Sunday, November 21, 2010

Berubah 7


Loceng bilik ditekannya berkali-kali. Ish, mana pulalah si Aqil ni pergi. Janji nak bagi buku auto-CAD tu masa ni. Dia pula tak ada di bilik. Haish, budak ni la… Balik biliklah kalau macam ni. Faizi merungut sendirian.
Saat dia memusingkan badannya, hampir sahaja dilanggarnya Aqil yang sedang berdiri begitu hampir dengannya.
“Weh, kau ni… Nasib tak langgar kau tadi.”
“Maaf la Faizi. Tak sempat aku nak tegur, kau dah pusing.”
“Kau pergi mana? Janji nak bagi buku auto-CAD pada aku. Apa kes kau pula yang tak ada di bilik ni?” Faizi siap bercekak pinggang. Kononnya mahu marahkan Aqil.
“Aku pergi ambil bungkusan ni ha di bawah tadi. Ingatkan sempatlah dengan kau datang.”
“Mak kau kirim parcel ke?”
“Tak adalah. Aku beli buku ni ha. Online. Jom masuk, Faizi.” Sebelah tangannya menayangkan bungkusan di tangan. Sementara sebelah lagi membuka pintu bilik.
“Buku apa yang kau beli? Rajin betul kau ni, Qil.” Dia terjenguk-jenguk ke arah bungkusan di tangan Aqil. Kalau aku lah, tak adanya nak beli buku-buku tu. Online lagi tu. Haish… Tak sanggup…
Aqil membuka bungkusan yang diterimanya. Terserlah beberapa buah buku. Yang tebal. Yang nipis. Semua ada. Diambilnya sebuah buku kecil dan nipis lalu diserahkan kepada Faizi. Comel sahaja buku itu. Siap ada reben lagi pada kulit hadapannya. Kelihatannya buku tipis itu memang sesuai untuk dijadikan hadiah kepada seseorang.
“Nah.”
“Nak buat apa buku ni?”
“Baca la kawan. Lagi mahu tanya ke?”
Buku kecil itu dibelek-belek. Muka hadapan buku itu dibacanya. Dituturkan sepatah demi sepatah.
“Al-Ma’thurat… Kumpulan doa nabi SAW… susunan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna…”
“Aku hadiahkan buku tu pada kau. Ada masa baca la. Seeloknya dibaca pagi dan petang. Biasa aku baca lepas Subuh dengan lepas Asar.”
“Terima kasih ya.” Bila aku nak baca entah buku ni. Orang bagi, ambil sajalah. Pemberian orang jangan ditolak. Rezeki namanya tu.
             “Ini gaya macam nak bagi hadiah pada orang saja, Qil.” Ditayangkan al-Ma’thurat yang cantik berbalut reben itu.
             “Memang pun. Hadiah untuk kaulah tu…” Aqil meleretkan kata-katanya. Tersungging senyum nakal pada bibir Aqil. Kelihatan nakal sekali. Keningnya juga diangkat sedikit.
             “Iya ke?” Faizi buat muka pelik dan bertanya tidak percaya.
             “Iyalah!” Aqil menjawab yakin. Dilihatnya Faizi masih menunjukkan wajah sangsinya. Biarlah.
             “Hmm. Hadiah.”
             Faizi merenung buku kecil itu. Diselakknya helaian demi helaian. Membaca sepintas lalu apa yang terisi di dalam al-Ma’thurat itu. Pertama kali menerima hadiah yang tidak dijangka ini membuatkan dia terasa pelik sendiri. Diberi buku pula tu!
             “Kau nak pinjam buku Auto-CAD kan? Sekejap ya. Aku nak simpan parcel ni sekejap.”
             “Okey.”
             Faizi hanya memandang Aqil yang sedang menyusun sesetengah daripada buku yang diterimanya di atas rak buku. Dia mengitarkan pandangannya ke sekeliling bilik Aqil. Kemas sahaja bilik bujang itu. Tidak bersepah seperti bilik kebanyakan budak lelaki lain. Kebiasaan pemandanga yang dilihatnya di bilik-bilik rakannya yang lain tidak dilihat di bilik ini.

