Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

End of Spring Semester! Alhamdulillah!

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah. Dengan berakhirnya kertas Biotechnology pukul 4.15 petang tadi, secara rasminya berakhirlah semester ini. Alhamdulillah!

Akhirnya saya mampu menarik nafas lega. Semalam saya sudah pun menghantar 20 pages final report untuk subjek Capstone Design. 23 pages sebenarnya. Semester depan hanya perlu fokus kepada penulisan thesis. Subjek Capstone Design ini sebenarnya berkait rapat dengan penulisan thesis saya. Saya sudah pun melakukan sedikit research dan eksperimen berkenaan thesis saya sebenarnya. Cumanya ditangguhkan sehingga semester depan memandangkan saya akan pulang bercuti musim panas di Malaysia selama 2 bulan. Insyaa-ALLAH. 

Tajuk thesis saya, insyaa-ALLAH "N-Doping of Chemical Vapor Depositon - Graphene by Furnace."

Bunyi macam hebat kan? Huhu. Ini kajian pelajar post-graduated sebenarnya. Thesis saya ini pun dipantau oleh pelajar master; Miss Jia Lee. 

Sebenarnya usai sahaja menjawab kertas Digital Communication dan  Data Communication hari Isnin baru ni, saya sudah mampu menarik nafas lega. 2 papers straight. Berturut-turut. Kertas Digital Communication bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga 2.50 petang. Kemudian disambung pula dengan kertas Data Communication pada pukul 3 petang sehingga 4.30 petang. Berkejar lepas jawab exam Digital Communication nak solat Zohor. 

Minggu sebelum itu hari Isnin, saya ada exam Electrical and Electronics Programming. Exam yang paling letih saya kira. Serius rasa nak muntah. Paginya kelas macam biasa sampai ke petang. Kemudian malamnya ada exam. Solat Maghrib pun keluar sekejap  daripada bilik kuarantin kononnya nak pergi toilet. Buka puasa dengan air masak sajalah. Tengah duduk jawab exam pun, pakai teguk air mineral saja untuk tambah oksigen dalam badan. Kepala dah mula berbintang-bintang dan berdenyut-denyut. Tambah pula bila keluar banyak error waktu execute programming. Pandangan jadi berpinar-pinar. Saya bertahan saja sehingga selesai menyelesaikan programming. Usai saja exam, balik bilik, usai solat Isyak terus tidur. Sungguh, exam yang paling meletihkan. Letih otak. Letih badan. Nak makan pun tak lalu. Padahal seharian berpuasa. Kenyang macam tu je. 

Sememangnya sepanjang semester ini, subjek programming ini memang paling banyak menguji minda dan kesabaran. Assignment dan report tiap-tiap minggu kena hantar. Belum termasuk dengan programming yang perlu dibuat sewaktu di dalam makmal lagi. Berakhirnya exam programming minggu lepas, nafas semput sebelum ini sudah dapat dihela bebas. 

Saya sangat tabik para teaching assistant merangkap pelajar master yang mengambil pengkhususan dalam bidang programming ini. 

Semester ini memang agak tough bagi saya. Dengan subjek programmingnya. Final project data communication dan digital communication yang perlu dilakukan secara berkumpulan. Dan biasalah. Apabila dah namanya pelajar kejuruteraan. Memang saya sajalah 'bunga' dalam kumpulan itu. Dikelilingi 'kumbang' yang lain. Heh.

Bermula selepas midterm exam, hampir setiap minggu kami berdiskusi dan berjumpa untuk menyelesaikan projek akhir. Terkadang memakan masa seharian. Sehinggakan ahli kumpulan saya sudah hafal waktu sepatutnya saya berhenti solat. Sampaikan pada satu tahap, diaorang pula yang ingatkan saya fasal saya kena berhenti solat. 

Alhamdulillah, Jumaat minggu lepas final project sudah pun dihantar. Presentation juga sudah pun diselesaikan. Kesemua presentation individu juga telah diselesaikan. 

Untuk semester ini, setiap hari Isnin dan Khamis selesai sahaja kelas, saya perlu ke makmal SAINT untuk melakukan eksperimen dan research berkenaan thesis saya. Terkadang, terpaksa juga pergi pada hari-hari lain untuk belajar mengendalikan beberapa mesin dan belajar software Raman spectroscopy

Melihat para pelajar master di makmal tempat saya melakukan eksperimen, saya jadi berfikir berkali-kali untuk menyambung master di sini. Err. Lebih kepada tak mahu sebenarnya. Tough sungguh. Memang rasa tak sempat nak bernafas dengan segala macam tugasan yang perlu dibuat. Tengok mereka duduk mengadap bahan kajian, berdiskusi secara serius dan perlu menghadiri kelas lagi... Huhu. Penuh tekanan.

Teringat perbualan dengan seorang kawan. Waktu itu kami masing-masing stress dengan pelbagai kerja dan projek yang perlu dibuat. 

"Rasa macam nak mati..." Keluh kawan saya berat. 

"Hmm. Itulah. Macam nak terjun bangunan pun ada. Stress!" Tambah saya pula. 

"Haha. Kalau orang Korea ni, dah lama dah mati ni."

"Agak la... Kita ni alhamdulillah ada iman dalam dada. Islam tak ajar kita macam tu kan?" Saya kerling kawan di sebelah. Nampak dia mengangguk sambil tersenyum nipis.

Itulah. Alhamdulillah. Iman di dada masih kekal lekat. Itulah yang membezakan kita yang Muslim ini dengan mereka yang bukan Muslim. Bila stress. Bila tertekan. Bila serabut. Kita boleh mengadu kepada Yang Maha Mendengar. Dengan mengambil wuduk dan bersujud kepada-NYA, hati yang resah gelisah menjadi tenang. Hati yang gundah-gulana menjadi redup. Hati yang bermuram durja menjadi terubat. 

Jangan tak tahu... Korea ini kadar bunuh dirinya agak tinggi. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada yang bunuh diri. 

Itu semua kesibukan sebagai seorang pelajar. Belum lagi dicampur dengan tanggungjawab lain. Bermula akhir semester lepas, saya diamanahkan untuk menjadi wakil universiti khususnya untuk bahagian akademik pelajar SKKU. Jadi segala urusan dengan pihak International Affairs, Dormitory, Embassy dan JPA saya memang kena uruskan. Nak hantar result pada setiap penghujung semester. Permohonan asrama, pembayaran yuran winter dan summer class

Apabila mengendalikan semua ini, barulah saya tahu yang tidak mudah untuk kita berurusan dengan manusia ini. Pelbagai kerenah dan gelagat. Alhamdulillah. Saya didedahkan bagaimana caranya untuk berurusan dengan pelbagai peringkat manusia ini. 

Sebulan yang lepas, saya diberikan kesempatan untuk bermesyuarat dengan pegawai besar asrama dan beberapa orang lagi pegawai. Memperihalkan tentang keadaan pelajar Malaysia di asrama dan di universiti, masalah yang dihadapi dan sebagainya. Alhamdulillah, hasil daripada pertemuan itu, pihak asrama telah menyediakan makanan halal kepada pelajar Muslim di SKKU ini. Masya-ALLAH! Saya menitiskan air mata usai bertemu dengan pegawai yang memaklumkan hal ini dan menunjukkan senarai menu yang akan dihidangkan. Sungguh saya terharu dengan keprihatinan mereka. 

Pada awal semester baru-baru ini, saya dihubungi oleh pegawai besar International Affairs, berjumpa dan berbincang mengenai surau untuk pelajar Muslim. ALLAHU AKBAR. Syukur. Alhamdulillah.

Dalam semester ini juga, saya beberapa kali telah dihubungi oleh pegawai polis Suwon dan pernah bertemu empat mata dengan beliau memperihalkan tentang keselamatan pelajar Malaysia terutamanya. Beliau ada menghubungi saya baru-baru ini untuk bertemu lagi. Waktu itu saya berada di makmal menyiapkan eksperimen thesis. Jadi tidak dapat untuk bersua muka. Sehingga kini saya masih belum berkesempatan untuk berjumpa lagi dengannya.

Hari ini, 2 jam sebelum menjawab kertas Biotechnology, saya dikejutkan dengan masalah pendaftaran asrama untuk cuti summer yang akan bermula esok. Ada nama yang tidak tersenarai di dalam senarai nama penghuni asrama. ALLAH! Kalut sekejap saya jadinya. Call JPA tak dapat. Call International Affairs, engaged. Tak tenang mahu study untuk exam

5 minit sebelum masuk dewan peperiksaan, saya berjaya menelefon International Affairs. Terus saya menceritakan masalah yang dihadapi dan meminta pihak universiti memeriksa dan mendapatkan bilik untuk pelajar yang tertinggal namanya. Usai sahaja pihak International Affairs berjanji untuk menyemaknya terus saya meletakkan telefon dan bergegas masuk ke dalam dewan. 

