Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Esok Hari Arafah, tau. Jom Puasa Esok!

Assalamu'alaikum wbt.

Esok hari Arafah tau kawan-kawan. Jom kita pakat-pakat puasa esok! =]

Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata : "Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharam) dan tiga hari pada setiap bulan." 
[HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa'ie]

Berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) diampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. 

Berdasarkan hadis daripada Abi Qatadah ra berkata: telah ditanya Rasulullah SAW mengenai puasa pada hari Arafah, lalu baginda Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya,  "Diampunkan dosa tahun yang lalu dan diampunkan dosa tahun yang depan (selepas)." 
[HR Muslim]

Bagi mereka yang tidak berpuasa pada hari Arafah, tetapi menjamu makan (untuk berbuka) bagi orang yang berpuasa hari Arafah, pahalanya adalah sama seperti orang yang berpuasa pada hari tersebut. (Jadi jangan sedih-sedih ye siapa-siapa yang tidak dapat berpuasa esok disebabkan oleh keuzuran. :D)

Berpuasa pada hari Arafah disarankan kepada umat Islam yang tidak melakukan ibadah haji, manakala bagi muslimin dan muslimat yang sedang dalam haji atau berada di Padang Arafah, tidak disarankan berpuasa pada hari tersebut.

Apakah itu Hari Arafah? 

Hari Arafah atau 9 Zulhijjah merupakan antara hari yang sangat mulia di dalam Islam. Pada hari ini, jemaah haji berpusu-pusu ke Padang Arafah untuk berwuquf. 

Wuquf merupakan salah satu rukun haji yang perlu dilaksanakan oleh setiap jemaah haji. Jika meninggalkan wuquf, maka terbatallah ibadah hajinya.

Tujuan wuquf di Padang Arafah ini adalah untuk umat Islam memperingati dan menginsafi hari kebangkitan di Padang Mahsyar kelak.

Keistimewaan Hari Arafah

1. Pada hari Arafah, ALLAH SWT membanggakan para hamba-NYA yang sedang berkumpul di Padang Arafah di hadapan para malaikat-NYA. 

Nabi Muhammad SAW bersabda, "Tidak ada satu hari yang lebih banyak ALLAH memerdekakan hamba-NYA dari neraka pada hari itu daripada hari Arafah. Dan sesungguhnya ALLAH mendekat, kemudian DIA membanggakan mereka (para hamba-NYA yang sedang berkumpul di Padang Arafah) kepada para malaikat. 
DIA berfirman, "Apa keinginan mereka (akan KU kabulkan)?"
[HR Muslim]

Dari Aisyah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada satu hari di mana ALLAH SWT paling ramai membebaskan hamba-NYA dari neraka selain dari hari Arafah." 
[Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH SWT memuji mereka yang sedang wuquf di Padang Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka, "Lihatlah kepada hamba-hamba-KU yang datang kepada-KU." 
[HR Ahmad]
3
2. Hari mustajab doa. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa pada hari ini.

Dari Amr bin Syuaib bahawa Nabi SAW bersabda, "Doa terbaik adalah doa pada hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah 
'laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadir.' 
(Tidak ada sembahan yang selain ALLAH semata-mata. 
Tidak ada sekutu bagi-NYA, hanya milik-NYA semua kekuasaan, hanya milik-NYA semua pujian  dan DIA Maha Mampu atas segala sesuatu.)
[HR Tirmizi]

Lafaz Niat Puasa Hari Arafah :
"Sahaja aku berpuasa sunat pada hari Arafah esok hari kerana ALLAH Ta'ala." 


Komentar saya:
Ayuh, kita rebut peluang yang datang setahun hanya sekali ini! Semoga amal kita diterima ALLAH. Insya-ALLAH. 

Doa banyak-banyak ye esok. Selawat, tasbih, takbir dan tahmid juga banyak-banyak. Ucapkan juga ucapan terbaik itu - Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadir. 

