Monday, January 24, 2011

"Bersahabat Hingga Ke Syurga"

Assalamu'alaikum wbt..

Sudah hampir 2 minggu jejak Tanah Melayu..Jejak Tanah Cik Siti Wan Kembang... Macam-macam dah jadi dalam masa 2 minggu ni. 2 minggu yang banyak mengajar erti persahabatan, erti pertalian dan erti ukhuwah.

Walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari saya tinggal di rumah je,tapi banyak benda yang saya realize balik. Ye la...bila dah tiada benda yang hendak dibuat, tiada assignment yang menuntut untuk diselesaikan, tiada aktiviti untuk diisi...Masa saya banyak dihabiskan dengan marathon novel la jawabnya. Orang tua-tua kata, "Sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain". Saya pula kata, "Sehari sehelai kertas, lama-lama menjadi buku". Erk? Macam tak masuk je..Ngee~

Bermula dengan Warna, Patricians vs Aurora, Relevankah Aku Di Hatimu aka RADHA; itu novel-novel yang saya belum baca dan dah dikhatam kesemuanya (kalau hari-hari dapat khatam satu juzuk kan ke bagus cik kak?). Kemudian marathon novel-novel yang sudah dibaca pula. Versus saya mulakan balik pembacaan dari awal muka surat sehingga ke noktah akhir. Sekarang sedang baca Denyut Kasih Medik nukilan Dr.Farhan Hadi.

Bila baca balik Versus, it makes me realize that to be a good person ain't that easy. Definisi 'baik' tu pun hanya senang apabila meniti di bibir lidah, namun sukar untuk diaplikasi dan dipraktikkan.

Things're easier said than done,right? Banyak lagi yang kena improve ni. Mungkin cerita itu hanya rekaan penulis semata-mata, namun apa yang dicerita itu memang benar-benar terjadi di dunia nyata. Saya nak jadi macam Ashraff Omar, saya nak jadi macam Minn Edina. Kalau diaorang boleh berubah dari street ke jalan Ilahi, kenapa tidak saya?

Membaca RADHA membuatkan naluri saya membuak-buak untuk ke Jepun. Suasana DnT di sana memang betul-betul menarik minat saya untuk tahu dengan lebih terperinci. Haila~bila nak ke Jepun ni?

Dalam saya tidak sedar, saya rindukan suasana ukhuwah itu. Rindukan teman-teman seperjuangan di Korea sana. Rindu juga dengan teman-teman di sini. Memang dalam setiap keadaan, kawan itu perlu. Saya juga rindukan kamu.

Di kala kita gembira, ada kawan yang meraikan,
Di kala kita sedih, ada teman yang menenangkan,
Di kala kita kealpaan, ada sahabat yang mengingatkan.

Itulah pentingnya persahabatan. Hidup ini tidak akan lengkap tanpa teman di sisi. Namun berpada-padalah dalam memilih rakan.

Kawan baik akan menunjukkan jalan,
Kawan jahat akan memutuskan talian.

Kalau boleh saya nak ukhuwah yang terjalin ini akan berkekalan. Ustaz Hasrizal kata, "Bercinta sampai ke Syurga". Saya pula kata, "Bersahabat hingga ke Syurga".

Teman,
Jika diri ini ada membuat khilaf..maafkanlah
Jika diri ini ada membuat silap..tegur-tegurlah
Jika diri ini terjerumus ke lembah kehinaan..tariklah
Jika diri ini terpesong dari laluan..perbetulkanlah

Saya tahu, saya ni tidaklah berapa pandai dalam meluahkan rasa dan bukannya orang yang jenis mudah mesra. Namun, insya-ALLAH saya akan cuba untuk menjadi kawan,teman dan sahabat sebaik mungkin.

Sunday, January 9, 2011

Ukhwah Persaudaraan


Assalamu'alaikum wbt.

Baru-baru ni ada beberapa orang senior saya pergi jalan-jalan ke Jepun. Saya pun teringin jugak nak ke Jepun sebenarnya, cuma tak tahu la bila hajat saya tu akan kesampaian. Rancangnya sebelum saya balik ke Malaysia for good, saya akan ke Jepun. Insya-ALLAH. Bila tu..tak tahu la lagi. Insya-ALLAH coming soon.