ALLAH! Peperiksaan sudah pun bermula. Teaching assistant sedang mengagihkan kertas soalan. Serasa tidak senang duduk ketika menjawab soalan. Kepala masih memikirkan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku. Usai sahaja menjawab peperiksaan, sebaik keluar dewan, terus saya mengaktifkan telefon. Membaca emel makluman daripada Miss Julia bahawa masih ada lagi kekosongan di asrama. Alhamdulillah. Saya menarik nafas lega. Cumanya sekarang ini saya masih belum mendapat kepastian mengenai nombor bilik dan masih belum mendapat nombor akaun untuk bank-in yuran. Harapnya masalah ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin. 

Sungguh, hari ini walaupun sudah habis final exam petang tadi, saya masih tidak mampu tersenyum lebar. Dahi berkerut memikirkan masalah yang dihadapi. Terasa... sungguh berat tanggungjawab yang dipikul. Padahal baru saja menjadi biro kecil akademik. Tidak dapat saya bayangkan andai sudah bekerja nanti. Huhu.

Apa pun, saya berharap saya sentiasa disibukkan dengan pelbagai kerja. Walaupun tidak menang tangan. Walaupun tidak cukup nafas. Walaupun terasa bagaikan tidak jejak tanah. Namun, saya rasa masa saya terisi dengan perkara yang berguna dan berfaedah. Tidaklah masa yang berlalu terbuang begitu sahaja. Mutabaah amal juga saya kira makin membaik. Kerana apabila kita sibuk, kita dengan sendirinya akan berusaha gigih menyusun setiap kerja dan amal agar semuanya dapat dilakukan sebaiknya. Berlainan pula apabila kita lapang dan tidak sibuk. Bukan begitu? Selalu sahaja kita menangguhkan kerja dan amal kerana kita merasakan kita masih punya banyak masa. Sehinggakan sedar-sedar sahaja seharian sudah berlalu dan kita tidak melakukan hatta satu kerja sekalipun. Amal tidak sempurna. Kerja terbengkalai begitu sahaja. 

Alhamdulillah. Saya kira semester musim bunga ini berakhir dengan jayanya. Banyak yang saya timba dan saya dapat pada semester kali ini. Ilmu di keagamaan, ilmu duniawi, ilmu kemanusiaan, ilmu  kemasyarakatan dan sebagainya. 

Semester ini banyak mengajar saya untuk bersabar. Saya juga belajar untuk memahami sikap dan sifat manusia yang pelbagai kerenahnya. 

Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dan memberikan erti kepada hidup saya. Tanpa anda semua, saya mungkin tidak mendapat ilmu yang bermakna sebegini. Jazakumullahu khairan jaza'. Semoga ALLAH membalas jasa kalian semua dengan kebaikan. Ameen. Insyaa-ALLAH.

Nota: Selamat bercuti musim panas buat warga Korea. Yang nak balik esok tu (hari la kan...dah pukul 12 lebih dah pun...) selamat berpraktikal...

Mungkin minggu depan, saya boleh buat kisah perjalanan kami (saya dan sepupu) berjalan-jalan pusing Korea. Insyaa-ALLAH. 

Sunday, October 14, 2012

Selamat Ulang Tahun, Kesayanganku...

Assalamu'alaikum wbt.

[Disclaimer : Post ini sepatutnya dikeluarkan pada 12 Oktober 2012 (Jumaat) kelmarin. Namun disebabkan oleh kekangan masa, baru hari ini dapat dikeluarkan.]

12 Oktober 1989 - 12 Oktober 2012

Pada keheningan dan ketenangan yaumul ayyam - Jumaat, sang arjuna menjabat tangan wali sang gadis. Sedari saat lafaz sakinah dilafazkan, terpikulnya suatu tanggungjawab di pundak si teruna terhadap si dara. Tanggungjawab yang telah beralih daripada si bapa kepada si suami.

Bermulalah pertukaran status daripada seorang bujang kepada seorang yang sudah berkahwin pada tanggal 12 Oktober 1989 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1410H. Kemudiannya bertukar status lagi kepada ibu dan ayah setahun sebulan berikutnya. Dikurniakan 4 orang cahaya mata - 3 puteri dan seorang putera, bahtera yang dibina terus berlayar menuju ke destinasi yang diredhai Ilahi. Insya-ALLAH.

Pejam celik, pejam celik, sudah 23 tahun berlalu. Bermakna sudah 23 tahun mereka hidup berdua. Oh, sekarang sudah berenam ya! Sungguh cepat masa berlalu, bukan?

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-23 buat Ummi dan We. Happy 23rd Anniversary, love.  

Dulu berdua. Kita berenam. :D

Saya tahu, sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga selama 23 tahun ini, pastinya banyak dugaan, ujian dan halangan yang telah Ummi dan We hadapi dan tangani. Ada yang saya sendiri nampak dan ada yang tidak. Mungkin ada juga di antaranya tidak saya mahupun adik-adik ketahui. 

As fas as I know, marriage itself is a gamble. Oho. Jangan salah faham ya. Perkahwinan itu suatu percaturan. Kenapa saya katakan begitu? Sebab...kita sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Yang perlu dan harus kita lakukan hanyalah berusaha untuk melakukan yang terbaik. Itu sahaja. 

Pada saya, perkahwinan yang dibina itu bukan sekadar untuk kita berkongsi kegembiraan, kasih sayang, cinta dan rindu dendam sahaja. Pada saya, perkahwinan memerlukan sesuatu yang lebih daripada itu. Ia perlulah diisi dengan rasa penuh tanggungjawab dan berusaha memainkan peranan masing-masing sebaik yang mungkin. Setakat cinta sahaja tidak cukup. Rasa cinta itu akan pudar seiring dengan perjalanan waktu. Apa yang membuatkan rasa cinta itu makin memutik dan bercambah dari sehari ke sehari adalah rasa tanggungjawab yang tersemat kukuh di hati. Tanggungjawab itulah yang memandu dan mengikat tali perkahwinan antara dua insan berbeza ini. Peranan yang dimainkan inilah yang memekarkan dan menghidupkan kehidupan berumah tangga.

Ingat senang ke mahu berurusan dengan orang yang berbeza sama sekali dengan kita? Walaupun saya belum mengalaminya sendiri, namun saya percaya benda ini tidak mudah. Tidak semudah kita memetik jari. Tidak sesenang kita mengira 1,2,3 dan mengeja A,B,C...Oho. Tidak semudah itu!

Tak percaya? Cubalah luangkan sedikit masa mendengar kisah dan pengalaman orang yang lebih tua. Cuba tanya pada Mama-Papa, Ibu-Ayah, Ummi-Abah, Mak-Babah, Mummy-Daddy, Ummi-Abi, Mama-Baba, Ummi-We, Ummi-Walid masing-masing. Ada lagi ke panggilan yang tidak saya sebut? Hoho. Cubalah tanyakan pengalaman mereka. Pasti awak semua akan temui satu konklusi yang mengatakan bahawa perkahwinan itu tidak semanis yang diimpi dan tidak seindah yang dimimpi. Pastinya banyak susah-senang dan jatuh-bangun yang telah kedua ibu bapa kita hadapi sepanjang tempoh mereka membina mahligai cinta. 

Walau apapun, saya percaya, setiap perkahwinan yang dibina pastinya mahukan bahagia. Setiap pasangan yang berkahwin mahukan panas berpanjangan hingga ke petang. Semuanya mahu membina rumah tangga yang dilimpahi dengan sakinah, rahmah dan mawaddah. Insya-ALLAH. 

Ummi dan We berkahwin pada usia mereka 22 tahun. Walaupun pada masa itu orang-orang sudah menganggap sudah agak lambat mendirikan rumah tangga, namun saya kira pada masa sekarang, usia sebegitu agak awal dan agak muda untuk memikul tanggungjawab besar ini. Sementelah saya juga menjangkau usia 22 tahun pada tahun ini. Err...rasa memang tak bersedia dan berat tanggungjawab yang mahu dipikul. 

Sungguh, saya rasa kagum pada mereka yang berkahwin pada usia sebegini. Tahniah dan syabas saya ucapkan. :')

Bila sudah berkahwin, pastinya akan hadir buah hati penyeri rumah tangga bukan? Pastinya setiap pasangan suami isteri mengimpikan kehadiran cahaya mata - penambat kasih sayang dan bukti cinta mereka. Anak itu pula perlulah dididik dengan didikan yang sempurna, diberikan didikan agama yang secukupnya, dipenuhi setiap keperluan mereka dan sebagainya. Semua itu memerlukan kudrat dan usaha yang bukan sedikit. Bagaimana mungkin anak-anak yang dilahirkan dapat dididik dengan sempurna sekiranya ibu bapa tidak bersedia untuk menimang cahaya mata? 

Awak semua dan saya yang lahir dan ada di sini pada hari ini adalah hasil didikan dan asuhan kedua ibu bapa kita. Kesolehahan kita pada hari ini adalah hasil daripada kesolehahan ibu bapa kita. Kesolehahan anak-anak kita nanti bergantung kepada kesolehahan kita pada hari ini. Agak seram kan? Makna kata, andai kita mahukan anak yang soleh dan solehah, kita dahululah yang kena menjadi soleh dan solehah. Sebab itulah perlu mempersiapkan diri bermula dari sekarang. 

