Salam alaik~
Syukur pada Yang Maha Esa,kita semua masih diberi kesempatan untuk menatap alam ini lagi.Alhamdulillah...Kepada yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini..Moga amal anda semua berkadar langsung dengan pertambahan usia anda..Sedar tak sedar usia kita pun bertambah dari sehari ke sehari.
Saya baru je membaca blog FH Fansuri Maryam Ibtihal bab 4.Saya tertarik dengan topik hati yang menjadi perbualan Maryam Ibtihal dengan Aizudin.
Ini antara petikan perbualan mereka yang saya dah edit sikit tapi isinya tetap sama..
"Berhati-hatilah menjaga hati..."Din berbisik perlahan.
Bisikan itu biarpun perlahan mampu menampan pendengaran Maryam."Berhati-hatilah menjaga hati?"
"Ya..berhati-hatilah menjaga hati.Senior Din selalu pesan macam tu.Berhati-hatilah menjaga hati.Masinnya air laut masih tidak mampu menyerap ke dalam ikan yang hidup di dalamnya..Tapi bila ikan itu dah mati.Secubit garam sudah mampu membuatkan ikan itu masin.Begitu jugalah dengan hati kita.Hati yang hidup begitu sukar untuk dinodai.Hati yang mati amat mudah untuk dipengaruhi...Jadi kita kenalah berhati-hati menjaga hati."
Maryam tersentak dengan kata-kata Din.Bagaimana dengan hati aku?Sudahkah aku menjaga hati aku?Tanpa sedar jiwanya merintih...Manik-manik jernih begitu mudah mengalir..
Bukan sahaja Maryam yang tersentuh dengan kata-kata Din,malah saya yang membaca ni pun terkedu...terpaku..terpana...Tanpa saya sedar juga,air mata mengalir..huhu..Serasa selama ini hati saya tidak dijaga dengan sebetul-betulnya oleh tuannya sendiri.
Saya teringat pada hadis Qudsi yang bunyinya lebih kurang begini,"Di dalam diri manusia ada seketul daging.Jika baik daging itu,maka baiklah jasadnya.Jika buruk daging itu,maka buruklah jasadnya.Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati."
Jadi bagaimana dengan hati saya?Baikkah?Burukkah?Atau dipenuhi dengan tompok-tompok hitam yang makin menghakis kesuciannya?
Hati perlu dijaga.Saya tahu..tapi bagaimana?Solat saya selama ni macam mana?Sudah betul-betul terjagakah?Dilakukan di awal waktu atau sebaliknya?Wudhu' saya selama ini sempurnakah?Tudung yang saya katakan untuk menutup aurat ini sempurnakah?huhu..memikirkan semua ini,makin saya rasakan banyak lagi yang perlu diperbaiki..
Insya-ALLAH,marilah sama-sama kita menjaga hati kita.Saya tahu,saya pun masih banyak lagi yang tidak sempurna dan perlu diperbaiki..tapi tak salahkan kita mengingati sesama kita?Berubah itu senang,untuk kekal di dalam perubahan itu sukar.Namun marilah kita berusaha untuk berubah dan berusaha untuk kekal dengan perubahan yang kita lakukan.Insya-ALLAH..
Wednesday, September 29, 2010
Friday, September 24, 2010
Siapa Idola Awak?
Salam alaik~
Saya tertarik dengan kartun ni.Terima kasih pada ikomik sebab berkongsi pelbagai kartun yang mampu menyedarkan dan membuka mata para pembaca.
Tadi tengok video kat facebook yang menceritakan pasal ummat akhir zaman.(Credit to Nisaa coz share the video with me).Pernah tengok rancangan Halaqah ni masa cuti baru ni.Bagus.Dalam rancangan tu encik yang bercakap tu ada cakap anak2 zaman sekarang ni lebih mengagung-agungkan artis dan menjadikan artis2 tu sebagai idola diaorang.Kenapa tidak kita jadikan Rasulullah SAW sebagai idola kita?Saya pun terasa gak.huhu..Baru terfikir,kenapa bila orang tanya "siapa idola anda?"Kita tak jawab Nabi Muhammad tapi kita jawab nama2 lain.huhu..

Wednesday, September 22, 2010
Alkisah : Lelaki vs Perempuan
Salam alaik...
Saya dapat ni kat emel.Macam menarik lak nak kongsi.Sama2 kita ambil iktibar ye..selamat membaca...selamat muhasabah..^^;
*****
Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan
"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..... Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."
***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".
**** PENONTON TERCENGANG! ****
"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya... "
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
‘Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "
**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"
(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )
**** TUKAR CHANNEL BALIK ****
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. "Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan."
6 : 104. "Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu). "
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."
**** BLACKOUT, TUTUP TV ****

Saturday, September 18, 2010
Berubah 4
Jari jemarinya masih setia berlari-lari di atas dada papan kekunci komputer
ribanya sedari tadi. Matanya sudahpun terasa kabur dek kerana terlalu lama
menghadap skrin laptop. Patah-patah
perkataan di dada laptop itu pun
sudah berbalam-balam pada pandangan matanya. Cermin mata dilurutkan dari pangkal
hidung. Tangan diregangkan.Tidak cukup dengan itu dia bangkit sekejap.
Menggeliat malas bagi meregangkan seluruh badan. Lega sungguh rasanya.
Kedengaran pintu bilik dikuak dari luar. Terjegul wajah kak Maryam dari
balik muka pintu yang dikuak tadi. Senyuman terukir cantik dari wajah lembut
itu.