Pagi tadi sempat la senior-senior yang berjaulah ke Jepun sharing-sharing cerita mereka sepanjang hampir 2 minggu di sana. Sambil-sambil menceritakan pengalaman mereka di negara matahari terbit itu, mereka juga menunjukkan gambar-gambar dan video yang sempat mereka rakamkan.

Subhanallah...Masya-ALLAH...Saya tersangat-sangat teruja dengan keputihan salji yang begitu tinggi sehinggakan mencecah paras dada. Siap boleh buat sculpture lagi tu. Wah~Teringin nak buat jugak~~

Saya pernah jumpa dengan beberapa orang pelajar daripada Jepun di Malaysia sewaktu pulang bercuti tahun lepas. Bila tengok wajah-wajah mereka yang terpapar di skrin, rasa rindu sangat-sangat dengan mereka. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi saya betul-betul tersentuh. Teringat masa-masa yang kami kongsikan bersama sewaktu di Malaysia dulu. Walaupun cuma sekejap tetapi rasa keterikatan itu sangat-sangatlah kuat.

Sebelum ini saya tidak betul-betul memahami makna persahabatan, ukhwah, persaudaraan atau kata-kata yang seumpama dengannya. Namun, kini saya rasa saya sudah boleh memahami apa itu ukhwah, apa itu persahabatan dan apa itu persaudaraan.

Buat kawan-kawan dan sahabat handai di bumi sonata:
Hadirnya kalian memberikan sinar bahagia,
Sewaktu bergembira... kita ketawa riang bersama,
Saat kedukaan melanda...kita bermuram durja,
Ketika bersama terasa indahnya bersaudara.

Buat teman-teman seperjuangan, especially to Fatin Marini and Wan Hasni Syakila:
Walau bidang kita berbeza,
Walau jarak memisahkan kita,
Walau jarang bersua muka,
Walau kekadang bertegur sapa,
Ketahuilah kau ku intai setiap masa,
Perkembangan dirimu sentiasa ku teroka,
Kerana ada yang menghubungkan kita,
Ketahuilah ia adalah ukhwah bersaudara.

p/s: Ukhwah itu indah..kekalkan ia sehingga ke husnul khatimah.Insya-ALLAH...







Tuesday, January 4, 2011

Ayuh Kembali ke Sekolah!

Assalamu'alaikum wbt.

Awal-awal tahun macam ni biasanya ibu bapa di Malaysia sibuk menguruskan pendaftaran anak-anak ke sekolah. Mak dan ayah saya juga tidak terlepas dengan hal-hal pendaftaran dan pembayaran yuran ni.

Masa saya call rumah minggu lepas, Ummi baru je siap menguruskan pendaftaran adik Zakwan ke Prasekolah. Adik Eya pulak hari Sabtu dah kena hantar ke SMSPP. Nampaknya sunyi la balik rumah lepas ni, sepanjang cuti ni ada la juga dengar suara-suara berkelahi la apa la kat rumah tu. Nanti tinggal la adik Zakwan sorang-sorang kat rumah.

4 hari dah bersua muka dengan 2011. Bertambah lagi setahun umur saya. Walaupun baru 3 bulan lepas saya sambut Hari Lahir yang ke-20 sekarang saya sudah 21 tahun. Alahai...dah tua rupanya saya ni. Sebenarnya usia kita bertambah setiap hari...kita je yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar. Semakin bertambah usia, semakin kita mendekati mati.

Tak sangka, tahun ni adik Eya akan mengakhiri zaman persekolahannya. Tahun menghadapi peperiksaan terbesar bagi pelajar menengah atas; SPM. Adik Zakwan pula sudah melangkah ke alam persekolahan. Excited dia nak ke sekolah. Adik Ema pula, bulan 4 nanti akan menamatkan program matrikulasinya dan akan melangkah ke alam universiti. Cepatnya masa berlalu.

Buat adik-adik kesayangan, selamat kembali ke sekolah. Belajar rajin-rajin.

Adik Eya, tahun ni dah SPM. Usaha sehabis daya, dan selebihnya serahkan kepada Yang Maha Esa. Kakak tahu adik boleh buat. Jangan hampakan harapan kami.

