Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Menahan Marah dan Sabar

Assalamu'alaikum wbt.

Menonton short film-Tomato ini benar-benar kena dengan situasi saya saat ini. Alhamdulillah. ALLAH mahu beri saya peringatan rupanya. DIA takdirkan saya tergerak hati untuk menonton filem pendek ini. Alhamdulillah.


Saat menonton, terasa tebal kulit muka. Tepat terkena pada batang hidung sendiri. Saya seolah-olah melihat diri saya pada watak Mazlan. Mudah sangat nak naik darah. Cepat panas baran. Senang nak melenting. Sememangnya baru sekejap tadi saya hilang sabar. ALLAHU ALLAH. Terus DIA bagi saya filem pendek ini. Sayangnya DIA pada saya. Tapi saya yang tak sayang diri saya sendiri bila saya membiarkan syaitan menguasai diri saya dengan menyemarakkan perasaan marah ke dalam diri. T__T *Istighfar*

Terdetik di hati saat melihat Mazlan menengking Rozaid, 'Cepatnya dia hilang sabar. Macam aku la juga. Tapi dah 'hot' seround. Astaghfirullah hal 'azim....'

Benar-benar tersentuh saat Mazlan menyedari kekhilafannya dan dia membaca surah Ali Imran ayat ke-134.

Hati kecil berkata lagi, 'Bagusnya Mazlan ni. Memang dia panas baran. Tapi dia cepat sedar. Dia tak membiarkan emosinya terus-terusan begitu. Aku? huhu...'

Tak puas hati dengar Mazlan baca. Terus tarik tafsir Al-Quran, cari ayat 134 yang Mazlan baca tadi. Terhenyak seketika. Dush! Dush! Macam kena lempang laju-laju. Kena sebiji lagi. ALLAHU ALLAH.

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa., (iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan."
[Ali Imran, 3:133-134]

Terfikir. Layakkah diri ini nak mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi tu? 'Kalau perangai tak semenggah, jangan harap la kau nak dapat!' Suara hati kecil menerjah. Ha..kan kena perli dengan cik hati kecil. huhu...

Teringat Hadis 16 dalam Hadis 40 Imam Nawawi. Perihal marah.

Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: "Berikan daku wasiat."
Baginda bersabda: "Janganlah engkau marah."
Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.
Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah."
[Hadis riwayat Bukhari]

Jangan marah. Iya. Itu yang Rasulullah SAW tekankan. Perlu sabar. Iya. Sabar adalah penyelesaian kepada jangan marah. Bila kita sabar, kita tak akan nak melenting tidak tentu fasal. Bila sabar, kita boleh berfikir dengan rasional. Bila kita sabar, kita akan jadi tenang. Dada takde la nak berombak menahan kemarahan. *Nasihat kepada diri sendiri*

Ada beberapa cara untuk menghilangkan sifat marah :
1. Doa - agar dibimbing oleh Allah.
2. Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
3. Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan ALLAH dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
4. Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
5. Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
6. Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.

Insya-ALLAH, semua ini akan saya aplikasikan. Tak nak dah marah tak tentu fasal lepas ni. Orang yang cepat melatah ni orang yang tak matang kan? Macam mana mahu menjadi contoh ikutan jika diri sendiri masih terpalit daki-daki hitam bukan?

Rasulullah SAW itu kalau baginda tidak sabar, kalau baginda tidak menahan marah, Islam tidak akan sampai pada kita pada hari ini. Lihatlah bagaimana baginda dicaci, dihina, dibaling batu. Namun adakah baginda marah? Adakah baginda melenting? Bahkan saat malaikat datang memohon izin dari baginda untuk memusnah penduduk Thaif, baginda melarang. Malah baginda mendoakan semoga generasi Thaif yang akan datang menerima Islam. Tidak lama selepas itu, seluruh penduduk Thaif beragama Islam.

Nah, lihat. Itu semua berkat kesabaran baginda. Itu qudwah hasanah kita. Itu contoh ikutan yang terbaik untuk kita semua.