“Baru habis kelas ke kak Maryam?”
“Haah.” Kak Maryam melangkah masuk lalu duduk di birai katil. Melepaskan
lelah.
“Tumpang duduk sekejap ya, Khai.” Kak Maryam meminta izin sebelum
melabuhkan duduknya di birai katil setelah melihat anggukan daripada Khai.
Iyalah. Walaupun mereka sebilik, tetapi hak peribadi seseorang perlu dijaga.
Mana boleh main hentam keromo begitu sahaja. Perlulah meminta izin dahulu
sebelum menggunakan hak milik orang lain.
Jeda.
“Tengah siapkan assignment ke
Khai?”
“Ha. Rehat kejap. Dah penat menghadap kerja ni.”
“Rehatlah kejap. Ambil angin di luar ke sekejap. Lagipun dah petang ni.”
Khai hanya menggangguk mendengar saranan kak Maryam itu. Sememang
sepetang ini dia menghabiskan masa menyiapkan tugasan untuk subjek Creative Design itu. Sekejap dirujuk
carian Google, kemudian menaip maklumat di dada Microsoft Words. Selepas itu
dia melakar pula di kertas A4. Ada projek individu yang dia perlu siapkan
sebelum hujung minggu ini.
Sementelah hari ini dia tiada kelas pada waktu petang. Jadi peluang itu
diambil sepenuhnya untuk dia menyiapkan kerja projeknya itu. Esok memang
jadualnya penuh. Kelas bermula dari pagi hingga ke petang! Sebab itu dia mahu
menggunakan masa yang ada pada hari ini sebaiknya. Lagipun dia tidak suka
bekerja bertangguh-tangguh ini. Nanti bila sudah menimbun, kalut pula untuk
menyiapkan banyak kerja. Kerja pun menjadi kurang berkualiti nanti.
“Hmm…weekend ni Khai busy tak? Kalau tak busy, kak Maryam nak ajak pergi DMU.” Penuh berhati-hati kak Maryam
menuturkan kata. Tahu sangat dengan angin-ribut-taufan juniornya yang seorang ni. Cukup sukar untuk dijangka tindakannya.
Orangnya
memanglah nampak senyap sahaja. Namun air yang tenang tidak berkocak itulah
tempat buaya berdiam. Tapi dia tahu Khai ini lembut hatinya. Kalau kena dengan
cara boleh sahaja berceloteh bagaikan sudah kenal lama.
Sepanjan
mereka tinggal sebilik ini, dia perhatikan Khai sudahpun mampu berbicara dengan
baik dengannya. Tidak lagi bersikap acuh tidak acuh seperti sebelum ini. Alhamdulillah.
Perkembangan itu benar-benar membuatkan hatinya senang. Kini dia sudah tidak
perlu lagi memikirkan mengenai masalah komunikasinya dengan Khai. Sebelum ini
naik risau dirinya dengan sikap endah tidak endah Khai itu. Puas difikirkan
apakah puncanya Khai bersikap sedemikian dengannya dan rakan-rakan.
Khai memandang sekilas kak Maryam yang sudah beralih ke kerusi di meja
belajarnya. Siap memusingkan kerusinya menghadap Khai lagi. Itu tandanya kak
Maryam mahu mengajaknya berbual.
Ni ada apa pula ni. Jangan kata nak ajak aku pergi mana-mana sudahlah.
Kerja tengah banyak ni. Hati kecilnya sedikit memprotes pertanyaan kak Maryam
itu.
Sekilas planner dipandang.
Kosong. Ni nak cakap busy ke? Wan
cakap tak baik menipu. Haish… Khai mencongak-congak sendiri. Mahu berkata yang
tidak benar, tidak elok pula pada perkiraannya. Sudahnya dia hanya
menggeleng-gelengkan kepala.
“Erm…..tak ada apa-apa kot. Pergi DMU?...” Rasanya minggu ni PPMK tak ada
buat apa-apa aktiviti pun. Ini ada program apa pula ni? Tanya sajalah. Penat
mahu fikir.
“…Ada apa
kak Maryam?” Malas betul nak keluar. Sebetulnya dia tidak suka keluar sekadar
untuk suka-suka. Lebih baik dia stay
sahaja di bilik sambil menyiapkan segala tugasan yang ada. Paling tidak pun
boleh dia mengulang kaji pelajaran. Kalau nak ajak pergi shopping di Myeongdong ke… Itu lain ceritalah. Hihi.
“Ada party weekend ni di DMU.
Kalau Khai tak busy bolehlah join sekali.” Senyum dari bibir kak Maryam
masih tidak lekang sedari tadi. Moga dia tergerak hati untuk join, Ya ALLAH. Desisnya di dalam hati.
Party? Bunyi macam menarik saja program itu. Hihi.
“Okey la…boleh kot join. Nak
gerak pukul berapa?”
Syukur. Alhamdulillah. Moga KAU berikan dia hidayah, Ya ALLAH. Tidak
putus-putus kak Maryam mengucapkan syukur kepada ALLAH dan memanjatkan doa di
dalam hati.
“ Lepas Asar kita gerak ek. Tapi kita overnight di sana tau. Khai okey saja kan?”
Kening Khai sudah terangkat sebelah. Erk? Rasa nak tercekik pun ada.
Nasib baik tak makan ke minum tadi. Kalau tidak mahu tersedak dia dibuatnya.
“O…..” Nasib baik tadi dah
setuju. Kalau tidak…. “…kay.”
