Showing posts with label perayaan. Show all posts
Showing posts with label perayaan. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Bersama Menghayati Erti Pengorbanan

Assalamu'alaikum wbt.

Pertama dan utamanya saya memohon maaf banyak-banyak kerana baru sekarang ini berkesempatan untuk mengotakan janji yang telah saya buat lewat post yang lalu. 

Saya sudah habis menjawab peperiksaan pertengahan semester musim luruh pada hari Jumaat yang lepas. Iya, hari itu merupakan hari seluruh umat Islam menyambut perayaan Aidil Adha. Saya dan beberapa orang rakan sekadar menyambut dan solat sunat Aidil Adha di universiti sahaja. Tidak berkesempatan untuk ke Kedutaan Malaysia bagi menunaikan solat sunat Aidil Adha dan menyambutnya bersama rakan-rakan pelajar yang lain kerana kekangan peperiksaan. Malamnya pula hampir empat jam berada di lab menyiapkan eksperimen Electronics Circuit.

Itu kisah sambutan Aidil Adha saya untuk tahun ini. Anda pula bagaimana? 

Baiklah. Berbalik kepada janji yang telah saya buat. Saya berjanji mahu menceritakan serba sedikit mengenai kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail. Bersama kita telusuri kisah pengorbanan nabi ALLAH ini. Insya-ALLAH. :') 

""...Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh." Maka, Kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail)."
[As-Saffat, 37:100-102]

Nabi Ibrahim lambat dikurniakan zuriat oleh ALLAH SWT. Perkahwinan baginda dengan Sarah tidak dikurniakan anak. Begitu juga perkahwinan baginda dengan Hajar. Baginda berdoa kepada ALLAH supaya diberikannya seorang anak yang tergolong dalam kalangan orang yang soleh. Alhamdulillah, ALLAH mendengar doa baginda. ALLAH mengurniakan nabi Ibrahim seorang anak lelaki yang sangat sabar iaitu nabi Ismail melalui perkahwinannya dengan Hajar. Tidak lama selepas kelahiran nabi Ismail barulah nabi Ibrahim mendapat anak iaitu nabi Ishak melalui perkahwinannya dengan Sarah

Kemudian ALLAH perintahkan nabi Ibrahim membawa anak dan isterinya; nabi Ismail dan Hajar ke suatu wadi (lembah) yang  gersang - Mekah. Nabi Ibrahim pun berangkatlah dari tempat tinggal mereka; Palestin ke Mekah bersama Hajar berserta anak kecil mereka, Nabi Ismail. 

Sebaik sahaja tiba di Mekah, nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan Ismail di sana. Baginda bergerak meninggalkan mereka tanpa berpaling lagi. Baginda begitu tega meninggalkan isterinya dan anak kecil mereka di tanah gersang itu. Tiada tumbuhan. Tiada sumber makanan. Tiada air. Tiada hidupan lain selain mereka di sana! 

Hajar yang kerisauan bertanya kepada Nabi Ibrahim, "Duhai suamiku, kamu mahu ke mana? Adakah kamu mahu meninggalkan kami di sini?" 

Namun, Nabi Ibrahim tetap meneruskan langkah baginda. Tidak dihiraukannya pertanyaan isterinya itu. Hajar terus bertanya lagi dan lagi. Apabila Nabi Ibrahim tidak juga menjawab, maka fahamlah dirinya bahawa ini pastinya perintah dari ALLAH Yang Maha Esa. 

Lalu dia kembali bersuara kepada nabi Ibrahim untuk mendapatkan kepastian, "Suamiku, adakah ini perintah ALLAH?"

"Ya." Jawab nabi Ibrahim. 

Pantas Hajar berkata, "Kalau begitu, tiada apalah yang perlu dirisaukan. ALLAH pasti tidak akan mensia-siakan kami." 

Cuba bayangkan, perjalanan dari Palestin ke Mekah pada waktu itu, yang kenderaan terpantasnya hanyalah unta yang mengambil masa selama hampir 40 hari dilakukan semata-mata untuk meninggalkan anak dan isteri di padang pasir yang gersang dan kering-kontang. Semua itu dilakukan demi memenuhi perintah ALLAH Yang Maha Kuasa. Subhana-ALLAH! Sungguh teguh iman nabi Ibrahim dan Hajar. 

Peta perjalanan dari Palestin ke Mekah. Perjalanan yang telah ditempuhi oleh nabi Ibrahim dari Palestin untuk menghantar isteri dan anaknya ke Mekah kerana perintah ALLAH. Dan baginda menempuhi perjalanan ini sekali lagi dari Palestin ke Mekah semata-mata untuk menyembelih anaknya; nabi Ismail demi menunaikan perintah ALLAH.



Nabi Ibrahim yang sanggup meninggalkan isteri yang dicintai dan anak yang disayangi demi perintah Ilahi. Hajar yang sanggup ditinggalkan suami tercinta bersama anak kesayangan demi perintah Rabbul Izzati. Sungguh pengorbanan mereka tidak bertepi.

Maka, tinggallah Hajar dan anaknya; nabi Ismail di Mekah meneruskan kehidupan mereka di sana. Saat nabi Ismail menangis kelaparan, berlari-lari Hajar ke sana ke mari mencari air demi menghilangkan dahaga dan lapar si anak. Sehinggakan beliau berlari berulang kali dari Bukit Safar ke Bukit Marwah semata-mata untuk mencari sedikit air. Dari situlah bermulanya sai'e yang dilakukan oleh jemaah haji bagi memperingati peristiwa  Hajar yang berlari berulang alik dari Bukit Safar ke Bukit Marwah itu. 

Nabi Ismail pula menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke tanah. Dengan izin ALLAH, keluarlah air dari tempat hentakan kakinya itu. Itulah dia air zamzam. Air yang tidak pernah kering walaupun begitu ramai orang mengunjungi Mekah. Itu tanda ALLAH sentiasa bersama-sama Hajar dan nabi Ismail. Itu bukti kepada mereka yang sentiasa mempercayai ALLAH tanpa berbelah bahagi. Itu balasan yang ALLAH berikan atas pengorbanan yang mereka lakukan demi ALLAH. Hanya kerana ALLAH. 

"Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, "Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. 
Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" 
Dia (Ismail) menjawab, "Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (ALLAH) kepadamu; insya-ALLAH engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.""
[As-Saffat, 37:102]

Nabi Ibrahim bermimpi yang baginda menyembelih anaknya Ismail. Bukan sekali, bahkan berkali-kali. Pastilah baginda bahawa itu merupakan perintah ALLAH yang disampaikan melalui mimpi kepada baginda. Maka demi menunaikan mimpinya itu, nabi Ibrahim berangkat kembali ke Mekah. Perjalanan dari Palestin ke Mekah selama 40 hari dengan unta itu ditempuhi demi menunaikan satu perintah ALLAH - menyembelih anaknya, nabi Ismail. 

Kalau kitalah kan, sanggupkah kita berbuat sedemikian? Menempuhi perjalanan yang jauh semata-mata untuk menyembelih anak sendiri? Itulah yang dilakukan oleh nabi Ibrahim demi menunaikan perintah ALLAH  Yang Maha Esa. 

Apabila nabi Ibrahim menyatakan perintah ALLAH itu dan menanyakan pendapat anaknya; nabi Ismail, terus nabi Ismail tanpa rasa ragu-ragu menyuruh ayahnya melakukan seperti apa yang diperintahkan oleh ALLAH kepada baginda. 

Subhana-ALLAH! Betapa hebatnya keimanan seorang Ismail yang tanpa perlu berdolak-dalih menyatakan persetujuan kepada usulan ayahnya. Kerana apa? Kerana itu perintah ALLAH. Kita bagaimana? Sanggupkah berkorban sebegitu? 

Dapat kita lihat di sini bagaimana diplomasi nabi Ibrahim sebagai seorang bapa berinteraksi dengan anaknya. Walaupun baginda tahu itu perintah ALLAH, namun baginda tetap menanyakan pendapat nabi Ismail. Suatu sikap yang patut dan perlu dicontohi oleh kita semua sebagai seorang bakal ibu dan bapa terhadap anak-anak kita nanti. Insya-ALLAH. 

Sungguh hebat bukan ajaran dan didikan yang Hajar berikan kepada anaknya nabi Ismail? Sehinggakan baginda terus bersetuju tanpa perlu berfikir dua kali usulan ayahnya itu - menyembelih dirinya. Cuba bayangkan, nabi Ibrahim telah meninggalkan Hajar dan nabi Ismail berdikari menjalani kehidupan di Mekah tanpa seorang suami dan ayah sebagai tunggak keluarga. Bayangkan bagaimana Hajar yang berperanan sebagai ibu dan ayah kepada anaknya Ismail sepanjang sepeninggalan suaminya, Ibrahim. Pasti susah dan payah bukan bergelar ibu tunggal? Namun tengoklah hasil didikannya. Ismail yang sabar dan rela hati menerima perintah ALLAH yang mahu dirinya disembelih oleh ayahnya sendiri. 


Cuba bayangkan, apa perasaan nabi Ismail pada waktu itu? Apa perasaan anda seandainya ayah yang telah meninggalkan anda sejak kecil datang kembali kepada anda kerana mahu menyembelih anda. Oh. Pasti berapi-api kemarahan kepada ayah anda bukan? Sudah pasti setiap arahannya tidak akan anda patuhi bukan? 

Bagaimana pula dengan perasaan Hajar? Seorang isteri yang ditinggalkan suaminya bersama anak kecil yang perlu dididik dan diasuhnya seorang diri. Kemudian si suami datang kembali kepadanya semata-mata mahu menyembelih anak yang selama ini dipeliharanya dengan penuh kasih dan sayang. Pastinya akan melenting dan tidak akan membenarkan perkara itu terjadi bukan? Pastinya marah dan kecewanya berganda-ganda. 

Namun, itu semua tidak berlaku kepada nabi Ismail dan Hajar. Mereka menerima semua itu dengan rela hati. Kerana apa? Kerana itu perintah dari ALLAH. Kerana iman mereka begitu teguh dan kukuh. 

 "Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya, (untuk melaksanakan perintah ALLAH). 
Lalu Kami panggil dia, "Wahai Ibrahim! Sungguh, engkau telah membenarkan mimpi itu. Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar."
[As-Saffat, 37:103-107]

Lalu, nabi Ibrahim pun bersiap sedia untuk menyembelih anaknya; nabi Ismail. Nabi Ismail siap menyuruh ayahnya mengikat dirinya bagi memudahkan kerja ayahnya semasa menyembelih dirinya nanti. Subhana-ALLAH! Sampai begitu sekali relanya nabi Ismail. 

Semua itu; kerelaan hati, keimanan yang utuh dan teguh kepada ALLAH dan kesanggupan mereka berkorban telah membuatkan ALLAH menggantikan nabi Ismail dengan seekor kibas. ALLAH sudah melihat bagaimana nabi Ibrahim dan nabi Ismail dengan rela hati melakukan penyembelihan dan merelakan diri disembelih demi menunaikan perintah ALLAH. Nabi Ibrahim sudah membenarkan mimpinya. Mereka; nabi Ibrahim, nabi Ismail dan Hajar telah melepasi ujian yang ALLAH berikan kepada mereka. 

Itu kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail serta Hajar. Kisah mereka yang dengan rela hati dan sabar melakukan pengorbanan demi menunaikan perintah Ilahi. Kisah bagaimana nabi Ibrahim yang sanggup berkorban meninggalkan isteri dan anaknya tergapai-gapai meneruskan hidup di tanah yang gersang tidak berpenghuni. Kisah bagaimana Hajar yang sanggup berkorban ditinggalkan suaminya di Mekah yang tiada sumber makanan dan minuman bersama anak kecilnya. Kisah bagaimana pengorbanan nabi Ibrahim yang melakukan perjalanan beratus-ratus kilometer dari Palestin ke Mekah demi menyembelih anaknya. Kisah bagaimana pengorbanan seorang ibu yang sanggup membenarkan anak yang ditatangnya bagaikan minyak yang penuh berseorangan tanpa suami di sisi selama ini disembelih oleh suami yang baru sahaja tiba dari Palestin menjenguk mereka yang ditinggalkan dahulu. Kisah bagaimana pengorbanan seorang anak yang sejak kecil ditinggalkan bapanya dengan penuh sabar merelakan diri disembelih.  Bagaimana pula dengan kita? Sanggupkah kita berkorban seperti mereka ini?

 "Dan Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, "Selamat sejahtera bagi Ibrahim." Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sungguh, dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman."
[As-Saffat, 37:108-111]

Itu janji ALLAH kepada nabi Ibrahim. ALLAH membalas orang-orang yang berbuat baik. Janji dan kata-kata ALLAH yang tidak pernah tidak dikotakan-NYA. Janji ALLAH yang pasti ditunaikan-NYA. 

Menelusuri kisah korban nabi Ibrahim dan nabi Ismail ini membuatkan saya tersentak berkali-kali. Walaupun setiap tahun kita menyambut perayaan Aidil Adha, walaupun setiap kali itulah kita diingatkan dengan kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail ini, namun adakah kita sudah benar-benar menghayati erti pengorbanan dalam erti kata yang sebenar? 

Saya sendiri sudah 22 tahun hidup di bumi ALLAH ini. Setelah membaca dan mengetahui kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail ini, saya terfikir-fikir sendiri, adakah selama ini saya telah benar-benar menghayati erti pengorbanan? Jika kejadian seumpama ini terjadi kepada saya, adakah saya sanggup melakukan pengorbanan sebegini? Menerima  dengan rela hati dan bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan? Adakah saya mampu menghadapinya? Adakah saya mahu dan mampu berkorban sedemikian? ALLAHU ALLAH. Sejujurnya saya merasakan saya masih tidak mampu. Ampunkan diri ini, Ya ALLAH. Jadikanlah diri ini mampu berkorban demi agama-MU, Ya ALLAH. Kuatkanlah iman dalam diri ini, Ya Rahman. Teguhkanlah diri ini menghadapi ujian-MU, Ya Karim. 

Bersamalah kita menghayati erti pengorbanan. Hidup ini tidak terlepas daripada pengorbanan. Semoga kita melakukan setiap pengorbanan itu dengan sepenuh hati, dengan rela hati demi mendapat redha ALLAH. Insya-ALLAH. 

Semoga kita mampu menjadi setabah Ibrahim, sekuat Hajar dan seteguh Ismail dalam melakukan setiap pengorbanan demi melaksanakan perintah ALLAH SWT. Insya-ALLAH.

Buat yang bergelar pelajar, 
Kita seorang pelajar.
 Jadi kita perlulah belajar dan melakukan tugas sebagai seorang pelajar. 
Jika tidak, apa guna kita bergelar seorang pelajar?

Buat yang bergelar pekerja,
Kita seorang pekerja. 
Jadi kita seharusnya bekerja dan melakukan setiap tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja. 
Jika tidak, tiada guna kita bergelar pekerja bukan?

Buat semua yang bergelar hamba ALLAH, 
Kita seorang hamba ALLAH.
 Jadi kita hendaklah menunaikan segala perintah dan suruhan-NYA. 
Kita perlulah meninggalkan segala larangan-NYA.
 Kita seharusnya mengejar dan mencari redha-NYA. 
Jika tidak, apa guna kita bergelar seorang hamba ALLAH?

Apa yang telah jari jemari ini tulis ini bukanlah sekadar untuk memenuhi janji. 
Apa yang dicoretkan di sini bukanlah hanya untuk pembaca tatapi. 
Apa yang telah ditulis ini sebenarnya lebih kepada memperingati diri sendiri. 
Sesungguhnya diri inilah yang terlebih dahulu akan disoal nanti. 
Adakah kamu telah mengotakan setiap kata-katamu dan setiap tulisanmu, duhai diri? 
Tanggung dan jawablah di hadapan ALLAH nanti!

Semoga bermanfaat. Betulkan saya jika ada silap di mana-mana. Berat terasa tulisan kali ini. Berat dengan beban tanggungjawab. Moga ALLAH redha terhadap kita semua. Insya-ALLAH.

Monday, September 3, 2012

Ceritera Cuti Musim Panas 2012

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Pagi semalam selamat mendarat di Incheon International Airport. Hari ini, 3 September 2012, bermulanya hari pertama bagi semester musim luruh. Dan, saya tiada kelas pada hari Isnin. :)

Sudah menghantar report internship pagi tadi. Untuk department tiada masalah. Alhamdulillah. Yang ABEEK masih perlu work on 수행보고서. Insya-ALLAH, akan cuba hantar dalam minggu depan.

23 June 2012 - 1 September 2012. Dalam 2 bulan 2 minggu saya cuti. Lama kan? Itu yang macam susah sikit nak datang sini balik tu. Beg pun saya kemas pagi Sabtu. Petang dah kena naik flight ke LCCT. Bertuah sungguh!

Cuti kali ini kebanyakan masa saya habiskan di rumah. Err..iye ke? Di TNB Pasir Puteh sebenarnya. Dari 8 pagi sampai 5 petang. Dari hari Ahad sampai hari Khamis. Jumaat dan Sabtu saja yang ada untuk berehat bersama keluarga di rumah.

2 bulan praktikal di sana, saya rasa macam sekejap je. Tak rasa masa berlalu. Seronok. Pak cik-pak cik sporting je. Err...panggil pak cik sebab mereka ni kebanyakannya sudah berumah tangga dan sudah boleh dipanggil ayah pun. Ada la seorang dua yang baru mahu menimang cahaya mata dan baru ada anak satu tu. Saya banyak guna 'encik' bila cakap dengan mereka sebenarnya. Macam tergeliat lidah membahasakan mereka 'abang' walaupun memang mereka membahasakan diri mereka sebegitu. 

Ramai juga yang praktikal di TNB ni sebenarnya. Ada seorang dari Unimap (Farahim), seorang dari UTHM (Kak Zura), dan 4 orang dari Politeknik Sultan Mu'adzzam Shah (Fatin, Syafiqah, Fikri dan Hamizam).

Ini gambar sewaktu saya ke sana selepas cuti raya. Masa ni Fatin dan Syafiqah dah nak keluar. Kak Zura pun tengah tunggu nak keluar juga.


Yang bestnya, saya dapat beraya di rumah tahun ni. Alhamdulillah. :') Cukup satu famili. 1 Syawal kami sambut di Besut bersama Mak Ngah sekeluarga. Bakar sate ramai-ramai. Masak kuah kacang, nasi impit dan nasi beriani sama-sama. Paginya usai solat sunat AidilFitri, kami ke kubur, menziarahi kubur arwah nenek.

 Sempat lagi posing usai ziarah. Huhu. 

Tukar camerawoman. :D

Kami pulang ke rumah sudah lewat petang. Hampir Maghrib baru sampai rumah. Waktu nak bertolak pulang tu, sempat lagi bergambar. We dan adik Zakwan dah tukar 'uniform' dah masa ni. 

                                          Cukup satu famili. Alhamdulillah. :'))

                                                          Ummi dan We. 

Ummi and Mak Ngah with their other half. :D

     Anak-anak dara dan anak teruna Ummi dan We. :)

Malamnya kami ke rumah Chik bersama Ayah Ngah, Cik Ngah dan keluarga. Esoknya pula beraya di Pasir. Hari raya ketiga, saya dah start demam + selesema + batuk. Rosak mood raya. Huhu. Semua walimah senior-senior  dan kawan-kawan satu batch pun saya tak dapat pergi. Tak sihat punya fasal. Duduk di rumah sambil menyiapkan report praktikal sahaja. Ummi dan We pula sibuk dengan kenduri saudara mara dan orang sekampung. Kami adik-beradik tak pergi la. 

Siap je semua report. Print. Saya kembali ke TNB untuk mendapatkan tandatangan dan komen supervisors. Dua hari jugalah berulang ke sana. Baharulah selesai. Alhamdulillah. Kemudian bergadang pula untuk siapkan segala macam dokumen yang nak kena hantar ke department dan pejabat ABEEK. Print, susun dan compilekan. 

Err..dalam pada tak berapa nak sihat dan sedang menyiapkan report tu, saya sempat pergi ke rumah Ema untuk beraya. Beriya-iya dia ajak nak jumpa. Dari awal cuti lagi sebenarnya, tapi asyik tertangguh. Lagi pula, ramai yang sedang praktikal. Jadinya, kami berkumpul di rumah Ema pada hari raya kelima. Tak ramai pun sebenarnya. Dalam enam orang saja termasuk saya. Reunion kecil 5 Alfa, mungkin. Ramai yang tak dapat datang. 


 Duduk dari kiri: Fais, Admirul, Izzati, saya, Ema dan Izyan. Ex-5 Alfa. Dah lima tahun kan kita meninggalkan alam persekolahan. Cepat sungguh masa berlalu.

 Izzati dah ambil master. Huu. Jealous!  Izyan pun dah nak habis dah. 
Ema yang tak sudah dengan trademarknya; peace!
All the best semua. Insya-ALLAH, ada masa dan diizinkan-NYA, kita jumpa lagi. 

30 Ogos 2012. Sehari sebelum merdeka. Hee. Akhawat UK dan India datang ziarah - datang beraya ke rumah saya. Err. Sebenarnya saya tak tahu pun yang akan datang ziarah itu siapa. Yang saya tahu, Fatin mesej bagitahu yang dia dan beberapa orang akhawat nak datang rumah. Itu saja. Mestilah gembira kan, bila orang nak datang rumah. Sudahlah saya tidak dapat ke rumah Fatin pada hari raya kelima tu sebab Ummi dan We perlu menghadiri walimah sedara. 

Usai je saya solat Zohor, terdengar bunyi kereta berhenti depan rumah. Ummi cakap, ada dua buah kereta. Saya dah kerut dahi. Aik? Fatin kata akan datang bertiga sahaja. Macam mana boleh datang dua buah kereta pula ni? Teruslah bergegas keluar. Mereka datang berlima rupanya. Baru pulang dari usrah katanya. 

Kami borak-borak sambil berta'aruf. Saya rasa macam dah kenal lama dengan mereka ni. Walaupun, itulah baru pertama kali saya berjumpa dengan mereka. Peramah dan ceria sungguh bakal doktor dan bakal cikgu ini. :') Maaf ye Fatin, saya tak sempat borak panjang dengan awak. Tapi apa yang pasti, saya gembira dan bahagia sangat dapat jumpa awak. Dua kali kan kita jumpa dalam cuti ni? Alhamdulillah. 

Dari kiri: saya, Nadiah, Najwa, Amirah, Fatin dan Rohaya aka Aya.

Najwa, Amirah dan Aya belajar di India. Bakal doktor la mereka bertiga ni. Fatin dan Nadiah belajar di UK. Fatin di Warwick manakala Nadiah di Leicester. Kedua-duanya bakal cikgu. Nadiah bakal cikgu Matematik. Fatin bakal cikgu BI. 

Walaupun kita tiada gambar bersama kali ini, dirimu sentiasa tetap diingatku. Wajahmu sudah terlakar di minda ku. ^^ Till we meet again. Insha-ALLAH. IMY.ILY. Hee. 


1 September 2012. Huu. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Perpisahan buat sementara waktu atau untuk selama-lamanya. Sedih. Masa 2 bulan 2 hari itu rasanya masih tidak mampu mengubat rindu. Masih belum puas menatap wajah ayah dan bonda sudah hendak berpisah. Masih belum puas bergurau senda, sudah perlu berpisah. 



We, Ayah Ngah dan Adik Zakwan pergi KFC masa ni. Tak sempat nak bergambar. Insya-ALLAH, dipanjangkan umur dan diizinkan-NYA kita semua akan jumpa lagi. Insya-ALLAH. 

Sabtu lepas hantar adik Eya. Sabtu ini hantar saya. Sabtu depan hantar adik Ema. Lepas tu rumah akan sunyi sepi. Tinggal Ummi dan We melayan karenah dan keletah adik Zakwan saja. Moga ALLAH melindungi, merahmati dan meredhai kami sekeluarga dan kita semua. Insya-ALLAH.

Nota 1: Semester baru. Semangat baru. Insya-ALLAH. Walaupun masih dirudung rindu.

Nota 2: Inna lillahi wa inna ilahi raji'un. Daripada ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali. Al-Fatihah.Takziah diucapkan buat keluarga dan sahabat kepada bakal-bakal doktor atas kehilangan mereka yang dicintai - Hanisah Muhd Shah dan Adzreen Binyati yang telah meninggal dunia di Moscow, Rusia malam tadi (awal pagi tadi  waktu Malaysia).

Semoga lima lagi rakan mereka yang cedera - Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza,  diberikan kesembuhan oleh-NYA. Insya-ALLAH. 

Thursday, September 1, 2011

Eid Mubarak!

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ramadhan sudah 3 hari berlalu. Syawal juga sudah 2 hari bersama-sama dengan kita. Hari ini sudah masuk 3 Syawal 1432H. So, how was your Ramadhan? And how was your 1st Syawal?

Moga-moga Ramadhan yang berlalu pergi meninggalkan banyak rahmat dan perubahan dalam diri kita. Semoga Syawal yang kunjung tiba membawa banyak rahmat dan masih kekal dengan perubahan yang ditinggalkan Ramadhan. Insya-ALLAH.

Tahun ini, 30 Ogos 2011 bersamaaan 1 Syawal 1432H merupakan kali ketiga saya dan rakan-rakan batch 9 berhari raya di perantauan. To be specific, celebrating Eid Mubarak in South Korea. Seperti tahun-tahun yang lepas, seluruh penduduk Malaysia yang ada di sini akan ke Kedutaan Besar Malaysia untuk solat sunat hari raya Aidil Fitri seterusnya menyambut perayaan di sana.

Cuma bezanya tahun ini tidak semeriah tahun-tahun yang lepas. Almaklumlah, ramai yang pulang ke Malaysia untuk menyambut 1 Syawal bersama-sama dengan keluarga tercinta. Walaupun sudah ada beberapa buah universiti yang sudah memulakan kelas pada 29 Ogos. Termasuk universiti saya.

Alhamdulillah. Kami mendapat surat kebenaran dari pihak Kedutaan Besar Malaysia untuk tidak menghadirkan diri pada 30 Ogos bagi meraikan Aidil Fitri di kedutaan. *Apa lagi. Take that chance la kan...sudahnya hari tu 'ponteng' 3 kelas. hihi*

Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada awak semua. Ya, kepada awak semua. Terutama sekali kepada awak yang sedang membaca sekarang ini. Kemaafan dipohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Andai ada tersalah dan tersilap di mana-mana, terkasar bahasa, terasa dengan tulisan saya, terguris hati dengan kata-kata ataupun dengan perbuatan saya, maaf zahir dan batin. Saya tahu, saya banyak khilafnya. Harapnya awak semua memaafkan segala kesalahan saya. Insya-ALLAH, segala kesalahan awak semua sudah saya maafkan. Insya-ALLAH saya takkan simpan di dalam hati.

Semoga Ramadhan yang berlalu meninggalkan seribu satu kenangan dan kebaikan kepada diri kita semua. Semoga setiap perubahan pada diri dan amal yang kita lakukan sepanjang Ramadhan yang lalu masih lagi diteruskan pada Syawal ini dan 10 bulan yang mendatang. Insya-ALLAH.

Jom sama-sama berpuasa 6 di bulan Syawal yang mulia ini. :)

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).

Nota kaki : Sudah merindui Ramadhan yang baru berlalu pergi. Harapnya tahun hadapan ALLAH masih panjangkan umur untuk bertemu dengannya lagi. Akan terus berusaha dan istiqamah dalam beramal biarpun Ramadhan telah berlalu. Insya-ALLAH. Sungguhlah bagai dikata, jihad melawan nafsu itu sangat sakit... :(

P/S : Selamat memulakan semester baru kepada semua pelajar di Korea Selatan khususnya dan tidak lupa kepada sesiapa sahaja yang akan memulakan semester baru selepas bercuti panjang.

Here goes Eid Mubarak pics :)

Bersama Kak Sumayyah, hari ini akan kembali ke Malaysia; back for good. We'll gonna miss u, sis!

Ini sahaja girls of batch 9 yang tinggal. 12 out of 26! Yang lain seronok beraya Malaysia. :P

Warga Suwon yang tinggal. 3 from Sungkyunkwan University dan 1 from Ajou University.


With 3 pinky-pinky girls except for me and Kak Attiya. :D


Friday, September 10, 2010

Eid Mubarak@ Perantauan 2nd year

Assalamu'alaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan buat semua..terutama sekali buat keluarga tersayang.
Ummi,We..selamat hari raya..maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..halalkan makan minum kakak selama ni...

Buat adik2 tersayang..adik Ema,adik Eya dan adik Zakwan...selamat hari raya..maaf salah dan silap..kakak sayang korang sume..

Tak lupa buat sanak saudara,sepupu sepapat,guru2 dan semua..
Especially to Wan Hasni Syakila..terima kasih hantar mesej yang panjang tu pagi2 raya..really appreciate it sis..Eid mubarak..maaf jika terasa hati,tersalah bicara dan seangkatan dengannya ya kak ila..

Buat rakan2 seperjuangan..senior2..junior2..selamat hari raya maaf zahir dan batin..

Pagi tadi semua student Malaysia pergi solat sunat hari raya kat embassy..tapi hari ni hujan dan ada yang ada kelas..so suasana takde la semeriah raya tahun lepas..pulak tu hujan pulak dari petang semalam sampai ke tengah hari tadi..asyik main kejar2 je dengan cik hujan..jadi tak banyak la gambar yang dapat diambil..pulak tu kamera saya ada masalah lak..lagi la..huhu..dugaan betul..kredit to nisaa sebab gambar2 ni ambil dari kamera nisaa..

Katakanlah, "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dia-lah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal. " (At Taubah:51)

~bersama2 foreigner yg nak rasa suasana raya~

~bergambar kat perkarangan embassy~

~orang kata muka kami hampir sama..ye ke?~

Monday, September 21, 2009

Aidilfitri Di Perantauan 2009 (Seoul,Korea)

Assalamu'alaikum wbt..Dah lama kan saya tak update blog ni..dah bersawang2 dah rasanya..huuhuu..Ok la,kali ni saya nak kongsikan sedikit pengalaman beraya di perantauan,tanpa keluarga tercinta di sisi,sanak-saudara,rakan taulan,sahabat-handai dan semua la kan..

Masa pagi raya tu sementara nak tunggu bas nak pergi embassy,saya call ummi.Bila ummi jawab je call tu saya dah rasa sebak.Then ucap selamat hari raya,mintak maaf..Tapi kami tak sempat nak sembang panjang sebab bas dah sampai.Jadi saya janji ngan ummi nak call dalam tengah hari pulak..

Di embassy,selepas saya solat raya dan mendengar khutbah raya yang disampaikan oleh abang Kamil,senior batch 6,kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan..meriah je rasa raya di Korea ni walaupun suasananya agak tidak sama dengan suasana raya di Malaysia.Rasa macam dalam satu keluarga yang amat besar.Alhamdulillah..

Selepas tu kami semua pergi menjamu selera.Wow..macam2 makanan ada!!Ada rendang,nasi impit,lontong,soto,nasi beriani,mee goreng,biskut2 raya..wah..memang terbaiklah..Cumanya ketupat pulut dan tapai takde la..huhu..rindunya..masakan ni dimasak oleh senior2 dan jugak pihak kedutaan.Akak2 dan abang2 senior ni tidur di kedutaan malam raya tu semata2 untuk masak lauk2 raya ni..terima kasih ye abang2 dan kakak2 sekalian..

Lepas je menjamu selera,kami adik2 batch 9 yang masih muda belia ni diarahkan untuk mengemas.huhu..makanya terjadilah adegan basuh-membasuh periuk dan sebagainya..huhu..ni yang sedih ni..heheh..habis baju2 raya kami yang cantik ni terkena sabun..huhu..tapi nasib baik abang Hisham belanja aiskrim lepas tu..takde la nak marah sangat kan..

Sambil2 tunggu abang Hisham order aiskrim tu sempat lagi saya tidur..heheh..sedar2 zahid tumbang kat belakang saya..huhu..kus semangat.Mak cik ni suka2 hati dia je..huuhuu..jangan la ada orang ambik gambar masa tido tu..huhu..

Then lepas makan aiskrim ,kami pun berjalan la ramai2 ke rumah dato' duta..Tadi ada orang tanya saya dato' duta tu apa nama dia?huhu..tergagap2 nak jawab..alamak...dato'ramlan nama dato' duta di Korea ni..nasib baik last2 sekali ingat gak nama dia..heheh..siap kena perli lagi dengan si penyoal soalan..huhu..dia cakap,"Mentang2 la bab ni tak masuk exam dan klu xboleh jawab pun tak mengurangkan pointer..terus tak ambik tau ye.."huhu..kantoi di situ..huhu..insya-ALLAH nnt saya akan lebih alert tentang hal2 macam ni ye ustaz nas..heheh..

Ya ALLAH..punya la jauh nak pergi rumah dato' ramlan ni..huhu..siap kena naik 2,3 bukit lagi tu..huhu..dah la kaki sakit ni..lagi la sakit kaki saya dibuatnya..Then bila dah siap2 makan kat sana,kami pun berjalan la pulang ke rumah..Eh,bukan balik rumah jalan kaki tau!Tapi berjalan turun untuk naik bas kat bawah tu..huhu..perjalanan turun bukit tu lagi la menyeksakan kaki saya..sampai melecet2 kaki ni ha..huhu..parah2..nasib baik la zati offer naik teksi skali ngn dia..xde la penat sgt nk kena jalan jauh2 naik bas..huhu..thands zati..

Raya tahun ni walaupun memang teramatlah berbeza dengan raya tahun2 sebelum ni,tapi boleh dikatakan happening dan happy la jugak..memang la tak sana kan..beraya di negara orang dengan beraya di negara sendiri.tapi nak buat macam mana..ni lah nasib anak perantau macam kami ni..huhu..

Itulah sedikit sebanyak pengalaman raya saya tahun ni..Ummi,we,adik Ema,adik Eya,adik Zakwan..mak2 sedara,ayah2 sedara,sepupu2...walaupun raya tahun ni kakak @ along xde bersama kalian tapi kalian semua sentiasa dalam ingatan..rindu dan sayang kalian semua..