             Ada beberapa kertas berwarna-warni yang elok tertampal di dinding berdekatan dengan meja belajar. Ada yang bertulis tangan dan ada yang dicetak. Tulisan bahasa Arab pun ada. Doa belajar mungkin. Di atas meja pula bersebelah dengan desktop terdapat bingkai gambar keluarga. Di sebelahnya tersusun beberapa buah buku berserta helaian kertas A4. Cantik tersusun. Terserlah kekemasannya.
             Dialihkan pula pandangannya melihat ke arah susunan tilam dan selimut tebal di sudut bilik berhampiran dengan almari baju. Memang kebanyakan bilik pelajar di sini tidak mempunyai katil. Hanya bertilam sahaja. Sememangnya budaya orang Korea begitu. Elok juga tersusun. Tidak dibiarkan terbentang begitu sahaja jika tidak digunakan. Tidak semak mata memandang.
             Faizi memang akui yang Aqil ini memang seorang yang sangat kemas dan menjaga penampilannya. Pakaiannya tidaklah mewah dan berjenama. Biasa-biasa sahaja. Walaupun begitu memang kemas dan terjaga. Sangkanya si Aqil ini cuma menjaga penampilan sahaja. Namun sangkaannya meleset. Melihat kepada keadaan bilik Aqil ini, dia harus mengakui yang tekaannya tidak tepat sama sekali.
             “Nah.”
             Korneanya dihidangkan dengan buku Auto-CAD. Betul-betul di hadapan muka. Sikit lagi mahu mengenai hidung. Dijarakkan sedikit kepalanya ke belakang. Terpamer riak terkejut pada wajah Faizi.
             “Terkejut aku!”
             “Dah tu! Asyik sangat dok tengok bilik aku ni. Dah kenapa?”
             Alamak! Aqil perasan ke aku asyik memerhati bilik dia? Faizi menggaru kepala yang tidak gatal. Dia tersengih. Malu!
             “Bosan tunggu kau simpan buku lama sangat.” Sengih.
             “Iyalah tu.”
             “Ni Fahim pergi mana?”
             “Tukar topik nampak?...” Aqil menjegilkan matanya.
             “…Dia keluar kejap. Pergi Sindorim katanya.”
             “Oh. Okeylah. Pinjam eh. Terima kasih tau.” Diangkat tinggi al-Ma’thurat pemberian Aqil tadi.
             “Sama-sama.” Aqil tersenyum senang. 

Saturday, November 13, 2010

Curhat

Terasa getar hatiku tika berita itu dikhabari
Masin sangatkah mulut ini?
Baru sahaja berura-ura jika itu terjadi
Nyata sekarang itu yang terjadi

Saat itu
Tiada kata dapat diungkapkan
Saat itu
Tidak dapat digambarkan
Saat itu
Bagai mimpi menjadi kenyataan

Gembirakah buat itu?
Sedihkah kerana itu?
Rasa kalahkah sebab itu?
Bersediakah untuk itu?
Pasrahkah dengan itu?
Redhakah bagi itu?

Satu pun tidak terjawab oleh diri
Apa yang pasti
Semuanya berbaur di hati
Syukur jika itu ketentuan Ilahi
Jika aku ingin dilangkahi
Walau tetap ada walang di hati

P/S: Ini kemelut jiwa.Ini luahan rasa.Ini curahan hati.Ini kecamuk diri.Abaikan jika tidak mengerti.