“Okay then. Kira jadi la ni
ek.” Selesai melafazkan kata kak Maryam terus bangun menuju ke muka pintu. Mahu
mengambil wudhuk barangkali memandangkan azan baru sahaja berkumandang dari speaker laptop milik Khai.
“By the way…” Kening
dijungkitkan pada kak Maryam di muka pintu. “… jangan stress-stress. Sometimes we
need a rest too.”
Dia hanya mengangguk. Setuju dengan kata-kata kak Maryam. Segaris senyum
terbit dari bibirnya.
Betul apa yang dikatakan kak Maryam itu. Dia pun tahu akan hakikat itu
sebenarnya. Kerehatan itu perlu bagi setiap orang. Namun terkadang, dia
bagaikan terlupa tentang hakikat itu. Terlalu menumpukan perhatian terhadap
tugasan-tugasan yang diberikan oleh para pensyarah sehinggakan dia mengabaikan
waktu rehatnya. Adakalanya waktu makannya juga tidak menentu.
Kak Maryam selalu sahaja menasihatinya supaya menjaga kesihatan. Apa
yang paling membuatkan kita terkesan ialah apabila kak Maryam mengatakan bahawa
belajar itu memang tugas mereka semua sebagai seorang pelajar. Bahkan kita akan
berterusan belajar hatta kita sudah tidak lagi bergelar pelajar sekalipun.
Namun kita juga perlu menimba pengalaman lain juga. Waktu belajar inilah
seharusnya kita gunakan untuk mempertingkatkan segala kemahiran diri dan
kepimpinan serta melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan. Semua perkara ini
amat membantu kita di kala kita menceburi bidang kerjaya kelak. Itulah yang
selalu kak Maryam perkatakan kepadanya.
Namun dia, tetaplah seorang Nur Aufa Khairina yang tidak mudah untuk
menerima nasihat dan pandangan orang lain. Masih dengan sikap degil dan keras
kepalanya itu. Mungkin juga kerana dia seorang anak tunggal yang sering
dimanjakan oleh mama dan papanya, yang jarang sekali dibantah segala
kehendaknya. Jadilah dia Nur Aufa Khairina yang sebegini.
Walau bagaimanapun, hidup berjauhan daripada mama dan papa di bumi Korea
Selatan ini banyak mengajar dia erti kehidupan. Tahun ini sudah masuk tahun
kedua dia menjadi anak rantau di bumi asing ini. Dia sudah makin membiasakan
dirinya dengan suasana dan kehidupan di sini. Dia sedar, dia tidak boleh
mengikut kepalanya sendiri sahaja. Dia tahu yang dia perlu juga bergaul dengan
rakan-rakan pelajar yang lain.
Sungguh, dia merasakan sangat beruntung mempunyai senior seperti kak Maryam yang sentiasa mengambil berat akan
kebajikan dirinya itu. Terasa diri disayangi dan dilindungi. Terlintas juga di
fikirannya, mengapalah dulu dia agak anti dengan kak Maryam ini? Walhal kak
Maryam itu dari dulu sampai sekarang melayannya sama sahaja. Penuh dengan
kelembutan dan kesabaran persis seorang kakak melayan adik kandungnya sendiri.
“Jom kita solat Asar sama-sama,
Khai.”
Kak Maryam yang wajahnya masih basah dengan air wudhuk itu menegur Khai
yang masih lagi dengan postur duduknya seperti sewaktu kak Maryam keluar tadi.
Khai masih tidak statik. Tidak memberikan sebarang tindak balas langsung.
Tergeleng kepala kak Maryam melihatnya.
“Khai…” Kak Maryam
melambai-lambaikan tangannya di hadapan Khai.
“Eh? Apa dia kak Maryam?” Dia
tersengih menutup malu. Boleh pula dia termengelamun begitu.
“Jom jemaah.” Dilihatnya kak Maryam
sudahpun menghamparkan sejadah dan sedang memakai mukenah.
“Sekejap. Nak ambil wudhuk.” Terus
dia bangkit dari duduknya. Dikemaskan seadanya kertas yang bertaburan di atas
meja belajar itu sebelum dia menghalakan kaki ke luar bilik untuk mengambil
wudhuk. Kak Maryam hanya menjatuhkan sedikit kepalanya tanda faham.
Beberapa ketika kemudian Khai
kembali ke bilik lalu terus mencapai mukenah miliknya untuk disarungkan menutup
seluruh badan. Kak Maryam pula menghentikan bacaan Al-Qurannya setelah melihat
Khai sudahpun bersedia untuk mendirikan solat.
“Khai iqamah ya.” Pinta kak Maryam
lembut kepada Khai.
Perlahan Khai melaungkan iqamah.
Dua hati hamba sedang menumpukan sepenuh perhatian untuk menghadap ALLAH Yang
Maha Esa.
Hampir sebulan menjadi teman
sebilik kak Maryam ini Khai cuba membiasakan dirinya untuk solat berjemaah
bersama. Pada mula-mula dulu, ada jugalah Khai menyuruh kak Maryam solat
terlebih dahulu memandangkan dia masih ada kerja yang mahu disiapkan terlebih
dahulu. Namun lama-lama dia jadi segan pula untuk menolak pelawaan kak Maryam
untuk berjemaah bersama. Kini dia jadi seronok pula apabila dapat solat secara
berjemaah. Tetapi jarang sekali untuk dia yang memulakan terlebih dahulu. Pasti
kak Maryam yang akan memulakan dan mengajaknya. Cuma sekarang ini dia sudah
tidak lagi beriya-iya mencipta alasan untuk menolak setiap ajakan kak Maryam
itu. Suatu peningkatan yang baik, Khai!
