Thursday, September 1, 2011

Eid Mubarak!

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ramadhan sudah 3 hari berlalu. Syawal juga sudah 2 hari bersama-sama dengan kita. Hari ini sudah masuk 3 Syawal 1432H. So, how was your Ramadhan? And how was your 1st Syawal?

Moga-moga Ramadhan yang berlalu pergi meninggalkan banyak rahmat dan perubahan dalam diri kita. Semoga Syawal yang kunjung tiba membawa banyak rahmat dan masih kekal dengan perubahan yang ditinggalkan Ramadhan. Insya-ALLAH.

Tahun ini, 30 Ogos 2011 bersamaaan 1 Syawal 1432H merupakan kali ketiga saya dan rakan-rakan batch 9 berhari raya di perantauan. To be specific, celebrating Eid Mubarak in South Korea. Seperti tahun-tahun yang lepas, seluruh penduduk Malaysia yang ada di sini akan ke Kedutaan Besar Malaysia untuk solat sunat hari raya Aidil Fitri seterusnya menyambut perayaan di sana.

Cuma bezanya tahun ini tidak semeriah tahun-tahun yang lepas. Almaklumlah, ramai yang pulang ke Malaysia untuk menyambut 1 Syawal bersama-sama dengan keluarga tercinta. Walaupun sudah ada beberapa buah universiti yang sudah memulakan kelas pada 29 Ogos. Termasuk universiti saya.

Alhamdulillah. Kami mendapat surat kebenaran dari pihak Kedutaan Besar Malaysia untuk tidak menghadirkan diri pada 30 Ogos bagi meraikan Aidil Fitri di kedutaan. *Apa lagi. Take that chance la kan...sudahnya hari tu 'ponteng' 3 kelas. hihi*

Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada awak semua. Ya, kepada awak semua. Terutama sekali kepada awak yang sedang membaca sekarang ini. Kemaafan dipohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Andai ada tersalah dan tersilap di mana-mana, terkasar bahasa, terasa dengan tulisan saya, terguris hati dengan kata-kata ataupun dengan perbuatan saya, maaf zahir dan batin. Saya tahu, saya banyak khilafnya. Harapnya awak semua memaafkan segala kesalahan saya. Insya-ALLAH, segala kesalahan awak semua sudah saya maafkan. Insya-ALLAH saya takkan simpan di dalam hati.

Semoga Ramadhan yang berlalu meninggalkan seribu satu kenangan dan kebaikan kepada diri kita semua. Semoga setiap perubahan pada diri dan amal yang kita lakukan sepanjang Ramadhan yang lalu masih lagi diteruskan pada Syawal ini dan 10 bulan yang mendatang. Insya-ALLAH.

Jom sama-sama berpuasa 6 di bulan Syawal yang mulia ini. :)

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).

Nota kaki : Sudah merindui Ramadhan yang baru berlalu pergi. Harapnya tahun hadapan ALLAH masih panjangkan umur untuk bertemu dengannya lagi. Akan terus berusaha dan istiqamah dalam beramal biarpun Ramadhan telah berlalu. Insya-ALLAH. Sungguhlah bagai dikata, jihad melawan nafsu itu sangat sakit... :(

P/S : Selamat memulakan semester baru kepada semua pelajar di Korea Selatan khususnya dan tidak lupa kepada sesiapa sahaja yang akan memulakan semester baru selepas bercuti panjang.

Here goes Eid Mubarak pics :)

Bersama Kak Sumayyah, hari ini akan kembali ke Malaysia; back for good. We'll gonna miss u, sis!

Ini sahaja girls of batch 9 yang tinggal. 12 out of 26! Yang lain seronok beraya Malaysia. :P

Warga Suwon yang tinggal. 3 from Sungkyunkwan University dan 1 from Ajou University.


With 3 pinky-pinky girls except for me and Kak Attiya. :D


4 comments:

~musytaquljannah~ said...

akak bukan warga suwon ke?hee..~akak pun xbalik jgak..^^

Nadzipah said...

hoho..mintak maaf banyak2...huhu...

maksud saya warga suwon yang sama batch dan sebaya..huhu...

Rabi'ah Al Adaweeyah said...

alhamdulillah..

comel-comel semua adik-adik dalam gambar nih..

dah 3 tahun ek tak balik beraya? sabar-sabar, tak lama lagi dah bulih balik tu.. hehehe^^

salam aidilfitri dari kak wee.. ada rezeki, insyaAllah kita jumpa lagi.. kalau ada aktiviti akhawat tu, jangan lupa roger-roger kak wee deh.. (^__^)v

Nadzipah said...

yup, 3 tahun dah tak balik beraya ni ha. Insya-ALLAH, tahun depan buleh balik beraya di Malaysia :)

salam aidilfitri jugak untuk kak wee^^ Insya-ALLAH..ada rezeki, panjang umur bila-bila kita jumpa deh. Itu semestinya^^ Apa-apa hal kami mesti roger and out! heheh~