Saturday, April 24, 2010
Hatimu Untuk Siapa?
Puan Sakinah tersenyum mendengar pertanyaan anak gadisnya itu.Lalu dia menjawab,”Kedua-duanya pun bukan….”
Aleya Farhana kelihatan tercengang.Jelas dia tidak memahami kenapa ibunya berkata sedemikian.Puan Sakinah mengukirkan senyuman lagi.Setelah itu dia menyambung,”Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana ALLAH…”
Sekali lagi Aleya Farhana tersentak dan dia menarik nafas dalam-dalam mendengar bicara tersebut.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”
Puan Sakinah diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Puan Sakinah dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin anaknya itu mampu menyorokkan rahsia hati darinya sedangkan sekilas pun dia sudah mampu membacanya..
Puan Sakinah merenung dalam-dalam wajah anaknya. Puan Sakinah menyusun ayat-ayatnya.
“Keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Aleya Farhana memintas,“Tak faham…”
Puan Sakinah menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..
Wajah Aleya Farhana memerah, sedikit cemas jika ibunya dapat mengesan gelora jiwa mudanya itu..
“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? “
Puan Sakinah berhenti seketika melihat reaksi anak gadisnya. Aleya Farhana tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Puan Sakinah buat-buat tidak nampak.
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tok wan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik- beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.”
Puan Sakinah merenung jauh. Aleya Farhana merapatkan badan kepada ibunya, dia semakin berminat dengan kisah lama ibunya itu.
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? “,soal Aleya Farhana sambil memandang tajam wajah ibunya.
Puan Sakinah ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah... Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..”,Puan Sakinah memandang Aleya Farhana sambil memegang pipi dan dagu anak gadisnya itu. Kemudian tangannya mengusap rambut anaknya lembut..
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazahnya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej Islam. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan...,"panjang lebar Puan Sakinah menyingkap kenangan silamnya. Ada getar di hujung suaranya..
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat ..”, sambung Puan Sakinah lagi.
Aleya Farhana terdiam. Dia berfikir cuba memahami maksud ibunya itu.‘Adakah ia suatu diskriminasi?’,hati kecilnya berkata-kata.
“Kakak..Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”,Puan Sakinah menyambung bicaranya setelah agak lama menyepi.
Tiba-tiba air mata Aleya Farhana mengalir. Argh! Egonya kalah bila mendengar hujah ibunya itu.
Puan Sakinah meneruskan bicaranya,“ ALLAH itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hamba-NYA.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-NYA ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidaksemestinya memilikinya.”
“Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.”
“Cuba kakak renungkan.. .kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha ALLAH. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha ALLAH. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. “Puan Sakinah berhenti seketika.
“Kakak…jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai ALLAH, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan ALLAH sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai ALLAH. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulang kali yang kita benci sekian-sekian hal kerana ALLAH semata-mata….”
“Kakak…Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. .Hanya ALLAH yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan ALLAH sebab kita nak DIA pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila DIA pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan ALLAH.Bercinta dengan ALLAH sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta ALLAH, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”
“Kakak..Walau siapapun jodoh yang ALLAH hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah ALLAH ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian ALLAH dan belajar untuk bersyukur.”
Sekali lagi berjuraian air mata Aleya Farhana sesudah Puan Sakinah menamatkan kata-katanya. Terasa lemah lutut Aleya Farhana hendak berdiri.Puan Sakinah menarik tubuh Aleya Farhana dan memeluknya erat. Pelukan yang sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai ALLAH.Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada ALLAH untuk DIA pelihara.Puan Sakinah mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir di pipi tuanya.
diambil dari remajamasjid diolah dan diedit...
Sunday, April 18, 2010
Sanah Helwah Ya Ukhti^^
Erm..post ni lewat 2 hari..tapi xpe la ek...Quite busy nowadays...huhu..Esok dah start exam..