Buat Ummi dan We, 
Kakak, adik Ema, adik Eya dan adik Zakwan bangga menjadi anak-anak Ummi dan We. 
Kami harap, Ummi dan We juga berbangga mempunyai kami sebagai anak-anak Ummi dan We. 
Semoga ALLAH sentiasa melindungi kita sekeluarga, meredhai dan merahmati kita semua. Insya-ALLAH.
Semoga ALLAH memberikan kesempatan untuk diri ini berbakti kepada kalian berdua.
Semoga ALLAH mengizinkan diri ini membalas setiap jasa dan pengorbanan kalian berdua.
Ameen. Insya-ALLAH.

Selamat ulang tahun, kesayanganku...
Tidak sedar 23 tahun telah berlalu
23 tahun yang penuh dengan onak dan liku
Moga terus tabah menongkah waktu

Selamat ulang tahun, kesayanganku...
Ikhlas dari anak-anakmu
Yang sentiasa merindui kalian setiap waktu
Yang sentiasa mengingati kalian lewat doaku

Selamat ulang tahun, kesayanganku...
Semoga terus menggapai bahagia hingga ke hujung nyawamu
Semoga mahligai cinta yang dibina diredhai Tuhanmu dan Tuhanku
Semoga kita semua dapat berkumpul lagi di syurga DIA Yang Satu.
Insya-ALLAH.

Nota 1 : Takziah diucapkan kepada Cikgu Nik Wel sekeluarga yang telah kehilangan ibu tercinta pada 12 Oktober 2012 kelmarin. Takziah juga buat Azurien sekeluarga yang telah kehilangan nenek tersayang pada 13 Oktober 2012 semalam. 

Nota 2 : Happy belated birthday to my youngest sister. Selamat hari lahir adik. Hadiah claim tahun depan-depan deh :P Jawab exam molek. Kakak doakan yang terbaik. Insya-ALLAH. Cuti nanti, dok rumah molek. :D

Happy birthday to my roommate, Aisyah. Menjadi tak surprise birthday party tu? Hehe.

Nota 3 : Sungguh, peringatan ALLAH itu sentiasa ada bukan? Kelmarin saya dan keluarga bergembira menyambut ulang tahun perkahwinan Ummi dan We. Kelmarin juga ada yang ALLAH panggil menemui-NYA. Semalam kami bergembira menyambut ulang tahun kelahiran Aisyah dan bersuka ria di jamuan batch 9. Semalam juga ALLAH menjemput seorang lagi hamba-NYA pergi menghadap DIA. 

Nota 4 : Selamat menduduki peperiksaan pertengahan semester buat semua yang akan menghadapinya bermula esok. Rabbuna yusahhil wa yubarik. Rabbi yassir wala tu'assir. 

SKKU akan midterm exam pada 22-26 Oktober nanti. Berhari raya haji sambil jawab exam sajalah jawabnya. :'(









Monday, September 17, 2012

Spread The Love

Assalamu'alaikum wbt.

Seminggu ini kita dikejutkan dengan filem Innocence of Muslims. Sebuah filem garapan Sam Bacile yang menghina Rasulullah SAW. Umat Islam di seluruh dunia memberikan reaksi terhadap pengeluaran filem ini. Hal ini juga mengakibatkan kemarahan masyarakat Islam di Libya dan Mesir. Pegawai kedutaan Amerika Syarikat di Libya diserang dan pejabat kedutaan Amerika Syarikat di beberapa negara Islam yang lain juga diserang. Itu reaksi umat Islam setelah diprovokasi.

Persoalannya di sini, bagaimanakah sepatutnya kita sebagai seorang Muslim bereaksi terhadap hal-hal sebegini? Adakah betul tindakan yang telah kita lakukan dengan menyerang pejabat-pejabat kedutaan Amerika Syarikat itu? Lau kaana bainana...Seandainya Rasulullah SAW ada bersama kita pada hari ini, adakah baginda menyukai reaksi kita itu? Adakah baginda akan tersenyum melihat tindakan kita?

Marilah sama-sama kita telusuri kisah Rasulullah SAW sewaktu di awal permulaan dakwah Islam pada zaman Mekah.

Kisah Rasulullah dan penduduk Thaif.
Rasulullah dilemparkan dengan batu sewaktu berdakwah di Thaif. Badan baginda habis berlumuran darah. Tindakan penduduk Thaif itu mengundang cadangan malaikat yang mahu memusnahkan penduduk Thaif dengan meruntuhkan gunung Thaif. Namun Rasulullah menolak tawaran malaikat itu. Baginda malah mengangkat tangan dan berdoa kepada ALLAH, "Semoga ada dalam kalangan mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang beriman." Dan, doa baginda itu dimakbulkan ALLAH. Lama selepas itu, penduduk Thaif telah memeluk agama Islam.

Kisah Rasulullah sewaktu Fathu Mekah
Sewaktu baginda bersama 100,000 umat Islam yang lain bergerak masuk ke Mekah, seluruh penduduk Mekah lari menyembunyikan diri. Kemudian apabila baginda memanggil mereka untuk berkumpul. Mereka sekarang ini telah bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk menerima sebarang keputusan daripada Rasulullah. Namun sebaliknya yang berlaku. Baginda tidak mengenakan sebarang tindakan kepada penduduk Mekah, baginda malah memaafkan dan membebaskan mereka seterusnya mendoakan semoga ALLAH mengampuni segala kesalahan penduduk Mekah selama ini.

Kisah Rasulullah dengan seorang tua
Jalan-jalan yang nabi selalu lalui pasti akan dipenuhi dengan duri-duri yang melukakan kaki baginda. Setiap hari pasti Rasulullah SAW akan berdepan dengan perkara yang sama. Baginda tidak pernah merungut. Pada saat dan ketika yang sama juga, baginda tidak pernah terlupa untuk memberikan makanan kepada seorang tua yang buta. Baginda bukan sahaja menyuapkan, malah menolong mempermudahkan orang tua itu untuk mengunyah dan menghadam setiap makanan yang baginda berikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Rasulullah SAW wafat. Kemudian, Saidina Abu Bakar meneruskan perbuatan mulia ini. Namun, orang tua itu berkata, "Kamu ini bukan orang yang selalu memberikan aku makan. Ke manakah dia?" Orang tua ini merasai perbezaannya kerana Saidina Abu Bakar hanya menyuapkannya makanan, beliau tidak mempermudahkan orang tua ini untuk mengunyah dan menghadam. Lalu jawab Saidina Abu Bakar, "Rasulullah telah wafat." Maka menangislah orang tua tersebut. Lalu dia menceritakan bahawa dialah yang selama ini yang meletakkan duri-duri di sepanjang jalan yang Rasulullah lalui.

Itu antara kisah yang menunjukkan keperibadian Rasulullah SAW. Ada banyak lagi kisah yang menampakkan sosok kepimpinan, kemuliaan dan peribadi mulia Rasulullah SAW. Baginda malah merupakan Al-Quran bergerak. Betapa di sini, ingin menunjukkan bahawa baginda berperibadi Al-Quran. Masya-ALLAH.

Kewafatan baginda ditangisi para sahabat. Manakan tidak, baginda sepanjang hidupnya merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan berdedikasi, suami yang penyayang, bapa yang pengasih, datuk yang baik, sahabat yang memahami....Baginda masih lagi sempat membantu isteri-isteri menguruskan rumah tangga walaupun ketika menerajui negara dan menganggotai peperangan. Baginda masih lagi boleh melayan isteri, mendidik anak-anak dan bergurau mesra dengan cucu-cucunya walaupun disibukkan dengan pelbagai urusan negara dan kepimpinan. Betapa hebatnya keperibadian baginda.

Jika ditelusuri setiap kisah-kisah ini, kita tidak akan berjumpa walau satu pun kisah yang menunjukkan Rasulullah SAW membalas keburukan dengan keburukan. Rasulullah malah mendoakan mereka yang melakukan keburukan itu dengan kebaikan. Itulah keperibadian Rasulullah - yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk umatnya. Yang sentiasa mengingati umatnya sehingga ke saat-saat terakhir nafasnya. Bibirnya masih lagi menyebut "Ummati...ummati...ummati..."

Bagaimana pula dengan kita pada hari ini? Kita sebagai orang Islam, umat nabi Muhammad SAW, adakah kita mencontohi keperibadian dan perlakuan Rasulullah SAW ini?

Sesiapa sahaja yang apabila diprovokasi pasti akan mencetuskan amarah. Saya pasti itu. Namun, tariklah nafas sebentar, berfikirlah sejenak sebelum bertindak balas atau memberikan sebarang reaksi. Fikirkanlah dahulu baik buruknya tindakan yang akan kita lakukan itu. Keburukan tidak seharusnya dibalas dengan keburukan juga. We need to be reflective not reactive.

