kali buat salah akan dipukul di pergelangan tangan. Saya tidak mahu dipukul. Saya tidak boleh Buddha.
Kami : Owh...
Om : Saya tidak boleh Hindu. Hindu solat 2 kali sehari. Saya boleh solat 2 kali sehari. Tapi Hindu setiap kali solat perlu guna bunga. Di sini, musim sejuk tiada bunga. Jadi saya tidak boleh Hindu.
Kami : Saling berpandangan. Hampir terburai ketawa namun ditahan..
Om : Tapi jangan kata saya tiada agama. Saya ada agama. Saya cipta sendiri agama saya. Nama agama saya ..... ( tidak dapat menangkap nama agama yang disebut Om) (Dia kelihatannya bangga dengan agama yang diciptanya itu)
Kami : Oho...
Om : Kamu muslim, kena hormat semua agama. Tidak boleh tidak hormat.
Saya : Kami sebagai muslim, memang kami menghormati semua agama.
Om : Iya.Iya. Seharusnya begitulah. Kamu solat 5 kali sehari?
Saya : Iya. (Sambil mengangguk-anggukkan kepala)
Om : Jangan bohong...(kelihatannya begitu sangsi dengan jawapan saya.)
Saya : Betul la...
Om : Kamu punya pacar ? ( Ditujukan kepada kami berdua.)
Nisaa : Takde. (Sambil menggeleng-gelengkan kepala)
Saya : Tiada. (Turut menggeleng-gelengkan kepala)
Om : Jangan bohong...(Pandangan sangsi seperti tadi) Berapa umur kamu?
Nisaa : 22. (Sambil menayangkan tanda peace) (Itu umur Korea ye. Harap maklum)
Om : Masakan umur 22 masih tidak punya pacar? Bodoh kamu.
Saya : Ngakk apa-apa kok tidak punya pacar. Ada pacar menyusahkan saja. (Penuh emosi.Hamboi-hamboi..sesuka suki dia je kata kami bodoh sebab takde pakwe? Tidak boleh diterima)
Om : Punya pacar di Malaysia?
Nisaa : Tidak.
Om : Carilah. Ada orang Korea ajak kamu berpacaran?
Kami : Takde. ( Kalau ada pun taknak...hah ha!)
Om : Kenapa? Tidak mahu berpacaran sama orang Korea? (Buat muka pelik dan tak faham)
Nisaa : Tak mahu.
Om : Jangan pacar sama rakan satu universitas ya.
Kami : Buat muka pelik. (Tadi bukan main suruh 'pacar'. Sekarang tak bagi 'pacar sama kawan satu universitas' pula. Pelik di situ)
Om : Kamu...moyang..moyang..moyang kamu asal dari China. Ada orang Korea yang kata kamu berwajah seperti orang Cina? (Ditujukan soalan khas kepada saya)
Saya : Erk? Tiada. (Bila masa pulak la moyang punya moyang dari China ni? Melayu tulen ok!)
Om : Tiada? Saya nampak kamu seperti orang Cina. (Kelihatan kurang percaya)
Om : Kamu minum beer?
Saya : Tidak. Muslim tidak minum beer.
Om : Baguslah. Jangan minum. Itu tidak bagus. Mahasiswa yang minum beer itu bodoh. Bikin kepala pusing saja.
Saya : Jadi, kamu tidak minum beer?
Om : Saya sangat suka minum beer. Arak. Saya selalu mabuk.
Kami : Owh. (Bagusnya. Dia larang kami minum...=))
Om : Saya tinggal di Indonesia 25 tahun. Pernah pergi Bali?
Nisaa : Tak pernah.
Om : Om tinggal di sana.
Saya : Buat apa di sana? Kerja?
Om : Tidaklah. Jalan-jalan.
Saya : Jalan-jalan? Bukan kerja?
Om : Iya. Jalan-jalan. Bapa saya seorang yang sangat kaya. Jadi saya terpaksa buang duit dia. (Diulang ayat itu berkali-kali. Begitu bangga mungkin.)
