Sunday, August 28, 2011

Bingkisan Rindu Dari Malaysia =)

Assalamu'alaikum wbt.

Balik je dari rumah pagi tadi, ada stick note terlekat di monitor desktop. Tengok-tengok notis pemberitahuan ada bungkusan yang perlu diambil di pejabat pos. Hari ni hari Ahad, pejabat akan buka pukul 9 pagi. Masih awal untuk keluar. Sambil-sambil check email, tengok-tengok Facebook, jenguk-jenguk Twitter, terjah-terjah blog, alih-alih dah pukul 10 pagi. Terus bersiap untuk ke Suwon Post Office.

Tak pernah pun pergi area Suwon Post Office ni. Kiranya kehadiran parcel ni dah membuatkan saya berjaya explore kawasan sekitar Sungkyunkwan University. Ingatkan kena la pergi Suwon Station. Rupa-rupanya naik bas je. 5 stesen dah sampai Suwon Post Office.

Tengok pada notis tadi, saya sudah jangka daripada siapa. Patut la sibuk dok mesej minta alamat pun. Katanya nak bagi kad raya. Alahai..sweet la awak :)

Sebelum ni pun saya macam dah dapat hint yang menyatakan bahawa parcel sudah dihantar. Hintnya bila awak tujukan lagu Bingkisan Rindu tu kat saya. *Pandai tak saya teka? Ngee~* Comel je lagu tu. Memang senyum tak lekang la dari bibir bila dah dapat pegang parcel comel tu.^^
Sampai je kat rumah, tak menyempat dah selongkar isi parcel comel tadi. Tadaaa~ Ada tudung biru firus, paper beg biru laut berisi kuih raya, dan sepucuk surat chenta :P
Memang suka la warna tudung tu. Sekali pandang sudah jatuh cinta. Cinta pandang pertama orang kata. *Ingat dekat orang je ke boleh jatuh cinta pandang pertama? Jatuh cinta dekat benda pun boleh la..:P*

Saat membaca surat chenta, terletus bunga tawa. Apa yang lucu pun saya tak pasti. Mungkin sebab gembira sangat kot.

"All the best for your new semester. I guess that you are in a lecture on the day of hari raya. Am I right? Put a lot of efforts as much as you can on your studies. DIA sentiasa ada untuk membantu. Insya-ALLAH."

Thanks for the wishes, dear. Insya-ALLAH, I'll do my best. Do pray for me, ey.

Thanks for everything, darling. Thanks for being nice to me. Thanks for being my ears to listen at, thanks for being my shoulder to cry on, thanks for being my sister. I really appreciate it.

Kak Long pun nak minta maaf kalau ada salah silap. Ada tutur kata yang mengguris rasa, ada ulas senda yang menggaris luka, ada tingkah yang tersilap langkah. Same goes to me. Andai masa berfacebook-ing, berchatting, bermessaging ada salah dan silap di mana-mana. Harap jangan disimpan di dalam hati. Maaf atas segalanya. Halalkanlah kesemuanya.

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Insya-ALLAH, panjang umur dan diizinkan-NYA, tahun depan kita jumpa ye. Ok, I wanna confess something to you. I miss you like a dessert misses the rain, dear =)

p/s : I said the same word to you, right Fatin dear? Tak sabar jugak nak jumpa dengan awak. :)
Jom buat reunion dengan kak Mimi sekali nak tak nanti?

No comments: