Assalamu'alaikum wbt.
Rajin pulak nak update blog hari-hari. Haila~Takpe la kan? Pagi tadi saya dapat update dari Langit Ilahi. Entry terbaru Langit Ilahi tajuknya Terbang Mencari Cinta. Wah...macam menarik je. Bila bukak website Langit Ilahi, owh...sajak rupanya. Saya ni jarang nak baca sajak. Sebabnya kadang-kadang saya tak berapa nak faham apa yang penulis nak sampaikan daripada sajak tu. Tapi sebab saya dah tertarik menarik dengan tajuk sajak tu, saya pun bacalah sajak Terbang Mencari Cinta tu.
Bila dah baca terasa macam nak jadi rama-rama la pulak.ekekeke....Takdela.Terbang Mencari Cinta ni dari apa yang saya faham ialah mengenai seorang hamba yang mengejar cinta Ilahi dan mencari cinta kekasih hati dalam masa yang sama mungkin.Dia mengharapkan agar dia mendapat cinta Ilahi dan cinta kekasih hati tu. Namun jika dia tidak mendapat cinta kekasih hati pun,dia masih mendapat cinta Ilahi. Itu je la yang boleh saya ulas tentang Terbang Mencari Cinta ni. Betul ke tak tu kena tanya Hilal la.
Saya tertarik dengan isi sajak tu. Baru je 2 minggu yang lepas kami membincangkan tentang hal ini. Ada la kawan saya ni, dia agak frust bila dia tahu orang yang dia admire dah berpunya rupanya. Selama ni dia tak tahu tentang tu. Then bila cakap-cakap kami pujuk la dia. Jangan la sedih-sedih. Mungkin orang tu bukan untuk kawan saya ni.
Ada la akak senior yang cakap, sepatutnya cinta yang perlu kita kejar ialah cinta Ilahi. Kita usahakan untuk mendapatkan cinta ALLAH terlebih dahulu. Mungkin dalam masa kita mengejar cinta Ilahi tu kita akan mendapat cinta manusia. Kita tak tahu kan tentang itu. Macam mana pun kita buat, jika ALLAH tak mahu benda itu terjadi, ia takkan terjadi jugak.
Akak senior tu cakap lagi, kan ada hadis yang membincangkan tentang hal ni.
"Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs, Umar Al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi SAW bersabda,"Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan rasul-NYA maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada ALLAH dan rasul-NYA. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Ya betul, hadis ini tentang niat. Tapi kalau niat kita nak mendapatkan cinta manusia je, kita hanya akan dapat cinta manusia itu sahaja. Namun,jika kita niat untuk mencari dan mendapatkan cinta Ilahi, kita akan dapat cinta Ilahi dan dalam masa yang sama ALLAH berikan kita nikmat cinta manusia. Insya-ALLAH.
Mana yang kita nak? Cinta manusia sahaja ataupun cinta ALLAH dan cinta manusia? Kalau saya, saya nak dua-dua. Semua orang nak dua-dua kan? Jadi marilah kita berusaha untuk mengejar cinta ALLAH dahulu sebelum mengejar cinta manusia.
Macam dalam sajak Hilal tu. Si rama-rama terbang setinggi yang boleh untuk menggapai cinta-NYA dan dia mendapat cintanya. Cinta si rama-rama yang mengejar cinta-NYA dan mendapat cintanya di dalam perjalaanan mendapatkan cinta-NYA. Untungkan? Dua-dua kita dapat. Insya-ALLAH...Namun jangan kecewa jika kita tidak mendapat cinta manusiawi kerana yang pasti kita sudah mendapat cinta Ilahi. Itu yang paling penting.
sabarlah menunggu
janji ALLAH kan pasti
hadir tuk mendatang
menjemput hatimu
sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu
ALLAH sentiasa ingat pada kita. Cumanya kita je yang kadang-kadang melupakan kehadiran-NYA.
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."-Qaf,50:16-
Subhanallah...Urat leher kita tu memang sudah dekat dengan kita. Tetapi ALLAH itu lebih dekat lagi. Lalainya aku Ya ALLAH. Maafkanlah hamba-MU ini Ya ALLAH.
No comments:
Post a Comment