Sesuatu harus dilakukan. Kita perlu membuka mata seluruh penduduk dunia. Kita sebagai seorang Muslim perlu memahamkan dan menunjukkan kepada semua apa itu Islam yang sebenar. Kegiatan dakwah perlu diperhebat. Usaha menyampaikan Islam perlu diperhebat. Ya! Itulah yang seharus dan sepatutnya kita lakukan.

Biar semua orang tahu, Islam itu damai dan mendamaikan. Islam itu bukan sekadar di lapisan kulit semata-mata. Islam itu sudah mendarah dan mendaging di dalam diri setiap yang bergelar muslim. Spread the love. Kita mahu semua orang merasai apa itu Islam yang sebenar. Perhebatkan usaha, biar semua orang dapat melihatnya. Kita umat Islam tidak perlu mudah melatah. Kita seharusnya membuktikan bahawa apa yang mereka canang-canangkan tentang Islam itu tidak benar.

ALLAH matlamat kita...
Rasulullah SAW ikutan kita...
Al-Quran petunjuk hidup kita...

Spread the love. Sebarkan rasa cinta dan kecintaan kepada ALLAH, Rasul-NYA dan agama-NYA. Moga-moga dengan usaha penyebaran ini, tidak akan ada lagi kes seperti pengeluaran filem yang menghina Rasulullah ini. Semoga dengan penyebaran ini, akan lahirlah golongan yang mahu membangkitkan kembali zaman kegemilangan Islam. Insya-ALLAH.

Tuesday, May 8, 2012

Coretan Hati

Assalamu'alaikum wbt.

Sudah lama tidak mencoret di dada kanvas hijau ini. Sunyi sepi sahaja. Semangat untuk menulis bagaikan telah dibawa pergi bersama gugurnya sakura tempoh hari. (Err..sakura pula jadi alasan untuk awak tak menulis ye cik penulis? huhu..)

Banyak sungguh benda yang sudah terjadi sepanjang kanvas hijau ini dibiarkan sepi. Pelbagai rasa ada. Gembira, suka, riang ria, ketawa, sedih, marah, geram, menyampah, gementar...Pendek kata semua rasa ada lah. hihi.

Amaran, entry kali ini mungkin agak panjang dan penuh dengan emosi. =)

Coretan Hati 1

Pada 25-28 April 2012 yang lalu, bumi Korea Selatan ini menerima kunjungan Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berserta suami, Ustaz Zulkifli Ahmad dan anak-anak, Deena Sofiyya dan Anwar Syamil. Alhamdulillah, ALLAH izinkan saya bertemu dan berbual dengan Dr Har walaupun sekejap cuma, walaupun masa tu tengah bergelumang dengan peperiksaan pertengahan semester. Alahai...rasa macam Ummi datang melawat saya je...huhu..Tambahan pula, usia Ummi dengan Dr Har tak jauh beza pun...beza setahun je. Ummi saya muda setahun. hihi.

Mula-mula nak pergi jumpa Dr Har tu...haih..berdebar-debar jugak la. First time nak jumpa orang terkenal ni. Iye la kan. di Malaysia, Dr Har ni agak famous la kan...Selalu bagi talk di universiti-universiti, selalu masuk TV dan radio, menjadi kolumnis di majalah-majalah...Tak tahu nak bereaksi macam mana bila berhadapan nanti. Tapi kan...bila dah jumpa, Masya-ALLAH, baiknya...ramahnya Dr Har. Baru pertama kali berjumpa, tapi bagaikan dah kenal lama. Setiap patah yang terluah dari ulas bibirnya itu, ALLAHU AKBAR, rasa macam nak catat je semua tu tau. Penuh dengan kata-kata motivasi, penuh dengan kata-kata semangat dan ayat-ayat Al-Quran. huhu...

Pada 28 April 2012 pula ada talk Kerana Dirimu Berharga yang disampaikan oleh Dr Har dan Ust Zul di Dewan Auditorium, Donyang Mirae University. Talk Dr Har selama 45 minit tu saya rasakan sekejap je. Rasa macam nak suruh tambah lagi masa. Tak puas dengar. Lain kali kena jemput Dr Har datang lagi nih. hihi.

Kedatangan Dr Har kali ini ke Korea Selatan pun sebab Dr Har ada conference di Coex Mall. Alhamdulillah walaupun sekejap, banyak ilmu yang kami dapat daripada Dr Har dan Ust Zul ni.

"Someday, you'll be here, in my place." Itu kata-kata Dr Har yang saya ingat. Wow! Dr Har cakap, kita boleh jadi hebat, lagi bagus lagi dari dia sebenarnya. Tapi perlulah berusaha untuk menjadi orang hebat kan? Kalau malas-malas, macam mana nak jadi orang hebat, iye tak?

Coretan Hati 2

Minggu yang time Dr Har datang tu kan time exam. Minggu lepas Dr Har balik tu, dapatlah result examnya...Semua rasa adalah masa dapat result tu. Ada sesetengah yang memang kecewa habislah. Tapi apapun, there's something to ponder la kan...Mungkin usaha selama ni belum cukup bagus, mungkin ALLAH nak tengok saya lebih berusaha untuk next exam, mungkin banyak lagi benda yang saya tak settle...sebab tu ALLAH tak nak bagi result yang macam saya expect untuk exam kali ni. Lagipun, ALLAH tengok pada usaha kan? ALLAH tak tengok pada natijahnya.

Apapun, yang berlalu memang sudah tidak dapat diubah. Masa yang telah lalu itu sudah tidak boleh diputar semula. Apa yang ada kini, itulah yang perlu diusahakan supaya kekecewaan yang dihadapi itu tidak berulang lagi di masa hadapan. Insya-ALLAH.

Coretan Hati 3

Banyak benda yang buat saya naik angin tak tentu pasal kebelakangan ini. ALLAHU ALLAH. Sungguh. Saya masih lagi tidak dapat menghapuskan atau menghilangkan sifat mazmumah ini jauh dari diri. huhu. Sungguh entry yang saya tulis memakan tuannya sendiri. huhu. Mungkin ALLAH nak suruh saya realize balik apa yang sudah saya tulis dan kongsikan di kanvas hijau ini perlu diamalkan sepenuhnya bukannya sekadar menulis kemudian lupa. huhu. Insya-ALLAH akan cuba untuk membuang sifat ini.

Dari apa yang saya perasan, sudah dapat improve sikit. Sikit. Tapi itulah, sedikit yang dikikis itu masih tidak dapat menandingi tompokan yang masih banyak tidak terkikis ini. ALLAH...Memang saya akui, susah untuk buang benda yang sudah sebati dalam jiwa ini. Tapi insya-ALLAH akan terus berusaha dan berusaha untuk menghapuskannya.

Menahan marah dan sabar ini berkaitan dengan iman juga kan? Apabila kita marah, kita tidak dapat menahan sabar dan apabila kita tidak dapat menahan sabar, maknanya iman kita susah terjejas. Sebab apa? Bukan ke sabar itu sebahagian daripada iman? Bila sabar sudah bertebaran pergi, adakah mungkin iman tersemat lagi di hati?

Coretan Hati 4

Semenjak dua menjak ini baaaaanyak sangat perihal perkahwinan dibicarakan. Memang. Kebelakangan ini terlampau banyak kisah walimatul urus yang saya tahu, dijemput menghadirinya dan sebagainya. Asal cakap je, mesti ada bab nikah-kahwin ini. Asal berkumpul je, pasti terkeluar topik berumah tangga ini. Alahai...

Iye lah kan, di usia sebegini, darah masih manis, seronok la bercakap pasal nikah-kahwin ini. Muka masing-masing excited je bila dok bercakap pasal hal ini. Seronok. Memang seronok. Tapi....bila saya fikir-fikirkan balik. Hmm..yang dok seronok dan rancak bercerita ni semuanya tak kahwin pun lagi. Itu la sebabnya kot...Pastilah semua orang punya impian untuk berumah tangga kan? Saya pun tak terkecuali.

Cuma, dalam kita duduk rancak bercerita perihal nikah-kahwin ini, kita kadang-kadang terlepas pandang tentang sesuatu yang lebih penting daripada itu. Seolah-olah hidup kita ini hanya sekadar bermatlamatkan itu sahaja. Saya bercakap ini lebih kepada memperingati diri sendiri sebenarnya. Huhu.

Seharusnya. Sepatutnya. Apabila kita duduk bercakap pasal hal ini, kita juga perlu selitkan sekali perihal persiapan diri. Bagaimana mahu melangkah ke fasa baru seandainya fasa lama ini masih terumbang-ambing? Kehidupan berumah tangga itu bukannya menghidangkan yang indah-indah belaka. Mungkin juga sebab kita sering dihidangkan tentang keindahan alam perkahwinan, kita pun turut teruja untuk menikmati keindahan itu. Namun, cubalah korek-korek juga sudut yang pahitnya berumah tangga ini. Barulah seimbang kedua-duanya.