Berubah 3
“Bola jom petang ni.”
“On.”
“Kalau macam tu lepas asar kat tempat biasa ek.”
“Okey.”
“Lagi bagus kalau letak insya-ALLAH lepas okey tu.”Senyum.
Erk? Terkena aku sebijik. Hambik engkau! “ Insya-ALLAH.”Sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Jumpa kat padang.Assalamu’alaikum.”Tangan diangkat dan terus berlalu.
Salam hanya dijawab di dalam hati.Masih tidak biasa dengan budaya salam itu.Matanya hanya memandang langkah Aqil yang semakin menjauh.
Masuk ke bilik terus dia menghadap komputer. Di cari id orang yang diingini. “Online ke tak Khai ni.Aha!”Terus diklik id itu.
AF_zie:Weh..malu giler tadi.
I’m_khai:asal?
AF_zie:mcm kena lempar dgn bola hoki tu ke muka.
I’m_khai:y?
AF_zie:aqil tu la.boleh dia ckp… “lagi bagus kalau letak insya-ALLAH lepas okey tu.”
I’m_khai:hahaahahaha….(dh gelak guling2 dh ni)
Af_zie:dia ni..org malu tau…blh gelak plk.
I’m_khai:lain kali ikut la ckp aqil tu.
AF_zie:haila…haila…

Bidai dikirai naik ke atas dengan kasar. Cahaya dari luar terbias masuk
memenuhi seluruh ruang bilik. Tingkap juga dibuka sedikit. Serentak dengan itu,
pelbagai bunyi menerobos masuk ke gegendang telinga. Semilir bayu dingin
membelai tubuh. Terasa segar dan nyaman.
Pintu almari dibuka lalu dia mencapai sehelai jaket. Terus disarungnya
jaket ke tubuhnya yang langsing itu. Swatch di pergelangan tangan kiri dijeling
sekilas. Sudah pukul 8.30 pagi.
Kak Maryam merangkap teman sebiliknya seawal jam lapan pagi tadi sudah
keluar. Katanya mahu turun bersarapan di dewan makan asrama terlebih dahulu
sebelum ke kelas. Waktu itu Khai baru sahaja bangun dari tidur. Usai sahaja
solat Subuh sekitar jam empat pagi tadi dia kembali berlingkar di atas katil.
Ada juga kak Maryam mengajaknya membaca al-Ma’thurat bersama-sama denganya pagi
tadi, tapi dia menolak sopan dengan mengatakan bahawa dia mengantuk dan mahu kembali
menyambung tidur. Terus sahaja dia memanjat katil sambil menarik selimut tebal
menutupi hampir keseluruh badannya.
Bangun Subuh pun kak Maryam yang kejutkan sebenarnya. Apa yang dia
perasan, kak Maryam bangun belum pun masuk waktu Subuh lagi. Pagi-pagi
sebelumnya pun begitu. Walaupun baharu masuk minggu kedua dia tinggal sebilik
dengan kak Maryam, dia bagaikan sudah dapat menghafal rutin harian seniornya itu. Bangunnya pada awal pagi.
Bukan itu sahaja, dia juga sudah memegang jawatan ‘warden’ tidak rasmi kepada
penghuni bilik 504 itu. Apa tidaknya, setiap pagi pasti sahaja pintu setiap bilik
akan diketuknya bagi mengejut semua orang yang sedang enak berlingkar di dalam
selimut tebal untuk bangun menghadap Ilahi. Khai lagilah. Sudahlah sebilik. Kak
Maryam siap menunggu dia untuk berjemaah bersama lagi!
Oh, bagaimana Khai boleh tahu yang kak Maryam bangun awal lagi? Err…
sebenarnya Khai sudah tersedar kala kak Maryam menuruni katil double decker itu lagi. Bunyi berkeriuk
dari katil atas selalu sahaja membuatkan Khai tersedar dari lena. Tetapi…biasalah.
Dia saja bermalas-malasan di atas katil. Macamlah boleh masak tidurnya itu jika
diperam lama-lama.
Suara kak Maryam yang memanggil namanya untuk mengejutkannya bangun
memang tidak dihiraukannya. Dibuat entah tidak endah sahaja. Waktu Subuh masih
panjang lagi fikirnya. Nanti lagi tiga puluh minit nak habis waktu dia
bangunlah. Alahai, Khai ini. Suka sangat melewat-lewatkan waktu solat. Padahal
solat fardhu pada awal waktu itu bukankah lebih disukai ALLAH.
Saat jari jemari kak Maryam menyentuh hujung jemari kakinya, Khai
mengaku kalah. Tak tahan sejuk! Tidak cukup sekadar memanggil nama kak Maryam
bertindak mengejutkan Khai dengan menyentuh hujung kakinya pula. Mana tidaknya.
Kak Maryam sudah siap solat qabliah Subuh pun Khai masih berselubung lagi.
Sedangkan sedari kak Maryam masuk ke bilik setelah selesai mengambil wudhuk
sehinggalah sebelum dia mengangkat takbir untuk solat sunat, mulutnya asyik
berkicau memanggil nama Khai. Akhirnya dapatlah dia merasa solat Subuh
berjemaah pada setiap pagi sepanjang dua minggu ini.
