Salam alaik~
Wah..pejam celik,pejam celik hari ni dah masuk Awal Muharam,1431H.Selamat tahun baru hijrah kepada semua umat Islam di seluruh negara.
Semalam selepas solat Asar,doa akhir tahun akan dibaca.Kemudian selepas solat Maghrib,doa awal tahun akan dibaca.Bila sebut je pasal Maal Hijrah ni tentu semua akan teringat kisah hijrah Rasulullah S.A.W dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.Tapi adakah sekarang ni setiap kali masuk tahun baru hijrah,kita perlu berpindah?Tentu tidak bukan?Jadi apa yang perlu kita hijrahkan sekarang ni?Sikap,keazaman,perubahan ke arah yang lebih baik.Aha..itulah yang perlu kita hijrahkan.
Biasanya bila tahun baru je orang akan berazam.Macam tu jugaklah dengan tahun baru hijrah ni.Kita hendaklah menanamkan keazaman untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi.Tak kira la dalam apa jua bentuk sekali pun.Sama ada sikap kita,amal ibadat kita,pelajaran kita..semua la..perlu kita ubah ke arah yang lebih baik.
Yang paling utama,niatkan hijrah kita tu semata-mata kerana ALLAH SWT.Itu yang paling penting.Saya teringat hadis pertama dalam hadis 40 yang bermaksud :
"Daripada Amirul Mukminin,Abu Hafs,'Umar bin al-Khattab r.a.,aku mendengar Nabi S.A.W bersabda:"Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan Rasul-NYA,maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada ALLAH dan Rasul-NYA.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia,maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jadi,niatkanlah setiap perubahan yang kita nak lakukan tu semata-mata kerana ALLAH SWT.Memang betul,kalau kita tak niatkan kerana ALLAH pun kita akan dapat apa yang kita nak tu.Tapi keberkatan dan keredhaan ALLAH tu yang penting.Yang tu yang kita nak sebenarnya.
Erm..oleh itu,marilah kita sama-sama berazam untuk berubah,laksanakan perubahan yang kita azamkan tu dan niatkan perubahan kita tu semata-mata kerana ALLAH SWT.
Salam Maal Hijrah saya ucapkan buat semua.Jom lakukan perubahan ke arah yang lebih baik mulai daripada sekarang ye rakan2..
2 comments:
payo kito hijrah (bahasa plmbg)...
hehe... nice article...
rajin2 la update ye... ~
apa maksud dia tu?ayuh kita berhijrah?
tq^^
Insya-ALLAH..
maaf xsedar ada komen..huhu..
Post a Comment