Cubalah selidiki diri terlebih dahulu. Berusahalah untuk memahami diri terlebih dahulu sebelum belajar mengenali orang lain yang bakal menjadi pasangan hidup kita nanti. Bagaimana mungkin untuk kita memahami pasangan kita yang berlainan jantina dengan kita jika diri kita sendiri pun kita masih susah nak faham?

Belek-beleklah buku-buku berkaitan dengan perbezaan lelaki dan perempuan terlebih dahulu. Men are from Mars, Women are from Venus...Why women can't read map, Why men can't listen...Buku-buku seperti ini insya-ALLAH mampu mengajar kita tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan. Insya-ALLAH kita akan lebih memahami perihal diri masing-masing secara teorinya. Untuk praktikalnya bolehlah bertanyakan orang-orang yang lebih berpengalaman. Saya kira, ini untuk persediaan fikiran dan fizikal juga mungkin.

Untuk persediaan ruhi pula, perlulah lakukan checklist. Mutaba'ah amal. Selidiki balik perihal setiap amal kita. Bagaimana dengan solat fardhu kita, bacaan al-Quran kita, pengetahuan agama yang lainnya pula bagaimana? Apabila yang wajib sudah dipenuhi, bagaimana pula dengan yang sunat? Bersediakah kita untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat selepas alam pernikahan nanti? Andai amalan untuk diri sendiri pun masih terumbang-ambing, bagaimana mungkin kita mampu mempertingkatkan amal di saat berdua nanti?

Persiapan kewangan dan hala tuju selepas perkahwinan pula bagaimana? Adakah sudah difikirkan tentang itu? Kehidupan perkahwinan itu bermula seusai sahaja si suami melafazkan akad nikah. Jadi, bagaimana dengan segala persediaan material? Walaupun tidak semewah mana, walaupun serba sederhana, sepatutnya hal ini juga perlu kita titik beratkan dalam pada teruja mahu melangkah ke alam perkahwinan. Dulu hidup sendiri bolehlah main hentam saja labu...tapi sekarang ini sudah berdua, mana boleh mahu ikut kepala sendiri sahaja. Perasaan suami dan isteri juga perlu diambil kira, tahu!

Ha...macam mana sahabat sahibah pembaca? Sudah siap semuanya? Walaupun apa yang saya katakan ini bukanlah keseluruhannya, namun jika hal ini sudah difikirkan dan diambil kira sebelum bernikah, saya kira itu pun sudah cukup memadai untuk anda memulakan proposal menyunting si idaman hati. Tak ada lah bila disoal siasat bakal mentua nanti anda tergagap-gagap sendiri kan? Sama sahaja untuk lelaki dan perempuan sebenarnya. Jika lelaki ditanya mengenai tanggungjawab memberikan nafkahnya (itu yang paling utama saya kira...), yang perempuan juga akan ditanya mengenai kebersediaannya untuk menguruskan rumah tangga dan menjadi ibu kelak. Salah satu tujuan utama mendidikan rumah tangga kan untuk mendapatkan zuriat. Jika sudah bersedia dari pelbagai sudut ini, insya-ALLAH, boleh teruskan untuk melangkah anak tangga seterusnya. =)

Err...dah banyak rasanya saya berceloteh ni. huhu. Coretan hati setelah lama tidak menulis. Ini semua sekadar pendapat peribadi saya sahaja. Dipersilakan untuk para pembaca mengutarakan pendapat masing-masing. Apa yang baik datang daripada-NYA dan apa yang buruk datang daripada-NYA juga, disalurkan melalui kelemahan diri saya sendiri.

Wallahu'alam.



Wednesday, February 22, 2012

Wajahmu Ibu Ayah

Assalamu'alaikum wbt.

Terngiang-ngiang suara Ummi dan We. Saya bagaikan dapat melihat wajah mereka kala ini. Sungguh terasa rindu. Baru beberapa hari meninggalkan mereka. Namun rasanya bagaikan bertahun tidak bersua. :(

Teringat kata-kata yang saya lontarkan buat adik-adik calon SPM di SMKBJ dua hari sebelum kembali ke Korea. "Gunakanlah peluang yang kalian ada sekarang ni untuk menatap wajah ibu dan ayah kalian sepuas-puasnya. Bila dah pergi belajar jauh-jauh nanti, korang dah tak berpeluang untuk menatap wajah mereka setiap hari. Macam akak, bila dah ada kat Korea rindu nak tengok mak ayah macam mana pun tak boleh tengok."

Saya lihat ramai yang menunduk, malah ada yang sudah banjir dengan air mata. Bukan setakat pelajar perempuan, pelajar lelaki pun sama. Saya perhatikan wajah masing-masing. Ada sendu yang terlakar di wajah masing-masing.

"Menatap wajah ibu dan ayah pun dapat pahala tau. Ingatlah betapa mereka mengerahkan keringat mereka demi melihat kejayaan anak-anak mereka. Waktu-waktu panas terik mentari mereka berjemur di sawah, membanting tulang empat kerat semata-mata untuk mencari duit bagi membiayai persekolahan kalian. Semata-mata untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Tataplah wajah mereka selagi berpeluang. Mohonlah kemaafan daripada mereka. Sesungguhnya keredaan ALLAH terletak pada keredaan ibu bapa."

Sungguh saat itu, saya yang bercakap ini pun terasa sebak mengingatkan Ummi dan We. Kata-kata itu sebenarnya lebih saya tujukan untuk diri saya sendiri. Saya yang bercakap inilah yang akan disoal dahulu di hari pembalasan nanti apabila saya tidak melakukan apa yang saya perkatakan.

Teringat soalan Cikgu Maaruf kepada saya hampir 4 tahun yang lepas.
"Awak sanggup ke nak tinggalkan mak ayah awak nanti?"

Saya dengan yakinnya menjawab "Sanggup cikgu."

Rupa-rupanya saya tidaklah sekuat mana pun. Setiap kali bersalaman dengan mereka sebelum masuk ke balai berlepas setiap kali itu jugalah air mata menitis. Tak sempat nak bercakap apa-apa, lihat sahaja wajah mereka air mata sudah meleleh di pipi.

Maafkan kakak Ummi, We. Insya-ALLAH panjang umur kita jumpa lagi pada cuti akan datang. I miss both of you. Truely deeply hardly miss and love you, Ummi, We.

"Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-NYA dan hendakhlah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu menyatakan kepadanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah " Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana mereka menyayangi aku sewaktu kecil."
[Al-Isra', 17:23-24]

Nota 1: Rindu juga pada adik Ema, adik Eya dan adik Zakwan.
Nota 2: Merindui kak Ila, kak Lina, kak Hasanah, kakSu dan merindui semua akhawat yang pernah bertemu sepanjang cuti 2 bulan ni.
Nota 3: Akan merindui kak Shafura, kak Syakirah, kak Nabihah dan kak Farhana yang akan pulang ke Malaysia 27 Februari nanti. We all will miss you.

Tuesday, November 22, 2011

Random

Assalamu'alaikum wbt.

[First of all, entry kali ini sekadar luahan rasa. Random. ]

Lama sungguh tidak menulis di sini. Banyak sudah yang berlaku. Pelbagai peristiwa. Pelbagai cerita. Pelbagai rasa. Suka, sedih, geram, down, bersemangat, serba-salah, tak keruan dan macam-macam lagi la.

Minggu-minggu terakhir fall semester yang sangat padat dan packed. Setiap hujung minggu pasti terisi - Terisi dengan pelbagai program dan terisi dengan lambakan assignment, report dan project.

Random 1

Dalam kesibukan ini juga, Suhayl kesayangan saya ni nak bermanja+ merajuk dengan saya. Ada patut dia main sorokkan saya punya file? Kemudian dia bagi balik pada saya. Lega rasanya. Mula-mula tu saya ingatkan sekejap je merajuknya. Rupanya tidak. Merajuk sampai demam-deman dan perlu panggil doktor. Huhu.
Hampir 2 hari juga la Suhayl masuk ward. Tak senang duduk saya dibuatnya. Alhamdulillah, Suhayl dan sembuh. Sekarang Suhayl sudah ibarat bayi yang baru lahir. Bersih dan suci. Sihat wal'afiat. Saya pula yang rasa nak demam. Mana tidaknya, habis semua kerja saya dah hilang. Semua! Segala macam file yang di dalamnya ada assignment, report, project, nota-nota kuliah, karya-karya yang saya karang, gambar-gambar kenangan, program Pspice, c++, simuAid dan semuanya. Habis! Hilang! Nak nangis rasa. T__T

Terpaksa la berkampung di Samsung Library sementara Suhayl dirawat. Menyiapkan semua report dan assignment. Yang paling sedih bila karya-karya dan gambar-gambar tidak dapat diselamatkan. Tapi mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ni. Mungkin ALLAH nak saya cipta kenangan yang lebih indah selepas ini. Gambar-gambar yang lebih bermakna. Karya-karya yang lebih mendekatkan pembaca kepada-NYA. Insya-ALLAH.

Apapun kesedihan itu lenyap begitu sahaja bila mengingatkan yang saya akan bertemu keluarga tercinta kurang daripada sebulan lagi. Biarlah. Semua itu boleh dapatkan balik. Boleh buat balik. Tak sabar rasanya ingin menatap muka insan-insan kesayangan. Tidak sabar rasanya mahu mengucup tangan Ummi dan We. Tidak sabar rasanya ingin memeluk orang kesayangan. ALLAH. Sungguh, hati saya sudah terbang ke Malaysia.

Random 2

Semalam saya dapat dedication. Terima kasih kepada si pemberi. Terima kasih sangat-sangat. Tapi ada yang saya tak kenal. Rasa terkilan sangat. Dia siap boleh bagi hadiah dekat saya. Ucapkan selamat hari lahir dekat saya. Sudah semestinya dia kenal saya. Tapi...saya tak kenal dia. Puas saya fikir, siapakah Antaro14 ni? Tapi sehingga ke saat ini, saya masih belum mendapat clue siapakah Antaro14 ni.
Untuk Antaro14, walau siapapun anda. Saya harap anda dapat perkenalkan diri anda. Saya nak ucapkan terima kasih face-to-face. Saya nak kenal dan tahu siapa awak. Saya nak balas pemberian awak. Insya-ALLAH. Saya tahu, saya mungkin kenal siapa awak, cumanya saya tidak dapat meneka dengan tepat siapa awak. Apapun terima kasih yang tidak terhingga kerana mengingati tarikh lahir saya dan memberikan hadiah pada saya. :')

Random 3

Malam tadi saya ada menelefon adik. Bertanya khabar tentang SPMnya. Riuh-rendah suasana. Rupanya dalam sibuk nak jawab exam, sempat lagi mereka menonton perlawanan bola sepak. Tak sangka, ramai juga kaum Hawa yang meminati suka bola sepak rupanya.
Buat adik Eya dan semua calon SPM, teruskan perjuangan kalian. Kami sentiasa doakan yang terbaik buat kalian. Jangan pernah berhenti berharap dan sentiasalah memanjatkan doa pada Yang Maha Esa. DIA Maha Mengetahui dan DIA Maha Mendengar.

Random 4

Tinggal kurang lebih 3 minggu sahaja lagi sebelum semester musim luruh ini berakhir. Bermakna tinggal kurang lebih 3 minggu juga saya dan kawan-kawan yang lain akan berpisah dengan senior-senior akhir tahun. Sedihnya rasa. Selalu merekalah yang menjadi rujukan. Menjadi tempat pertanyaan. Apapun selamat bergraduasi buat senior-senior akhir tahun. Selamat menempuhi alam pekerjaan. Buat yang bakal menamatkan zaman bujang, selamat pengantin baru!

Nota 1: Balik nanti nak cari buku Tarbiyatul Aulad Fil Islam lah. Sudah banyak kali dengar fasal buku ini. Nak khatam sampai hadam. Insya-ALLAH wa biiznillah.

Nota 2: Mood untuk final exam sudah melayang entah ke mana. Ditelan oleh mood untuk balik dan bertemu keluarga terchenta. Haila~

Nota 3: Rasa sedih untuk berpisah. Namun setiap pertemuan pasti akan ada detik perpisahannya bukan? Moga kita bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah.

Nota 4: Saya nak buat pengakuan. Ehem. Ehem. Saya sudah jatuh chenta. "Aku cinta kamu sangat-sangat, D! Jangan pernah tinggalkan aku terkapai-kapai keseorangan ye D." *Love is in the air~*

Thursday, October 13, 2011

Syukran Lillah. Hamdan Lillah. :)

Assalamu'alaikum wbt.

Seminggu tanpa sebarang update. (Eceh. Macam la ada orang kisah kalau tak update lebih dari seminggu pun. Perasan la awak.) Minggu ni memang minggu 'Mari Membuat dan Menghantar Assignment'. Setiap hari ada sahaja assignment yang perlu dihantar. Esok pun ada 1 report dan 1 assignment yang perlu dihantar. Mencuri sedikit masa untuk membersihkan sesawang di laman hijau ini.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tiada kata yang dapat saya ungkapkan. Hanya sejuta kesyukuran dipanjatkan buat Yang Maha Esa. Selepas beberapa pertimbangan dibuat, diambil kira pro dan kontranya. Setelah memohon petunjuk dari-NYA. Alhamdulillah. Akhirnya saya kira ini yang terbaik. Hari ini tidak habis-habis tersenyum. Bila dengar 'Hakikat Bahagia', lagilah melebar senyum saya. *Ini terpengaruh dengan lagu awak la ni..:P*




Masih ingat pada 'Inside Out. Upside Down'? Alhamdulillah. Saya sudah menemui jawapan pada pilihan-pilihan yang terbentang di depan mata. Alhamdulillah. Moga ini yang terbaik. Biiznillah.

Saya ada janji yang saya akan khabarkan seandainya saya menemui keputusan yang dicari. Alhamdulillah. Nampaknya keputusan sudah dibuat. Sungguh, saya merasakan segala urusan saya dipermudahkan. Semalam saat saya tengah kerisauan dan kebingungan ingin meminta bantuan siapa selepas orang yang saya harapkan tidak dapat membantu, ALLAH hadirkan seorang insan yang sudi menghulurkan tangan. Alhamdulillah. Jazakillahu khairan kathiran. :) Terharu sangat-sangat. Dah bergenang dah. Tunggu mutiara ni nak jatuh je.

Malam itu juga saya selesaikan segala urusan. Dengan bantuan seorang teman. Masalah yang dihadapi pun sudah dapat diselesaikan lewat tengah hari tadi. Alhamdulillah. Memang ALLAH permudahkan segala urusan. Jazakallah buat teman yang membantu.


Mesti ramai yang tertanya-tanya, perkara apa yang membuatkan saya susah sangat untuk membuat keputusan ni kan? Sebenarnya semua ini perihal cuti musim sejuk nanti. Saya berbelah-bagi antara ingin pulang ke Malaysia atau berjaulah ke Jepun.

Memandangkan cuti musim panas yang lalu saya tidak pulang ke Malaysia, saya berhajat untuk pulang pada cuti musim sejuk kali ini. Namun apabila mengetahui yang ada sahabat-sahibah hendak berjaulah ke Jepun, saya teruja untuk ikut serta. Namun dengan kewangan yang terhad, saya perlu memilih. Sama ada untuk pulang ke Malaysia atau ke Jepun. Saya tidak boleh mengambil kedua-duanya sekali.

ALLAH. Saya paling tak suka bila perlu memilih. Sebab? Saya tak pandai. Kalau boleh nak dua-dua. Tamak kan? Mula-mula tu hanya dengan sekali fikir, saya call parent cakap yang saya mungkin tak jadi balik winter nanti. Saya nak ke Jepun. Ummi okay je. We pun okay je, even mula-mula tu terkejut sebab sebelum ini saya yang terlebih excited nak balik. Mereka kata, "Nanti raya kan nak balik. Tak apa la kalau tak balik winter ni pun. Tak lama dah pun nak balik raya..."

Namun demikian, saya masih tidak tenang. Walaupun sudah mengkhabarkan kepada Ummi, We dan adik-adik yang saya mungkin tak jadi balik. Bila dengar suara sayu adik-adik yang mungkin kecewa bila saya beritahu tidak jadi balik, keputusan yang saya buat mula goyah. Saya katakan pada diri saya, perlu difikirkan lagi ni, adakah ini yang terbaik?

Keputusannya terletak pada saya kan? Sama ada untuk saya memilih untuk balik ke Malaysia atau untuk ke Jepun. Saya tak tahu nak ceritakan atau mengadu pada sesiapa. Sebabnya bila diceritakan pun, keputusannya terletak pada saya juga. Hanya pada DIA Yang Maha Mendengar saya luahkan segala rasa. Rasa gundah. Rasa tak keruan. Rasa serba-salah. Semuanya. Saya serahkan segala-galanya hanya pada-NYA. DIA lebih tahu apa yang terbaik buat saya; hamba-NYA yang lemah lagi hina ini.

Alhamdulillah. DIA akhirnya memberikan jawapan itu buat saya. Akhirnya saya memilih untuk pulang. Tak jadi ke Jepun. Insya-ALLAH. Jika tiada apa-apa halangan, saya merancang untuk ke sana cuti musim dingin yang akan datang. Insya-ALLAH.

Segala urusan pembelian tiket balik ALLAH permudahkan walaupun ada sedikit masalah pada nama semasa booking. Boleh pulak tertinggal nama! Excited sangat kot masa booking tu, sampaikan nama penuh sendiri pun lupa. Erk? Boleh eh gitu? Lepas tu terus hantar komen kat twitter syarikat penerbangan. Alhamdulillah. Tengah hari tadi semuanya sudah dibetulkan. Segalanya smooth je. Alhamdulillah. :)

Ummi, We dan adik-adik pun bila dikhabarkan yang saya confirm balik, semuanya excited. Plan bercuti bersama keluarga juga sudah dirancang. Wow! Tak sabar nak balik! *Jangan plan tu clash dengan program saya sudah la...*

Syukran lillah. Hamdan lillah. Terima kasih, Ya ALLAH atas segala nikmat dan ujian-MU ini. Bila ini terjadi pada saya, saya dapat rasakan yang ALLAH itu dekat saya dengan saya. ALLAH itu Maha Mendengar bukan? Jadi, jangan pernah putus asa untuk mengadu segalanya hanya pada-NYA. DIA sentiasa ada.