Sedarlah wahai diri. Marah itu tidak baik untuk dirimu. Sabar itu yang baik bagimu. Marah itu kawannya syaitan. Sabar itu kawannya Tuhan.

Nota 1 : Akan terus berusaha dan berusaha membuang sifat mazmumah ini. Insya-ALLAH.

Nota 2 : ALLAH sentiasa ada dekat dengan kita. Kita sahaja yang sering nak menjauhi diri-NYA.

Nota 3 : Mood exam + Mood balik kampung = Cuak + Excited *Hee~ ada orang dah tak sabar tunggu saya balik dengarnya. Betul ke? :P*


Sunday, October 2, 2011

Perihal Berkecil Hati

Assalamu'alaikum wbt.

Minggu lepas, saya ada baca satu status di FB. Terima pada Kak Wee kerana sudi berkongsi perihal berkecil hati ni dengan kami semua.

Status tu berbunyi begini:

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati."

I'm so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiks...Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada ALLAH.

Anak: (Blur)

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian dari ALLAH. Kenapa ALLAH hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang ALLAH turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tetapi kita kecil hati dengan ALLAH.

Anak: Ooo..Ok...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita, "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain, "Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." Jadi keredhaan kita terhadap ujian ALLAH itu lesap.

Anak: (Termakan cili)

ALLAH...Bila saya baca status ni, saya rasa macam dilanggar dengan bulldozer. Penyek jadi papan keping. Terkena kat batang hidung sendiri. ALLAH. ALLAH. ALLAH. Entah berapa kali pernah mengecilkan hati orang, dan entah berapa kali pernah berkecil hati dengan orang. Astaghfirullah hal 'azim... Ampuni dosa-dosa hamba-MU ini, Ya ALLAH.



Rupa-rupanya semua itu ujian dari ALLAH untuk hamba-hamba-NYA. Hidup ini jika tiada ujian, bukan hidup namanya. Ujian itu rencah kehidupan. Jika tidak, hambar dan tawarlah kehidupan. Bagaikan kari yang tidak dimasukkan asam keping, garam dan gula. Rasa apa? Tawar. Tak lengkap. Tak lalu nak makan.

Namun, keesokan harinya. Saya telah mengulangi kesilapan yang sama. Manusia..memang benar-benar pelupa. Sebab itu perlu saling mengingatkan. Saya telah berkecil hati dengan seseorang. Iya. Memang berkecil hati. Padahal kalau difikirkan balik, benda remeh sahaja. Tak perlu la nak terasa.

Kemudian, saya teringat balik status yang saya baca semalam. Terus beristighfar panjang. Astaghfirullah hal 'azim. Astaghfirullah hal 'azim. Astaghfirullah hal 'azim. Semalam baru baca. Mengecilkan hati orang itu berdosa, berkecil hati dengan orang pun berdosa. Bahkan lagi besar dosanya. Masya-ALLAH. Sungguh la tidak mengambil iktibar dari apa yang dibaca. Moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa saya dan dosa-dosa kita semua. Insya-ALLAH. Maafkan saya andai saya ada mengecilkan hati kalian.

Ada satu tips. Sebelum tidur, maafkanlah kesalahan semua orang sepanjang hari itu dan hari-hari sebelumnya. Moga-moga semua orang juga memaafkan kesalahan kita pada hari itu dan hari-hari sebelumnya. Insya-ALLAH, hati akan terasa lebih lapang. Takde nak rasa tak elok pada semua orang. Insya-ALLAH.

Saya tahu, saya yang menulis ini akan terlebih dahulu ditanya kelak. Adakah saya mengerjakan apa yang sudah saya perkatakan dan saya tuliskan di laman blog ini. Oleh itu, pada sesiapa yang mengenali saya, baik yang selalu bertemu, ataupun yang belum pernah bersua muka, tegurlah diri ini andai kalian melihat dan merasakan apa yang saya lakukan itu pincang langkahnya dari landasan yang sebenar.

Kadang-kadang, kita tidak nampak apa yang kita lakukan itu salah, sebelum ada yang menegur mengatakan itu salah. Kemudian barulah kita tersedar. Oleh itu, saya pohon, tegurlah saya.


