Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Cuti 2 Bulan Yang Bermakna

Assalamu'alaikum wbt.

Syukran lillah. Hamdan lillah. Saya, awak, kamu dan kita semua masih diberikan peluang oleh ALLAH Yang Maha Esa untuk bernafas lagi pada hari ini. Awal pagi tadi berjujuran air mata bila membaca kisah adik Faris. Kematian itu tidak mengira usia bukan? Kita pun entahkan esok entahkan lusa akan dijemput menghadap Ilahi. Hakikatnya kita semakin menghampiri kematian dari sehari ke sehari. Bagaimana pula dengan amal kita? Sama-samalah kita persiapkan diri menuju alam yang kekal abadi. Insya-ALLAH

Alhamdulillah pada pukul 9.30 malam 18 Februari 2012 lebih kurang 2 minggu yang lepas saya selamat kembali ke bumi Korea Selatan untuk kembali bergelumang dengan buku, kuliah danassignment. Buat pertama kalinya sejak 3 kali pulang bercuti saya dihantar oleh keluarga terdekat hingga ke balai berlepas antarangsa. Terima kasih banyak-banyak kak Ila sudi datang dari Kuantan nak hantar kak Long. Terharu sangat-sangat. Siap ada hadiah lagi. Kak Long takde bagi apa-apa pun.huhu. Psst..ramai yang cakap cantik brooch tu..:D

Memang sepanjang cuti 2 bulan ni saya tak update langsung blog. Ketiadaan internet di rumah dan kekangan masa membuatkan saya tidak dapat mengupdate blog. Nak menjenguk blog-blog yang sentiasa mendapat kunjungan saya pun tak sempat. Pergi ke cyber cafe hanya untuk mendaftar subjek dan check email semata-mata. Alhamdulillah walaupun terpaksa menunggu agak lama untuk mendaftar subjek, saya masih dapat mendaftar subjek-subjek yang saya nak. Alhamdulillah. :)

Seronok bila ramai kawan-kawan yang berjaulah cuti kali ini. Ada yang ke Jepun, ada yang ke Mesir, ada yang ke Europe, Uk-Eire, Paris, Spain dan sebagainya. Rasa agak cemburu juga la dengan mereka. Pasti banyak pengalaman dan pengisian yang mereka dapat sepanjang jaulah. Walaupun tidak berpeluang berjaulah ke mana-mana cuti kali ini, saya masih dapat mencipta kenangan manis dan indah. ALLAH mahu saya mengenali apa itu ukhuwah fillah cuti kali ini. Saya dapat jumpa ramai akhawat yang belajar di New Zealand, China dan sebagainya. Banyak yang saya dapat bila bersama mereka. Kemesraan yang terjalin bagaikan sudah bertahun kenal.

Berpeluang berjumpa dengan Hazimah. Kawan satu course dengan adik Ema. Sebelum ini selalu juga berborak di Yahoo!Messenger. Tak sangka pula dapat jumpa dia di rumah. Tak sangka juga kawan yang adik Ema cakap nak balik sama tu dia. Sungguh tak sangka. Lembut dan agak pendiam orangnya. Sopan je. Segan akak dengan awak, Zimah. huhu..

Girls outing bersama adik-adik kesayangan. Sampai lenguh kaki adik Ema dan adik Eya dok pusing Plaza Lowyat dan Times Square. Jalan-jalan sambil mengeratkan hubungan adik-beradik. Bukan senang dapat keluar sama-sama macam ni. Selalunya saya cuti mereka tak cuti dan begitulah sebaliknya. Alang-alang semua orang ada, kita luangkan masa keluar bersama.Asalnya nak pergi beli telefon baru untuk adik Ema je. Dalam perjalanan balik ke Shah Alam, kebetulan ada pesta buku di KL Sentral, apa lagi...masuk tengok-tengok. Lepas tu sangkut. Singgah di Subang Parade, masuk MPH, beli lagi buku. Alhamdulillah hampir semua buku yang dibeli dah habis baca. Memang book marathon la lepas balik tu.huhu

Berpeluang date 3 hari 2 malam dengan kesayangan. :p Kami pergi jalan-jalan pusing Aquaria. Tengok pelbagai gelagat hidupan laut. Subhana-ALLAH. Sungguh cantik pemandangan di dalam laut. Dengan hidupan laut yang pelbagai rupa dan jenis. Sangat unik. Indahnya ciptaan-MU YA ALLAH. Kebanyakannya bersama keluarga. Membawa anak-anak melihat ikan. Kami je la yang pelik sikit. Dah besar panjang pun tengok ikan jadi macam budak kecil balik. :D