Kami : Oho...
Nisaa : Kami nak turun kat sini. (Memaklumkan kepada Om apabila subway sudah menghampiri Sindorim Station)
Om : Mahu turun di Sindorim? Saya juga mahu turun di sini.
Kami : Oh. Ok.
Kami sama-sama turun. Keadaan yang sesak membuatkan kami berdiri sekejap sementara menunggu giliran untuk menaiki eskalator untuk keluar.
Om : Jumpa lagi ya! (Sambil melambai-lambaikan tangan kepada kami)
Kami : Ya. Jumpa lagi! (Membalas lambaian Om sambil tersenyum)
******
Pengalaman yang sangat-sangat menarik! Biasanya kami selalu berjumpa dengan orang Korea yang menegur kami untuk menyebarkan dakyah Kristian mereka. Namun tidak pada kali ini. Pak cik ini fasih berbahasa Melayu dan sepanjang perbualan kami berbahasa Melayu dengannya! Sehinggakan penumpang subway yang lain melihat kami dengan pandangan yang pelik.Yang lagi istimewanya, pak cik ini tidak mempercayai hampir kesemua agama. Namun dia amat menghormati setiap agama. Malah siap menasihatkan kami supaya jangan minum arak! Bagus~Jarang nak jumpa orang Korea macam ni tau. Biasanya mereka siap promote suruh minum lagi. Cakap rugi kalau tak minum. Heh. Rugi la sangat. Mabuk-mabuk itu bukannya baik pun...
Happy jumpa pak cik yang memahami. Kalau selalu jumpa orang macam ni kan bagus..heheh.
Selalu jumpa dengan mak cik yang asyik suruh buka tudung je. Teringat 2 minggu sudah. Di bus stop Sindorim untuk ke DMU.
Mak cik : 더우니까 벗고 다녀... (Panas ni. Buang je la tudung tu...)
Saya : 아니요. 괜찮아요 . ( Tak panas pun. Ok je...)
Mak cik : 덥잖아...벗고 다녀야지... (Panas la...bukak je la tudung tu..) 자기 나라에서 이런 것을 입어야 지? 자기 나라 아니라서 벗고 다녀! (Pakai ni sebab kat negara sendiri pakai macam ni kan? Sekarang kan kat Korea. Bukan negara sendiri dah pun. Buang je la!) < Nada marah-marah. Siap tarik sikit tudung yang saya pakai...>
Saya : 안 돼는데요. 괜찮아요. (Mana boleh macam tu. Pakai pun ok je.)
4 comments:
beruntung kan Allah tempatkan kita di negara non-Muslim. kita jadi lebih menghargai dan memahami agama yang dipeluk ini. juga dapat menilai wajah Islam melalui kaca mata mereka lantas menumbuhkan idea-idea bagaimana untuk memberi pehamaman/berdakwah kepada mereka secara langsung dengan lebih mudah.
alhamdulillah.
:)
Alhamdulillah..ALLAH pilih kita untuk merasai keberuntungan itu. Insya-ALLAH,moga-moga kita dapat memahami dan menghargai agama yang dipeluk ini.
Imej Islam itu terletak pada kita sekarang. Jadinya kita perlu betul-betul menjaga imej tersebut. Mereka akan menilai bagaimana muslim itu dengan hanya melihat kepada sikap dan perlakuan kita. Agak berat. Insya-ALLAH, sama-sama tunjukkan contoh yang terbaik untuk mereka. Dalam masa yang sama berusaha tingkatkan diri.
tak tahan tu kata bodoh kat kita sesuka hati dia je.huhu..semata2 sebab kita tak sama dengan remaja sekarang yang mostly dah ada pakwe...
tu la pasal..sesuka hati dia je kata kita macam tu..kami cerdik tau om. sebab tu kami takde pakwe...kan2?
kami nak pacar dengan yang halal je. yang tak halal ni tak main la...hihi^^
Post a Comment