This latest entry is specially for you sis -Wan Hasni Syakila.Happy belated birthday.May ALLAH bless you.Miss you damn much.Semoga sentiasa di dalam redha dan rahmat-NYA selalu.Makin bertambah umur ni makin matang la hendaknya ye.heheh..even kak ila memang dah matang pun..kih3..tapi biasa la..su kila la katakan..ahaks!(just kidding~peace^^)
Insya-ALLAH hari ini akan jadi lebih baik dari semalam,makin bertambah amalan dari sehari ke sehari...(doakan kak long supaya istoqamah jugak ek)
Aha..hadiah..tunggu la..hadiah on the way..tapi tak tau la sempat tak sampai masa kak ila ada kat umah lagi ni..huhu..harap2nya sempat la.
Really missed this moment.Bila lagi ye kita leh gi 'ronggeng' sama2?jom gi pusing kb nnt..Friday, March 26, 2010
Khas Untukmu ~Haziq Zakwan~
Genaplah 4 tahun kehadiranmu di sisi kami
Insan yang istimewa buat kami semua
Keletahmu,celotehmu,tawamu...masih terngiang2 di telingaku.
Walaupun dah setahun lebih kita tidak bertemu,wajahmu sentiasa terbayang2 di mataku
Selamat hari lahir Haziq Zakwan...
Moga jadi insan yang membanggakan kami nanti
Semoga sentiasa dilindungi dan diredhai ALLAH
Sayang kamu....
Rindu sangat2...
Jom Refleksi Diri
Apa kata hari ni kita refresh sikit diri kita?Aha...macam mana nak refresh tu?
Senyum!!!Mulakan hari kita dengan senyuman.Bangun pagi2 bukak mata,then senyum....Cuba bayangkan 2 situasi ni ek.Situasi pertama: bangun pagi dengan muka masam...Situasi kedua:bangun pagi dihiasi dengan senyuman di bibir.Rasa2lah kan,yang mana satu akan rasa lagi ok?Mestilah bila rasa hepi kan?So..senyumlah...Pastu bukak tingkap,tengok mentari yang still malu2 nak munculkan diri dia tu..then senyum lagi..Wah...bahagianya hari tu...tentu sekali hari tu akan dilalui dengan penuh kegembiraan dan ketenangan kan?
Kita yang menentukan perjalanan hidup kita.Jadi,pastikan hari2 yang kita lalui hari ini lebih indah dari sebelumnya.Kita yang berkuasa sepenuhnya dalam mencorak perjalanan hidup kita.Apa kata kita mulakan hari kita tu dengan sedikit senaman?Senaman yang paling mudah.Tak perlu kos pun senaman ni.Gerakkan bibir tu je.. Senyum~~~ Selalunya kan,permulaan yang baik,pengakhirannya akan jadi lebih baik.
Untuk hidup yang lebih tenang,kita kena hadapi semua masalah yang mendatang dengan hati yang terbuka.Berfikir kemudian bertindak.Mungkin hari ni kita menghadapi detik2 yang amat sukar dalam hidup kita,tetapi selagi kita mampu hadapilah masalah itu dengan tindakan yang matang.Insya-ALLAH sekalipun kita tidak mampu untuk menyelesaikannya hari ni,masalah itu akan dapat juga diselesaikan.Kita hendaklah kuat dalam merempuh onak dan duri kehidupan untuk berjaya pada masa hadapan.Yakinlah pada diri.Jika kita berusaha dengan gigih dalam menyelesaikan setiap masalah yang mendatang,insya-ALLAH kita akan berjaya menyelesaikannnya.
Bersabarlah.Orang yang sabar akan menemui cahaya di penghujungnya.Cepat atau lambat,ganjaran itu akan datang juga.Sebenarnya rencah hidup ini memang begitu.Hari ini merupakan lambang hari sebelumnya.Corak yang terbentuk hari ini adalah hasil daripada lakaran kita semalam.Itulah kehidupan.
Kata orang,tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.Hulurkanlah bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.Hati akan jadi ringan bila kita meringankan beban dan penderitaan orang lain.Seandainya hati kita terdetik untuk membantu membalikkan seekor rama-rama yang terkapai2 kelemasan di permukaan air dengan badannya yang terbalik ke atas,sudah tentu kita juga tidak sanggup melihat insan lain yang dalam kesusahan.
Jika tidak mampu menolong insan2 yang lemah ini.Berilah sokongan,dorongan dan kata2 semangat pada mereka untuk mereka bangkit semula.Itu pun sudah cukup untuk meringankan beban mereka.Paling tidak pun,jadilah seorang pendengar yang baik untuk mereka luahkan perasaan yang terbuku di hati.Ingatlah wahai sahabatku sekalian,hari ini kita menolong orang yang dalam kesusahan,siapa tahu esok2 mereka pula yang datang membantu kita.Hidup inikan ibarat roda.Sekejap kita di atas,sekejap kita di bawah.Bila di atas,jangan lupakan orang di bawah.Bila di bawah,pandanglah ke atas.
Oklah,dah panjang rasanya saya dok berceloteh hari ni...Jom refleksi diri...Nanti kita sambung lagi ye..Tunggu..........
Thursday, March 11, 2010
Tahniah Adik2ku Sayang^^
Syukur saya panjat buat Yang Maha Esa..Hari ni semua calon SPM 2009 telah pun mendapat keputusan mereka.Begitu juga dengan adik saya.Alhamdulillah adik Ema dapat keputusan yang agak cemerlang.Walaupun ramai lagi pelajar lain yang mendapat keputusan yang cemerlang,saya tetap berbangga dengan kejayaannya itu.
Alhamdulillah adik Eya pun mendapat keputusan yang cemerlang juga bagi peperiksaan PMRnya yang telah diumumkan pada hujung tahun lepas..
Kejayaan kalian amat2 membanggakan kakakmu ini.Semoga kalian berdua terus cemerlang sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah.Bagi saya,kejayaaan dalam pelajaran itu perlu,tetapi apa yang lagi penting punyai sahsiah dan pekerti yang baik.Jika mempunyai kedua2nya lagi la mantap.Insya-ALLAH sama2 la kita berusaha untuk kedua2nya.
Satu je pesan kakak buat kalian,jangan terlampau megah dengan kejayaan yang dimiliki.Sentiasalah bersederhana dalam setiap segi dan jangan meninggi diri.Seorang yang terpelajar dan mempunyai akhlak yang baik lebih dihormati berbanding dengan orang yang pandai tetapi mempunyai akhlak yang buruk.
Ingatlah setiap apa yang kita miliki pada hari ini adalah kurniaan ALLAH SWT.Sentiasalah mendekati-NYA dan bersyukur terhadapt setiap pemberian-NYA..
I'm proud for both of you sis^^
Saturday, March 6, 2010
All About SKKU
Ni la asrama yang student Malaysia duduk.Rasa macam dok hotel pulak..(huhu..melampau tu cakap asrama ni hotel)

Ni pulak dewan makan kat asrama...cantik tak?
Aha..inilah perpustakaan yang menjadi kebanggaan warga SKKU..Nama perpustakaan ni Samsung Library.

Comel tak logo SKKU ni?Kat situ ada tulis 성균관대 maksudnya Sung Kyun Kwan University.Warna hijau.Sungguh mendamaikan.(hahaha..mentang2 suka warna hijau..masuk u pun yang tema hijau..^^)

Last but not least...warga2 SKKU dari Batch 9.Pioneer batch yang masuk SKKU 1st year..Masa ni kami gi jalan2 lawat SKKU sebelum masuk sini.

Ni pulak masa kami jalan2 pusing SKKU dengan ahli Alimi.Alimi ni 1 persatuan untuk student SKKU yang akan bawak jalan2 tunjuk2 kawasan SKKU ni.
Erm...doakan kami semua boleh bertanding dan mampu setanding dengan pelajar2 SKKU yang lain ye.Doa anda semua insya-ALLAH akan menguatkan lagi semangat dan usaha kami kat sini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada senior2 SKKU sekalian yang banyak membantu kami semua especially to Abg Kamil,Pak Nab,Kong dan yang lain2 la....
Monday, March 1, 2010
Good Bye Boramae..Suwon Here I Come
Semalam saya dah berpindah ke Suwon.Dah berpindah dari Boramae ke Suwon..Dari Seoul National University (SNU) ke Sung Kyun Kwan University (SKKU)..Dulu belajar bahasa sekarang belajar engineering...
Hari ni lepas siap2 kemas barang,beli barang...alhamdulillah semuanya dah selesai..Esok kelas akan bermula..Permulaan hari sebagai pelajar degree..Insya-ALLAH...
Setakat tu je kot dulu...Nanti saya cerita lagi ye..