Monday, August 22, 2011

Kills Two Birds With One Stone :)

Assalamu'alaikum wbt.

Owh, saat saya sedang menulis sudah masuk 22 Ramadhan 1432H. Baru sekitar sejam sampai di rumah setelah berjalan jauh hari ini. Suwon (SKK) --> Seoul (Yeouido Park) --> Incheon (Inha Uni) --> Suwon (SKK).

Hari ini 21 Ramadhan 1432H ada program Rehlah Masyi (Kembara Jalan Kaki) anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) bergabung dengan Kelab Umno Korea (KUK), Korean Islamic Malaysian Student (KIMS) dan AMIR Korea (Aspiring Malaysian Rijal). Hari ini juga saya ada iftar batch di Inha University. Memang setiap hari Ahad sepanjang Ramadhan kali ini dikhaskan untuk iftar batch sebenarnya.

Jadinya saya agak berbelah-bagi untuk ke mana. Tak nak pergi Rehlah Masyi, saya ni AJK Program Ramadhan. Tanggungjawab tu. Tak nak pergi iftar batch, eh...mana boleh...Masa ni la nak kumpul-kumpul dengan kawan-kawan satu batch. Itu keinginan dan kehendak. Antara tanggungjawab dan keinginan sendiri. Sudahnya saya dilemma sendiri.

Alhamdulillah, ALLAH izinkan saya dapat pergi kedua-dua program. Walaupun tidak dapat menunaikan request tuan rumah untuk masak-masak. *Maaf ye cik Aini.* Walaupun sampai ke Inha sudah agak lewat. Walaupun terpaksa berbuka di dalam subway sahaja.

Owh ya. Rehlah Masyi ni dibuat sempena untuk memperingati Perang Badar. Untuk merasa semangat Badar. Kebetulan hari ini, 21 Ramadhan juga merupakan hari memperingati Al-Quds.

Dalam pukul 3.15 petang saya sudah keluar rumah untuk ke Yeouido Park; tempat berkumpul untuk Rehlah Masyi. Apabila semua sudah berkumpul, kami solat Asar berjemaah. Solat jemaah di tengah-tengah padang Yeouido Park. Kemudian mendengar sedikit taklimat. Kemudian berpecah. Lelaki, berjalan-jalan sambil berkongsi kisah tentang Perang Badar. Perempuan, pergi ke tempat sewa basikal.

Sempat la kami pusing satu Yeouido tu. Kemudian kami berkumpul mendengar sedikit pengisian daripada Kak Nazihah. Banyak yang dikongsikan oleh Kak Nazihah sebenarnya. Antaranya ialah kisah Perang Badar, bagaimana boleh tercetusnya Perang Badar, dan bagaimana kita dapat mengaplikasikan semangat Badar ini dalam diri.

Iyalah kan. Sekarang sudah tidak perlu pergi berperang. Tapi pada hakikatnya, kita sekarang juga sedang berperang. Bukan berperang menggunakan senjata, tetapi berperang melawan hawa nafsu. Bagaimana caranya kita boleh memerangi hawa nafsu kita?

CARA MEMERANGI HAWA NAFSU:

1. Mukashafah (Memeriksa diri sendiri)
- Kita mengambil langkah untuk memeriksa diri kita sendiri. Oleh itu, kita perlu jujur pada diri sendiri.
- Kita tentunya lebih mengenali diri kita sendiri berbanding orang lain. Jadinya daripada situ, kita boleh tahu di mana kelebihan dan kelemahan diri kita.
- Jangan menidakkan kebolehan dan jangan menafikan kekurangan. Berlaku jujurlah pada diri sendiri.
- Apabila sudah mengenal pasti kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri, kelebihan itu dimanfaatkan sebaiknya manakala kekurangan itu diperbaiki. Fikirkan cara yang sebaiknya untuk merubah diri kita sendiri.
- Ketahuilah bahawa anggota badan kita inilah yang akan menyebabkan kita diseksa di akhirat kelak. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anggota badan kita akan dihitung kelak.
- Ubatilah diri sendiri.