Kedengaran bunyi dari laptopnya
yang dibiarkan terbuka sejak tadi. Habis berterbangan segala ingatannya fasal
hal pagi tadi. Terus dihalakan langkah kaki ke meja study tempat laptopnya
diletakkan. Terpapar pop-up Yahoo! Messenger
di dada laptop. Segaris senyuman
terukir di bibir saat bebola matanya menangkap nama gerangan yang menegurnya
itu. Dilabuhkan duduknya di atas kerusi lalu jari jemarinya berlari pantas di
atas papan kekunci komputer ribanya itu menghasilkan patah-patah perkataan buat
tatapan si penegur di balik sana.
BUZZ!!!
AFaizi: Oit…tengah buat apa tu?
I’m_khai: Wa’alaikumussalam
*tongue*
AFaizi: Nak
perlilah tu…*rolling eyes*
I’m_khai: Ni
apa kes tegur pagi2 buta ni?
AFaizi: Nak
tanya khabar kawan baik pun tak boleh ke?
I’m_khai: Bernafas
lagi ni ha… OK la, gotta go… Ada
kelas..
Tanpa sempat menunggu balasan
daripada kawan di sebelah sana, butang pangkah pada pop up Yahoo! Messenger itu ditekan. Terus perbualan ringkas tadi
menghilang dari pandangan.
Nanti balik kelas boleh sambung sembang lagi. Bukan dia tidak tahu yang
nanti Faizi akan menegurnya lagi. Sudah kenal sangat dengan insan yang bernama
Faizi itu. Tidak sah jika tidak menegurnya lewat laman Yahoo! Messenger pada setiap
hari. Pantang ada masa terluang, pasti anak muda itu akan menegurnya. Tidak
kira masa. Pagi, petang, malam. Ikut suka hati dia saja.
“Pagi-pagi lagi dah tegur orang. Tak ada kelas ke budak Faizi ni.” Khai
mengomel sendirian. Tangannya dipanjangkan ke arah susunan buku-buku tebal di
atas rak buku. Dicapainya buku Calculus yang berkulit tebal berwarna
keperang-perangan itu. Masa untuk ke kelas, Khai!
“Khai ni pun. Tak menyempat.” Dia sedikit tidak berpuas hati dengan si
teman yang menamatkan perbualan mereka sebelum sempat mereka berborak lanjut.
Matanya terkelip-kelip menghadap skrin LCD yang besar gedabak itu. Iyalah,
nak main game, kenalah beli desktop instead of laptop. Iya tak?
Senang. Besar. Cakap saja permainan video apa yang dia tak main. DOTA itu
kira pejam mata saja dia boleh menang. Tak kisahlah orang mahu kata dia riak ke
apa ke. Sudah itu realitinya.
“Faizi! Buat apa lagi depan PC tu? Tak mahu pergi ke kelas ke?” Sergahan
Hazril yang sudah siap memakai kasut itu mengejutkan dirinya. Boleh pula dia
termengelamun di hadapan komputernya itu. Haih!
Spontan dia menepuk dahi. “Eh, aku pun ada kelas juga pukul 9 ni.”
Terus ditariknya sling bag Converse
yang elok tergeletak di atas meja study.
Bergegas dia ke muka pintu setelah membetulkan letak duduk beg di bahu. Kasut
Adidas kesayangannya itu disarungkan ke kaki dan terus menghilang di balik
pintu.
Beginilah mereka. Yahoo! Messenger menjadi medium perantara mereka
berkomunikasi. Setiap hari pasti mereka akan berborak bertukar-tukar cerita
aktiviti harian masing-masing. Segalanya bermula sewaktu mereka masih mengikuti
pengajian bahasa Korea di Language Education Institute, Seoul National
University lagi. Faizi sering menegur Khai lewat ruang perbualan Yahoo! Messenger
untuk bertanyakan perihal tugasan bahasa Korea.
Sebenarnya bukan Faizi seorang sahaja yang berbuat sedemikian. Ramai
lagi kawan-kawan satu batch mereka yang
melakukan perkara yang sama. Khai ini memang selalu sahaja menjadi rujukan
rakan-rakan terutamanya berkenaan bahasa Korea. Sering sahaja rakan-rakan satu batch meminta Khai memeriksa karangan
mereka. Tambahan pula Khai pernah menerima anugerah kecemerlangan bahasa Korea
sebelum ini. Dia merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang mendapat anugerah
berkenaan. Selalunya hanya pelajar Cina sahaja yang memonopoli anugerah
tersebut. Sejak dari itu, ramailah yang mencari Khai untuk bertanyakan apa
sahaja yang mereka tidak faham mengenai pelajaran bahasa Korea. Faizi juga
tidak ketinggalan.
Kini, pengajian bahasa sudah pun berlalu. Masing-masing sudah bertebaran
ke seluruh pelosok Korea Selatan bagi menyambung pengajian sarjana muda dalam
bidang kejuruteraan pula. Faizi menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan
Mekanikal di Donyang Mirae University manakala Khai pula memilih Sungkyunkwan
University bagi menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan Kimia. Walau
bagaimanapun, tamatnya pengajian bahasa tidak menamatkan kebiasaan mereka yang
satu itu. Perkara itu bagaikan sudah menjadi rutin harian mereka pula. Terasa seolah-olah
tidak lengkap kitar hidup mereka seandainya tidak berhubung dalam sehari.
“Faizi, seorang saja? Hazril mana?”
Langkahnya yang panjang-panjang itu
diperlahankan saat telinganya menangkap suara seseorang menegur dari belakang.
Belum sempat dia berpaling mahu melihat gerangan yang menegurnya itu, korneanya
sudah melihat kelibat Aqil yang kini berdiri di sampingnya.