Sempat la juga merasa semput nafas bila terhimpit dalam KTM waktu pick hour. Pelbagai gelagat dapat dilihat. Banyak yang saya belajar dan fikirkan bila melihat fenomena tolak-menolak dan jerit-menjerit semata-mata untuk memasuki KTM itu. Seharian di Aquaria, keesokannya ke Masjid Jamek Jalan TAR. Pusing cari tudung dan kain pasang. Terima kasih banyak-banyak kak Ila. Kenangan terindah yang sentiasa segar dalam ingatan :)

Cuti kali ini saya dapat bertemu dengan akak-akak yang sudah back for good. Ada yang sudah bekerja, ada yang menyambung pengajian. ALLAH mengizinkan saya untuk bertemu dengan kak Lina. Jika selama ini kami hanya berhubung melalui laman sesawang facebook ataupun Yahoo!Messengger. Sesekali berbalas mesej. Namun kali ini kami bersua muka, bertemu empat mata. ALLAHU ALLAH! Sungguh indah. Siap dapat rasa chocolate moist cake homemade kak Lina lagi! Terharu sangat-sangat. Rupanya kak Lina masih ingat request saya tidak lama dulu.

Saya juga belajar yang ukhuwah yang terjalin ini kadang-kadang ada pasang surutnya. Dalam perhubungan perlu ada give and take. Perlu jadi listsener and speaker. Bukan memberi semata-mata. Bukan menerima semata-mata. Bukan mendengar semata-mata. Bukan juga bercakap semata-mata.

Ayat-ayat cinta ALLAH yang dua ini terasa benar-benar dekat dengan saya. Jika selama ini saya mungkin tahu teori sahaja. Kini saya sudah merasai praktikalnya macam mana. Sebab itu kita perlu baca al-Quran dengan hati dan perlu rasa macam ayat itu diturunkan untuk diri kita sendiri. Barulah terasa dekat dan betul-betul meresap ayat yang dibaca ke dalam jiwa. Secara tidak langsung kita pasti akan mempraktikkan apa yang kita baca. Insya-ALLAH.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat."
[Al-Hujurat,49:10]

"Dan sesungguhnya DIA-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
[An-Najm,53:43]

Semoga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan hingga ke syurga. Insya-ALLAH. Walau jauh di mata namun dekat di hati. Walau tidak selalu bersua namun selalu disebut ketika berdoa.

Nota 1: Kak Shafura, Kak Nabihah dan Kak Farhana selamat kembali ke Malaysia. Kak Syakirah selamat bekerja. :)

Nota 2: Selamat kembali bergelumang dengan kehidupan kampus kepada semua pelajar di Korea Selatan terutamanya kepada adik-adik batch 12 yang baru tiba. Welcome to Korea! 한국에 환영합니다!


Sunday, December 6, 2009

APA ITU JIN DAN SIHIR....

Salam alaik buat semua..Selamat bercuti buat rakan2 batch 9.Tak lupa,selamat menghadapi peperiksaan buat 선배들 (senior2)..

Erm..hari ni saya nak cite pasal pasal jin..Agak seram kan?heheh..Actually semalam saya ada menghadiri satu kuliah perubatan islam.Ustaz Trimizi Zainal yang merupakan Deputy Chairman Professional Islamic Support And Nurture Group atau lebih dikenali sebagai PISANG telah berkongsi ilmu tentang gangguan jin,sihir dan penyakit dengan kami.

Sebenarnya jin ni terbahagi kepada 2 tau.Ada jin islam dan ada jin kafir.
Jin kafir ni termasuklah syaitan,iblis dan ifrit.Dalam surah Al-Jin ayat ke 14 ada menerangkan pasal jin ni..
"Dan di antara kami (jin)ada yang Islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran.Siapa yang Islam,maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus." (Al-Jin,72:14)

Nak tahu tak apa sifat2 jin?Aha..ingat manusia je ke ada sifat dan sikap?Jin pun ada tau..Jom kita tengok ni..
Jin bersifat api,suka menumpang,suka dengan manusia,suka buat zalim kat manusia dan ada ketikanya jin masuk dalam tubuh manusia bila disuruh.
Kenapa jin bersifat api ye?Pastu suka lak nak kacau manusia ek?Ha...api ni pulak sifatnya tak boleh bergantung pada dirinya sendiri,tak boleh berdikari dan yang paling penting suka menumpang.

Habis,yang manusia ni pulak kenapa la jin suka sangat kacau ek?Tentu korang 궁금(tertanya2kan)?Ok.meh sini nak habaq mai..(heheh...marah orang kedah nanti..huhu..)
Manusia ni bersifat tanah.Dan tanah pulak sifatnya ditumpang.Ye la..Cuba tengok,nak buat rumah,kena ada tapak.Ye tak?Tapak tu apa?Tanah la..Nak tanam pokok pun kena ada tanah gak..Pendek kata tanah ni memang ada je benda yang tumpang dia.

Ini dalil2 yang menyatakan jin diciptakan daripada api dan manusia daripada tanah.
"Dan sungguh,Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering dan lumpur hitam yang diberi bentuk." (Al-Hijr,15:26)

"Dan Kami telah menciptakan jin sebelum manusia (Adam) dari api yang sangat panas." (Al-Hijr,15:27)

"Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar." (Ar-Rahman,55:14)

"dan Dia menciptakan jin dari nyala api tanpa asap." (Ar-Rahman,55:15)

Aha..koranf tentu nak tahu kan kat mana la jin2 ni suka duduk?Ok..meh nak bagitau..Sama2lah kita berjaga2 dan berhati2 bila ke tempat2 ni ye..

Tempat yang jin Islam suka duduk:
~masjid
~surau
~kampung
~dan tempat2 yang baik2..

Temapat yang jim kafir suka duduk:
~Bandar
~Tempat2 maksiat
~Hutan2 belantara
~Laut
~Tasik
~Antara 2 arus yang bertembung
~Antara 2 gunung
~Kubur
~Tempat2 yang kotor seperti tandas
~Tempat2 yang selalu berlaku kemalangan

Iblis sebahagian daripada jin.Iblis ni merupakan makhluk yang tak ikut perintah tuhan.Tapikan iblis ni makhluk yang tak akan mungkir janji.Ye la..iblis kan dah janji dengan ALLAH yang dia nak rosakkan anak2 Adam sampai ke akhirnya.Dan sehingga sekarang iblis masih melakukannya.Yang ni saya rasa kita sebagai manusia boleh ambik.Jangan mungkir janji.(Erm...tolong betulkan kalau saya salah ye)

Dalil yang menyatakan iblis sebahagian daripada jin:
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat,"Sujudlah kamu kepada Adam!"Maka mereka pun sujud kecuali iblis.Dia adalah dari (golongan) jin,maka dia menderhakai perintah Tuhannya.Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku,padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah (iblis itu) sebagai pengganti (ALLAH) bagi orang yang zalim." (Al-Kahf,18:50)

Syaitan pulak hanya akan datang pada kita bila kita hina ALLAH,para rasul dan ayat2 AL-Quran.

Hidup kita ni ada 2 dimensi.Satu dengan malaikat dan satu lagi dengan jin.Jadi kita kena la jaga adab2nya.

Pastu kan..tentu korang pernah dengar ayat ni.."Sebaik2 jin,sejahat2 manusia".Mesti pernah dengarkan?Ustaz Trimizi cakap ayat tu salah.Sebab takkanlah jin islam yang sentiasa beribadah kepada ALLAH tu sama dengan manusia yang suka berzina.Tentu tidak bukan.Jadi jangan gunakan lagi ayat tu ye kawan2..^^

Di dalam Al-Quran terdapat 216 ayat yang mengisahkan tentang jin,syaitan,iblis dan ifrit.

Ok..sekarang ni kita masuk bab sihir pulak..Apa itu sihir ye?Aha..Sihir merupakan satu gangguan yang diganggu oleh syaitan atau jin seolah2 kita dicekik,ditikam dan dipukul.Sihir akan jadi kuat apabila syaitan dan jin dipuja dan terdapat perjanjian.


Sihir terbahagi kepada 3 bentuk.
1)Sihir menggunakan makhluk halus iaitu jin
2)Sihir menggunakan jampi mentera
3)Sihir menggunakan bahan sihir seperti santau

Sihir ni pulak ada 9 jenis kesemuanya:
1)Sihir penyakit
2)Sihir penceraian
3)Sihir membatalkan perkahwinan
4)Sihir pengasih
5)Sihir khayalan
6)Sihir bisikan
7)Sihir pendarahan
8)Sihir gila
9)Sihir pendarahan

Erm..korang boleh mengenal pasti sama ada diri korang terkena sihir ke tak..
Terdapat beberapa tanda..