2. Muahadah (Perjanjian dengan ALLAH)
- Ketahuilah setiap dari kita telah berjanji dengan ALLAH yang DIA merupakan tuhan kita. ALLAH-lah yang wajib kita sembah dan kita taati.
- Bila kita sudah berjanji, kita perlulah tepati janji kita itu. Jadinya, dalam setiap perkara yang kita lakukan, kena pastikan yang ALLAH redha dengan setiap perbuatan kita.
- Buat apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH larang.

3. Muraqabah (Mendekatkan diri)
- Mendekatkan diri kepada ALLAH.
- Kena sentiasa ingat yang ALLAH itu teramat dekat dengan kita. ALLAH tahu setiap apa yang kita lakukan.
- Kena rasa malu dengan ALLAH. Bila rasa malu ni wujud dalam diri, kita tak akan membuat dosa.
- Amal ibadah akan sentiasa dilakukan tidak kira saat keseorangan ataupun berteman.
-Kisah Umar Al-Khattab dengan penjual susu : Seperti yang semua ketahui, Saidina Umar selalu keluar pada waktu malam, melakukan penyamaran untuk melihat kehidupan rakyat di bawah seliaannya. Pada suatu malam, sewaktu Saidina Umar keluar menyamar, dia terdengar perbualan antara penjual susu dan anak perempuannya. Perahan susu kambing mereka pada hari itu berkurangan berbanding biasa.




Anak perempuan : Ibu, perahan susu hari ini sedikit. Botol-botol ini tidak dapat diisi penuh seperti biasa.

Ibu : Kalau begitu, tambahlah air ke dalam botol-botol itu supaya ia penuh seperti biasa.

Anak perempuan : Mana boleh begitu.

Ibu : Alah...bukannya orang tahu pun kalau kita campurkan sedikit air ke dalam susu kambing tu...

Anak perempuan : Ibu, memang orang tak tahu, tapi ALLAH tahu.

-Kisah Saidina Umar dengan pengembala kambing : Saidina Umar melihat seorang budak sedang mengembala sekawan kambing. Dia pergi berjumpa budak itu.

Saidina Umar : Wahai anak muda, jualkan aku seekor kambing.

Pengembala kambing : Tapi kambing-kambing ini bukan kepunyaan saya. Saya hanya bekerja mengambil upah menjaganya.

Saidina Umar : Kamu jualkan kepadaku seekor kemudian kamu beritahulah kepada tuan kamu.

Pengembala kambing : Tuan pergilah berjumpa dengan tuan saya. Saya takut untuk menjualnya kerana kambing-kambing ini bukan milik saya.

-Kisah-kisah di atas menunjukkan perbuatan muahadah. Sikap anak perempuan yang tidak mahu mencampurkan air dengan susu kambing dan sikap budak pengembala kambing yang tidak berani menjual kambing milik tuannya kepada Saidina Umar menunjukkan bahawa mereka tahu bahawa setiap perbuatan mereka diketahui oleh ALLAH. ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.

4. Mujahadah (Menentang hawa nafsu pada syahwat)
- Setiap orang mempunyai keinginan dan kehendak yang tersendiri. Ada yang suka shopping. Ada yang suka makan. Ada yang suka gajet. Kesukaan ini menyebabkan mereka sanggup berhabis untuk mendapatkan apa yang mereka ingini. Nafsulah yang mempengaruhi kehendak mereka. Nafsu ini perlu dikawal. Perlu ditentang nafsu dan keinginan yang berlebihan.

5. Muhasabah (Menghitung diri)
- Kita perlu sentiasa menghitung diri kita atas segala perbuatan yang kita lakukan.
- Muslim yang terbaik sentiasa muhasabah diri mereka.
- Saidina Umar antara contoh orang yang setiap hari bermuhasabah dengan setiap perbuatannya.