Friday, November 12, 2010

Cantik itu pada pekertimu

Setiap orang ingin menjadi cantik dan ingin kelihatan cantikkan? Kalau kita tengok pada banyak novel-novel yang berada di pasaran tu,kebanyakan watak-watak utamanya digambarkan cantik,kacak, tinggi lampai, hidung mancung...Pendek kata, semuanya yang indah-indah dan hebat-hebat belaka. Kenapa perlunya penulis menggambarkan begitu? Penulis perlu memenuhi kehendak pembaca. Semua nak yang cantik-cantik je. Baru la betul-betul feel bila baca..ye tak?


Persoalannya, adakah itu pengertian cantik yang sebenarnya? Bagaimana dengan yang kurang cantik? Jika rupa sahaja yang cantik tetapi budi pekertinya tidak secantik wajahnya..Kecantikan itu tidak begitu bermakna. Sebaliknya jika orangnya biasa-biasa sahaja tetapi mempunyai akhlak yang bagus..Dia akan kelihatan lebih cantik daripada yang berwajah cantik tadi.

Yang cantik itu bukan terletak pada wajahmu..
Yang cantik itu terletak pada akhlakmu..


Islam dah ajar kita tentang akhlak mulia. Perkara ni kita dah belajar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pepatah Arab ada menyatakan, "Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah."Adakah kita mengamalkan ilmu yang kita pelajari tu?

Semua orang tahu yang menjaga kebersihan itu sebahagian daripada iman. Islam suruh kita menjaga kebersihan. Tapi adakah kita betul-betul menjaga kebersihan diri kita? Menjaga kebersihan persekitan kita?

Begitu juga dengan menepati masa. Selalu sahaja kita terlewat ketika berjanji. Melewat-lewatkan date kita dengan kekasih agung kita.

Itu hanya beberapa contoh. Hakikatnya itulah diri kita. Saya tak cakap orang. Saya pun macam tu.huhu..Marilah sama-sama kita berusaha mengamalkan apa yang kita pelajari. Islam itu indah. Amalkanlah keindahan itu. Wajah dan rupa yang cantik tidak akan kekal lama.Namun pekerti yang cantik akan kekal hingga ke tua.Bahkan akan menjadi sebutan walaupun jasad kita telah dimamah bumi. Sebanyak manapun ilmu yang kita ada,jika tidak mengamalkannya..Semua itu adalah sia-sia.


Assalamu'alaikum wbt

Wednesday, November 10, 2010

~Bicara Pedusi~



Judul : Bicara Pedusi
Harga : LE 23
Terbitan : Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Sinopsis :

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagiaan hanya akan dikecapi dengan menuai sabar lantas itu jalan sufi yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan cara hidup yang berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung melalui internet dapat mengubati kerinduan antara mereka dan segalanya dikongsi bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah sejati.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.

"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga aku tahu setiap muslim itu perlu berkongsi. Kerana ombak juga aku tahu Allah menyayangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku..."

Atas kerana inilah, kisah ini menggambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah biarpun di mana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerah paling berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI.


Komentar

"Sebuah penulisan yang mempunyai teknik penyampaian yang menarik. Setiap mesej yang diketengahkan sarat dengan nasihat dan makna yang tersirat. Bagi saya ia sebuah karya yang bisa meruntun hati pembaca kerana sudah pasti kita akan tertanya apakah ini realiti kehidupan seorang pedusi. Apa yang pasti kaum Hawa juga mampu melakar sejarah sepertimana kisah lampau yang memartabatkan srikandi Islam dalam menjadi mata rantai perjuangan menegakkan kalimah Allah yang satu." - Zulhafeez Ahmad Zahidi, Pengarah Kem Latihan Penulis (KELAP) '09


"Buku yang diberikan judul 'Bicara Pedusi' ini merupakan satu seni susunan ayat dalam mengisahkan suasana Islam yang diinginkan oleh seorang wanita dan suasana sekelilingnya. Suasana Islam yang damai dan amat bertolak ansur dalam membawa satu-satu method ajarannya. Mengajar seorang wanita khususnya, manusia amnya menilai akan keindahan Islam dalam suasana yang cuba dibicarakan oleh penulis.