Tanda-tanda gangguan dan sihir:
(i) Rohani (Aqidah,ibadat dan akhlak)
1)Ragu2 tentang kewujudan ALLAH
2)Berasa kuat untuk menganut agama lain
3)Sentiasa nampak salib @ berhala ketika solat dan pada waktu lain
4)Berasa kuat untuk masuk gereja,kuil dan tokong
5)Buruk sangka pada ALLAH
6)Tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah
7)Terasa nak bunuh diri dan terjun ketika berada di tempat tinggi
8)Was2 ketika ambil wuduk dan solat
9)Was2 bacaan apabila membaca AL-Quran
10)Suka marah,suka menangis dan bercakap seorang diri
11)Keinginan seks membuak

(ii) Mental / Fizikal
1)Hilang akal
2)Mudah lupa2
3)Separuh sedar
4)Sakit kepala berpanjangan (berat,panas dan mencucuk)
5)Panas sebahagian atau seluruh badan
6)Sakit tengkuk,perut dan belakang (berat,panas dan mencucuk)
7)Sakit dada (panas,sesak nafas,sempit,mencucuk dan kuat berdebar)
8)Sakit kaki (panas,berat dan mencucuk)
9)Sakit seluruh badan seperti benda berjalan dalam badan
10)Sakit kemaluan (benda berjalan dan panas)

(iii)Ketika Tidur
1) Selalu ditindih
2)Kerap mimpi ular
3)Kerap mimpi budak kecil
4)Kerap mimpi menakutkan

Kawan2 nak tahu tak kenapa kita diganggu?Sebabnya kita terkurang salah satu daripada 4 item ni:
4 item yang perlu ada dalam diri kita:
1)Intellectual Quotient (IQ)-kecerdikan
2)Emotional Quotinet (EQ)-emosi yang stabil
3)Spiritual Quotient (SQ)-semangat yang kuat
4)Associational Quotient (AQ)-pergaulan

Aha..apa yang perlu kita buat untuk mengelakkan diri daripada disihir ye?Kata orang2 Melayu,"mencegah itu lebih baik daripada mengubati".Orang putih pulak kata "Prevention is better than cure".Jadi,kita perlulah mengamalkan bacaan ayat2 rokiah ini..

Amalan2 yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sihir:
1)Menjaga solat.
2)Banyakkan membaca AL-Quran,berzikir dan berdoa kepada ALLAH
3)Mengamalkan bacaan2 berikut:
a)Membaca ayat penggerak setiap kali selepas subuh dan selepas asar.
-Ayat penggerak : Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wa la
fissamai wa huwassami 'ulla'alim
b)Membaca ayat Kursi setiap kali selepas subuh dan sebelum tidur
c)Membaca surah Al-Ikhlas dan Al-Mu'awizzatain (Al-Falaq dan An-Nas) sebanyak 3
kali setiap pagi dan petang
d)Membaca "La ilaha illah wah dahu la syarikalah,lahul mulku walahul hamdu wahuwa
'ala kulli syai in qodir"setiap hari
*Kalau boleh (a) dan (d) dibaca sebanyak 100 kali sehari..Insya-ALLAH,sama2lah kita mengamalkannya ye..^^
4)Makan buah kurma sebanyak 7 biji sehari.Paling bagus makan kurma nabi..
Tapikan ustaz cakap tiap2 hari makan kurma nabi jadi botak tau.Ye la..kan kurma nabi tu mahal.Harganya hampir mencecah ratusan ringgit sekilo.Mana tak botak kepala..heheh..(0_^) tu kata ustaz la kan....mati2 kitaorg ingat boleh botak kepala betul bila makan kurma nabi hari2..huhu..ustaz boleh pulak bergurau..huhu..tapi bila fikir balik..apa yang ustaz cakap tu betul..kitaorg yang tersilap faham..Tu la..suka sangat fikir negatif...huhu..

Ok la,dah panjang lebar saya tulis pada post kali ni..Ha,ambik kau..masa takde post,sunyi je blog ni..bila dah ada post,tak larat pembaca nak baca..huhu..

Hope u all enjoy reading this post..Semoga ia memberi info pada kamu semua ye..Dan tak lupa,bila dah tahu tu..apa kata kita amalkan..Ilmu tanpa amal,ibarat pokok tanpa buah..Tak berguna gak kan?So,bila ilmu tu diamalkan,ibarat pokok yang lebat buahnya..Sapa yang tak terliur kan kat pokok yang banyak buah?Macam tu jugaklah dengan kita..Sebab tu la orang yang berilmu dipandang tinggi..

