Wednesday, October 24, 2012

Esok Hari Arafah, tau. Jom Puasa Esok!

Assalamu'alaikum wbt.

Esok hari Arafah tau kawan-kawan. Jom kita pakat-pakat puasa esok! =]

Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata : "Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharam) dan tiga hari pada setiap bulan." 
[HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa'ie]

Berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) diampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. 

Berdasarkan hadis daripada Abi Qatadah ra berkata: telah ditanya Rasulullah SAW mengenai puasa pada hari Arafah, lalu baginda Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya,  "Diampunkan dosa tahun yang lalu dan diampunkan dosa tahun yang depan (selepas)." 
[HR Muslim]

Bagi mereka yang tidak berpuasa pada hari Arafah, tetapi menjamu makan (untuk berbuka) bagi orang yang berpuasa hari Arafah, pahalanya adalah sama seperti orang yang berpuasa pada hari tersebut. (Jadi jangan sedih-sedih ye siapa-siapa yang tidak dapat berpuasa esok disebabkan oleh keuzuran. :D)

Berpuasa pada hari Arafah disarankan kepada umat Islam yang tidak melakukan ibadah haji, manakala bagi muslimin dan muslimat yang sedang dalam haji atau berada di Padang Arafah, tidak disarankan berpuasa pada hari tersebut.

Apakah itu Hari Arafah? 

Hari Arafah atau 9 Zulhijjah merupakan antara hari yang sangat mulia di dalam Islam. Pada hari ini, jemaah haji berpusu-pusu ke Padang Arafah untuk berwuquf. 

Wuquf merupakan salah satu rukun haji yang perlu dilaksanakan oleh setiap jemaah haji. Jika meninggalkan wuquf, maka terbatallah ibadah hajinya.

Tujuan wuquf di Padang Arafah ini adalah untuk umat Islam memperingati dan menginsafi hari kebangkitan di Padang Mahsyar kelak.

Keistimewaan Hari Arafah

1. Pada hari Arafah, ALLAH SWT membanggakan para hamba-NYA yang sedang berkumpul di Padang Arafah di hadapan para malaikat-NYA. 

Nabi Muhammad SAW bersabda, "Tidak ada satu hari yang lebih banyak ALLAH memerdekakan hamba-NYA dari neraka pada hari itu daripada hari Arafah. Dan sesungguhnya ALLAH mendekat, kemudian DIA membanggakan mereka (para hamba-NYA yang sedang berkumpul di Padang Arafah) kepada para malaikat. 
DIA berfirman, "Apa keinginan mereka (akan KU kabulkan)?"
[HR Muslim]

Dari Aisyah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada satu hari di mana ALLAH SWT paling ramai membebaskan hamba-NYA dari neraka selain dari hari Arafah." 
[Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH SWT memuji mereka yang sedang wuquf di Padang Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka, "Lihatlah kepada hamba-hamba-KU yang datang kepada-KU." 
[HR Ahmad]
3
2. Hari mustajab doa. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa pada hari ini.

Dari Amr bin Syuaib bahawa Nabi SAW bersabda, "Doa terbaik adalah doa pada hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah 
'laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadir.' 
(Tidak ada sembahan yang selain ALLAH semata-mata. 
Tidak ada sekutu bagi-NYA, hanya milik-NYA semua kekuasaan, hanya milik-NYA semua pujian  dan DIA Maha Mampu atas segala sesuatu.)
[HR Tirmizi]

Lafaz Niat Puasa Hari Arafah :
"Sahaja aku berpuasa sunat pada hari Arafah esok hari kerana ALLAH Ta'ala." 


Komentar saya:
Ayuh, kita rebut peluang yang datang setahun hanya sekali ini! Semoga amal kita diterima ALLAH. Insya-ALLAH. 

Doa banyak-banyak ye esok. Selawat, tasbih, takbir dan tahmid juga banyak-banyak. Ucapkan juga ucapan terbaik itu - Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadir. 

Bersama kita berlumba-lumba meraih keampunan dan redha Ilahi. Insya-ALLAH.

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan rasul-rasul-NYA. Itulah kurniaan ALLAH, yang diberikan kepada siapa yang DIA kehendaki. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar." 
[Al-Hadid, 57:21]

Nota 1 : Selamat menduduki peperiksaan pertengahan semester musim luruh buat semua warga Korea Selatan. Err..dah ada yang habis exam pun kan? Hee. Apapun kuhembuskan doa di angin lalu buat kalian. Insya-ALLAH. =)

Nota 2 : Salam Aidil Adha buat semua. Jumaat ini seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Aidil Adha. Hayatilah nilai pengorbanan itu. Telusurilah kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail untuk mengenal erti pengorbanan yang sebenar. 

Insya-ALLAH, lepas exam saya akan perihalkan sedikit sebanyak yang saya tahu mengenai kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ini. Insya-ALLAH. 

Nota 3 : Semoga umat Islam yang berada di Tanah Suci saat ini mendapat haji yang mambur. Insya-ALLAH. 

Nota 4 : Semoga harapan, doa dan impian saya untuk ke Tanah Suci bersama Ummi dan We serta keluarga tercapai dan tertunai suatu hari nanti. Insya-ALLAH. Doakan ye. 

Mahu merasai sendiri haruman dan gemeresik rasa berada di Tanah Suci. ALLAH, rindunya. Sampaikanlah kami Ya ALLAH ke Tanah Haram-MU itu. Ameen, Ya Rabb. 


No comments: