Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Mati Sebagai Muslim

Assalamu'alaikum wbt.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua. Alhamdulillah, ALLAH masih memberikan kita semua kesempatan untuk menyambutnya lagi pada tahun ini. Alhamdulillah.

Malam tadi, sewaktu menelefon rumah, saya mendapat perkhabaran tentang kematian 2 orang jiran sekampung. Seorang meninggal pada awal dinihari AidilAdha dan seorang lagi meninggal pada Asar AidilAdha. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan."
[Al-Ankabut, 29: 57]

Kita pun bila-bila masa sahaja akan dijemput Ilahi. Hakikatnya setiap masa dan setiap saat yang berlalu, semakin dekat kita menghampiri kematian. Mati itu suatu yang pasti. Sesiapa sahaja, di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja, bila sampai masanya, pasti akan berhadapan dengan kematian. Tidak dapat tidak, setiap orang akan melalui detik-detik itu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH sebenar-benar takwa kepada-NYA dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim."
[Ali-Imran, 3: 101]

Saya percaya, kita sentiasa mendengar ayat ini. Terutamanya kaum Adam. Insya-ALLAH, kalian pasti akan mendengar ayat ini pada setiap minggu. Pada setiap hari Jumaat, khatib akan membacakan ayat ini.

Sejujurnya saya sampaikan boleh terhafal sebaris ayat surah Ali-Imran ini disebabkan kerap kali mendengarnya. Rumah saya memang berdekatan dengan masjid. Jadinya setiap kali khatib membacakan khutbah Jumaat, kami yang berada di rumah ini pun tumpang sekaki mendengarnya.

Namun, kekerapan mendengar tidak bermakna jika tidak menghayati maksud di sebalik ayat tersebut. Bukan begitu? Maklum sahajalah, bahasa Arab itu bukan bahasa kita. Jika dihayati dan diperhatikan betul-betul makna sebaris ayat ini. Kita pasti akan terkesima. Amat mendalam sekali maksudnya.

"...Bertakwalah kepada ALLAH sebenar-benar takwa kepada-NYA..."

ALLAH menyeru kepada orang-orang beriman supaya bertakwa kepada-NYA dengan sebenar-benar takwa.

Apa itu takwa?

Maksud asal kalimah 'Takwa' ialah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

Dari segi syara' pula, 'Takwa' bermaksud menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka ALLAH SWT dengan cara melaksanakan perintah-perintah-NYA, taat kepada-NYA dan menjauhi larangan-larangan-NYA serta menjauhi perbuatan maksiat.

Ayat itu tidak habis setakat itu sahaja. ALLAH menyambung lagi ayat berkenaan takwa dengan ayat yang berbunyi, "...dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim."

Iye. ALLAH seolah-olah memberikan amaran kepada kita semua. Kita kena mati dalam keadaan muslim.

Muslim itu apa? Betul. Terjemahan kasarnya orang Islam. Namun hakikatnya dilahirkan sebagai Islam tidak cukup untuk menggambarkan seseorang itu muslim. Untuk menjadi muslim dalam erti kata yang sebenar, seseorang itu perlu memenuhi 5 kriteria. Dalam dirinya perlu ada Surrender, Submittion, Obedience, Sincere and Peace.

Sebagai seorang muslim, kita perlu ada sifat surrender, submittion dan obedience. Dalam erti kata lain, kita perlu menyerah diri kepada ketentuan, kehendak dan suruhan ALLAH. Kita perlu melakukan kesemuanya dengan ikhlas (sincere). Kemudian daripada situlah akan lahirnya ketenangan (Peace). Itu tandanya kita redha dengan setiap suruhan ALLAH dan kita sedar bahawa setiap apa yang ALLAH suruh kita buat itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.

Sebab itu, sebagai seorang muslim, kita sepatutnya tidak takut atau gentar menghadapi kematian. Kenapa perlu takut? Sedangkan matlamat kita ialah kehidupan selepas mati. Kenapa perlu takut? Bukankah kita sudah membuat persiapan untuk menghadapi kematian?

Iye. Begitulah yang sebetulnya. Namun sebaliknya yang terjadi bukan? Sejujurnya saya juga risau. Cukupkah amalan saya selama ini jika ALLAH mengambil nyawa saya sekarang? Amal apakah yang dapat saya tunjukkan dengan bangganya di hadapan ALLAH andai ALLAH memanggil saya menghadap-NYA saat ini? ALLAH. ALLAH. ALLAH. *Tunduk insaf*


Sebab itulah kita perlu sentiasa memastikan kita dalam keadaan muslim setiap masa, setiap ketika dan setiap saat. Islam kita bukannya pada waktu solat, puasa dan hal ibadah semata-mata. Hakikatnya, kita muslim dari saat kita membuka mata sehinggalah kita membuka mata semula keesokan harinya. Makan kita akan mendapat ganjaran bila mana kita memulakan dan menyudahkan pemakanan kita dengan bacaan doa. Tidur kita diberikan pahala bila mana kita membaca doa tidur dan berzikir mengingati ALLAH. Setiap langkah kaki kita untuk menuntut ilmu dihitung dan diberi ganjaran pahala bila mana kita niatkan semata-mata hanya kerana ALLAH. Pendek kata, kita muslim dalam setiap aspek kehidupan. The meaning of Islam itself is the way of life, right?

Akhir kata, marilah kita sama-sama berusaha menjadi seorang muslim setiap detik. Dengan itu, kita tidak perlu risau bila ALLAH ingin memisahkan nyawa dari badan kita. Insya-ALLAH. Saat kematian menjemput, kita pasti akan tersenyum gembira kerana kita termasuk dalam golongan yang ALLAH nyatakan dalam surah Ali-Imran itu; orang yang mati dalam keadaan muslim. Insya-ALLAH.

Nota 1: Apakah yang saya sudah lakukan sepanjang hampir 21 tahun hidup di dunia ini? *Air mata bergenang.*

Nota 2: Ya ALLAH, andai KAU menjemputku, apakah yang boleh ku bawa untuk dipersembahkan kepada-MU? *Tertunduk. Malu. Segan.*

Nota 3: Saya ingin hidup sebagai muslim dan mati sebagai muslim. Duhai, sahabat sahibah yang saya sayangi kerana ALLAH. Tariklah saya bersama kalian mencari redha Ilahi. Sama-sama kita melangkah menuju ke syurga yang abadi.

Thursday, September 8, 2011

Kalimah Insya-ALLAH Itu...

Assalamu'alaikum wbt.

Minggu lepas, saya ada berborak dengan seorang kenalan. Sekadar bertanya khabar dan mengucapkan selamat hari raya. Perbualan itu sekadar perbualan biasa, cumanya ada sesuatu yang agak menarik untuk kita renungkan bersama. Perbualan kami lebih kurang seperti ini:

Kenalan : Dah tu tak balik la eh tahun ni?
Saya : Dah takde cuti dah. Tak balik la.
Kenalan: Owh gitu...
Saya : Yang pasti raya tahun depan balik! (Dengan penuh semangat saya beritahu dia)
Kenalan: Apa dia? Cuba ulang balik ayat tadi.
Saya : Saya cakap, raya tahun depan saya balik... Insya-ALLAH.
Kenalan : Iye ke tadi cakap macam tu? Macam lain je...
Saya : Betul la! Saya balik raya tahun depan! Insya-ALLAH!
Kenalan : Kenapa yang mula-mula tadi takde "Insya-ALLAH" pun!
Saya : (erk?!) Ok la. Ok la. Tahu dah kat mana salah. Terima kasih ingatkan.

.......and the rest is history........
Saya memang terkesan dengan teguran itu. Iyalah, cara saya cakap tu macam saya confirm je yang tahun depan saya akan balik beraya kat Malaysia. Kalau ALLAH tidak mengizinkan saya balik beraya di Malaysia tahun depan, sudah pasti saya tidak akan menjejak Tanah Melayu pun. Betul kan? Jadinya kalimah "Insya-ALLAH" itu penting. Perlu diucapkan tatkala kita menjanjikan sesuatu.

Betapa pentingnya kalimah "Insya-ALLAH" ini, sehinggakan ALLAH ada menyebutnya di dalam Al-Quran."Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti melakukan itu besok pagi," kecuali (dengan mengatakan) "Insya-ALLAH". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.""-Al-Kahfi, 18: 23-24-

Nampak kan di sini, yang ALLAH bertegas tentang penggunaan kalimah "Insya-ALLAH" bilamana kita menjanjikan sesuatu. Ayat "Aku pasti melakukan itu besok pagi." itu sudah cukup untuk menunjukkan yang kita berjanji untuk melakukan kerja itu esok pagi. Dan perlu ditambah dengan kalimah "Insya-ALLAH." Kenapa? Kerana tanpa izin-NYA, kita tidak akan mampu melakukan apapun esok pagi. Hanya dengan kehendak dan keizinan Yang Maha Esa sahajalah, kita mampu melakukannya; mampu menunaikan janji yang sudah kita buat.

"Sungguh Kami telah menguji mereka (orang musyrik Mekah) sebagaimana Kami telah menguji pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah pasti akan memetik (hasil)nya pada pagi hari, tetapi mereka tidak mengecualikan (dengan mengucapkan "Insya-ALLAH). Lalu kebun itu ditimpa bencana (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka tidur."-Al-Qalam, 68: 17-19-

Jelas bukan di sini bahawa semua itu terletak di tangan ALLAH. Kita perlu sedar di sini yang kita; manusia ini mempunyai keterbatasannya. Hanya ALLAH yang bisa menentukan sesuatu itu bakal terjadi mengikut kehendak kita atau sebaliknya.

Tengoklah bencana yang menimpa pemilik-pemilik kebun itu akibat tidak mengucapkan "Insya-ALLAH" ketika mengucapkan "Kami pasti akan memetik (hasil)nya pada pagi hari." Tengok-tengok pagi esok, kebun mereka hangus terbakar. Tak sempat mereka hendak mengutip hasil.

Semoga kita mengambil iktibar daripada kisah ini. Insya-ALLAH. Sentiasalah mengucapkan kalimah "Insya-ALLAH" saat mengatakan sesuatu yang kita belum tentu dapat melakukannya. Hanya dengan keizinan dan kehendak ALLAH-lah, baru kita boleh melaksanakan sesuatu perkara itu.P/S : Selamat meneruskan "perjalanan" ye awak^^ Rabbana yu'assir wa la tu'assir. Bittaufiq wannajah~ :)

P/S/S : Selamat memasuki alam kampus, adikku. Selamat berorientasi^^ Be strong. Anything just text me, ok? Do take care of yourself. Remember, HE is always be by your side. :-)


Friday, November 12, 2010

Cantik itu pada pekertimu

Setiap orang ingin menjadi cantik dan ingin kelihatan cantikkan? Kalau kita tengok pada banyak novel-novel yang berada di pasaran tu,kebanyakan watak-watak utamanya digambarkan cantik,kacak, tinggi lampai, hidung mancung...Pendek kata, semuanya yang indah-indah dan hebat-hebat belaka. Kenapa perlunya penulis menggambarkan begitu? Penulis perlu memenuhi kehendak pembaca. Semua nak yang cantik-cantik je. Baru la betul-betul feel bila baca..ye tak?


Persoalannya, adakah itu pengertian cantik yang sebenarnya? Bagaimana dengan yang kurang cantik? Jika rupa sahaja yang cantik tetapi budi pekertinya tidak secantik wajahnya..Kecantikan itu tidak begitu bermakna. Sebaliknya jika orangnya biasa-biasa sahaja tetapi mempunyai akhlak yang bagus..Dia akan kelihatan lebih cantik daripada yang berwajah cantik tadi.

Yang cantik itu bukan terletak pada wajahmu..
Yang cantik itu terletak pada akhlakmu..


Islam dah ajar kita tentang akhlak mulia. Perkara ni kita dah belajar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pepatah Arab ada menyatakan, "Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah."Adakah kita mengamalkan ilmu yang kita pelajari tu?

Semua orang tahu yang menjaga kebersihan itu sebahagian daripada iman. Islam suruh kita menjaga kebersihan. Tapi adakah kita betul-betul menjaga kebersihan diri kita? Menjaga kebersihan persekitan kita?

Begitu juga dengan menepati masa. Selalu sahaja kita terlewat ketika berjanji. Melewat-lewatkan date kita dengan kekasih agung kita.

Itu hanya beberapa contoh. Hakikatnya itulah diri kita. Saya tak cakap orang. Saya pun macam tu.huhu..Marilah sama-sama kita berusaha mengamalkan apa yang kita pelajari. Islam itu indah. Amalkanlah keindahan itu. Wajah dan rupa yang cantik tidak akan kekal lama.Namun pekerti yang cantik akan kekal hingga ke tua.Bahkan akan menjadi sebutan walaupun jasad kita telah dimamah bumi. Sebanyak manapun ilmu yang kita ada,jika tidak mengamalkannya..Semua itu adalah sia-sia.


Assalamu'alaikum wbt

Wednesday, September 29, 2010

Hati...

Salam alaik~

Syukur pada Yang Maha Esa,kita semua masih diberi kesempatan untuk menatap alam ini lagi.Alhamdulillah...Kepada yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini..Moga amal anda semua berkadar langsung dengan pertambahan usia anda..Sedar tak sedar usia kita pun bertambah dari sehari ke sehari.

Saya baru je membaca blog FH Fansuri Maryam Ibtihal bab 4.Saya tertarik dengan topik hati yang menjadi perbualan Maryam Ibtihal dengan Aizudin.

Ini antara petikan perbualan mereka yang saya dah edit sikit tapi isinya tetap sama..

"Berhati-hatilah menjaga hati..."Din berbisik perlahan.
Bisikan itu biarpun perlahan mampu menampan pendengaran Maryam."Berhati-hatilah menjaga hati?"
"Ya..berhati-hatilah menjaga hati.Senior Din selalu pesan macam tu.Berhati-hatilah menjaga hati.Masinnya air laut masih tidak mampu menyerap ke dalam ikan yang hidup di dalamnya..Tapi bila ikan itu dah mati.Secubit garam sudah mampu membuatkan ikan itu masin.Begitu jugalah dengan hati kita.Hati yang hidup begitu sukar untuk dinodai.Hati yang mati amat mudah untuk dipengaruhi...Jadi kita kenalah berhati-hati menjaga hati."
Maryam tersentak dengan kata-kata Din.Bagaimana dengan hati aku?Sudahkah aku menjaga hati aku?Tanpa sedar jiwanya merintih...Manik-manik jernih begitu mudah mengalir..

Bukan sahaja Maryam yang tersentuh dengan kata-kata Din,malah saya yang membaca ni pun terkedu...terpaku..terpana...Tanpa saya sedar juga,air mata mengalir..huhu..Serasa selama ini hati saya tidak dijaga dengan sebetul-betulnya oleh tuannya sendiri.

Saya teringat pada hadis Qudsi yang bunyinya lebih kurang begini,"Di dalam diri manusia ada seketul daging.Jika baik daging itu,maka baiklah jasadnya.Jika buruk daging itu,maka buruklah jasadnya.Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati."

Jadi bagaimana dengan hati saya?Baikkah?Burukkah?Atau dipenuhi dengan tompok-tompok hitam yang makin menghakis kesuciannya?

Hati perlu dijaga.Saya tahu..tapi bagaimana?Solat saya selama ni macam mana?Sudah betul-betul terjagakah?Dilakukan di awal waktu atau sebaliknya?Wudhu' saya selama ini sempurnakah?Tudung yang saya katakan untuk menutup aurat ini sempurnakah?huhu..memikirkan semua ini,makin saya rasakan banyak lagi yang perlu diperbaiki..

Insya-ALLAH,marilah sama-sama kita menjaga hati kita.Saya tahu,saya pun masih banyak lagi yang tidak sempurna dan perlu diperbaiki..tapi tak salahkan kita mengingati sesama kita?Berubah itu senang,untuk kekal di dalam perubahan itu sukar.Namun marilah kita berusaha untuk berubah dan berusaha untuk kekal dengan perubahan yang kita lakukan.Insya-ALLAH..

Friday, September 24, 2010

Siapa Idola Awak?

Salam alaik~
Saya tertarik dengan kartun ni.Terima kasih pada ikomik sebab berkongsi pelbagai kartun yang mampu menyedarkan dan membuka mata para pembaca.

Tadi tengok video kat facebook yang menceritakan pasal ummat akhir zaman.(Credit to Nisaa coz share the video with me).Pernah tengok rancangan Halaqah ni masa cuti baru ni.Bagus.Dalam rancangan tu encik yang bercakap tu ada cakap anak2 zaman sekarang ni lebih mengagung-agungkan artis dan menjadikan artis2 tu sebagai idola diaorang.Kenapa tidak kita jadikan Rasulullah SAW sebagai idola kita?Saya pun terasa gak.huhu..Baru terfikir,kenapa bila orang tanya "siapa idola anda?"Kita tak jawab Nabi Muhammad tapi kita jawab nama2 lain.huhu..

Wednesday, September 22, 2010

Alkisah : Lelaki vs Perempuan

Salam alaik...
Saya dapat ni kat emel.Macam menarik lak nak kongsi.Sama2 kita ambil iktibar ye..selamat membaca...selamat muhasabah..^^;
*****

Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..... Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."

***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***

"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".

**** PENONTON TERCENGANG! ****

"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive hape plak tu ustaz?"

"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"

"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."

"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."

"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....

"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".

"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya... "
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"

"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "

"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
‘Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****

"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"

(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )

**** TUKAR CHANNEL BALIK ****

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

35 : 24. "Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan."

6 : 104. "Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu). "

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"

"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."

**** BLACKOUT, TUTUP TV ****

Saturday, January 16, 2010

Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan

Assalamu'alaikum wbt.Jom kita sama2 menghayati dan renungi kisah ini yang dipetik daripada artikel Sheikh 'Ali Tontowi yang bertsjuk Pintu Yang Sentiasa Terbuka.

Ketika saya mngunjungi al-Mamlakah( kerajaan Arab Sa'udi) pada tahun 1382 H(1961 M)saya telah tinggal selama setahun di Riyadh dan seterusnya saya ke Makkah dan tinggal selama setahun di sana sampai sekarang.

Ketika itu terdapat seorang pemuda dari Syam(Syria) yg tidak perlu saya nyatakan namanya.Dia tinggal di Riyadh bersama ibunya.Dia ditawarkan pekerjaan di Lubnan namun ibunya melarang keran tidak ingin ditinggalkan keseorangan. Apabila waktu berlepas ke Lubnantelah dipastikan, pemuda tadi membawa barangannya (beg dan keperluan) ke lapangan terbang dan diserahkan kepada pihak syarikat penerbangan.

Pemuda tersebut selepas itupulang ke rumahnya supaya dia boleh bertolak pada keesokan paginya dari rumah.pemuda tadi mengharapkan ibunya untuk mengejutkannya sebelum subuh tetapi ibunya tidak mengejutkannya sehingga tinggal 45 minit sebelum pesawat berlepas.

Dia bergegas bangun, kemudian mengambil teksi dan menggesa pemandu membawanya ke lapangan terbang dengan menjanjikan upah berganda..

Dia berdoa pada Allah agar dia sempat tiba sebelum pesawat berlepas.Apabila tiba di lapangan terbang dia mendapati pesawat masih belum berlepas dan masih ada 15 minit sebelum waktu berlepas.Dia pun mamasuki balai berlepas,terus berehat di kerusi lalu tertidur.

Kedengaran melalui pembesar suara panggilan untuk para penumpang pesawat agar menuju ke pesawat namun pemuda tadi tidak sedar sehinggalah apabila pesawat tersebut telah pun berada di udara.

Ketika itu saya bersamanya dan pemuda tersebut berasa pelik mengapa setelah dia berdoa dengan penuh mengharap dan terdesak,doanya masih tidak dimakbulkan? ?

Saya berusaha untuk memudahkan dia memahami perkara tersebut lalu saya katakan padanya;"Sesungguhn ya Allah tidak semestinya memakbulkan doa setiap orang yang memohon dengan ikhlas dan terdesak.Tetapi manusia sendiri yang mendakwa doanya yang tidak baik sebagai baiksedangkan hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui kebaikan untuk pemohon tadi lebih baik dari diri pemohon tersebut."

Pemuda tersebut kelihatan agak marah dan sedih setelah memahami apa yang saya katakan.Adakah anda semua tahu apakah kesudahan kisah ini??? Boleh jadi ada di kalangan anda semua yang masih mengingati kes pesawat Timur Tengah yang jatuh terhempas dalam tahun tersebut dan menyebabkan semua penumpangnya terbunuh ?? Inilah pesawat yang menyebabkan pemuda tadi berdukacita kerana terlepas menaikinya.

Sesungguhnya manusia kadangkala meminta sesuatu dari Allah yang boleh memudharatkan dirinya sendiri namun Allah lebih belas kasihan padanya lebih dari dirinya sendiri..

Apabila seorang ayah membawa anak kecilnya ke kedai dan anak tadi melihat permainan lalu berkata:" Saya nak permainan itu!" maka dibelikan untuk anaknya.Apabila anaknya melihat buah yang cantik maka diberikan padanya. Apabilaanaknya meminta coklat lalu diberikan apa yang dikehendakinya.

Namun apabila mereka melalui farmasi,anaknya melihat ubat yang berbalut kertas merah yang menarik perhatiannya lalu meminta dari ayahnya; adakah ayahnya akan membelikan ubat tersebut untuk anaknya sedangkan dia mengetahui kebaikan dan manfaat untuk anaknya.

Pasti dia tidak akan membelikan setiap apa yang diminta oleh anaknya. Ini kerana boleh jadi anaknya akan meminta sesuatu yang tidak berfaedah.

Maka Allah sudah tentu lebih penyayang terhadap hamba-hambaNya lebih dari setiap ayah dan ibu serta orang yang menjaga mereka..

Sunday, August 30, 2009

Marilah sama2 kita renungkan ye...

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah
ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke
rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba
untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka
dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk
ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita
lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan
mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh
dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu
adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi
dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah
orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah
datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang
akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali
amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi
syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...

Wednesday, May 27, 2009

Sekadar untuk renungan bersama

Perkara Yang Menghairankan Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya~ Uthman Ibn Affan......

Fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabaku sekalian..Muhasabah diri anda sejenak.Moga-moga kita mendapat manfaat darinya.