Monday, May 18, 2009

Kelas menonton wayang..


Erm..tadi cerita pasal aktiviti yang lepa.Sekarang kita cerita pasal aktiviti hari ni pulak ye.Minggu lepas kami baru je habis mid -term korean exam.Jadi,hari ni Seonsengnim (SSN) @ Lecturer kami bawa kami pergi tengok wayang kat Podo Mall,Sillim.

Malangnya cerita yang kami tonton tu takde subtitle..huhu..Layan je la..Rupa-rupanya drama Korea ni agak tak senonoh jugak ek.Hurm...Takde la terover sangat macam movie English tu,tapi bagi kita orang Melayu yang mempunyai adat sopan ni,kita akan rasa tak berapa elok la kan.

Pada permulaan cerita tu saya ok lagi..Bila sampai di pertengahan cerita,saya dah rasa mengantuk.Nasib baik tak tertidur kat situ.huhu..Memang dah nak tersengguk-sengguk dah.Tak nak la cerita pasal movie ni lagi.Boring kan?Apa la saya ni kan?

Lepas tengok wayang tu SSN bawa kami pergi makan.Saya makan 생선구이(sengseongui)@ ikan bakar.Sedap..Nanti lain kali tak payah la pergi Dongdaemon semata-mata nak makan ikan bakar.hehe..

Yang tak bestnya petang tadi pukul 2 petang kami kena pergi Seoul National University (SNU) pulak..Ada 오후 수업 (Ohu suob)@ kelas petang.Mengada-ngada saya ni kan?Nak tulis jugak kot bahasa Korea.Bukannya semua pembaca boleh faham.Tapi kalau sapa-sapa yang berminat nak belajar bahasa Korea boleh la belajar sikit-sikit ye.Tapi saya ni bukannya pandai sangat pun.Boleh la sikit-sikit tu..

Ni gambar 생선구이 tu....sedap tak?

Pasal smart group..

Dah 2 hari hari kan saya tak menulis kat blog ni?Sehari dua agak sibuk sikit.Semalam jadual saya dipenuhi dengan meeting.Cewah macam ahli korporat la pulak.

Pagi semalam saya ada usrah.Dalam pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari di kisuksa.Pukul 2 petang hingga 4.30 petang pulak ada perjumpaan dengan sidang redaksi Cetusan.Lepas tu malam tadi dari pukul 10 malam hingga 11.30 malam ada usrah online dengan Ustaz Ridha.Begitulah serba sedikit jadual saya semalam.

Sebenarnya usrah dengan Ustaz Ridha takde la lama sangat pun..Tapi disebabkan line tidak clear dan talian asyik terputus je,terpaksa mengambil masa yang agak lama.Rindu nak dengar nasihat daripada ustaz.Dah lama saya dan kawan-kawan tak mendengar celoteh ustaz.Kalau dekat INTEC kami akan mengadakan smart group ni pada setiap malam rabu di surau Cemara.Huhu..rindunya suasana itu.Tapi takpelah,at least kerinduan kami terubat semalam-dpaat dengar pengisian yang amat berguna daripada ustaz.

Semalam kami tafsir surah Al-Ikhlas.
(1)Katakanlah (Muhammad),"DIAlah ALLAH,Yang Maha Esa.(2)ALLAH tempat meminta segala sesuatu.(3)(ALLAH) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.(4)Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan DIA".

"Entaorang dok di Korea tu,ambillah hikmah di sana bawak balik.Niatkan apa yang aku buat ni adalah suruhan ALLAH",begitulah kata-kata ustaz.Di akhir tazkirahnya ustaz ada menyatakan, "Jadi engineer yang ingin bersama dengan nabi-berbeza,cara pembelajarannya berbeza,kehidupan akhlaknya juga berbeza".

Apa yang dapat saya simpulkan dengan pengisian ustaz malam tadi ialah:
  • Walau di mana kita berada,kita kena amalkan Islam dengan cara yang sebenarnya
  • Kita kena mengambil peluang yang ada untuk mempelajari dan mendalami lagi ilmu terutamanya ilmu agama
  • Kita kena niatkan apa-apa sahaja yang kita lakukan ini adalah semata-mata kerana ALLAH
  • Kita perlu meletakkan ALLAH sebagai matlamat sebuah kehidupan.
Sesungguhnya perjumpaan malam tadi memang amat berguna bagi saya dan rakan-rakan.Lebih-lebih lagi bagi kami yang berada di negara yang sedikit penganut agama Islam.