Kisah yang amat menarik tidak kurang hebatnya dengan sastera-satera lain yang hebat. Saya kira susunan ayat yang mudah dan jelas oleh penulis ini akan membuatkan para pembaca lebih meminati seni dan sastera kerana keindahan Islam bukan dek kerana khayalan yang dicetuskan sebagaimana penulis-penulis cerpen yang semata-mata beralasan cinta suci." - Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010.

Komen Penulis

Alhamdulillah. Atas rahmat Ilahi yang menganugerahkan pinjaman ini kepada ana, yang memberi ilham kepada ana untuk menulis. Atas rasa dan tanggungjawab untuk memberi sesuatu untuk ummah, tidak mampu mewaqafkan kudrat fizikal di medan perjuangan maka hamparan fikrah ini dilebarkan sebagai jaringan untuk menyampaikan risalah dakwah.

Seandainya mahu menikmati penulisan yang berlandaskan hadith dan dalil Quran untuk berhujah dalam menegakkan kebenaran, buku ini BUKAN yang terbaik sebagai bahan bacaan tetapi pada yang mencintai keindahan dan nilai sastera, moga buku kecil yang dhaif ini mampu membelai perasaan dan jiwa pembaca untuk menghayati jalan sufi yang dibelai dengan keindahan sastera melayu.

Mudah-mudahan Allah memberi ilham Nya untuk terus menulis...

Jom2..membeli sambil menderma...Sesiapa yang dekat Mesir boleh beli...

Diambil dari blog Insyirah Solehah

Usia~

Awan berarak ceria,
Tiada titisan hujan,
Pohon melambai,
Tanda sokongan…
Kususuri perjalanan,
Bertemankan senyuman,
Di hari lahirku.

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Usia ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi
Terus berlalu tanpa mampu kugapai.

"Selamat hari lahir"…
Bersama iringan doa kalian hulurkan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup bagiku,
Sekadar ucapan darimu sahabat-sahabatku..

Bersyukur kepada-NYA atas nikmat usia,
Moga usia yang ALLAH kurniakan ini,
Dapat kuhiasi dengan amal yang murni,
Berhiaskan iman,
Bersulamkan taqwa,
Semoga ia menjadi temanku di akhirat nanti,
Agar sempat kukucup haruman syurgawi,
Insya-ALLAH

Assalamu'alaikum wbt..

Thanks to those who wish Happy Birthday to me.

I’m really appreciate it..

Thanks a lot.

May ALLAH bless you all..


Tanggal 10 November 2010..10.11.10 (cantik gak kan tarikh ni...heheh),genaplah 2 dekad saya hidup di dunia ini. Alhamdulillah, ALLAH masih beri kesempatan kepada saya untuk menghirup udara dan menikmati nikmat-nikmat-NYA di dunia yang fana ini..Subhanallah,Alhamdulillah,ALLAHu akbar...Syukur Alhamdulillah ya ALLAH...

Terima kasih yang tak terhingga kepada Ummi dan We,tanpa mereka..siapalah saya..Saya tahu,doa mereka sentiasa mengiringi perjalanan hidup saya..walau tanpa bicara,tanpa belaian,tapi doa itu sentiasa mengiringi langkah saya di sini..walau terpisah jauh..

Buat adik-adik,terima kasih..Sudi call jauh-jauh semata-mata nak wish happy birthday..Really appreciate it sis!

Kak Ila...tq in advance..cantik gambar kat blog tu..dalam sibuk-sibuk exam dan excited nak balik cuti pun ada masa lagi ek edit gambar tu..huhu..terharu..

Buat SKK들..thanks a lot..sangat-sangat terharu dengan doa-doa kalian..Moga kita semua menjadi anak yang solehah kepada ibu dan bapa kita,menjadi pelajar yang cemerlang,mendapat jodoh yang baik-baik (ehem..suka yang ni...)btw,jodoh akan datang sesuai dengan iman di hati~~,sentiasa di dalam redha dan rahmat-NYA...

Buat semua yang wish..kat facebook,kat Y!M,kat skype...hantar mesej....terima kasih banyak-banyak...May ALLAH bless you all~~~

Pertambahan usia ni makin mendekatkan kita kepada kematian..Moga-moga usia kita berkadar langsung dengan amal yang kita lakukan..Sekali lagi teori fizik dipraktikkan.."Usia ∝ amal"

Peringatan buat diri sendiri dan buat semua...Insya-ALLAH..Actually setiap hari usia kita bertambah..setiap hari kita mendekati mati..Persoalannya,cukupkah amalan kita?Sudah bersediakah kita?Tepuk dada,tanya iman..

Sempena bulan Zulhijjah ni,marilah sama-sama kita banyakkan berzikir...insya-ALLAH..ucapkanlah tahlil (La Illaha Illa Allah),takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) sebanyak yang mungkin..





Monday, November 8, 2010

Satu Cinta

Ku memohon dalam sujudku pada-MU
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya ENGKAU bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-MU
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya ENGKAU bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

ENGKAU satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-MU
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-MU
Kupasrahkan.......

Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Friday, November 5, 2010

Ikhtilat

Assalamu'alaikum wbt..

Ikhtilat. Hubungan antara lelaki dan perempuan. Kita memang tidak dapat mengelakkan diri daripada berurusan dengan lelaki dan perempuan dalam kehidupan seharian kita. Lelaki berurusan dengan lelaki, perempuan berurusan dengan perempuan dan lelaki berurusan dengan perempuan. Kalau sesama jantina itu ok. Kalau berlainan macam mana pulak kita nak manage?

Bagaimana pulak kalau dalam berurusan tu tiba-tiba terbit pula perasaan suka kat orang tu? Ha..macam mana nak buat tu?

Saidatina Aisyah sendiri disuruh menggunakan tirai bila bercakap atau berurusan dengan para sahabat. Malah ketika dia mengajar anak-anak lelaki para sahabat pun dia menggunakan tirai. Bagaimana pula dengan kita?

Habis tu kalau ada group discussion kena guna tirai jugak ke? Dah la orang Korea tengok pakai tudung dah pelik kan. Ni kan pulak nak bawak tirai bagai..huhu..Haru!

Habis tu tak payah cakap langsung dengan lelaki ke? Mungkin ada yang tanya macam ni kan? Takde la sampai macam tu sekali. Macam saya cakap tadi, memang kita takkan terlepas untuk berurusan dengan mereka.

Caranya, berurusan bila perlu dan setakat bincangkan tentang urusan itu sahaja. Tidak perlu untuk berbual-bual kosong atau sebagainya. Sama ada jumpa, ataupun mesej ataupun chat. Kalau tiba-tiba ada rasa lain tu, cepat-cepat tamatkan perbualan, stop mesej..out ym..

Kadang-kadang bila tengok gambar orang yang kita suka pun boleh tersengih sorang-sorang kan? Cepat-cepat tutup album tu..istighfar banyak-banyak..

Nak jaga ikhtilat ni mungkin la agak susah sebab kita dah terbiasa dengan suasana yang macam tu. Tapi, cuba la..Orang kata, mencegah lebih baik dari mengubati kan? Though things are easier said than done. But somehow, try to avoid it..

Rasa suka, rasa sayang, rasa cinta, itu semua fitrah. Lelaki memang pasangannya perempuan. Cuma, biarlah rasa suka, rasa sayang, rasa cinta itu kita berikan kepada yang berhak. Jadi sebelum diserahkan kepada yang berhak itu, jagalah ia sebaik-baiknya.

Semua orang nak hadiah yang cantik-cantik kan? Orang lelaki pun nak tulang rusuk dia yang hilang tu dipulangkan dalam keadaan baik jugak..