Adik Zakwan, belajar rajin-rajin gak. Kawan leklok...Dapat result ok exam kakak bagi hadiah ek.

Adik Ema, tak lama dah nak habis matrik ni. Do ur best 4 ur final exam. Moga cita-cita Ma tercapai. Kakak tahu Ma boleh buat. Usaha dan jangan lupakan DIA Yang Satu.

In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure.
Success has a simple formula: do your best, and people may like it.

Friday, December 31, 2010

~Last Entry For 2010~


Assalamu'alaikum wbt.

Sedar tak sedar tahun 2010 dah nak berlalu dah pun. Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2011. Rasa macam baru je semalam masuk tahun 2010.Alih-alih esok dah nak masuk tahun 2011.Setahun dah berlalu rupanya.

Kiranya ni last entry for 2010. Tahun depan saya post entry lagi ek.heheh..Cik writer...tahun depan tu esok...
Saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.Semoga hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari ini dan semalam.Insya-ALLAH...

Jika masih ada azam tahun 2010 yang masih tidak dapat dicapai tu,takpe...Tahun 2011 pastikan azam tu terlaksana ye. Bukan ke awal Muharam baru ni dah ada azam baru? Nak berubah menjadi baik dan lebih baik kan?So,teruskan azam anda tu ye. Azam banyak-banyak tak apa,tapi jangan lupa untuk buat apa yang diazamkan tu.Saya pun sedang berusaha laksanakan apa yang saya dah azamkan.

Azam sudah. Buat sudah. Tapi buat tu sekali tu je ke?Tak jadi macam tu. Dia kena la konsisten. Orang Arab kata 'Istiqamah'. Ha...Tang istiqamah ni la yang tak ramai orang yang berjaya lepas.

Azam?Check.
Buat?Check.
Istiqamah? Fail.

Tak boleh la macam tu. Azam semua orang boleh berazam. Asal masuk tahun baru je azam itu,azam ini. Lepas tu buat la azam tu.Hari ni buat.Esok buat.Lusa?Erk?Tak larat la nak buat hari ni. Minggu depan?Dah tak buat dah...Itu bukan azam namanya.

Azam itu perlu dilaksanakan secara konsisten. Ececeh..dah macam jawab soalan exam je...hihi..Nak konsisten ni macam mana? Kena la buat hari-hari.Dan kena rajin-rajinkan diri. Apa orang kata,kalau buat sesuatu benda tu 40 hari berturut-turut, Insya-ALLAH hari ke-41 tu dah tak perlu paksa-paksa dah.Kita akan dengan sendiri buat benda tu. Sebab dah terbiasa.Ha..try la buat macam tu..Jangan missed even 1 hari pun..Insya-ALLAH lekat....Jom kita try usaha untuk konsisten dengan azam yang kita buat ek.

Kepada semua yang mengenali saya, saya minta maaf atas segala salah dan silap,terkasar bahasa, terasa hati dan segala perbuatan yang mungkin tidak disenangi dalam saya sedar atau tidak. Maafkan saya ye.

Buat semua yang ambil winter class, selamat berwinter class.Jom kita sama-sama usaha untuk result yang gempak winter class ni.Buat semua yang bercuti tak kira la balik cuti kat Malaysia or pergi travel ke mana-mana.Selamat mengembara.Ambillah apa yang baik di sana dan kongsi-kongsi la dengan kami kat sini. Buat semua yang walau apa pun yang anda lakukan, manfaatkanlah masa anda sebaik-baiknya. Hidup kita hanya sekali.Dan tujuan hidup kita bukan untuk berseronok semata-mata. Matlamat kita ialah di sana;kehidupan selepas mati. Daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA kita kembali. Moga masa yang kita ada ini mampu memberikan saham kepada kita di sana nanti.Insya-ALLAH.

Thursday, December 30, 2010

Islamic SKK (?)

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah semalam mid term exam dah berlalu dengan jayanya.Mid term exam je la..Resultnya tak tahu la macam mana..huhu..Harap-harapnya ok la.