- "Hitunglah dirimu sebelum dihitung, timbanglah amalmu sebelum ditimbang."-Umar Al-Khattab-



- "Kalau hari ini aku tidak ditegur,aku rasa bersalah."-Ali Bin Abi Talib-
- Ketahuilah bahawa orang yang ditegur itulah merupakan orang yang paling disayangi.
- Kelebihan muhasabah : Sentiasa menyedari bahawa diri melakukan kesilapan, terhindar dari dosa dan perbuatan maksiat serta dapat melembutkan hati.

Itulah serba sedikit perkongsian yang saya dapat semasa Rehlah Masyi petang tadi. Dalam pukul 6.30 lebih kami bersurai menuju ke destinasi masing-masing. Saya terus bergegas ke bus stop untuk ke Sindorim Station dan mengambil subway ke Inha. Dapatlah merasa nasi ayam air tangan Chef Haida di Inha :)

Hari ini bolehlah saya simpulkan dengan idiom kills two birds with one stone.^^ *Entah sesuai entah tidak perumpamaan ini* Daripada berbelah bagi nak pilih untuk pergi yang mana satu, saya dapat pergi kedua-duanya sekali. Tak perlu pilih-pilih. Dua-dua dapat. Dapat berbasikal sambil mengisi jiwa dengan pengisian yang bermakna. Dapat iftar bersama rakan-rakan satu batch. =) Alhamdulillah. Hamdan lilllah. Syukran lillah. Praises to ALLAH. HE always knows the best for me <=

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Kareem. Salam Ramadhan al-Mubarak

Assalamu'alaikum wbt.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur pada-MU, YA ALLAH. Sekali lagi DIA mengizinkan saya, awak, kamu dan kita semua untuk bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh barakah. Bulan yang penuh rahmat. Alhamdulillah.

Salam Ramadhan Kareem buat semua. Salam Ramadhan Al-Mubarak buat keluarga tercinta. Salam Ramadhan kepada rakan-rakan di Korea ataupun di Malaysia, senior dan junior serta semua yang mengenali diri ini. Selamat menjalani ibadah puasa; rukun Islam yang ketiga.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa."-Al-Baqarah,2:183-

Sama-samalah kita memanfaatkan Ramadhan kali ini. Bersama-sama meningkatkan amal. Moga terus istiqamah dan dapat diteruskan pada 11 bulan yang akan datang. Insya-ALLAH.

Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan buat semua andai ada salah dan silap, terkasar bahasa, terasa hati dan sebagainya.

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Insya-ALLAH. Saya menasihati diri saya sendiri dan anda semua supaya memanfaatkan hari-hari di bulan yang penuh barakah ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

1. Sahur jangan lupa ye^^
2. Tadarus al-Quran. (Kalau boleh cuba khatamkan...)
3. Solat terawih
4. Berzikir
5.Qiamullail
6. Iftar jamai'e (Jangan melambat-lambatkan berbuka ye...)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar."-HR Ibnu Majah-

Jangan biarkan diri kita tergolong di dalam golongan yang disebut junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kita berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Tetapi kita mahu lebih dari itu. Kita ingin memupuk diri kita menjadi seorang hamba yang hebat rohaninya; yang mantap pegangannya. Meninggalkan perkara-perkara terlarang dan mengamalkan perkara-perkara suruhan. Meningkatkan amal dan istiqamah dengan amal yang dilakukan biarpun Ramadhan telah berlalu.

Jadikanlah Ramadhan ini sebagai medan latihan kita. Medan tempurnya ialah selepas Ramadhan. Manfaatkan sepenuhnya medan latihan selama sebulan ini dengan persediaan-persediaan yang rapi, mantap dan hebat untuk menghadapi medan tempur yang panjang dan penuh pancaroba serta berliku-liku dengan onak dan duri. Insya-ALLAH, jika persediaan kita mantap,teguh dan utuh, kita dapat menghadapi rintangan yang menghadang dengan jayanya. Insya-ALLAH.
p/s : "Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dengan pertambahan ibadah kepada-NYA." Insya-ALLAH. Moga-moga. Terima kasih atas ingatan dan doanya kakakku. Doakanlah adikmu ini kuat menghadapi Ramadhan di perantauan tanpa insan tersayang. *huhu..sedih...*

p/s/s: Alhamdulillah. ALLAH permudahkan segala urusan saya hari ini. Alhamdulillah. Hamdan lillah. Syukran lillah. Terasa ALLAH itu sangat sweet dan memahami keluh kesah hati ini. *My 'sweetheart' always know the best for me. HE always there right on my side. *

Thursday, December 9, 2010

Ujian


Assalamu'alaikum wbt.