Bersama kita berlumba-lumba meraih keampunan dan redha Ilahi. Insya-ALLAH.

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan rasul-rasul-NYA. Itulah kurniaan ALLAH, yang diberikan kepada siapa yang DIA kehendaki. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar." 
[Al-Hadid, 57:21]

Nota 1 : Selamat menduduki peperiksaan pertengahan semester musim luruh buat semua warga Korea Selatan. Err..dah ada yang habis exam pun kan? Hee. Apapun kuhembuskan doa di angin lalu buat kalian. Insya-ALLAH. =)

Nota 2 : Salam Aidil Adha buat semua. Jumaat ini seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Aidil Adha. Hayatilah nilai pengorbanan itu. Telusurilah kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail untuk mengenal erti pengorbanan yang sebenar. 

Insya-ALLAH, lepas exam saya akan perihalkan sedikit sebanyak yang saya tahu mengenai kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ini. Insya-ALLAH. 

Nota 3 : Semoga umat Islam yang berada di Tanah Suci saat ini mendapat haji yang mambur. Insya-ALLAH. 

Nota 4 : Semoga harapan, doa dan impian saya untuk ke Tanah Suci bersama Ummi dan We serta keluarga tercapai dan tertunai suatu hari nanti. Insya-ALLAH. Doakan ye. 

Mahu merasai sendiri haruman dan gemeresik rasa berada di Tanah Suci. ALLAH, rindunya. Sampaikanlah kami Ya ALLAH ke Tanah Haram-MU itu. Ameen, Ya Rabb. 


Thursday, July 14, 2011

Baraka ALLAHU Lakuma







Assalamu'alaikum wbt.

14 Julai 2011
Termeterai satu ikatan yang suci
Paduan dua jiwa
Disadur menjadi satu hati

Selamat pengantin baru diucapkan buat Kak Long Santi
Selamat bertunang diucapkan buat Kak Nani

Baraka ALLAHU lakuma
Wa baraka 'alaikuma
Wa jama'a bainakuma fil khair

Semoga ALLAH memberkati kalian
Ketika Senang mahupun susah
Dan sentiasa mengumpulkan kalian dalam kebaikan.
Ameen...
Buat Kak Long Santi
Baraka ALLAHU lakuma
Wa baraka 'alaikuma
Wa jama'a bainakuma fil khair
Wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin.
Ameen...


p/s : Pukul satu nanti akan berangkat ke China. Mengembara mencari cinta Ilahi. Insay-ALLAH akan berada di sana selama seminggu. Doakan perjalanan kami selamat ye.^^




Sunday, December 19, 2010

End of Autumn Semester =.=

Assalamu'alaikum wbt.

Final exam for autumn semester dah habis hari Rabu lagi actually. So bermula la aktiviti 'Mari Mengemas' untuk budak SKKU. Biasa la kan kitaorang, setiap kali habis sem kena packing-packing barang dan pindah bilik.

Hari ni pulak seharian dok angkat-angkat barang letak kat tempat simpan barang bawah tanah tu. Lif penuh, masing-masing angkat barang guna tangga je..huhu...turun naik tangga dari 5th floor to B1 floor.fuuuuhhhhh....letih dan meletihkan.

Finally,alhamdulillah....sebelum maghrib tadi semua barang dah siap diangkat. Seharian angkat barang, pindah bilik, kemas bilik lama, kemas bilik baru...sampai makan pun tak sempat. Lepas siap-siap semua tu dan solat maghrib baru la dapat makan. Memang hari yang memenatkan.

Esok, hari untuk berehat dan liqa' then lusa dah start winter class. First time ambil winter class ni ha. Agak cuak. Kelas agak pack. Dari Isnin hingga Sabtu. Kelas saya dari pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang setiap hari kecuali Ahad. Wow! Lagi pack daripada autumn semester. Dah la 3 minggu je.