Tajuk entry kali ni macam pelik je kan?heheh...Actually ada cerita di sebalik tajuk entry kali ni.Sejak 2 minggu tinggal di hostel sepanjang winter class ni, saya lagi selesa turun dan naik tangga berbanding naik lif. Nasib baik bilik kat tingkat 3 je.Kenapa? Sebabnya lif tu sentiasa dipenuhi oleh orang lelaki. Macam tak berapa nak selesa. Sebabnya tingkat 6 dan ke atas budak laki yang duduk untuk winter class ni la. Kalau sem-sem lepas budak laki tinggal kat tingkat 1 dan 2 je dan selebihnya tinggal kat bangunan sebelah. So lif tu memang perempuan je la yang naik.Takde la nak bersesak-sesak dengan budak laki.

Saya cakap ni bukan diskriminasi ke bias ke apa ke...Tapi ntah..Tak berapa selesa.Tu je. Tapi kalau tengok, orang perempuan Korea pun tak berapa suka je naik lif dengan orang lelaki. Mungkin diaorang pun tak selesa jugak kot.

Hari ini memang saya happy sangat. Sebab dah tak payah nak sesak-sesak naik turun lif dengan orang lelaki dah.hihi.Kat hostel saya ni ada 2 lif. Satu lif digunakan untuk tingkat ganjil (B2,B2,1,3,5,7,9) dan satu lif lagi digunakan untuk tingkat genap (B2,B1,2,4,6,8,10). Tengah hari tadi nak pergi kelas tekan lif butang tu tak menyala.Aik? Saya dah pelik dah. Pastu datang la sorang akak ni, dia cakap kena guna lif yang satu lagi.

Even masih pelik dan tertanya-tanya. Saya iyakan je la. Dan ucap terima kasih kat dia. Masuk-masuk lif, baru la perasan,butang 6-10 ditampal. Then ditampalkan kertas pemberitahuan kat atas tu. Pemberitahuan tentang lif ni boleh digunakan untuk pelajar perempuan sahaja dari tingkat 1 hingga tingkat 5. Wah! Bagusnya~~~*^^*

Balik dari kelas tu. Borak-borak la dengan Kak Farhana. Cerita la pasal lif ni. Dari situ la keluar perkataan 'Islamic SKK'.heheh...

Saya terfikir, dekat Korea ni boleh buat macam ni.Bagusnya. Betul la kata Ustaz Ridha dulu."Entaorang pergi Korea, ambil Islam yang diamalkan oleh orang Korea dan bawa balik ke Malaysia." Nanti nak buat macam ni la jugak kat Malaysia.heheh..Cadangkan dekat orang atasan ke...apa ke...





Friday, December 24, 2010

Jalan Baik Itu Di Mana-mana

Assalamu'alaikum wbt.

Dah lama tak buka Segalanya Untuk-MU ni. Apa nak jadi la dengan the owner of the blog nih. *sigh*.Blog orang lain hari-hari buka...blog sendiri dibiarkan je.

To kak ila: Sorry sis...Dah lama kak ila komen kat last post,tapi hari ni baru nak balas komen.huhu..

I just can't believe
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook, and you read
I read about it in my holy book, it says
Small deeds never overlook

Pernah dengar lagu Small Deeds by Native Deen tak? Siapa yang tak pernah dengar lagi boleh dengar dekat link yang saya letak tu ek. Actually,frankly speaking saya pun baru je dengar semalam. Sebelum ni pernah je dengar lagu-lagu dari Native Deen, tapi Small Deeds ni saya baru dengar semalam.

Sebenarnya Small Deeds tu ada mesej yang nak disampaikan. Setiap perbuatan walau sebesar zarah sekali pun akan dikira. Lebih kurang gitu la mesej dia. Dan tanpa kita sedari, nak buat baik tu takde la susah mana pun sebenarnya. Tinggal cuma kita nak buat ke tak nak buat, itu je.

"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat kebaikannya."-Al-Zalzalah,99:7-

Betul ke nak buat baik tu senang? Ok, saya bagi contoh ek. Tolong alihkan ranting kayu kat tengah jalan ke tepi pun dapat ganjaran. Bercakap perkara yang elok-elok pun dapat ganjaran. Damaikan kawan yang bergaduh pun dapat ganjaran jugak. Semua itu dikira kita membuat kebaikan dan kebaikan yang kita buat akan mendapat ganjarannya.