“Hazril dah keluar dah. Ingat nak
kejar dia tadi.”
Kini mereka sudahpun menapak
beriringan menuju ke universiti yang jaraknya hanya mengambil masa dalam
sepuluh minit berjalan kaki sahaja itu. Tidaklah jauh manapun jarak Joyang
Officetel yang menjadi kediaman mereka dengan tempat pengajian.
“Kita saing sama-samalah kalau
macam tu.”
“Jom, cepat! Lintas!”
Faizi menggamit tangan kepada
Hazril supaya ikut sama melintas jalan. Mereka berlari-lari anak melintasi
jalan besar menuju ke pintu gerbang universiti setelah menoleh ke kiri, ke
kanan dan ke kiri kembali.
Thursday, September 16, 2010
Berubah 2
“Fuuuhhh… Akhirnya!” Peluh di dahi diseka dengan lengan. Dibaringkan
tubuhnya yang langsing itu di atas katil. Berdetup-detap bunyinya saat dia
meluruskan badan.
Dikeluarkan telefon bimbit daripada
poket skinny jeansnya. Jemarinya
bermain-main di skrin telefon mencari nombor yang mahu didail.
“Hello, Farhah! Makan jom!”
Dia diam seketika mendengar apa
yang diperkatakan oleh Farhah di corong sebelah sana sambil mengangguk-angguk.
“Okey! Kita pun tak solat lagi ni.
Jumpa kejap lagi eh!” Telefon diletakkan di sisi. Dia bangkit dari baringnya
sambil menggeliat malas. Dipandang sekilas jam di pergelangan tangan kiri.
Jarum pendek sudah menunjukkan hampir ke angka tiga. Kena solat Zohor ni. Nanti
terbabas pula.
Tadi sewaktu dia sedang memasang
cadar, kak Maryam ada mengajaknya untuk solat bersama. Memikirkan yang dia
belum habis mengemas, dia menyuruh kak Maryam solat dahulu. Sekarang ini sudah
hampir dua jam berlalu. Kak Maryam pun sudah keluar kembali. Mahu ke E-Mart.
Mahu membeli toiletries katanya. Ada
juga diajak dirinya tadi. Sekali lagi dia menolak. Lagipun dia sudah berjanji
mahu keluar makan bersama Farhah.
“Jom pergi makan di Yu-ga-nae. Laparnya.” Khai mencadangkan
tempat makan kepada Farhah sambil menggosok-gosok perutnya.
“Jom!”
Mereka berjalan beriringan menuju ke
arah pintu belakang universiti sebelum melintas jalan besar menuju ke arah
restoran berasaskan nasi goreng yang dicadangkan Khai tadi.
“Dah tahu siapa room-mate Khai?” Farhah bertanya setelah
mereka memesan makanan.
“Kak Maryam.” Khai menjawab
perlahan sambil bermain-main dengan chopstick
di tangannya. Kemudian barulah dia mengambil kimchi di dalam piring sebelum
mengunyahnya perlahan.
“Oh.” Melihat kepada reaksi Khai,
Farhah tidak mahu mengulas lebih lanjut. Dia tahu sangat yang Khai tidak berapa
suka dengan kak Maryam. Apa salah kak Maryam pun dia tidak tahu. Dilihatnya kak
Maryam memang selalu sahaja berusaha untuk berbual dengan Khai setiap kali dia
berkunjung ke rumah mereka sewaktu di pengajian bahasa dahulu. Cuma Khai sahaja
yang acuh tidak acuh melayan bicara kak Maryam. Namun selama dia mengenali kak
Maryam, tidak pernah dia mendengar rungutan atau apa-apa komen daripada mulut
kak Maryam mengenai layanan Khai terhadapnya itu.
“Farhah pula sebilik dengan siapa?”
Khai mula mengubah topic perbualan. Nampak benar yang dia tidak selesa.
“Kita sebilik dengan kak Nia. Kami
berdua saja pelajar Malaysia di bilik tu. Yang lain semuanya pelajar Korea.”
Ceria sahaja suara Farhah. Pada mulanya dia ingatkan dia seorang sahaja pelajar
Malaysia yang akan menjadi penghuni bilik 606. Rupa-rupanya kak Nia juga
sebilik dengannya. Alhamdulillah. Dia memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH.
“Oh. Okeylah tu. Eh, kak Nia tu
kawan baik kak Maryam kan?”
“Ha. Dialah tu.”
Jeda.
Masing-masing asyik memerhatikan pelayan restoren memasak nasi goreng seafood di hadapan mereka. Semerbak
baunya. Khai menelan liur sendiri. Tidak sabar mahu menjamah nasi goreng seafood ini. Bebola matanya menangkap
senyuman nakal di bibir Farhah. Dijungkitkan keningkan bertanyakan kenapa.
Farhah bersuara selepas pelayan berlalu pergi. “Tahu pula Khai yang kak
Maryam dan kak Nia itu berkawan baik ya.” Diangkat-angkatkan keningnya beberapa
kali tanda mahu mengusik. Melihat kepada sikap dan layanan Khai yang agak
hambar terhadap kak Maryam itu, sungguh dia tidak menyangka yang Khai ada juga
mengambil tahu mengenai diri senior
mereka itu.
“Eh…mestilah tahu. Dah selalu
sahaja kita tengok mereka ke mana-mana pun berdua. Mestilah mereka itu berkawan
baik.”
“Ohoo…” Bibir Farhah membulat. Khai
ini memang seorang yang pemerhati. Itu kesimpulan yang Farhah dapat buat
melihat kepada tingkah laku Khai itu.