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
-Qaf,50: 16-

Subhana-ALLAH. ALLAHU AKBAR! ALLAH sudah nyatakan bahawa DIA dekat dengan kita. Yakinlah bahawa DIA mengetahui dan mendengar setiap aduan dan doa kita. Teruskan berdoa. Sentiasa ingat pada-NYA. DIA juga pasti akan mengingati anda.


Nota 1: Ketahuilah hati-hati kita ini, DIA yang pegang. Hanya DIA. Tiada yang lain. Berserahlah hanya pada-NYA. DIA tahu apa yang terbaik buat dirimu.

Nota 2: Ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH, jiwa akan menjadi tenang. :)

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram."-Ar-Ra'd,13: 28-

Nota 3: Dah boleh fokus pada mid-term exam yang akan bermula Isnin depan.

P/S: Saya ada nak kongsi fasal exam, doa dan tawakal sebenarnya. Insya-ALLAH. Tunggu next update ye^^ (Tengok perasan lagi. Ada ke orang yang tunggu?)




Sunday, October 2, 2011

Perihal Berkecil Hati

Assalamu'alaikum wbt.

Minggu lepas, saya ada baca satu status di FB. Terima pada Kak Wee kerana sudi berkongsi perihal berkecil hati ni dengan kami semua.

Status tu berbunyi begini:

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati."

I'm so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiks...Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada ALLAH.

Anak: (Blur)

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian dari ALLAH. Kenapa ALLAH hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang ALLAH turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tetapi kita kecil hati dengan ALLAH.

Anak: Ooo..Ok...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita, "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain, "Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." Jadi keredhaan kita terhadap ujian ALLAH itu lesap.

Anak: (Termakan cili)

ALLAH...Bila saya baca status ni, saya rasa macam dilanggar dengan bulldozer. Penyek jadi papan keping. Terkena kat batang hidung sendiri. ALLAH. ALLAH. ALLAH. Entah berapa kali pernah mengecilkan hati orang, dan entah berapa kali pernah berkecil hati dengan orang. Astaghfirullah hal 'azim... Ampuni dosa-dosa hamba-MU ini, Ya ALLAH.



Rupa-rupanya semua itu ujian dari ALLAH untuk hamba-hamba-NYA. Hidup ini jika tiada ujian, bukan hidup namanya. Ujian itu rencah kehidupan. Jika tidak, hambar dan tawarlah kehidupan. Bagaikan kari yang tidak dimasukkan asam keping, garam dan gula. Rasa apa? Tawar. Tak lengkap. Tak lalu nak makan.

Namun, keesokan harinya. Saya telah mengulangi kesilapan yang sama. Manusia..memang benar-benar pelupa. Sebab itu perlu saling mengingatkan. Saya telah berkecil hati dengan seseorang. Iya. Memang berkecil hati. Padahal kalau difikirkan balik, benda remeh sahaja. Tak perlu la nak terasa.

Kemudian, saya teringat balik status yang saya baca semalam. Terus beristighfar panjang. Astaghfirullah hal 'azim. Astaghfirullah hal 'azim. Astaghfirullah hal 'azim. Semalam baru baca. Mengecilkan hati orang itu berdosa, berkecil hati dengan orang pun berdosa. Bahkan lagi besar dosanya. Masya-ALLAH. Sungguh la tidak mengambil iktibar dari apa yang dibaca. Moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa saya dan dosa-dosa kita semua. Insya-ALLAH. Maafkan saya andai saya ada mengecilkan hati kalian.

Ada satu tips. Sebelum tidur, maafkanlah kesalahan semua orang sepanjang hari itu dan hari-hari sebelumnya. Moga-moga semua orang juga memaafkan kesalahan kita pada hari itu dan hari-hari sebelumnya. Insya-ALLAH, hati akan terasa lebih lapang. Takde nak rasa tak elok pada semua orang. Insya-ALLAH.

Saya tahu, saya yang menulis ini akan terlebih dahulu ditanya kelak. Adakah saya mengerjakan apa yang sudah saya perkatakan dan saya tuliskan di laman blog ini. Oleh itu, pada sesiapa yang mengenali saya, baik yang selalu bertemu, ataupun yang belum pernah bersua muka, tegurlah diri ini andai kalian melihat dan merasakan apa yang saya lakukan itu pincang langkahnya dari landasan yang sebenar.

Kadang-kadang, kita tidak nampak apa yang kita lakukan itu salah, sebelum ada yang menegur mengatakan itu salah. Kemudian barulah kita tersedar. Oleh itu, saya pohon, tegurlah saya.


Friday, September 16, 2011

Inside Out. Upside Down.

Assalamu'alaikum wbt.

It's 3 o'clock at the morning already. And I'm still awake! Oh my...this is really inside out. Upside down! Haila~

Kebelakangan ini memang banyak benda yang difikirkan. Mungkin itu juga merupakan salah satu faktor mengapa saya tidak boleh tidur. Jam biologi pun dah menjadi tunggang terbalik dah. Malam tadi pun, entah pukul berapa baru tertidur. Kepala penuh berselirat dengan pelbagai benda. Itulah akibatnya bila saya tak dapat selesaikan sesuatu perkara. Mesti asyik terfikir-fikir je benda tu.

Apabila memikirkan perkara-perkara yang melibatkan pilihan ini, memang itulah yang terjadi. Sukar untuk membuat pilihan. Serba salah untuk melepaskan salah satu. Sebab itu saya tidak suka memilih. Cukuplah hanya berikan saya satu pilihan sahaja. Senang. Tidak perlu memilih. Sudah tentu itu yang akan saya pilih.

Ok. Hakikatnya hidup ini tidak lengkap jika tidak dipenuhi dengan pilihan. Bukan begitu? Hambarlah suasana tanpa pilihan. Suramlah kehidupan tanpa hadirnya pilihan. Ketahuilah bahawa pilihan-pilihan itu menceriakan dan menghidupkan hidup anda. *Ok. Dah bunyi macam iklan dah.*

Jadinya, tidak dapat tidak, saya perlu juga membuat pilihan. Apakah pilihan itu? Biarlah saya sahaja yang mengetahuinya setakat ini. Nanti dah dapat keputusan barulah boleh diberitahu. Insya-ALLAH.
YA ALLAH. Bantulah hamba-MU ini. Lindungilah daku. Berilah petunjuk-MU, YA RABB.

Rupanya bukan soal jodoh sahaja perlu lakukan istikharah. Apabila diburu pelbagai pilihan dan kehendak, hal ini juga perlukan petunjuk dari Ilahi. Hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Insya-ALLAH. Moga-moga pilihan itu nanti yang terbaik buat saya.

Sebenarnya perkara ini bukanlah besar sangat pun bagi sesetengah orang. Tapi pada saya, hal ini penting dan besar. Jika pilihan pertama dibuat, ada pro dan kontranya. Jika pilihan kedua dibuat, ada baik dan buruknya. Kedua-duanya nampak seimbang. Yang itu begitu dan yang ini begini. Sudahnya saya pening sendiri. Pengakhirannya semua kerja pun tak jadi. Buka buku math, tutup balik. Capai pensel nak mengarang essay untuk presentation, letak balik. Sudahnya saya termangu-mangu keseorangan.

Terima kasih buat awak dan awak yang sudi melayan celoteh saya. Yang menghiburkan hati saya. Terima kasih juga pada We yang call saya malam tadi. Semalam dah bercakap dengan Ummi. Malam ni dapat cakap dengan We. Rasa lapang sikit dada. Walaupun keputusan masih belum dibuat.

Apapun saya tidak sukakan keadaan inside out, upside down begini. Terasa macam tak pijak tanah. Terasa macam tak bertapak di bumi. Pergi ke kelas pun seolah-olah jasad sahaja yang terpegun di kerusi. Fikiran melayang-layang entah ke mana. Astaghfirullah hal 'azim.

Nota kaki : Ini sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. Sekadar untuk melegakan dan melapangkan dada.
P/S : -Ketahuilah hati-hati kita ini, DIA yang pegang. Hanya DIA. Tiada yang lain. Berserahlah kepadanya. Hanya DIA. DIA tahu apa yang terbaik buat dirimu-

P/S/S :
"Will you walk together with me?"
"To where?"
"Jannah"

*Balik nanti nak kena cari Quartet tulisan Saidatul Saffaa. Dah jatuh 'chenta' dah ni.*
**Ok. Ini pengubat hati yang sedang berwalang durja. :P**

Friday, July 1, 2011

Berikan Hak Kepada Yang Berhak

Assalamu'alaikum.

Setelah hampir 2 minggu menyepikan diri. 2 minggu yang memang tidak pernah lekang dengan pelbagai aktiviti.