Pape pun dah banyak experience saya sepanjang setahun menjadi SKKU student ni. Dengan rasminya status pelajar tahun satu sudah berlalu hari ini. Spring semester depan dah bertukar status menjadi pelajar tahun dua. Dah ambil major.

Terima kasih buat senior-senior akhir tahun SKKU; Kak Marisha, Pak Nab, Abang Kamil, Kong dan Pire. Buat senior-senior batch 67 especially Kak Farhana (my roomate for autumn sem), Kak Syakirah (my roomate for winter sem) dan Kak Biha. Buat kawan-kawan satu batch; Nisaa, Krun, Haida, Fatehah, Huda, Aisyah, Zahidah,Judy, Acap, Azim, Farid, Walter dan Meng How. Terima kasih banyak-banyak. Maaf kalau ada silap dan salah, terasa hati ke pape je la kan.

Selamat belajar winter class buat semua yang ambil winter class. Selamat bercuti especially to Krun yang dah ada kat Malaysia tu. Selamat berhoorey-hoorey buat yang tak ambil winter class..heheh..Dan selamat bekerja buat yang ambil part-time job tu..

Manfaatkan masa kita sebaiknya tak kira la apa pun yang kita lakukan. Jangan biarkan masa tu berlalu begitu sahaja. Masa takkan menunggu kita, kita yang perlu mengejar masa.




Sunday, December 5, 2010

Say Goodbye 1431 and Welcome 1432

Assalamu'alaikum wbt.
Cepat sungguh masa berlalu. Dalam kita tidak sedar, kita tinggal 2 hari je lagi untuk kita melangkah ke tahun baru. 2 hari lagi? Apa pulak! Hari ni baru 5 Disember la. Ada lagi 26 hari kot nak masuk tahun 2011. Mungkin akan ada yang cakap macam tu kan. Ye betul. Untuk melangkah ke tahun 2011 kita masih perlu melalui 26 hari lagi. Insya-ALLAH kalau diizinkan ALLAH kita akan berjumpa dengan tahun 2011.

Itu tahun Masihi. Bagi tahun Hijrah, 7 Disember 2010 bersamaan dengan 1 Muharam 1432H. Tahun baru omputeh ingat ek? Tahun baru Islam pun kena la ingat jugak...Esok 6 Disember 2010 merupakan hari terakhir tahun 1431H.
Jom esok kita sama-sama baca doa akhir dan awal tahun. Moga-moga setahun kita yang berlalu ini diberkati ALLAH dan setahun yang mendatang juga kita akan sentiasa di dalam redha ALLAH. Insya-ALLAH...

Ini doa akhir tahun. Dibaca selepas waktu asar pada hari terakhir bulan Zulhijjah sebanyak 3 kali. Sesiapa yang membaca doa akhir tahun, syaitan akan cakap, sia-sialah kerja aku menggoda kau selama setahun ni.


Ini pula doa awal tahun. Dibaca selepas Maghrib pada malam pertama bulan Muharam sebanyak 3 kali.Sesiapa yang baca doa awal tahun,insya-ALLAH,ALLAH akan memelihara dia daripada godaan syaitan sepanjang setahun itu.


Esok hari terakhir bulan Zulhijjah.Selepas solat Asar, baca doa akhir tahun dan selepas solat Maghrib baca doa awal tahun. Jom-jom kita baca sama-sama...Esok hari Isnin kan? Apa kata kita puasa sekali esok. Sebagai tanda ucapan selamat tinggal 1431H dan meraikan kedatangan 1432H...Insya-ALLAH...

Wednesday, November 10, 2010

~Bicara Pedusi~



Judul : Bicara Pedusi
Harga : LE 23
Terbitan : Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Sinopsis :

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagiaan hanya akan dikecapi dengan menuai sabar lantas itu jalan sufi yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan cara hidup yang berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung melalui internet dapat mengubati kerinduan antara mereka dan segalanya dikongsi bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah sejati.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.

"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga aku tahu setiap muslim itu perlu berkongsi. Kerana ombak juga aku tahu Allah menyayangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku..."