Ujian. Apabila sebut tentang ujian, ada 2 benda yang terlintas di fikiran saya. Pertama peperiksaan dan kedua rintangan atau halangan.

Sekarang ni pun musim peperiksaan. Suatu ujian buat semua pelajar untuk mengetahui adakah apa yang mereka pelajari selama ini dapat dihadam dan difahami atau perlu diulang kembali. Luluskah? Gagalkah?

Setiap apa yang kita lalui dalam hidup ini adalah ujian buat kita sebenarnya. Sama ada orang kaya, miskin, pandai,tak pandai, pekerja, pelajar, suami,isteri, anak....Setiap orang ada ujiannya yang tersendiri. Orang kaya diuji dengan harta kekayaannya. Orang miskin diuji dengan kekurangan hartanya. Orang pandai diuji dengan ilmu yang dimilikinya. Orang yang kurang pandai diuji dengan kelemahannya itu.

Ada yang diuji dengan keretakan hubungan kekeluargaan, kehilangan orang yang tersayang dan macam-macam lagi. Kematian itu sesuatu yang pasti. Namun, kehilangan orang yang kita sayang begitu menyakitkan.

Takziah buat rakan saya, Hafizah yang baru kehilangan ayahanda tercinta malam tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin...Al-Fatihah...

Kadang-kadang ALLAH mendatangkan ujian kepada kita supaya kita lebih mendekati diri-NYA. Adakalanya ujian itu untuk menguji keimanan kita. Insya-ALLAH setiap ujian yang menimpa, kita mampu menghadapinya. ALLAH tidak akan memberikan kita sesuatu yang tidak dapat kita hadapi. DIA tahu dan kenal hamba-hamba-NYA.
Saat ujian melanda diri, bacalah surat cinta yang DIA titipkan buat kita semua. Insya-ALLAH,our compilation love letter will calm us.Ini peringatan buat diri sendiri jugak. Sebab setiap masa,setiap ketika...kita akan sentiasa diuji...

Kenapa kita diuji?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman",dan mereka tidak diuji?Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta"
~Al-'Ankabut,29:2-3~

Beratnya ujian-MU Ya ALLAH. Mengapa seberat ini?

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."~Al-Baqarah,2:286~

Bagaimana hendak menghadapi ujian ini?

"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu beruntung."~Ali-Imran,2:200~

Kepada siapa hendak berharap?

"..."Cukuplah ALLAH bagiku;tidak ada tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal, dan DIA adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung."~At-Taubah,9:129~

Nak mintak tolong kat sapa?

"Dan mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."~Al-Baqarah,2:45~

Saya dah tak tahan lagi dengan ujian ni~~~~포기할까?

"...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat ALLAH,hanyalah orang-orang yang kafir."~Yusuf,12:87~

Sedih...kecewa....huhu

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."~Ali-Imran,3:139~

Kenapa saya tak dapat apa yang saya nak?

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahu."~Al-Baqarah,2:216~

Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya.

"Verily after each diffuculty there's a relief."~Al-Insyirah,94:6~

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."-Al-Insyirah,94:5-6~


Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang. Insya-ALLAH. Ujian tu tanda ALLAH sayang kat kita..Insya-ALLAH...

Sunday, June 6, 2010

Tarbiyyah Ruhiyyah

Salam Alaik~~

Pernah dengar x perkataan ni?Tarbiyyah Ruhiyyah?Apa maksud dia ni?Tak belajar arab la...ok2..meh nak habaq mai na...(marah org kedah kang salah gna grammar kedah..huhu..)