13 Jun- 20 Jun : Final exam, Spring Semester
22 Jun : Bermulanya Summer class

25 Jun - 27 Jun : Outdoor Camping (ODC)

28 Jun : Dapat result final spring semester.

28 Jun-29 Jun : Ber'dating' dengan akhawati fillah di DMU.
30 Jun : Mid-term exam Summer class

Masa sedang 'dating' tu, kami dikisahkan dengan satu cerita. Siapa pernah dengar kisah Rabi'ah bin Ka'ab? Saya macam pernah dengar kisah itu, tapi tak tahu kisah siapa.

Rabi'ah bin Ka'ab ni sentiasa berada di sisi Rasulullah. Dia berkhidmat kepada Rasulullah.

Satu hari, Rasulullah tanya Rabi'ah, "Rabi'ah, kamu tak nak kahwin ke?"


Rabi'ah cakap," Saya tak nak kahwin, Rasulullah."

Rasulullah tanya lagi," Betul ke kamu tak nak kahwin ni?"


Rabi'ah bagi jawapan yang sama,"Saya tak nak kahwin, Rasulullah."


Bila balik rumah, Rabi'ah fikir balik tentang pertanyaan Rasulullah tadi. 'Haish..kenapa la aku tolak tadi? Bukan ke Rasululllah lebih tahu apa yang terbaik bagi aku? Lain kali kalau Rasulullah tanya lagi aku nak cakap aku nak kahwinlah.' Itu azam Rabi'ah.


Tak lama lepas tu, Rasulullah tanya lagi Rabi'ah,"Rabi'ah, kamu nak kahwin tak?"


Terus Rabi'ah jawab, "Nak, Rasulullah. Tapi...saya ni miskin, siapa la yang nakkan saya ni."

Rasulullah pun suruh Rabi'ah pergi ke rumah sekian-sekian dan bagitahu yang Rasulullah suruh dia kahwin dengan anak perempuan orang tu. Rabi'ah pun pergi la ke rumah yang Rasulullah sebutkan tadi dengan malu-malunya. Masya-ALLAH.Subhana-ALLAH. Orang tu terima dengan baik. Dia pun kahwinkan anak perempuan dia dengan Rabi'ah.

Lepas kahwin, Rabi'ah pergi jumpa dengan Rasulullah. Rabi'ah bagitahu dekat Rasulullah yang dia sungguh tak sangka ada orang yang terima dia dan nak kahwin dengan dia.

"Tapi Rasulullah, saya takde duit untuk berikan mahar kepada isteri saya",adu Rabi'ah.

Rasulullah pun suruh orang kumpulkan duit untuk jadikan mahar Rabi'ah. Rabi'ah pun pergi berikan mahar tu kat keluarga isteri dia. Keluarga isteri dia sangat-sangat menghargai pemberian itu.

Rabi'ah datang lagi mengadukan Rasulullah. "Rasulullah, saya dah kahwin. Dah bagi mahar kat isteri saya. Tapi saya belum buat walimah lagi."

Rasulullah suruh orang belikan seekor kibas. Dan Rasulullah suruh Rabi'ah pergi ambil gandum yang ada kat rumah Aisyah. Dah dapat kibas dan gandum tu, Rabi'ah pun pergi la rumah mentua dia. Keluarga mentua dia ambil gandum dan suruh Rabi'ah uruskan kibas tu. Rabi'ah pun minta tolong kaum kerabat dia sembelih dan masakkan kibas tu. Lepas tu mereka meraikan perkahwinan Rabi'ah dan isteri dia. Rasulullah pun datang meraikan sekali perkahwinan mereka.

Begitulah kisah Rabi'ah. Apa ibrah atau pengajaran yang kita boleh ambil dalam kisah Rabi'ah bin Ka'ab ni?

Kahwin eh? hihi^^ Kalau mak tak suruh kahwin lagi, jangan kahwin...ngee~

Pengajaran yang pertama. Rasulullah sangat faham dengan keperluan Rabi'ah. Rabi'ah kan sentiasa ada di sisi Rasulullah; berkhidmat untuk Rasulullah. Jadinya, Rasulullah memang dah tahu la macam mana Rabi'ah ni. Sebab tu la Rasulullah suruh Rabi'ah bin Ka'ab ni kahwin.

Pengajaran kedua. Memberikan hak kepada yang berhak.
Rasulullah dah nak tolong Rabi'ah kan? Sebab tu Rasulullah tanya Rabi'ah nak kahwin ke tak? Tapi Rabi'ah tolak mentah-mentah. Tak dapat la Rasulullah nak tolong.

Kemudian, selepas Rabi'ah terima dan nak kahwin. Rasulullah tolong Rabi'ah, dari nak dapatkan calon isteri sampai la kenduri kahwin Rabi'ah.

Saya teringat kisah dalam drama Para Pencari Tuhan 4. Pak Jalal yang kaya tu nak tolong orang miskin, tapi orang miskin tu tolak. Tak nak terima sedekah Pak Jamal yang kaya-raya ni. Pak Jamal pun marah-marah la kat orang miskin tu. "Kenapa kamu mahu tolak hak aku sebagai pemberi sedekah? Memang tugas aku untuk bagi sedekah pada orang macam kamu ni, tahu?" Gitu la lebih kurang dialog Pak Jamal tu.

Kita sebagai anak murid, kalau kita tak nak dengar apa yang cikgu kita ajar, kita dah tak bagi hak yang sepatutnya pada cikgu kita tu. Hak cikgu untuk mengajar dan menyampaikan. Hak kita sebagai pendengar dan penerima apa yang diajar. Kalau takde murid, macam mana cikgu nak digelar cikgu kan?

p/s : Kisah Rabi'ah bin Ka'ab dipetik dari 65 Gambaran Kehidupan Sahabat Jilid 2 tulisan Dr. Abd.Rahman Ra'fat terbitan Pustaka Salam. Kisah itu saya olah balik menggunakan bahasa saya sendiri. Harap maklum.^^

p/s/s: Kredit to Nisaa. Berhikayat tentang Para Pencari Tuhan (PPT) selepas balik dari 'dating' dalam perjalanan balik ke rumah.*^^*

p/s/s/s: Akan berusaha untuk memberikan hak kepada mereka yang berhak selepas ini. Insya-ALLAH.


Damai yang dicari kian ditemui
Tenang yang diimpi kian mendampingi
Moga rasa itu kembali ke sisi
Membuahkan kemanisan yang diimpi


Sunday, June 12, 2011

Mencari Damai Di Hati


Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

(petikan daripada iluvislam.com, Aku Ingin Berubah)

Alhamdulillah..terasa diri sedikit tenang hari ini. Terasa tidak sia-sia ke Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin malam tadi. Terasa jiwa terisi dengan perkongsian daripada Saudara Ammar Muhd tentang konsep kebergantungan kepada ALLAH SWT.

Pada mulanya saya agak berbelah bagi, sama ada nak pergi atau tidak solat hajat malam tadi. Study tak habis lagi. Kalau pergi confirm burn dah time study. Kononnya la...Dalam dok berbolak balik tu, saya decide untuk pergi. Alhamdulillah, ALLAH gerakkan hati saya untuk pergi walaupun kalau ikutkan saya dah turun rumah lewat dah jugak petang semalam. Kalau tengok invitation dekat fb tu, majlis akan start pukul 7 malam, tapi saya pukul 7 tu masih berada dalam subway yang baru je melepasi beberapa station selepas Sungkyunkwan University station. Perjalanan ambil masa dalam 40 minit jugak tu..huhu..

Alhamdulillah, saya tak ketinggalan apa-apa pun sebenarnya. Saya bajet saya sampai tu orang mesti dah sudah ataupun tengah baca Yasin. Rupa-rupanya majlis start selepas Maghrib. Waktu Maghrib pulak masuk dalam pukul 8 malam. Dan saya tiba, beberapa ketika sebelum azan berkumandang. Alhamdulillah...

Just for you,

For the first time I read your so-called love letter, I cried

For the second time I read it, I smiled and thanked to you so much

Your words really calmed me as well

They’re such a good remedy for me

A bunch of hug and love for you

I wish you were here with me right now

So that, I can lean on your shoulder

I want to spill out everything on you

I want you to give me a warm hug and a sweet advice

Thanks a lot dear,

Thanks for the such wonderful love letter =)

Duhai adikku,
Jangan mudah mengaku kalah,
Yakinlah yang terbaik buat diri sendiri,
DIA sentiasa bersamamu,
Yakinlah, setiap kesusahan akan ada kemudahan,
Yakinlah, ALLAH tidak kurniakan sesuatu yang tidak mampu untuk kita tanggung,
Dan yakinlah, dengan mengingati ALLAH hatikan menjadi tenang.

Semoga ALLAH menjaga hati kita.

Insya-ALLAH, moga damai yang dicari ditemui dalam masa terdekat ini. Dan saya memang sedang berusaha untuk itu. Mencari damai yang telah dibawa pergi. Mencari damai yang sedang bersembunyi. Mencari damai di hati…