Atas kerana inilah, kisah ini menggambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah biarpun di mana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerah paling berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI.


Komentar

"Sebuah penulisan yang mempunyai teknik penyampaian yang menarik. Setiap mesej yang diketengahkan sarat dengan nasihat dan makna yang tersirat. Bagi saya ia sebuah karya yang bisa meruntun hati pembaca kerana sudah pasti kita akan tertanya apakah ini realiti kehidupan seorang pedusi. Apa yang pasti kaum Hawa juga mampu melakar sejarah sepertimana kisah lampau yang memartabatkan srikandi Islam dalam menjadi mata rantai perjuangan menegakkan kalimah Allah yang satu." - Zulhafeez Ahmad Zahidi, Pengarah Kem Latihan Penulis (KELAP) '09


"Buku yang diberikan judul 'Bicara Pedusi' ini merupakan satu seni susunan ayat dalam mengisahkan suasana Islam yang diinginkan oleh seorang wanita dan suasana sekelilingnya. Suasana Islam yang damai dan amat bertolak ansur dalam membawa satu-satu method ajarannya. Mengajar seorang wanita khususnya, manusia amnya menilai akan keindahan Islam dalam suasana yang cuba dibicarakan oleh penulis.

Kisah yang amat menarik tidak kurang hebatnya dengan sastera-satera lain yang hebat. Saya kira susunan ayat yang mudah dan jelas oleh penulis ini akan membuatkan para pembaca lebih meminati seni dan sastera kerana keindahan Islam bukan dek kerana khayalan yang dicetuskan sebagaimana penulis-penulis cerpen yang semata-mata beralasan cinta suci." - Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010.

Komen Penulis

Alhamdulillah. Atas rahmat Ilahi yang menganugerahkan pinjaman ini kepada ana, yang memberi ilham kepada ana untuk menulis. Atas rasa dan tanggungjawab untuk memberi sesuatu untuk ummah, tidak mampu mewaqafkan kudrat fizikal di medan perjuangan maka hamparan fikrah ini dilebarkan sebagai jaringan untuk menyampaikan risalah dakwah.

Seandainya mahu menikmati penulisan yang berlandaskan hadith dan dalil Quran untuk berhujah dalam menegakkan kebenaran, buku ini BUKAN yang terbaik sebagai bahan bacaan tetapi pada yang mencintai keindahan dan nilai sastera, moga buku kecil yang dhaif ini mampu membelai perasaan dan jiwa pembaca untuk menghayati jalan sufi yang dibelai dengan keindahan sastera melayu.

Mudah-mudahan Allah memberi ilham Nya untuk terus menulis...

Jom2..membeli sambil menderma...Sesiapa yang dekat Mesir boleh beli...

Diambil dari blog Insyirah Solehah

Tuesday, October 12, 2010

Malam Viva Palestin aka MVP



Assalamu'alaikum...
Kepada semua warga Korea Selatan..Jom sama-sama meriahkan Malam Viva Palestin.
Insya-ALLAH Ustaz Hasanuddin akan berkongsi pengalaman beliau menyertai misi kemanusian L4G (Life For Gaza) pada 30 Oktober 2010 bertempat di Dewan Orientasi,Donyang Mirae University.

Nak tengok teaser mavi marmara?Klik di sini

Monday, March 1, 2010

Good Bye Boramae..Suwon Here I Come

Assalamu'alaikum wbt..

Semalam saya dah berpindah ke Suwon.Dah berpindah dari Boramae ke Suwon..Dari Seoul National University (SNU) ke Sung Kyun Kwan University (SKKU)..Dulu belajar bahasa sekarang belajar engineering...

Hari ni lepas siap2 kemas barang,beli barang...alhamdulillah semuanya dah selesai..Esok kelas akan bermula..Permulaan hari sebagai pelajar degree..Insya-ALLAH...

Setakat tu je kot dulu...Nanti saya cerita lagi ye..