Tarbiyyah ruhiyyah ni maksud dia tarbiyyah hati.Macam mana tu?Kiranya kita jaga hati kita ni betul2..Kan ada dalam hadis 40,hadis ke-6..di penghujung hadis tu ada bagitau,"Ingatlah di dalam setiap jasad terdapat seketul daging.Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu,dan sekiranya ia rosak,rosaklah seluruh jasad itu.Itulah hati." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maknanya kat sini,kalau hati orang tu baik,baiklah orangnya.Kalau hati orang tu tak baik,tak baiklah orangnya.

Pokok pangkalnya semuanya terletak kat hati.Sebab tu la kita kena jaga hati kita betul2..Macam mana nak jaga hati ni ek?

Sebahagian ulama ada cakap,hati kita ni akan jadi elok dalam 5 perkara ni.Apa 5 perkara tu?
1.Membaca al-quran dengan tadabbur. (bukan setakat baca je,tapi tengok maksud dia sekali..)
2.Mengosongkan perut. (rajin2lah puasa sunat ye..puasa setiap isnin dan khamis..)
3.Qiamullail.(kena selalu bangun malam..solat tahajjud,taubat,hajat dan tutup dengan witir)
-Merintih kepada ALLAH di waktu tengah malam.(Berdoa...)
4.Bergaul dengan orang2 soleh. (cari la kawan2 yang baik ye..)
5.Memakan makanan yang halal.(Elakkan makanan yang syubhah ye)

Lepas tu malam tadi ada solat sunat hajat dan majlis tahlil untuk arwah kak ziha.Sementara tunggu isyak tu,ada la perkongsian sikit.Pak Cik Bukhari ni cakap kita kena jaga betul2 hati kita ni.Apa yang dia cakap tu pun xlari jauh dengan pendapat ulama kat atas tu ha...

Apa dia kata ek?Saya tahu..kita sume orang Islam..dah tentu la kita solat kan?Dah akil baligh dah..tak buat dosa kita tanggung sendiri dah..Tapi kalau solat x jaga?Melewat2kan solat,solat tapi macam malas2,dok tengah solat tu sempat lagi fikir benda lain...ok ke solat kita macam tu ye?Sebab tu la Pak Cik Bukhari pesan, jaga solat betul2..Solat diawal waktu,kena ikhlaskan diri,kena khusyuk...

Selain tu..kena selalu ingat kat ALLAH..kena sentiasa basahkan bibir dengan zikir.
Dia cakap," Kalau mulut tu xcakap benda2 xberfaedah..jalan nak gi kelas tu pun dah berapa puluh dah zikir kita dapat sebut."

Betul jugak kan?Ni apa yang kita buat?Dok la citer pasal artis,entah pape je..bukan diaorg kenal kita pun..tapi ALLAH sentiasa tengok kita,ALLAH kenal kita..

Bila dengar tu memang la saya rasa pipi tiba2 pijar.Kata2 tu macam tampar pipi ni ha.Ambik engkau sebijik!Rasakan!Sapa makan cili dia yang rasa pedasnya kan?kena ubah diri ni...huhu

Aha..al-ma'thurat tu pun penting jugak tau!Baca selepas subuh dan selepas asar.Akak naqibah saya cakap,lagi baik kalau kita faham maksud yang kita baca tu..Lagi menusuk kalbu..

Ok,nak kongsi sikit zikir harian..Pak Cik Bukhari bagitau malam tadi..tapi sebenarnya masa kecik2 dulu pun saya amalkan gak zikir harian ni.Siap tampal kat pintu bilik lagi.Tapi tu la kan...dah lama tinggal...ilmu kalau x diamalkan ibarat pokok tanpa buah..tu pepatah bahasa arab yang saya dok hafal masa form 3 dulu.Tapi tak ambik iktibar darinya.ish222...teruknya la saya ni..jangan la jadi macam saya ek kawan2..yang ni pun kena ubah ni..

Eh..dok bercoleteh panjang2 lak..zikirnya xbagitau lagi..maaf2..Ni dia zikir harian tu:

JUMAAT

يَا الله

SABTU

لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله

AHAD

يَا حَيُّ يَا قَيُّوم


ISNIN

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

SELASA

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ

RABU

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

KHAMIS

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

Jom sama2 kita amalkan ye..Moga2 hati kita terjaga..Kalau ada terlintas benda2 x elok tu terus la beristighfar minta ampun dengan ALLAH..jangan biarkan hati ditumbuhi tompok2 hitam yang mencemarkan kesuciannya.