“Sepatutnya kak Nia sebilik dengan
kak Maryam kan? Lepas tu kita berdua pula sebilik. Kan?”
Khai kembali bersuara setelah
selesai mengunyah nasi goreng. Dia menunggu Farhah menghabiskan kunyahannya.
Mahu mendengar apa kata Farhah berkenaan komennya itu.
“Tak apalah, Khai. Pihak asrama yang
menyusun setiap penghuni bilik tu. Bukan kita boleh buat apa-apa pun.
Insyaa-ALLAH, adalah hikmahnya tu. Kita tak tahu kan? Hari ini kita masih tidak
nampak hikmah dan kebaikannya. Mungkin suatu hari nanti, kita boleh cakap, “Oh,
ini rupanya hikmah kita sebilik dengan kakak-kakak ni.””
Farhah memandang tunak pada wajah
Khai. Mahu melihat adakah Khai mampu menerima pendapat dan pandangannya itu.
Dia tahu hati Khai ini lembut jika kena dengan caranya. Hampir setahun serumah
dengan Khai, dia sudah mampu membaca setiap gerak-geri dan reaksi gadis manis
itu.
Senyuman dan anggukan Khai
melegakan hatinya. Sekurang-kurangnya sekarang ini Khai sudah boleh menerima
yang dia akan tinggal sebilik bersama kak Maryam untuk satu semester ini.
Harapnya perhubungan mereka akan membaik selepas ini. Bagi pihak kak Maryam
tiada masalah rasanya. Cuma Farhah risaukan penerimaan Khai. Mahu dikatakan
Khai tidak menyukai kak Maryam itu tak adalah. Cumanya apa yang dia perasan
Khai agak tidak senang dan tidak selesa untuk berbual mesra dengan kak Maryam.
Bukan dengan kak Maryam sahaja sebenarnya. Khai akan bereaksi sedemikian dengan
semua kakak-kakak yang bertudung labuh. Mungkin tidak biasa.
Perasaan kurang senang itu sahaja
yang Farhah tidak dapat tebak daripada hati Khai. Setakat ini dia tidak berani
lagi bertanya secara bersemuka dengan Khai. Harapnya suatu hari nanti dia
mempunyai kekuatan untuk bertanyakannya. Itu tekad yang Farhah sematkan di
dalam hatinya.
“Kenapa pandang kita macam tu,
Farhah?” Berkerut dahi Khai. Tadi dia khusyuk sangat menghadap makanan yang
terhidang. Maklumlah seharian tidak jumpa makanan. Hanya sempat minum sekotak
susu sahaja untuk mengalas perut pada awal pagi tadi. Tenaga yang sudah banyak
habis untuk mengangkat dan mengemas barang tadi perlu dikembalikan semula.
“Tak ada apa-apalah. Seronok tengok
Khai makan. Hihi.” Laju sahaja Farhah menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak
sangka pula dia termengelamun di hadapan rezeki sambil merenung Khai pula tu!
Manalah Khai tidak pelik melihat dirinya. Huhu.
Wednesday, September 15, 2010
Berubah 1
Kunci di jari telunjuk tangan kanannya
diputar-putarkan mengikut arah jam. Lega. Di mindanya sudah merangka-rangka aktiviti
yang perlu dibuat selepas ini. Mula-mula dia perlu membawa naik semua
barang-barangnya ke bilik. Selepas itu dia mahu mengemas barang-barang terlebih
dahulu sebelum keluar makan. Pagi tadi hanya sempat minum sekotak susu coklat
sahaja untuk mengalas perut. Dibeleknya nombor yang tertera pada kunci. Mahu
memastikan yang dia tidak tersilap bilik.
Langkah dihayunkan pantas ke arah
lif sambil mengheret sebuah bagasi sederhana besar. Ditekannya butang lif untuk
naik ke atas. Alah…lif baru sahaja naik. Keluhan dilepaskan. Lama lagilah
jawabnya kena tunggu ni. Disandarkan bahunya di sebelah pintu lif. Matanya
merenung lama pintu untuk laluan ke tangga kecemasan. Dia berkira-kira sendiri.
Sama ada mahu menuju ke bilik dengan menaiki tangga sahaja atau mahu
menggunakan lif. Dipandangnya pula bagasi di sisi. Nak tunggu lif ke nak naik
tangga. Nak naik tangga ke nak tunggu…
Terasa bahunya dicuit seseorang.
“Lif!”
Serentak itu dia mengurut dada. Kus
semangat! Terkejut. Terus terpacul perkataan yang berlegar-legar di mindanya
tadi. Mujur tidak melatah perkara yang pelik-pelik.
Mengekek si teman melihat riaknya
terkejutnya. Dibulatkan matanya tanda dia memarahi si teman.
“Hihi. Lawaklah mimik muka Khai
tadi.” Farhah ketawa sambil sebelah tangannya menekup mulut.
“Buatlah lagi lain kali!”
“Sorry…” Farhah mengerdip-ngerdipkan matanya beberapa kali. Buat
muka comellah kononnya tu. Tapi memang nampak comel pun…Hee!
“Accepted!” Mana tahan bila Farhah sudah buat gaya comel
sebegitu.Tak sanggup nak marah lama-lama.
“Khai dapat bilik nombor berapa?
Kita dapat bilik 606C” Farhah bertanya sambil menunjukkan nombor pada kunci
yang dipegangnya.
Tadi Farhah menyuruhnya pergi
terlebih dahulu setelah siap mendaftar. Tidak perlu menunggu dirinya katanya.