"...Segala yang baik yang kamu kerjakan, ALLAH mengetahuinya..."-Al-Baqarah,2:197-

"....Dan kebaikan apa sahaja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui."-Al-Baqarah,2:215-

Nampakkan di situ. Bukan saya saje-saje cakap. Tapi ALLAH sendiri yang kata macam tu. Setiap kebaikan yang kita buat tu ada ganjarannya. Dan kita boleh buat baik bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Bila jalan-jalan, nampak ada seorang nenek angkat barang berat, kita tolong nenek tu. Itu satu kebaikan.

Tolong mak kemas rumah ke, masak ke..Itu pun satu kebaikan.

Berkata dengan perkataan yang baik-baik juga satu kebaikan.

Maknanya dekat sini, kita tidak perlu untuk menunggu waktu-waktu yang tertentu untuk kita buat baik. Tak perlu punya duit yang banyak baru nak bersedekah baru dikira buat baik. Tak. Tolong alihkan sesuatu ke tepi jalan pun dah dikira buat baik. Macam kacang sangat kan benda tu? Betapa ALLAH sangat sayangkan hamba-hamba-NYA.

Insya-ALLAH, marilah kita sama-sama berbuat baik dan menjadi baik. Tak rugi menjadi baikkan? Yang ruginya kita mensia-siakan peluang untuk kita berbuat kebaikan.



Sunday, December 19, 2010

End of Autumn Semester =.=

Assalamu'alaikum wbt.

Final exam for autumn semester dah habis hari Rabu lagi actually. So bermula la aktiviti 'Mari Mengemas' untuk budak SKKU. Biasa la kan kitaorang, setiap kali habis sem kena packing-packing barang dan pindah bilik.

Hari ni pulak seharian dok angkat-angkat barang letak kat tempat simpan barang bawah tanah tu. Lif penuh, masing-masing angkat barang guna tangga je..huhu...turun naik tangga dari 5th floor to B1 floor.fuuuuhhhhh....letih dan meletihkan.

Finally,alhamdulillah....sebelum maghrib tadi semua barang dah siap diangkat. Seharian angkat barang, pindah bilik, kemas bilik lama, kemas bilik baru...sampai makan pun tak sempat. Lepas siap-siap semua tu dan solat maghrib baru la dapat makan. Memang hari yang memenatkan.

Esok, hari untuk berehat dan liqa' then lusa dah start winter class. First time ambil winter class ni ha. Agak cuak. Kelas agak pack. Dari Isnin hingga Sabtu. Kelas saya dari pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang setiap hari kecuali Ahad. Wow! Lagi pack daripada autumn semester. Dah la 3 minggu je.

Pape pun dah banyak experience saya sepanjang setahun menjadi SKKU student ni. Dengan rasminya status pelajar tahun satu sudah berlalu hari ini. Spring semester depan dah bertukar status menjadi pelajar tahun dua. Dah ambil major.

Terima kasih buat senior-senior akhir tahun SKKU; Kak Marisha, Pak Nab, Abang Kamil, Kong dan Pire. Buat senior-senior batch 67 especially Kak Farhana (my roomate for autumn sem), Kak Syakirah (my roomate for winter sem) dan Kak Biha. Buat kawan-kawan satu batch; Nisaa, Krun, Haida, Fatehah, Huda, Aisyah, Zahidah,Judy, Acap, Azim, Farid, Walter dan Meng How. Terima kasih banyak-banyak. Maaf kalau ada silap dan salah, terasa hati ke pape je la kan.

Selamat belajar winter class buat semua yang ambil winter class. Selamat bercuti especially to Krun yang dah ada kat Malaysia tu. Selamat berhoorey-hoorey buat yang tak ambil winter class..heheh..Dan selamat bekerja buat yang ambil part-time job tu..

Manfaatkan masa kita sebaiknya tak kira la apa pun yang kita lakukan. Jangan biarkan masa tu berlalu begitu sahaja. Masa takkan menunggu kita, kita yang perlu mengejar masa.