Aha..nak tau x kenapa hati kita boleh rosak?Boleh terpesong dari landasan dia?Hati kita ni boleh rosak
1.Bila kita bergaul secara berlebihan..kiranya x jaga hubungan lelaki dengan perempuan la kat sini..orang arab cakap x jaga ikhtilat.
2.Panjang angan2..dok berangan,terbang ke alam fantasi,tak berpijak di bumi nyata dah...xleh gitu ek..rosak hati nanti.
3.Bergantung harap selain daripada ALLAH..kita ni kena bergantung pada ALLAH je...ada masalah mengadu pada DIA..minta doa pada DIA..jangan lebihkan benda lain selain daripada ALLAH..
4.Kekenyangan yang keterluan.Makan x ingat dunia orang kata..xboleh gitu..itu perangai 'cik tan'.Nak jadi kawan 'cik tan' buat la macam tu...kalau x nak,jangan buat gitu ye..
5.Banyak tidur.Ha..baby je ek yang tido lama..dah besar panjang ni..jangan nak mengada-ngada jadi baby lak...(huhu..saya ni kalau tido tu..x ingat nak bangun..haish..teruknya la...kalah baby kalau tido..ish2...awak tu dah besar..dah boleh jadi mak baby dah pun..jangan nak mengada nak jadi baby...>.<)

Sebab tu la tarbiyyah rubiyyah ni penting.Hati kita ni pun perlukan penjagaan rapi tau.Insya-ALLAH kalau kita amalkan zikir,al-ma'thurat,baca quran...hati akan jadi lembut..kena lakukan secara konsisten la ye...

Saya tau,nak buat tu senang...Tapi nak konsisten tu yang susah..tapi tak salah kalau kita mencuba dan berusaha kan?Kalau orang lain boleh buat dan konsisten...kenapa kita x boleh buat?Saya selalu tanya macam tu kat diri saya.Apa beza saya dengan dia?Dia boleh buat,tentu saya boleh buat jugakkan?Yang penting,kemahuan dan tekad.Insya-ALLAH..boleh..

Malaysia boleh!Kita boleh! (eheheh..xpasal2..tapi xpe...pembakar semangat...*^^*)

Saturday, December 19, 2009

Motivasi Diri

Assalamu'alaikum wbt.

Malam yang sejuk ni saya nak kongsi tips2 untuk memotivasikan diri sikit la..huhu..tengah boring xtau nak buat apa..padahal ada je homework tu.huhu..takde la motivasi sangat sebenarnya..tapi boleh membuatkan hidup kita teratur dan ceria selalu dengan tips2 ni..Insya-ALLAH..sama2lah kita amalkannya yer..^^

1.Rangcanglah dulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
2.Senyumlah selalu...Senyuman boleh menenangkan jiwa.Aha..senyum juga merupakan satu
sedekah tau!
3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
4.Jangan membahayakan diri sendiri dan menzalimi diri.
5.Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
6.Sesekali hiburkanlah diri dengan melakukan apa yang diminati.
7.Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas.Sesekali bergaya apa salahnya..^^
8.Kawal berat badan dan jangan makan terlalu banyak.Takut jadi obes pulak nanti..huhu
9.Amalkan gaya hidup sihat.Jangan hisap rokok..Merokok membahayakan kesihatan.
10.Lakukan pemeriksaan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
11.Tenangkan fikiran dan relaks sekejap..
12.Mandi setiap hari..Jangan malas mandi tau!Walaupun winter macam kat Korea
sekarang ni..huhu..
13.Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri
sendiri.
14.Jangan menunjuk-nunjuk atau alin-alim kucing yer..
15.Lakukan kerja seikhlas hati.No complaint-complaint tau!
16.Yang paling penting,sentiasalah berdoa kepada ALLAH SWT.