“504A. Oh, tak samalah kita. Alah…sedihnya…”
Khai bersuara sayu. Memang dia tahu Farhah tidak sebiliknya dengannya sewaktu
mendaftar tadi. Ingatkan dapatlah berjiran. Rupa-rupanya mereka juga berbeza
aras. Maklumat yang baharu diperolehinya itu memang telah memusnahkan segala
harapannya sebelum ini. Terus suaranya bertukar menjadi sayu dan tidak
bersemangat.
“Tak apalah. Nanti kita pergi lawat
Khai selalu eh. Lagipun kita sebilik dengan orang Korea.” Kali ini Farhah pula
yang bersuara sayu.
Khai menepuk-nepuk bahu Farhah
berniat mahu menenangkan walang hati Farhah. “Nanti selalu-selalulah datang
bilik kita ya!” Khai menceriakan suaranya. Melihat wajah Farhah yang sudah
mampu mengorakkan sedikit bunga senyum membuatkan hatinya lega.
Oh. Farhah ini memang akan
membahasakan dirinya ‘kita’ ketika bercakap. Tidak kiralah dengan siapapun dia
berbicara pasti sahaja dia membahasakan dirinya ‘kita’. Tidak biasa katanya
menggunakan ‘aku-kau’ seperti kebanyakan orang. Sementelah sejak kecil lagi
memang dia dididik untuk tidak menggunakan ‘aku-kau’ walau dengan sesiapa
sahaja. Agak kasar penggunaan itu bagi dirinya. Khai pun sekarang ini sudah
terikut-ikut menggunakan ‘kita’ apabila bercakap dengan Farhah.
“Eh, lif dah sampai. Kita naik dulu
ya, Farhah. Nanti kita pergi makan sama eh.” Khai melambai-lambaikan tangannya
kepada Farhah tanda berpamitan. Kemudian terus dia memboloskan diri ke dalam
perut lif bersama pelajar yang lain sambil mengheret bagasinya tadi.
“Okey!” Farhah menjawab sebelum dia
juga melangkah ke arah pintu lif yang baru sahaja tiba.
Tombol pintu bilik yang tertera
nombor 504 dibuka. Dilihatnya sudah ada beberapa buah kotak di ruang tengah
bilik. Dihalakan langkah kaki ke bilik 504A pula. Dibuka perlahan. Matanya
menjamah setiap ruang bilik itu. Meja yang berhampiran dengan pintu bilik sudah
pun siap dikemas. Katil double decker pada
bahagian atas juga sudahpun siap bercadar. Nampaknya teman sebiliknya sudahpun
siap mengemas barang. Sewaktu mendaftarkan diri tadi dia terlupa untuk
memeriksa siapakah penghuni bilik 504 ini. Jadi sekarang ini dia tertanya-tanya
sendiri, siapakah gerangan teman sebiliknya ini.
Bagasi yang dibawanya tadi
diletakkan di tepi dinding supaya tidak menghalang laluan. Dilepaskan lelah
sekejap dengan melabuhkan duduk di atas katil yang tidak bercadar itu. Bagus
juga teman sebiliknya tidak ada sekarang ini. Bolehlah dia mengemas tanpa
gangguan.
Khai terus bangkit. Dia mahu
mengangkut barang-barangnya yang masih berada di bawah. Cepat dia kemas
barang-barang, cepatlah dia boleh keluar makan nanti.
“Eh, ada orang rupanya.”
Belum sempat Khai membuka pintu
bilik untuk keluar, sudah ada orang lain yang membuka pintu tersebut dari
sebelah luar.
“Kak Maryam.”
“Khai.” Kak Maryam menghulurkan
tangannya untuk bersalaman. Khai menyambut tangan yang dihulurkan kak Maryam
tadi. Oh, bukan setakat bersalaman tangan sahaja tahu! Siap cium pipi kanan dan
kiri lagi!
“Kita sebiliklah nampak ya.” Kak
Maryam tersenyum ramah. Beg plastik yang diletakkan di sisi tadi diambil
kembali sambil memberi ruang untuk Khai keluar.
Khai hanya menayangkan senyum yang
tidak siap. Dia tidak sangka sebenarnya yang dia akan sebilik dengan kak
Maryam! Teman sebilik lagi!
Sebenarnya asrama yang mereka
tinggal ini menempatkan enam orang pelajar sebilik. Di dalam bilik besar itu
pula terdapat tiga buah bilik kecil. Maknanya setiap bilik kecil itu akan
dihuni oleh dua orang pelajar. Ada bilik A, B dan C. Jadi kak Maryam ini bukan
sahaja sama bilik dengan Khai tetapi sama bilik kecil juga dengan dirinya.
Oh! Khai tidak tahu mahu
menunjukkan reaksi yang bagaimana. Sungguh dia terkejut. Tidak dapat
dibayangkan bagaimana dia mahu tinggal sebilik dengan kak Maryam sepanjang
tempoh satu semester ini. Sementelah selama ini dia sering sahaja mengelak
untuk berborak dengan kak Maryam walaupun seniornya
itu kerap kali ke rumahnya sewaktu dia masih di pengajian bahasa dulu.
“Saya turun dulu ya kak Maryam. Nak
ambil barang di bawah.”
“Okey.” Senyuman masih lagi belum
hilang dari ulas bibir kak Maryam.
Dia menganggukkan sedikit sebagai
tanda hormat sebelum menghilang di sebalik pintu bilik.
Subscribe to:
Posts (Atom)